Sunday, October 23, 2011

Antara Cincin Emas, Angkasawan Dan Oksigen!!!

Pya Ziya time aku duduk sebelah ngan sorang kwn aku ..merangkap guru sains..so lepak2 smbil die marking paper II..sains year 4...skali die show kt aku dua paper yang die da marking..tergelak bosar weh dgr jwpn die tp aku solute student nih sbb die boleh pk logik even jwpn die slh....

soalan 1 : Jika sebentuk cincin emas diletakkan ke dalam bikar yang berisi air, ramalkan keadaan cincin itu selepas satu minggu?

jawapan murid : CINCIN ITU AKAN HILANG..

soalan 2 : Apa yang akan terjadi jika angkasawan itu kehabisan oksigen?

jawapan murid : DIA AKAN JATUH KE BAWAH...

Saturday, October 22, 2011

Ketika Awan Melakar Lukisan DiHujung Langit !!!


7 Oktober 2011
jam: 17:49








21 Oktober 2011


jam: 17:38









21 Oktober 2011


jam: 17:39










21 Oktober 2011


Jam: 17:39












21 Oktober 2011


Jam: 17:40












21 Oktober 2011


Jam : 17:41














21 Oktober 2011


jam: 17:42
















21 oktober 2011


jam : 17:42












21 Oktober 2011


jam : 17:42

















21 Oktober 2011


jam: 17:43














22 Oktober 2011


Jam : 12:30
















22 Oktober 2011


jam : 12:31
















22 Oktober 2011


jam: 12:31







Sunday, October 16, 2011

Yang Aneh Itu Aku (^_^)

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera ke atas anda semua. cewah!!!! jangan pulak anda kata ini blog penampakan ke apa ke... dan yang sewaktu dengannya. yang ini tak kan ada ghost image o.k... hehe

Sepetang yang memenatkan ...
aku balik kampung dengan famili. hajat aku cuma satu .... nak ambil bunga raya untuk buat bahan sikit. bukan bahan apa pun...cuma nak tanam bunga raya. bunga raya hari sudah kembali kepada Allah selepas mengeluarkan bunganya yang sekuntum. aku tak tahulah macam mana nak elak daripada kene serangan semut ni. nak aku geram... dah rezeki semut tu kat situ. jadi, aku PASRAH...bak kata Erra Fazira!!!

Yang aku petik eh silap .. yang aku cantas semalam ada beberapa jenis. ada bunga raya warna merah ... yang ini ada dua jenis. satu yang jenis biasa je... kedua yang jenis macam bunga ros. jangan pula anda semua berfikir yang aku ni tak tahu nak beza bunga raya dengan bunga ros o.k hehe ... haa.. satu lagi yang warna krim ..ataupun pecah telur. senang cerita kekuningan sedikitlah. cuma yang tinggal sekarang nak ambil bunga raya warna Pink dengan bunga raya warna putih suci dan bersih. hehe ...

cerita pasal pokok di atas ni?
aku kagum lah dengan bentuk dahannya yang bercabang-cabang ni. unik bagi aku rupanya. kalau buat bonzai ..... aduhai... alangkah bahagianya. (gila apa...dahan bukan main dah besar dan keras nak lentur jadi bonzai). keh keh keh.

masa dalam perjalanan setengah dari kampung ke Daro pula. aku suka tengok lukisan alam yang indah di kaki langit. aku dengan penuh rasa yakin terus KLIK !!! KLIK!!! KLIK!!! beberapa kali. bila aku perhati gambar yang tak berapa nak ngam aku terus padam. kemudian terdengar satu suara berkata:

"beli kamera je Nah!!!"

Lidah aku jadi kelu dan membisu buat seketika sambil memasang telinga mendengar perbualan tentang kamera pula.

NOTA: Bila lah nak tercapai hajat dihati beli Camera ni. selalu kalau ada function apa-apa kat sini ada satu tapak tu aku tengok tertulis kelab fotografi. cun cun eh gambar mereka-mereka ni tangkap. tapi tak tahu pula aku kewujudan kelab ni di sini. Nampak sangatkan keluar rumah secara berkala. maksudnya untuk tujuan yang tertentu sahaja!!! :-)

Saturday, October 8, 2011

Tiada Kata Melambangkan Maksudnya (Antara kontra & abstrak)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. menandakan aku sedang bersarapan pagi .

tak boleh tidur aku memikirkan ayat pendek entri ini.



bila fikir sekali. ada maksudnya sebenarnya.


bila fikir kali kedua. tak ada maksudnya.


bila fikir kali ketiga. ada maksudnya.


bila fikir kali keempat tak ada maksudnya


bila fikir kali ke 5 ada maksudnya.


bila fikit kali ke 6 tak ada maksudnya.


dan setelah fikir kali ketujuh ...


aku temui jawapan yang mungkin jawapan yang dia cari ataupun tidak...

jawapannya adalah ya ... melambangkan maksudnya.
mesti dia tertanya-tanya kenapa aku bagitau jawapan itu adalah yang paling tepat dalam erti kata lain. secocok ataupun sesuai serta menepati ciri-ciri persoalan di atas. (mende aku merapu ni).

adalah shahir... kenapa aku aku cakap?!!!
sebab tak semua kata-kata yang tak ada maksudnya. harus diingat. setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita bagaikan satu doa. maka .. berkatalah akan hal yang baik-baik. (ni nasihat untuk aku sendiri sebenarnya ^_^, dan jangan berkata tentang sesuatu yang bukan Haq kita)

contoh ye ...
Rasulullah s.a.w setiap kata-kata dari mulut nya melambangkan keperibadian baginda S.A.W. begitu juga para-para sahabatnya.

bila berpindah ke zaman aluminium ni. banyak yang kontra dan abstraknya. (sebenarnya aku pun konpius apa benda kontra dan abstraknya neh). mari kita kupas sama-sama ye.

manusia zaman sekarang...
bila dia kata i love you ... ye .. dia betul-betul maksudkannya. cuma dari segi istilah kata-katalah ... tapi maksudnya lain-lain ... bila dia love yang baik-baik alhamdulillah. tapi bila dia love yang mengarut.mengarut jugalah caranya. hati kene kuat menilai tang mana maksudnya tuh...

bila dia cakap dia rindu
dia bagitau betul-betul ... cuma kita tak pasti apa sebenarnya yang dia rindu. manusia ni kan banyak ragam.

dan aku selalu dapat satu ayat...

"awak ni baik sangat-sangat "

setakat ni inilah ayat paling power orang. aku tahu dia maksudkan betul-betul dalam erti kata istilah lain "lurus bendul". hahaha

moral di sini: bila orang tu bercakap lebih-lebih. ada maknanya tu. cuma kita tak sedar niatnya. AWAS!!! kene tolong jiwa kita sikit. bila jiwa kita dalam keadaan sihat dan tenang insyaAllah..musibah akan menjauh daripada kita....

Tuesday, October 4, 2011

Hanya Kerana "Air" (T_T)

Mengimbaskan cerita beberapa minggu yang sudah memang boleh membuat hati aku ni geli~geleman. Ceritanya begini ...


duduk dengan sopan sambil mendengar cerita prihatin dari teman-teman. Topik hari tu tak menentu . Entah macam mana terselit kisah tentang air pula. duduk bercerita tentang air ini adalah suatu perkara luarbiasa bagi kitorang. tapi..seperti biasa aku setia melayan dan sesekali menyelit dengan satu dua ayat.


jejari yang tak berapa nak runcing menari-nari di atas buku kehadiran. sambil mulut kumat-kamit menyelit dengan satu dua ayat. (jenis tak reti nak buat satu kerja dalam dua masa). siap tandatangan buku tercampak ke dalam tangan orang lain pula. tengah syok bercerita tiba-tiba satu suara terselit mematikan lidah aku untuk berkata-kata. semuaya fokus ke arah suara yang menyelit itu. memang kedengaran lebih menarik dari topik air kitorang.


hot omak: aih ... kita ni ada kawan baru ke? tak perasan pula ada orang baru kerja sama dengan kita sekarang ni. cuba korang tengok dalam buku ni. mana tahu saya ke yang salah tengok atau baca ni. al-maklumlah di usia begini ...


Si cute: erk?!!! hahaha..... (terburai gelak dia tengok buku tu sambil memandang ke arah aku)


seperti biasa aku buat muka maintain. buat-buat rasa tak bersalah. aku kan "cool". namun dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. Dag Dig Dug juga rasanya. entah apa dosa aku hari tu.


buku berpindah tangan ke Si cantik. Respon?!!!

Erkk?!!! haha... geng - geng ... aih ... sejak bila tukar nama ni . _dia mula memandang aku sambil melamparkan gelak tawa yang sungguh cantik ...


dengan pantas tangan aku mencapai buku itu . mata terus memaku ke satu line dalam borang yang ada nama aku .. tapi... bukan nama aku ...


hati berdegup kencang ....


Gulp!!! (illustrasi bunyi tertelan air liur sendiri)


otak memainkan peranan. hati mula beku. jiwa mula kacau.


Caittttt .... macam mana aku boleh tulis "Sakinah Binti Air" ?!!!!


giler punyer lawak ....kantoi...kantoi!!! alahai ....


obses sangat nak menyampuk hahha ...


Hari: Isnin

Tarikh: 26 September 2011

Jam: 1.50 Petang


NOTA: sejak kejadian itu ... setiap kali sedang menulis dalam buku kehadiran salah seorang daripada mereka akan mengingatkan...untuk tidak berkata-kata barang sekejap sehingga aku habis tulis. Aku pun satu. setiap kali aku buat puasa mesti ada yang tak betulnya (t_t).


Semoga terhibur (^_^) !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, October 3, 2011

Yang Termaktub Di Sini !!! ^_^

Seminggu yang sudah rasanya kekurangan meng - up - kan cerita. sibuk amat rasanya. sekarang baru berkesempatan sedikit ...sedikit sahaja ... hehe ...

minggu lepas buat kertas soalan untuk budak-budak comel dan hyperaktif dibawah jagaan saya. situasinya begini ...

tolong !!! tolongg !!! saya tak dapat baca soalan ni !!

tolongg... tolongggg saya lagi.....!!!!

saya lagi!!!! ...
saya lagii..!!!!

saya!!!!

alih-alih seorang tertewas dan akhirnya menangis di situ ...
pujuk punya pujuk .... alhamdulillah berjaya !!! dia senyum kembali =)

dan hasilnya : alhamdulillah ada 4 orang markah penuh =) (termasuk Raz sekali ni jika anda ingat lagi entri ini http://sha83kaizer.blogspot.com/2011/08/kesinambugan-cerita-minggu-lepas.html )

sementara seminggu-minggu dag dig dug tangkai jantung saya. di saat itu juga saya usaha buat telahan tentang filem hantu bonceng dan melayani karipap-karipap cinta. saya tak pandai sangat nak buat ulasan... memang ada part-part yang tak o.k dalam filem tersebut. cuma saya tak tahu nak jelaskan macam mana ... dalam karipap-karipap cinta ni ...saya memang berkenan le dengan dialog dalam filem berkenaan ... "seorang ustazah yang tak nak jadi ustazah .."

minggu ini adalah perjuangan habis-habisan nak dapat Novel Nurul Asyikin. malu tak malu mesti sergah juga nampaknya ni ... tak sangka pula rupa-rupanya kelupaan nak kasi alamat tu ... ishk ishk ishk ... nasib baik tak terjun lagi dari tingkat paling bawah ataupun paling atas tanah =)...tadi dah dapat dah alamat ... big thankz cc: aloy paradoks .. agak-agak untuk kali ni ambil masa berapa hari pula =)

al-kisah di surau ...
tengah check saf ke satu saf ... kedengaran suara suspen dari arah belakang:

....alamakkk.... tolonggggg !!! dia muntah!!!! .... dia muntah!!!!!

saya terus meluru ke arah kejadian.

memang betul ... saya suruh budak tu lari keluar ... di luar dia muntahkan balik saki baki yang ada...

yang pasti tadi tu bau macam nescaffe je .. ;-)

ibu asuh dia cakap tadi dia muntah dalam kelas tak dapat nak dijelaskan bau-bau yang keluar ... kesian dia tu. tak tahulah kenapa dan mengapa itu terjadi ?!!! Nasib baik migrain saya tak mari selepas insiden itu ...

Nota: yang pasti aku memang tak layak untuk bekerja dalam klinik mahupun hospital. itu sahaja. T_T berair siot ... mata aku time ngelap .. ngelap muntah dia adeihhh .... namun, Alhamdulillah ... nampaknya selera makan aku menaik dengan mendadak malam ni ... =)

Sunday, October 2, 2011

Santai DiMalam Minggu

assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Baru sahaja melayani segmen rancangan Law kana bainana =)

tajuk pembelajaran hari ini berkaitan dengan ucapan salam, menepati masa dan bergurau.

dalam cubaan pun dihighlight malam ni ucapan salam.

benda nampak kecil dan remeh.
tapi sungguh besar maknanya ...

dalam segmen cubaan tadi ... diceritakan tentang kisah seorang yang bukan penganut Islam memberi ucapan jika itu yang terjadi ke atas kamu ...


orang bukan muslim: Assalamu'alaikum


Diri kamu sendiri: Wa'alaikum (yang membawa maksud kembali ke atas kamu)

maaf aku tak sempat salin hadis tu =) ... lagipun standard lah bila tengok TV... ada yang sempat di salin. ada yang tak sempat.

rasanya setakat ni dulu entri saya untuk malam ini. saya punya otak beku sikit malam ni. semoga datang ilham bila semua dah settle.

Nota: jangan lupa ya sebarkan salam antara kita semua. tak kira sama ada anda kenal atau tidak ... =)