Monday, September 19, 2011

Manusia Sekarang !!! Siapakah Kita (2)


semalam aku layan Law Kana Bainana - seandainya Rasulullah S.A.W masih ada ...aih boleh pula aku nangis-nangis tengok bila aku dengar pengacara tu tanya ... apa kamu fikir apa yang akan Rasulullah s.a.w akan buat jika baginda masuk dalam restoran ini ...

benda yang mereka rakam secara tak langsung ni agak simple. setiap hal-hal kecil dalam kehidupan kita seharian. situasi malam ni tadi menggambarkan apa yang akan ada buat jika seseorang yang tak dikenali duduk tiba-tiba datang dan duduk disebelah anda kemudian meminta sebahagian daripada makanan yang anda sedang makan.

macam-macam reaksi. ada yang tiba-tiba nak angkat dari tempat duduk. ada yang buat-buat tak tahu. dan tak kurangnya ada yang ingin berkongsi makanan dan ada yang langsung beli yang lebih baru untuk si pelakon ni tadi. memang tak ramai yang tak berburuk sangka dalam zaman sekarang.

flashback!!!
dulu zaman aku lepas SPM ... aku jenis yang tak nak fikir apa niat orang terhadap kita. apa aku rasa nak ikut aku ikut. tapi bila dah selalu sangat terkena. aku mula fikir tang mana silapnya aku. sampai sekarang pun persoalan tu tak terjawab-jawab... tapi beberapa orang yang aku kenal selalu sound aku ... kau ni baik sangatlah... cuba sesekali tu kau fikir negatif dulu sebelum buat apa-apa keputusan. haaa baru fikir yang positif. aku bukan tak tak nak fikir. cuma aku tak suka berprasangka yang bukan-bukan pada orang lain. yelah... kita ni pun bukannya baik sangat. siapalah kita ni kan?!!!

berbalik kepada kisah Law Kana Bainana tu tadi... macam-macam jawapan yang pengacara tu dapat. tapi aku suka dengan satu jawapan. dan jawapan itulah yang buat aku tenang sekarang.

pengacara: apa yang terjadi tadi?

budak laki arab kiut: lelaki tu datang dan bagitahu dia tak ada duit, jadi dia nak minta sebahagian daripada apa yang saya makan.

pengacara: lepas tu apa yang anda buat?

budak laki arab kiut: jadi, saya ajaklah dia makan sekali.

pengacara: anda tidak takutkah sekiranya dia ingin merompak anda atau sebagainya benda-benda yang tak elok.

budak laki arab kiut: eh tidak lah. saya cuma ingin melakukan kebaikan dan tidak mahu berburuk sangka terhadap orang lain. jika niat dia tidak baik....itu terpulang pada dia...

pengacara: syabas!! tahniah!!! inilah juga yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w jika baginda di dalam situasi anda. anda berjaya mengikuti perbuatan baginda Rasulullah s. a.w ....

hal yang sangat remehkan?!!!
sesuai sangat dengan situasi di negara kita yang ramai meminta nasib daripada orang-orang lain. kadang-kadang tu rasa bersalah pula takut-takut sekiranya orang-orang ini bukan orang-orang yang benar. ingatlah.... siapalah kita untuk membenarkan ataupun menidakkan sesuatu yang kita tak pasti.

dalam cubaan pula...
soalan simple saja. dia tanya pasal rukun iman, kemudian siapa isteri Rasulullah s. a.w yang pertama... itu tentang persoalan ...

ada juga yang konpius.
cuma tak sangkalah yang simple macam tu pun boleh buat konpius. belum lagi tanya asma ul husna ngan sifat-sifat 20 tu ... =)

situasi video pula...
sorang makcik bawa beg banyak-banyak ... bila ada barang jatuh .. Alhamdulillah nampaknya anak-anak muda kita ni masih prihatin lagi... sanggup berhenti untuk membantu ...

situasi video lain ...
kisah zip seorang lelaki yang lupa nak dizipkan. macammana cara yang terbaik untuk bagitau orang tersebut dengan cara yang sebaik-baiknya. ada seorang tu dia panggil laki tu dan bisik-bisik bagitau zip laki tu tak tutup lagi...

yang seorang tu pula... oh ya...bukan warganegara kita kays... dia bagitau FREE ... bukan maksud wayang free... tapi bebas... kita bebas buat apa yang kita nak buat. atau erti kata lainnya bebas memilih apa yang kita nak lakukan ...

jika kita memilih untuk sama-sama menjaga keaiban seseorang ... Allah pasti akan menjaga keaiban kita pula di hari kiamat. ingat... setiap yang kita buat di dunia ni ... pasti akan dipertontonkan juga satu hari nanti di hadapan Allah.

video klip seterusnya ... ajarana sesat. apa reaksi orang ramai terhadap orang yang mengajak ataupun menyampaikan artikel yang ntah apa-apa ntah ajarannya...

ada yang lepas baca terus tinggalkan laki tu tanpa kata. ada yang lepas baca ...marah-marah sambil keronyok kertas tu dan lemparkan ke muka orang yang bagi artikel tu tadi, ada yang lepas baca siap nak tarik orang tu bawa ke balai polis

Alhamdulillah.... masih ada yang sedar. dan berpegang pada Al-quran dan sunnah dan tak mudah percaya dengan agenda-agenda yang mengarut macam tu....

* dulu selalu berdepan dengan orang yang jual kalendar-kalendar, yang jual ayat seribu dinar pun ada....

Nota: masalahnya manusia zaman sekarang .... bila sendiri buat salah baru nak kaitkan dengan hadis itu lah.. ini lah... mana boleh macam tu.... dah macam tak betul pula usahanya....fikir-fikirlah ....

0 comments: