Thursday, September 29, 2011

Amnesia Oh Amnesia

Oh dia datang lagi ... lalalalala...

macam mana pula nak halau untuk kali ini?!!!

tazkirah petang ni tadi ...pasal bab-bab makan minum ....

kisah kehidupan Rasulullah s.a.w bersama-sama isteri-isterinya ...

bahagia lah bila dapat suami yang punya sifat sama seperti Rasulullah s.a.w ....


agak-agak dalam dunia moden serba canggih ni masih ada tak?!!!

tak semena-mena malam aku semalam ditemani oleh karipap-karipap cinta. lawak gak cerita ni. memang best lah ayat ayah sarah... seorang ustazah yang tak nak jadi ustazah .. macam mana tu?!!! hehe ....

kwang~~~kwang~~~kwang~~~

setelah diserang migrain beberapa hari sejak kebelakangan ini nampaknya Mood kelupaan aku berada pada satu aras yang bahaya. maknanya... aku betul betul perlukan rehat sesangatlah tu ...

al-maklum lepas raya ... makan main sumbat je. asal nampak sedap di mata terasa nikmat di lidah ... memang melecun je nak sumbat lagi ... dan lagi... dan lagi.... macam manalah nak sihat kan? haha!!!


tapi tak apa...

sekarang sedang berjuang ...mempertahankan tahap kesihatan kembali kepada normal. aku harap akan berjaya...


mari semua kita baca doa di bawah ni sesama o.k!!!




Amiin ... Allahumma Amiin...Amiin ...


Nota: doa ini dibaca ketika dalam keadaan duduk antara dua sujud ...jaga solat, jaga mata, jaga hati, jaga lidah... ;-)


Tuesday, September 27, 2011

Penat Sudah Hamba Menjawab !!!

bunyi-bunyi langkahan cicak mematikan akal aku sekejap. belum lagi bila kedengaran suara cicak yang menyapa aku.

nyamuk pun kebelakangan ni suka mengajak aku bergusti dan main tangkap tangkap seminggu ini. kalau aku demam. memang aku tak salahkan siapa-siapa dah ... angkara nyamuk lah itu!!!

sebenarnya .. aku bukan nak cerita pasal nyamuk dan cicak. tapi aku nak meluah perasaan sikit ni hah!!! ...

macam yang aku cakap beberapa hari yang lalu. aku ni kan memang sombong... tapi sikit sajalah ... tak banyak...
bukan apalah ... aku dah tak pandai nak jawab apa dah dengan soalan-soalan standard macam ni.


soalan pertama: nama sebenar siapa?


soalan kedua: dah kerja atau masih studi?


soalan ketiga: tinggal di mana?


soalan keempat: dah kawen ke belom ataupun single/dah ada boyfriend?


soalan ke lima: mintak nombor telefon?


dalam banyak-banyak soalan kat atas ni paling aku tak reti nak menjawab le soalan no.4


nak sangat nah hayati ye ayat-ayat kat bawah ni. haha!!!


~~ nAK tAnYa, "AwK NiH dAh kAwEn kE bLOm?"


hAa.. NiH jAwApAn DiE,

" STATUS : SiNgLe & sEdAnG mEnCaRi jOdOh..."


*pUaS aTi X??* ~~


:: dALaM "kEiMaNaN CiNtA" :: (Q___Q)

Untuk Kita Semua ^_^




PERINGATAN BUAT DIRIKU N SMUA RAKAN..


- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Keturunan Hazrat Isa (AS)... ...

- Kemunculan Yajooj n Majooj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka..

Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akanKu buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh je kirim ribuan sms mesra, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman :

"jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu

maka

Aku berikan,

tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"


"copy & paste tuk peringatan bersama"

Sunday, September 25, 2011

Law Kana Bainana & Cubaan

jangan tunggu bila nak jadi ustadz ... tapi bila hangpa nak start ...


ulasan untuk episod minggu ini ...


alkisah law kana bainana ...

bercerita tentang kedudukan rumah sahabat-sahabat Rasulullah sekitar masjid nabawi kalau tak silap ..... sekitar-sekitar situ je ...


kebetulan pulak susun atur nya mengelilingi masjid tersebut.


yang keduanya bercerita tentang kisah seorang muallaf dari USA. Baba Ali ... anda boleh search http://www.youtube.com/results?search_query=baba+ali+&aq=f saya copy link ini tentang baba Ali ...


dan seorang lagi pensyarah di salah sebuah universiti terkenal .. tapi tak ingat namanya...


berkata Baba Ali... isu di zaman Rasulullah S.A.W adalah tentang isu penyembahan berhala .. tetapi di zaman kita lebih hebat ... mungkin juga American Idol ... hehe


itulah salah satu gurauan yang keluar dari mulutnya ketika ditemuramah ...


tapi tak dinafikan ... rancangan realiti nampaknya semakin berleluasa sekarang ye hehe ....


sekarang tentang rancangan cubaan pula.

dia tanya tentang siapa bapa Rasulullah S.A.W, bertanya tentang aurat seorang wanita, dan bertanya tentang hukum boleh kah seorang suami mencium jenazah isterinya ... dan bolehkah jika airmata kita jatuh terkena jenazah... kenapa?


rakaman video tentang seorang perempuan terjerit-jerit mintak tolong... berapa ramai je yang prihatin ... tak lebih daripada 10 orang... klip video tentang beg ada baby nangis dalam pun tak ramai yang prihatin ...


satu lagi rakaman tentang seorang budak perempuan kiut dan comel ... mintak tolong ajar baca tulisan jawi hehee....



fikir-fikirkanlah ....

Friday, September 23, 2011

Apakah Itu Angkara Cicak?!!!

permainan cicak ni bukan sebarang. mana-mana pergi mesti jumpa punya. hati rasa tak tenang bila dengar bunyi cicak mahupun lintasan cicak atau getar suara si cicak. bukan takut... cuma geli je. tapi + + + trauma ...

trauma?!!!

begini al-kisahnya.
pertama kali dibiarkan tidur keseorangan di dalam bilik sungguh mengerikan. ditambah dengan kegelapan pekat malam yang mengundang bermacam-macam bayangan yang menyeramkan malahan mengerikan. namun hati mesti dikuatkan dan ditabahkan angkara menyahut cabaran seorang ayah yang dicintai dan dikasihi. betul juga kata ayah... sampai bila nak tidur sebelah mak.

merenung atap zink yang telah lama berkhidmat memayung kami sekeluarga. membangkitkan rasa syukur ..sekurang-kurangnya masih berada di dalam kondisi yang sebaiknya . tidak perlu tidur di dalam khemah pelarian mahupun tidur di kaki lima. berkat rezeki yang halal. usaha yang tak kenal siang malam seorang ayah dalam menyediakan keperluan isteri dan anak-anaknya. termasuk ibunya juga =)

ketika otak ligat memikirkan nasib apa yang akan berlaku nanti .. apakah sekali lagi insiden melarikan akan berlaku?!!! tiba-tiba hati aku berdebar-debar. tak tahu kenapa. aku dengar bunyi menyusup . aku shoo shoo kan ... sedangkan hakikatnya aku tak nampak apa benda yang menyusup tu sebenarnya.

disebabkan penangan mata yang mengantuk sangat... akhirnya mata aku terlelap... tapi... tak sempat tabir mimpi terbuka... tiba-tiba... aku terkejut.. terbangun!!! aku terjerit kesakitan!! tapi menangis dalam hati .... sebab tengahmalam...

ibu jari kaki kanan aku mula terasa kebasnya. aku tak tahu apa yang berlaku. ada sesuatu yang menodai ibu jari aku ketika aku. yang pasti bukan nyamuk yang cium. tapi aku tak pasti apa bendanya. selang beberapa saat selepas terkena serangan hendap itu aku terdengar bunyi cicak menyeru... seolah olah ... meraih kegemilangan atas kejayaan serangan hendapnya . OH TIDAK!!!! ... apakah itu angkara cicak?!!!

keesokan paginya...

"Awl bangun hari ni puteri ayah yang satu-satunya ni ya," sambil mengusap lembut kepala aku dengan rambut yang agak lebat ketika itu.

aku senyum hambar. seluruh kaki sebelah kanan aku masih terasa kebasnya. cuma tidaklah seketara selepas serangan hendap semalamnya.

ayah jadi hairan sebab aku tak macam selalu. aku diam sambil mencuka.

ayah tanya.. dh mandi belum ? aku jawab dengan geleng kepala. memang tak ada mood aku nak bercakap pada hari tersebut. sehingga ke satu saat .. aku tak tahan lagi. aku perlu suarakan pertanyaan aku yang menyerang dalam segala saraf otak aku diketika itu. aku mulakan dengan bismillah ....

errr.. agak-agak kalau cicak gigit kita bahaya tak?

ada ke cicak gigit? tak pernah pula ayah dengar. selalu orang kene gigit lipan atau labah-labah. semut ke. tak ada dalam sejarah dengar orang datang nak berubat semata-mata kene gigit cicak. kenapa tanya macam tu?

tak jawab apa-apa sambil angkat kaki sebelah kanan hulur mintak ayah tengok .

masyaAllah ... darah kering?!! kuku terkopak ke apa ni?

diam...

ayah perhati baik-baik ... aku dah nak nangis... ayah tengok betul-betul ... dan berkata. ada benda gigit ni .. nampak bekasnya.. apa yang gigit semalam ? nampak tak?

aku geleng kepala ... mata dah menakung air. tunggu masa nak terjun ...

sakit lagi tak? ...

aku jawab .. rasa macam ada semut berjalan je ... tak ada rasa apa-apa bila bawak berjalan.

ayah ambil satu minyak ... minyak tu dibuat untuk merawat serangan yang daripada bintanag berbisa. setelah membaca beberapa potong ayat dpd surah-surah Al-quran serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ... tempat kene gigit tu disapu minyak tersebut.

ayah suruh rehat beberapa jam dulu ...
dia takut kene gigit labah-labah .. sebab dia tahu anak perempuan dia yang satu ini amat alahan dengan gigitan serangga.

sebelum melelapkan mata ... ayah tanya sekali lagi ...
betul ke cicak yang gigit ni?

dengan muka sedih bercerita ...
masa sedar tu lepas tarik kaki sebab sakit sangat .. tiba-tiba dengar bunyi cicak dari arah yang sama.

tiba-tiba ibu mencelah ...
orang lain berduyun duyun berubat ngan ayah sakinah gara-gara kene serang labah-labah, serangan ulat bulu, tapi tiba-tiba sakinah sendiri berubat sebab kene serang cicak. hehe ... lucu anak ibu ni ... tak pernah dengar orang kene gigit cicak ... anak ibu si puteri satu ni lah satu-satunya yang kene serang cicak.

aku dah tak kuasa nak dengar apa-apa dah .. tapi sesekali telinga menangkap dialog ayah dan ibu ...

ibu: betul ke? kene gigit cicak?
ayah: entahlah .. tapi memang nampak kesan gigitan...
ibu; entah-entah kene benda lain kot... jap .. nak pergi cek bilik dia.
ayah: nampak apa-apa tak?
ibu; lho... tak buang lagi ke paku kat bawah tingkap bilik tu? kan dah cakap hari tu tolong buang...
ayah: masyaAllah ... lupa pula... entah-entah kaki dia tertendang paku tu ...

akhirnya aku terlelap tanpa tahu apa kesudahannya lagi ...

Wednesday, September 21, 2011

sha83@kaizer VS Koleksi Buku

Habis baca: isabella, cinta sufi, surah yasin, doa & zikir pada waktu tertentu, mukjizat asmaul husna, blackmetal, tentang & kentang, keajaiban doa pembuka rezeki ...

Dalam proses pembacaan: dan bidadari pun mencintainya. fahami bacaan dalam solatmu (proses menghafaz), rokes


jawapan: sebab tahun ini aku agak slow dalam pembacaan. nak kata tak teruja... aku teruja ... cuma masa aku banyak depan Television menghayati cerita-cerita dalam astro satu persatu.


kisah yang menjadi dalam proses pembacaan:


dan bidadari pun mencintainya : aku baca setiap kali sebelum aku pergi kelas komputer puasa yang lalu. memandangkan aku selepas tu aku tak ada kelas lagi. secara tak langsung buku tu aku tak sentuh sehinggalah aku terfikir nak ambil gambar untuk koleksi terbaru aku.


fahami bacaan dalam solatmu: yang ini aku dah habis baca ... cuma tak habis hafaz maksud-maksudnya ... (berterus-terang ni) ... aku teruja nak buat latihan-latihan dalam tu. tu pasal aku nak hafaz. bestlah buku ni memang tiptop!!!


Rokes: ni kira macam kawan bila aku keluar rumah. kalau nak lepak luar kejap jalan-jalan.. sambil tunggu ummie ambik aku. ni lah teman aku. bila orang asyik lalu lalang je depan aku .. macam mana aku nak habis baca T_T !!!!


kisah 3 buku belian secara pos:


Tentang , Kentang , Rokes.


tarikh ngepos sama .... tapi timing sampai tak sama. Tentang dan Kentang sampai sebelum raya. aku dapat Rokes time raya ... bila aku fikir-fikir balik... memang sah betul tempat aku ni pedalaman bagai nak rak... jauh nak mari tu ... ;)


yang aku tau abang aku sampai tergolek golek gelak baca isi Tentang dan Kentang dan aku cuma mampu memerhati dari jauh sambil membalas komen-komen FB... masuk je raya ketiga masa itulah ngabiskan bacaan-bacaan aku.. sekian ... untuk tentang dan kentang. hehe


beberapa hari kemudian, raya ke 6 kalau tak silap aku...

bangun-bangun je pagi ahad ... aku tengok terselit dari pintu masuk bilik aku satu pos ekspress. pantas je tangan aku sambar... dan buka sampul ... oh ... Rokes pula yang mari ... hebatkan posmen sekarang... dia main selit je tu kat pintu bilik ... aihhh... ke Rokes ni yang hebat yang sangat. aku dah mula konpius !!! onmode: tunggu ..... persoalan: adalagi tak keluaran baru ...


Terima kasih buat sedara Pipiyapong & brader Sinaga-naga kerana berusaha menunaikan cita-cita saya untuk dapatkan kedua-dua buku ini. Terima kasih sekali lagi. oh... note RM5 tu aku dah jadikan sebagai duit raya untuk anak buah aku kihkihkih ... memang bukan rezeki aku jugak ...


itu antara kisah-kisah yang berlaku disebalik koleksi-koleksi aku.


Sekian ... Terima Kasih kerana mendengar luahan hati saya tentang koleksi-koleksi buku ini dan inilah kali pertama saya membeli buku-buku koleksi secara pos dengan ngepos duit sebab:


1) saya tak ada akaun maybank .

2) kat sini cuma ada agrobank .

3) aku jarang pergi sibu . bajet besar woh ...naik bot express je ulang-alik RM 36 belum lagi campur bajet makan ... minimum pun RM 50 juga habis T_T


Nota: teringin nak beli 3 buku Nurul Ashikin, jerat dan kitab terfaktab. tapi bajet aku cukup untuk beli satu sahaja novel bulan ini . dan aku masih hilang akal macam mana nak dapatkan salah satu daripada buku tersebut T_T


Sekian... daripada saya,

Kembali Senyum Untuk Hari Ini =)



✿ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




✿رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ




Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri.Jika Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami,nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi… (QS Al-A’raf: 23).


Alhamdulillah hari ini berjalan dengan baik . dan sebenarnya tak banyak ragam sangat ketika menjawab soalan-soalan latihan. nampak dapat cari je. =) ... terutamanya ... si din ... dia pula yang dok tolong orang lain dapatkan jawapan. masalahnya dia ajar macam mana nak cari tapi kerja dia sendiri tak buat-buat...


jadi aku tahan 10 minit sebelum balik!!!


yang seorang pula .. asyik khayal je. tak tahulah apa difikirnya. bila tanya dia ada masalah ke tak dia jawab dengan airmata bercucuran... ni yang buat hati aku remuk ni ... aku tanya lah ... dia ada masalah dengan kawan-kawan dia ke? ada orang nak tumbuk dia lagi? dia hampir nak menganggukkan kepala tapi kemudian terus tunduk...


jadi kesimpulannya aku mintak dia fikir elok-elok dulu... minggu depan cerita pada aku...


Nota: bukan senang nak buat seorang yang macam dia tu bukak mulut nak bercerita. dah kenal sangat dia ni !!!

Rapuh ... Dan Itu Aku!!!

Rapuh serapuhnya hari ini ....


Ya Allah limpahkanlah rahmat Mu ke atas anak-anak ku...


kenapalah budak-budak ni tak makan saman langsung?!! Alahai...

tak pasal-pasal aku dah jadi ala-ala yankumi yamaguchi komiko dlm cerita gokusen.


berlembut salah .. tak berlembut lagilah salah. mana satu aku nak ikut ni. Bertegas!!!


part bertegas ni lah yang paling best...

sekejap je tu tak sampai seminit buat lagi.. buat lagi... dan buat lagi ...


alahai anak-anak ku ... jangan sampai penyepak aku naik ke muka korang !!!


seingat aku dah dua bulan aku tak kasi sesi muhasabah diri buat dorang...mungkin itu yang menyebabkan mereka melampaui had...memang horror betul lah korang ni. bukan masalah tak ingat langsung...pasti ada sesuatu... cuma aku masih belum jumpa.


flashback !!!

rasa rindu dengan anak-anak generasi pertama dan kedua sebelum ni. sungguhpun lagi hebat dari anak-anak yang ada sekarang ni... tapi ... tak adalah mereka sampai tak dapat jumpa jawapan dengan sendiri bila bagi latihan.


dah lah tak dapat cari jawapan cakap besar pula tu !!! tak tahu buatlah cara tak tahu. tak boleh nampak gayanya nak buat test dulu ni .... onmode muhasabah dulu .... yang best lepas muhasabah ni ... bagilah ilmu banyak mana ... insyaAllah ... dapat buat tu =) ...


tapi tak tahanlah bila tengok dorang nangis ='( remuk juga rasa hati ni bila tengok airmata ni...


aduhai mak ayah kat luar sana... berilah kerjasama.. pantau selalu sikap anak-anak anda .. rajin-rajinlah bertanya tentang sikap anak-anak anda bila tidak berada di depan mata anda. tanyalah kepada penjaganya..bersikap telus lah sedikit demi masa depan anak-anak...


sabarkanlah aku ya Allah...

tenangkanlah aku...

damaikan jiwa aku ya Allah...

Astaghfirullah al adzim ....

Artist : Opick

Lirik Lagu : Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka

tangis dan tawa

tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

ku persembahkan kepada Mu

yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepada Mu

namun cinta dalam jiwa hanyalah pada Mu

maafkanlah bila hati tak sempurna

mencintai Mu

dalam dadaku harap

hanya diri Mu yang bertahta detik

waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu


nota: tak pasal-pasal lelah aku datang balik malam ni tadi... tidur awal bebenor ... dekat jam 12 terjaga itupun pasal seseorang yang tetiba muncul dalam mimpi aku...


Ya Allah... rahmati dan lindungi lah kami sekeluarga ya Allah ....

Monday, September 19, 2011

Manusia Sekarang !!! Siapakah Kita (2)


semalam aku layan Law Kana Bainana - seandainya Rasulullah S.A.W masih ada ...aih boleh pula aku nangis-nangis tengok bila aku dengar pengacara tu tanya ... apa kamu fikir apa yang akan Rasulullah s.a.w akan buat jika baginda masuk dalam restoran ini ...

benda yang mereka rakam secara tak langsung ni agak simple. setiap hal-hal kecil dalam kehidupan kita seharian. situasi malam ni tadi menggambarkan apa yang akan ada buat jika seseorang yang tak dikenali duduk tiba-tiba datang dan duduk disebelah anda kemudian meminta sebahagian daripada makanan yang anda sedang makan.

macam-macam reaksi. ada yang tiba-tiba nak angkat dari tempat duduk. ada yang buat-buat tak tahu. dan tak kurangnya ada yang ingin berkongsi makanan dan ada yang langsung beli yang lebih baru untuk si pelakon ni tadi. memang tak ramai yang tak berburuk sangka dalam zaman sekarang.

flashback!!!
dulu zaman aku lepas SPM ... aku jenis yang tak nak fikir apa niat orang terhadap kita. apa aku rasa nak ikut aku ikut. tapi bila dah selalu sangat terkena. aku mula fikir tang mana silapnya aku. sampai sekarang pun persoalan tu tak terjawab-jawab... tapi beberapa orang yang aku kenal selalu sound aku ... kau ni baik sangatlah... cuba sesekali tu kau fikir negatif dulu sebelum buat apa-apa keputusan. haaa baru fikir yang positif. aku bukan tak tak nak fikir. cuma aku tak suka berprasangka yang bukan-bukan pada orang lain. yelah... kita ni pun bukannya baik sangat. siapalah kita ni kan?!!!

berbalik kepada kisah Law Kana Bainana tu tadi... macam-macam jawapan yang pengacara tu dapat. tapi aku suka dengan satu jawapan. dan jawapan itulah yang buat aku tenang sekarang.

pengacara: apa yang terjadi tadi?

budak laki arab kiut: lelaki tu datang dan bagitahu dia tak ada duit, jadi dia nak minta sebahagian daripada apa yang saya makan.

pengacara: lepas tu apa yang anda buat?

budak laki arab kiut: jadi, saya ajaklah dia makan sekali.

pengacara: anda tidak takutkah sekiranya dia ingin merompak anda atau sebagainya benda-benda yang tak elok.

budak laki arab kiut: eh tidak lah. saya cuma ingin melakukan kebaikan dan tidak mahu berburuk sangka terhadap orang lain. jika niat dia tidak baik....itu terpulang pada dia...

pengacara: syabas!! tahniah!!! inilah juga yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w jika baginda di dalam situasi anda. anda berjaya mengikuti perbuatan baginda Rasulullah s. a.w ....

hal yang sangat remehkan?!!!
sesuai sangat dengan situasi di negara kita yang ramai meminta nasib daripada orang-orang lain. kadang-kadang tu rasa bersalah pula takut-takut sekiranya orang-orang ini bukan orang-orang yang benar. ingatlah.... siapalah kita untuk membenarkan ataupun menidakkan sesuatu yang kita tak pasti.

dalam cubaan pula...
soalan simple saja. dia tanya pasal rukun iman, kemudian siapa isteri Rasulullah s. a.w yang pertama... itu tentang persoalan ...

ada juga yang konpius.
cuma tak sangkalah yang simple macam tu pun boleh buat konpius. belum lagi tanya asma ul husna ngan sifat-sifat 20 tu ... =)

situasi video pula...
sorang makcik bawa beg banyak-banyak ... bila ada barang jatuh .. Alhamdulillah nampaknya anak-anak muda kita ni masih prihatin lagi... sanggup berhenti untuk membantu ...

situasi video lain ...
kisah zip seorang lelaki yang lupa nak dizipkan. macammana cara yang terbaik untuk bagitau orang tersebut dengan cara yang sebaik-baiknya. ada seorang tu dia panggil laki tu dan bisik-bisik bagitau zip laki tu tak tutup lagi...

yang seorang tu pula... oh ya...bukan warganegara kita kays... dia bagitau FREE ... bukan maksud wayang free... tapi bebas... kita bebas buat apa yang kita nak buat. atau erti kata lainnya bebas memilih apa yang kita nak lakukan ...

jika kita memilih untuk sama-sama menjaga keaiban seseorang ... Allah pasti akan menjaga keaiban kita pula di hari kiamat. ingat... setiap yang kita buat di dunia ni ... pasti akan dipertontonkan juga satu hari nanti di hadapan Allah.

video klip seterusnya ... ajarana sesat. apa reaksi orang ramai terhadap orang yang mengajak ataupun menyampaikan artikel yang ntah apa-apa ntah ajarannya...

ada yang lepas baca terus tinggalkan laki tu tanpa kata. ada yang lepas baca ...marah-marah sambil keronyok kertas tu dan lemparkan ke muka orang yang bagi artikel tu tadi, ada yang lepas baca siap nak tarik orang tu bawa ke balai polis

Alhamdulillah.... masih ada yang sedar. dan berpegang pada Al-quran dan sunnah dan tak mudah percaya dengan agenda-agenda yang mengarut macam tu....

* dulu selalu berdepan dengan orang yang jual kalendar-kalendar, yang jual ayat seribu dinar pun ada....

Nota: masalahnya manusia zaman sekarang .... bila sendiri buat salah baru nak kaitkan dengan hadis itu lah.. ini lah... mana boleh macam tu.... dah macam tak betul pula usahanya....fikir-fikirlah ....

Sunday, September 18, 2011

Siapakah Kita?!!!

agak berat juga pendekatan Law Kana Bainana malam ni . sekali tengok lebih kepada perkongsian. Benar atau Salah ... siapa kita untuk menilai. sebaik-baiknya berbaik sangkalah kita kepada sesama manusia. tak kira agama mahupun bangsa kerana satu hari nanti kita pasti akan kembali menghadap Tuhan Yang Satu iaitu Allah S.W.T.

seboleh-bolehnya saya nak elak blog ini mengupas sesuatu hal yang agak besar dan berat. o.k kita stop di sini sahaja. hehe...
sebenarnya saya ni sangat sensitif bila tengok rancangan Law Kana Bainana ni ... part tak tahan tu bila pengacara TV tanya "apa yang anda rasa yang akan dibuat oleh Rasulullah S.A.W ketika...." dibuatnya klip video simple. tengok telatah orang-orang sekitar. dihantar salah seorang pelakon bagi menguji orang-orang disekitar itu. sekarang orang Malaysia pun dah buat juga. tapi dengan title lainlah ... Cubaan!!! bukan cubaan dalam cerita P.Ramlee tu.

korang kasi saya layan dulu cubaan ni okays... kejap lagi saya update balik haha ...

Ramah-tamah Aidilfitri 2011 Matu-Daro

semalaman berada di tempat yang sesak dan padat ... kadang-kadang buat saya keliru. di mana saya berada sekarang ni. oh ya... depan lappy kecik...

semalam ingat nak update blog tapi tak mampu nak perah otak ni ... tak larat nak fikir apa-apa. bukan pasai pa ... semalam balik lewat ... sampai rumah lapar balik dan makan suhoon... hehe sedap giler meh ...

haa sape kata tak seronok kuar ngan famili ... seronok pe hehe boleh balik lewat malam...lagi selamat. itu yang paling penting...

semalam saya tak mampu nak makan banyak-banyak. tangki saya kecik je. tak boleh sumbat banyak. hehe .. saya memang suka ada jemputan makan-makan ni . janji ada orang bawa haha ...

jom survey makan jom ... nak tengok gambar-gambar .. boleh skodeng kat blog sebelah .. http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/

Saturday, September 17, 2011

Sepetang Berdepan dengan Panasonic dan DELL

pelajar tahun dah ambil upsr ...
maka , sebuah penantian yang lagi panjang lagi lepas ni ..
fokus untuk PMR dan SPM pula ....

rasa nak muntah dan pening bila layan orang nari atas ice ...
o.k tukar channel dulu ...

sekarang onmode teater Tun Dr.M ...
mari-mari kita layan sesama ...

Nota: bertindak untuk sesuatu lebih baik daripada banyak cakap .... cuba buat!!! gagal berkali-kali tak apa ... jangan langsung menyerah sudahlah ... sebenarnya aku tak paham teater ni sebab aku baru je tengok ... tak apa ... lain kali aku tengok lagi ye .... harap-harap ada ulangan ni ..

Thursday, September 15, 2011

Antara Tudung Saji Dan "Ocot" !!!

haaa ini dia little prince .... yang tak berapa nak littlenya .... ada kisah dengan si kecik ni ....



dia merupakan pelakon terhebat setakat ni dalam famili sakinah ... kalah usu nya neh .. tak boleh jadi macam ni ...




dia ni agak lain sikit...


suka ikut apa yang ayah dia buat. sampai "sound" kakak ngan abang-abang dia sekali hehe... kecik-kecik dah pandai sound orang ye... kalau ngan usu dia ni ... :etakut .... (takut eksen-eksen) ....




kedatangan ke sibu untuk kali ini...memang membuat aku terkesima tengok si kecik ni. lain sangat daripada abang-abang dia... betullah apa ibu dia cakap... jangan tak tahu ayah dia dah ada assistant sekarang ni.... kihkihkih ...




yang tak tahan bila tengok muncung dia bila saya larang dia main itu ini... hehe ... amboi .. siap jeling tajam lagi you .... hahaa... twoo-we-jha miak tok eh ... hehe .... adalagi part paling comel ...




satu malam yang indah dan tenang ...


ibu dia ajak dia tidur lagi.. tapi dia tak nak ... dia masih dok leka main tudung saji... siap duduk lagi haa dalam tu ... entah macammana idea dia datang ... dikumpulnya semua bantal-bantal masuk dalam tudung saji lepas tu dia masukkan diri dia sekali ..kemudian baring ....




ibu dia goyang-goyang sikit tudung saji sambil berkata:




"okay ... baby nak tidur.... " kira macam ayun buaian le tadi ...




yang seronok tengok .. bila si kecik ni boleh pula dia berlakon macam baby nak tidur ... siap muncung dia dok cari susu ... adoihhh .... aku tak tahan lah memang gelak abis tengok telatah dia ni .. sayangnya time tu henpon aku k.o .. jadi tak dapat nak buat video hehe ... kalau dapat tengok eee geram ... memang comel sangat-sangat ...




betul lah kan ... anak ni sebenarnya penghibur ... hehe ... secara tak langsung .. haha....




uhuk--uhukkk... ops .. sori ... sebelah saya ada racun nyamuk tengah beroperasi haha !!!




itu kisah dia dengan tudung saji ....


tapi ada satu lagi yang saya tak gheti nak klasifikasikan sama ada kisah ini kisah apa ...




begini ceritanya...


suatu petang ibu dia sibuk nak sediakan juadah berbuka puasa... saya tengah belek buku-buku halaman rumah ... datang ayah dia dari luar ... tak ingat pula apa ayah dia nak buat ...




si kecik ni main tepi meja ... mula-mula makan ... lepas tu ... dia nak buka tudung saji ... saya larang .. tapi dia tetap juga nak buka... saya larang lagi ... dia tak peduli .... kemudian ayah dia pula larang dia .. masih juga nak bukak ...




alih-alih ...




trink....ting ..ting .... boom!!! (illustrasi ada barang jatuh) keh keh keh




"ocot!!!" -spontan dari mulut si kecik ...




dan saya.. tiba-tiba menjadi blur sekejap ... antara dengar dan tak dengar.. saya pandang muka ibunya dan ayahnya ... dua-dua buat muka tak senang ... saya pun rasa pelik ... apa bendalah yang disebut dia ni ... dengan isyarat kening ... saya tanya ...




"apanyer?"


ayah dia buat senyum kambing ...




ibu dia berkata :


"risau kak ... kecik kecik dah pandai melatah... (dengan muka kesian)"




reaksi saya:


apa?!!! melatah?!!! aihhhh ?!!!! jadi tadi tu melatahlah ?!!!




ayah dan ibu dia angguk angguk kepala ...


siap ayah dia ulang tayang balik ...




"ocot!!!"




Nota: ya ampun bebenor saya tergelak ... "ocot" rupanya !!!! haha .... singkatan kepada opocot hehe ....




* semoga bisa jadi Anak yang soleh ..... Amiin ....

Wednesday, September 14, 2011

I Love Malaysia

Sekejap tadi saya berselindung disebalik wall FB ... memang best jalan-jalan di wall ni .. banyak benda baru yang saya tahu. tapi ... ada satu hal yang lebih buat saya tertarik....

satu page ni dok kutuk sakan errr.... (maaf haruslah dirahsiakan) ....

Aduhai Umat Akhir Zaman:
kita semua tak banyak masa nak siapkan apa-apa bekalan. mampukah kita menempatkan diri kita di kalangan insan insan yang terbaik di sisi Allah ... sebaikmanapun kita... jika hati dan lidah tidak dijaga ... maka rosak dan pincanglah iman kita...
dari sehari ke sehari semakin banyak yang aku belajar...semakin banyak hal yang menutup mulut aku untuk berbicara...

ya Allah... apakah ini semua detik-detik pengakhiran hidup ini ...?!!! Hanya Engkau yang Maha Tahu...

saya bersyukur dilahirkan sebagai warga negeri Sarawak ... bernaung pula dibawah pemerintahan negara Malaysia. tak kisahlah rupa paras kita macammana ... asal hati kita tak cacat oleh sikap kita sendiri ...

siapa-siapa yang faham pasal page yang saya maksudkan sebentar tadi ... sila ... klik unlike jika anda warga sarawak ... hehe dah macam korang pun dok like juga ya...

biarlah apa page tu nak buat. jika anda betul betul menentang ... sila buat laporan kepada pihak berwajib supaya page itu diambil tindakan. jangan hanya kerana satu page yang kita tak tahu asal-usulnya .. rakyat kita pula berpecah-belah ... INGAT ITU!!!

renung-renungkanlah ~~~~

NOTA: apa nak dibangga dengan rupa paras .. apa nak dipertahankan dengan paras rupa .. orang nak kutuk ..kutuklah .. akhir hidup kita kembali ke tanah jua... bila dalam tanah konpem kene makan cacing ... Allah jualah yang Maha Pemelihara kita ... di dunia mahupun di akhirat !!!

Selamat Tinggal Cinta Dunia (T_T)

Hari Jumaat cuti kan?!! nampaknya aku kene "restkan" bebudak ni ;). Minggu depan baru start program lagi. InsyaAllah ... oh ya! macam tak ada kaitan pula dengan entri yang inikan...?!!!....

berjalan - jalan dari satu "wall" ke satu "wall" yang lain sungguh "best" juga kadang-kadang. maksus saya .. wall facebook. hehe..

macam-macam ilmu yang ada... tak kiralah ilmu yang baik, ilmu peringatan, ilmu yang tak elok..semuanya ada...

jadi PILIHAN ada DIDALAM TANGAN KAMU SENDIRI. andaikata terjatuh sendiri ... fahamilah ... itu adalah kerana pilihan kamu sendiri. kalau Nak.. cakap Nak... kalau Tak Nak... tak siapa siapa boleh paksa kamu. INGAT ITU!!!

mari kita hayati bersama-sama ilustrasi gambar dibawah ini: "semoga Allah melindungi hati kita semua ... Allahumma Amiin...Amiin.. Amiin ...." InsyaAllah



"Soalan : "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa?"


Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR ^_^"


-dapat daripada wall fb seorang abang saudara sesama Islam : terima kasih .... semoga Allah memberkati anda ...Amiin...Amiin...Amiin ...-


Nota: semakin hari semakin jauh aku melangkah ... aku pergi tinggalkan segala-gala yang ada. andai satu hari nanti aku tiba-tiba hilang dari sisi hidup kamu. Maafkan aku. jangan bersedih hati..kita semua masih ada Allah...yang tetap setia bersama-sama kita walaupun kita selalu curang terhadap cinta yang diberikan oleh NYA ....kita perasan tak selama ini?!!! DIA lah yang paling setia. DIA lah... DIA lah... iaitu ALLAH !!!

Tuesday, September 13, 2011

Ketika Rindu Berkunjung (^_^)

Sekarang aku tengah ONMODE: RiNDu cewah ~~~ anak buah aku Amidnudin Bin Zinal Abidine duduk "periksa" tahun ni .... UPSR ... jadi minggu ni kira minggu perjuangan habis-habisan le jawabnya.

All the best!!!

man jadda wajada !!!


Minggu ini aku nak selesaikan semua kertas "periksa". minggu depan nak buat "periksa" saja. lepas tu boleh fokus amali.


syoklah bagi yang dah settle semuakan? Oh.. tinggal dua surah lagi T_T boleh ke anak-anak ini... Ya Allah permudahkan segalanya .... amiin ..amiin ..amiin... InsyaAllah....


jadual aku macam agak rumit dan tidak teratur sekarang ni. =)

Macammana saya nak susun balik (T_T). Mohon jalan keluarnya ya Allah (T_T) ....



Sesuatu yang mungkin sering kita dengar;





"Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”






biasa perkataan ni daripada operator telefon apabila kita kehabisan

kredit




Cuba kita bayangkan..






suatu hari nanti, satu suara berkata kepada kita;






... “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke SYURGA”





**tersentap sehh...moga menjadi renungan bersama..


nota: on the way nak tidur ...

semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua untuk hari ini, esok dan selamanya ..... Amiin...Allahumma Amiin, Amiin ...

InsyaAllah

Monday, September 12, 2011

Sesungguhnya 6% (T_T)

Kawan Aku (nama dirahsiakan)

gua baru lepas call telekhidmat XXXXXX... sungguh best la....

soalan:- berkenaan talian 3G yg telah 3 minggu tak aktif?

jawapan:- sekarang pihak XXXXXX menghadapi masalah utk talian 3G...

berkenaan dengan servis charge 6% utk pengguna prepaid bermula 15/9/2011?
jawapan: pihak XXXXXX sedang membuat perbincangan dan perkara tersebut adalah tertangguh...

ape kehalnya nak bagitau tertangguh ...
cakap je belum dilaksanakan tapi memang pasti akan dilaksanakan ...
kan tak susah menjawabnya ...
aku memang tabik spring kalau dorang tarikbalik tu semua

nombor aku pula lagi hebat.
selalu bila habis tempoh hot tiket.. automatik dia akan potong kredit biasa. punyalah banyak baki kredit tak lepas mesej .. tak lepas nak call ... cek tarikh luput... lama tu nak tunggu 13 september. nasib baik kesabaran masih berbaki
kalau tak ..

kalau tak...

kalau tak ...

aku tak nak dah pakai henpon lagi!!!!
kikikiki ...

udah le line henpon aku asyik lari je. tak pernah nak duduk dediam. alih-alih dapat berita kenaikan kepada 6% ....

6% .... 6% ....

memang bertuah sungguh nombor 6% ni ....

nota: tak elok menganiaya orang-orang yang tak mampu ... bila kita buat susah orang lain ... dengan kita kita sekali akan jatuh .... 1 sen itu amat berharga di zaman sekarang. Harap maklum.

Sunday, September 11, 2011

Jangan Sekali-kali !!! T_T

Bila aku kata jangan ....
maksudnya aku TAK NAK!!!
bila aku tak nak ...
maksudnya aku tak akan ikut.
bila aku kata tak akan ikut,
maksudnya aku tak ambil peduli.

jadi kesimpulannya ...
aku mohon ampun maaf di bulan yang mulia ini ...
salam aidil fitri semua ... rasanya belum terlambat lagi kan kan kan ...

pagi tadi beria-ia aku update blog inikan? hehe ... ambil mood sebenarnya. sambil-sambil menunggu ilham turun dari langit. Cewah !!!

Nota: oh tidak macam mana aku boleh lupa nombor hp anak buah aku yang paling handsome + macho .... maaf ye As Sahar keh keh keh ... oh ya ... ilham belum mari lagi sebab offmode: sihat ni...

Ketika Cinta Memanggil Aku T_T (3)

assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera semua ...
Kelesuan betul aku hari ini .... tak bermaya rasanya ... kesian badan aku... tak cukup tidur hehe ....

petang tadi makan pun ...
rasa nak terkeluar balik ... terganggu sekejap sistem penghadaman. tapi... tak mengapa... sejam kemudian baru lah rasa kurang sikit...

sekarang dok hot stori pasal cukai kenaikan kepada 6% tu kan? baik betul zaman sekarang ni. semuanya naik ... harga tanah naik, harga rumah naik, apa-apa pun naik ... kalau macam ni... tak naik gaji pun tak apa... haha... sama saja jalan ceritanya ...

oh ye .... baru-baru ni ada satu insiden berlaku ....
kisah seorang budak yang kiut dan comel . dia tanya .. boleh ke tidak pergi ngaji kat rumah untuk petang khamis dan jumaat. saya jawab ... boleh .. insyaAllah jika tiada halangan. tapi sebelum datang tu call dulu. takut saya pula ada aktiviti lain ...

semangat betul dia ni ...
sehari sebelum hari khamis... kira hari rabu lah kan.. dia tanya boleh ke kalau kakak dia nak ikut sekali ... saya jawab boleh ... apalah salahnya kan ...

keesokan harinya ... bertambah seorang pula ... yang datang rumah ...
itu kisah hari pertama...

sebelum dorang balik ...
aku bagitau lah esok (hari jumaat) nak balik kampung jadi tak payah le datang ...

tiba-tiba keesokan harinya ...
6 orang pula yang datang ... Opsss!!!
hahaaa...

dan sekarang nampaknya saya kene tambah sikit sesi pembelajaran untuk mereka-mereka ini.

Nota: kalau nak sambung ngaji masa darjah 6 nanti boleh tak? aku jawab boleh aje insyaAllah bila saya mereka ada masa. dan aku sambung lagi .. nak belajar bila walaupun dah masuk sekolah menengah pun boleh juga ... sila .. sila... dialu-alukan ... tetiba dorang berbunyi ... YEAHHH!!! aku pulak ... ERK?!!! keh keh keh ... pulak dah .. hilag sudah alhamdulillah mereka- mereka ini ...

Rindu Sama Kamu Opet T_T !!!!

ia bukan hanya sekadar ilustrasi ... tapi benar-benar belaka ... comel kan si Opet ni ... hehe. hobinya main kejar-kejar dan gigit manja... tak boleh tengok benda bergerak. mesti nak tangkap punya ...

banyak lagi aksi Opet atas laptop ni.. orang nak layan internet pun tak boleh ... ada ke patut opet buat laptop tu macam resthome dia. adoihhhh .. Opet ... oh Opet!!! ini adalah antara aksi si Opet bila kita suruh dia turun dari itu laptop ... bertuah punya opet .. dia buat tak tahu aje... haha!!!


Nota: raya ni tadi tak terserempak pula dengan si Opet ni. tapi bila kisah Opet terungkit ..akhirnya terungkai... Opet dah beranak pinak... agak-agaknya ...anak-anak Opet ni comel macam Opet tak?!!!

Aduhai Mata ...Maafkan Aku T_T



kasihan mata aku beberapa malam ni ... beberapa hari dah tertunda jam tidurnya ... bukan sebab tunggu lewat nak sahur ke ape ke... tapi .. aku tunggu air ... krisis air kembali di sini. nak buat macam mana ...aku pasrah!!! cewah!!!






jadi tak sempatlah aku nak mimpi yang best-best hehe...






Alhamdulillah insomnia aku tak mari dah sejak Ramadhan lalu ...



apa-apa pun .. maafkan aku duhai mata T_T

Monday, September 5, 2011

Ketika Cinta Memanggil Aku T_T (2)

Assalamu'alaikum warahmatullah .. kejap tadi dah tidur awal. sebelum jam 10 dah dodoi mata.. tapi dekat jam 12 terbangun balik...


onmode puasa masih ada lagi kot. hahaa... tapi elok juga bila dah set macam ni. bukan senang nak bangun tengah-tengah malam ni... betul tak?!!!


raya tahun ni memang best daripada last year.

insyaAllah ada kesempatan .. tahun depan aku nak susun betul-betul jadual raya aku. raya tahun ni kalut sikitlah . yang aku nak buat tak jadi. tapi yang aku tak rancang itu tetiba muncul. hehe... apa-apa pun alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan yang paling best. aku tak demam, tak terperuk dalam bilik menahan kesakitan seperti selalunya.


buat yang selalu sakit-sakit tu ... jagalah PANTANG kamu. jangan langgar pantang. nanti badan kamu juga yang sakit.


aku jadi rindu pula dengan puasa tahun lepas. lebih tenang dan tak sekalut puasa ni. hehe... tapi tak apa .. Alhamdulillah... aku temui apa yang aku cari. dalam masa setahun aku tercari-cari jawapannya...akhirnya terjawab...biarpun persoalannya belum terjawab sepenuhnya...


kadang-kadang aku tak suka bermimpi... tapi melalui mimpi juga aku belajar tentang sesuatu. macam mana tu?!!! dan sekarang hati aku tertanya-tanya... apakah aku tak berkesempatan untuk melalui ramadhan tahun depan?!!! sila rujuk link:




ya Allah...

jangan kau tanamkan cinta dunia itu di dalam hatiku...


taburlah benih-benih cinta akhirat di hatiku...

siramilah dengan baja kesabaran...

supaya aku bisa menemui dalam keadaan yang berbahagia.


aku tidak pasti apakah amalan ku bakal diterima di sisi Mu

yang pasti aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal

untuk menjadi salah seorang kekasihMU ...



Friday, September 2, 2011

Berhenti Memilikmu

kemain lagi cerita tv sekarang ni kan kan kan ....
penat pulak nak nonton rasanya. aku cuma layan satu dua program je ;P

aku sendiri pun tak tahu apa kaitan title entri di atas dengan isi kandungan entri untuk kali ini hehe... nak kata sajak tak jugak .. syair jauh sekali.. apatah lagi jika nak dibandingkan dengan gurindam atau sketsa mahupun seloka hehe...

banyak hal aku belajar raya ni ... sesekali hidup ini perlu kejam sedikit. tak perlulah banyak-banyak ... sikit-sikit je hehe... lebih-lebih tak boleh pula...
baru 3 perenggan dah berbunyi guruh dilangit... sila jangan curahkan air dari dalam tempayan. kang tak jadi pulak hujan turun hehe...kalau keluar kilat mesti lagi kejam kot isi entri ni hehe ...

penat betullah hari ni... tak cukup tidur semalam. gara-gara layan intan payung astro warna kikikiki...

aku nak tidur kejap okays... mengantuklah mata ni ;P

Nota: salam aidil fitri =) mohon maaf semuanya ....

Thursday, September 1, 2011

Istilah Raya Zaman Sekarang (*_*)

Raya = Duit Raya !!!

Zaman aku dulu .. tak adanya dok pikir pasal duit raya. sebab kalau dapat pun bukan boleh gunapakai sukati jak... masuk tabung buat belanja sekolah . cerita pasal duit raya ni baik aku pendekkan aje...

zaman sekarang ...

situasi 1:

orang luar: ada ke mak ayah kamu di rumah?
orang dalam rumah: mak ayah pergi berziarah kubur tadi ... jemputlah masuk
orang luar: eh .. tak apalah kalau tak ada mak ayah kamu... ingat tadi nak berziarah dengan dorang... lain kali kami datang balik ..

* istilah lain kali ni banyak maksudnya ... mungkin raya tahun depan ataupun 2 tahun dari sekarang kot baru datang balik .. kalo betol2 muncul sebelah malam Alhamdulillah hehe ...

situasi 2:

anak-anak: yeah... pergi melanggar rumah orang... (ops ..melanggar di sini bukan maksudnya accident ke ape.. lebih kepada istilah ngabang ataupun berziarah, bertandang, beraya)

situasi dalam rumah orang ... macam2 hal .... tapi yang paling best bila buat macam rumah sendiri. aku zaman dulu kalau tuan rumah tak suruh bukak ape benda atas meja .. aku duduk dediam je .. haha..berbeza sangat kan kan kan ...kalau rumah nenek tu lain cerita haha... aku kan merangkap bibik kecik nenek... tapi jarang le nak melepak rumah nenek. selalu jejalan je hehe.

bila aku dapat sampul .. terus pindah tangan kat mak. bila jalan dengan abang2... aku simpan sendiri le tapi sampai rumah terus kasi kat bapak. aku tak tau pun jumlah dalam sampul tu .. bila abis raya .. sebelum simpan dalam tabung. bapak suruh kira kemudian baru masuk tabung hehe.

tapi anak-anak zaman sekarang tak jauh jalan dah bunyi bising bila dapat 50 sen. belum lagi tu dapat 20 sen. zaman aku dulu paling kecik orang kasi 20 sen tahu. aku rileks je ... alhamdulillah ... kira baik tu ada orang nak kasi ;P .... zaman sekarang duit seringgit pun dorang tak pandang sangat hehe... macam le senang sangat dorang nak dapat duit raya. kalau mak bapak tak kasi mana kau nak dapat duit tu weiii.... dasar anak anak zaman sekarang!!!

ada lagi satu yang best.
ni pun al-kisah budak budak jugak... asyik muka yang sama bertandang. itu kira trend biasalah ... tapi yang aku perasan raya 2 tahun lepas. ada trend baru. datang secara berkumpulan. 2 ke 3 ke 4 orang... kadang kadang sampai 5 orang. muka lain-lain kecuali seorang je muka yang sama. mula-mula ingat memang pikir dorang ni malu tu lah ajak yang seorang lagi. rupa-rupanya ada al-kisah disebalik tu hehe...

ini kira segmen kantoi la..
hari tu aku sidai barang belakang rumah. tiba-tiba dengar budak budak sembang kat depan. sebab aku ni tak nampak secara tak langsung dorang tak perasan aku ada dengar sok sek sok sek dorang. memang dorang dah rancang nak datang bawak-bawak individu-individu lain secara bergilir gilir. tak pasal-pasal aku jadi FBI.

aku saja perhati dari jauh budak budak ni ..
lepas masuk seperti biasa dah salam semua mesti dapat duit raya kan...
selang dua jam kemudian ..
yang capten ni tadi bawak 2 orang individu lain jugak ...
dapat lagi duit raya...
selang sejam kemudian ....
dia bawak lagi 3 orang budak lain ...
dapat lagi duit raya ...
jam 6 petang dia datang dan bawak 2 orang yang lain lagi...
terus aku kasi lapor kat abie ...
ekekekke ....

dia tak dapat duit raya lagi ...
kawan-kawan dia je yang dapat .... hehe
suka je nak sakat budak tu ... haha!!!
lepas tu dia tak datang dah...

serius ni... aku tak ingat muka budak tu haha!!!!

aku... dari zaman dulukala nak raya rumah ... lebih suka datang macam tu je. biar jadi kejutan kat kekawan. tetiba muka terpacul depan pintu hehe... tapi selalunya ... tak aku pulak yang dapat kejutan sebab kawan-kawan tak ada kat rumah haha!!! ...

bila nak ikut istilah hari raya sebenar macam tu lah ...
tak perlu nak tunggu orang yang kita kenal ada dalam rumah tu. datang je lah kalo rasa nak datang. jika dalam hati tu masih ada keraguan nak datang... hanya kerana kawan kita ada ke tidak ... tak dapek eden nak nolong !!! haha!!!

hati kita dan corak pemikiran kita berbeza... jadi aku tak boleh cerita panjang lebar sangat...

Nota Jejari: pasal tu lah abang-abang aku lagi orang kenal berbanding aku. pasal dorang ni rajin berjalan dari rumah ke rumah. aku memang anak emak ... kurang berjalan. hehe.... dorang anak bapak semuanya haha!!! tapi...kenapa dorang tak bawak aku jalan-jalan jugak haha!!! (sungguh aku memang dah tau jawapannya) ... syhhh .... mana boleh share.. sentimental value sangat hehe...

Ayat Yang Aku Belajar hari Ini

Saat menciptakanmu

Tuhan tdk pernah COPY-PASTE

DIA buat SETTINGS hidupmu indah

DIA pilih MINIMIZE kelemahan

dan

MAXIMIZE kelebihanmu...

Semua yang baik DIA INSERT ke dalam hidupmu

DELETE semua kesalahanmu

dan

SAVE masa depanmu

DIA akan selalu membawamu NEXT

tanpa BACK dalam masa lalu

Bahkan SKIP

saat kecelakaan akan menimpamu

Saat kau perlu

DIA menyediakan HELP

untuk QUIT dari masalahmu

DIA selalu setia tunggu hatimu OPEN

dan siap untuk DIA EDIT

DIA tak akan mau EXIT dari hidupmu

sebab kaulah FILE berharga sbg PRINT kasihNYA

Bahkan

DIA rela CLOSE maut

untuk menjadi

OPTIONS keselamatanmu

(^^)*