Monday, May 24, 2010

Kita enjoy



hendak dijadikan cerita adalah keraian sambutan hari istiewa di tempat aku bertugas selama ni kan? yang hairannya macam mana nama aku boleh tercicir dari senarai. itu bukan cerita penting...

yang pasti dapatlah hadiah bola-bola api...thanks. aku agak daripada geng satu kafa ni kot... sebab dorang ada bagi tau nombor dorang yang 28 ke atas. kehkehkeh...yang bestnya tak sangkak sis seorang ni pulak dapat hadiah daripada aku. untung dia. aku dah M dah hadiah tu untuk diri aku sendiri dalam diam hahhahaaa.... (tak adalah gurau je)

tapi yang best makan tengahari tu yang berasap yo... hhahaaha...banyaknya saya punya nasi. habis makan tak boleh nak bangun dah rasanya. sampai je kat rumah sempat lagi hot mama kitorang berposing. nasib baik le card reader di kampung ni kak.... kalo tak .. adalah muka hot yang ter"in" kat blog ni hahhaha....

sampai sekarang aku masih pelik...belon dorang cepat je pecah. tapi awat belon yang aku tiup aku cubit tak pecah pun?!!! (haaa sapa boleh jawab!!!)

yang pastinya aku sudah mula demam. terasa macam tak cukup oksigen lepas tiup belon tadi... macam mana tu?

esok ada kem bestari pulak =) penat macam mana pun kenelah senyum selalu...barulah hati senang kan kan kan =)

Sunday, May 23, 2010

Bila Hati Mula Berbicara



untuk pastikan dirimu selamat dunia akhirat carilah seorang teman yang bisa menolong mu dalam mendalami nilai-nilai islam tu sendiri. tidak perlu menilai dari tingginya pendidikan agama dalam dirinya... cukup pengalaman dirinya ditambah rasa takwa dan keimanan pada Allah pasti akan bisa memimpin ke jalan yang lebih Allah redhai. itulah yang paling sederhananya. sederhana itu adalah yang terbaik untuk kita. tidak perlulah mencari yang lebih sempurna sedangkan dirimu tidak sesempurna manapun. di dunia ini tiada yang lebih sempurna berbanding Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Sempurna.

jangan gusar sahabat-sahabat ku sayang. anda masih punya harapan untuk memiliki wanita-wanita dan lelaki-lelaki pilihan Allah. cuma...perbaiki sikapmu, perbaiki akhlakmu, perbaiki tutur katamu dan paling penting tingkatkan amalanmu. jangan hanya kerana dosa-dosa lalu menghantui mu membuat kamu bisa patah hati, kecewa dari terus berharap kepadaNYA.

sesungguhnya di saat kejatuhan mu itu... ketika itulah Allah sungguh dekat kepadaMU. dan hanya orang-orang yang beroleh hidayahNYA hanya dapat merasakan kehadiranNYA. Nah... fikirlah temanku ...

apa yang terbaik buat dirimu dan apa yang membawa musibah terhadapmu. BE POSITIVE !!!

Nota: aku ada dapat mesej hampir-hampir bunyi dia macam ni... sekiranya dia melihat bintang di langit nescaya dia akan terkenangkan aku. nauzubillahmindzalik..bukankah elok jika dia katakan yang dia akan terkenangkan kebesaran Allah yang Maha Pencipta. DIA yang mencipta alam dan DIA jugalah yang mencipta aku dan dia. satu lagi aku pikir dia ingat bintang tu cantik ke...cuba dia tengok dengan lebih dekat dan jelas... tak ada cantik mana pun bintang tu... jadi gadis-gadis kat luar sana tu andai ada lelaki yang berbicara kepada mu seperti itu... korang suruh lah dia pergi dekat dengan bintang tu.. lepas tu suruh mereka perhati betul betul...betul ke muka kamu tu macam bintang yang dia maksudkan tu!!! kwang3...

Wednesday, May 19, 2010

Aku Terjatuh !!!!



Oleh : ST 12

Aku terjatuh
Aku terjatuh lagi di pelukanmu
Aku terjatuh
Aku terjatuh lagi di pelukanmu

ku...
sadar diri tiada lagi rasa cinta
dan...
******** ku tak ingin engkau terluka

Aku terjatuh
Aku terjatuh lagi di pelukanmu
Aku terjatuh
Aku terjatuh lagi di pelukanmu

Sudah ku bilang hapus airmata
Cinta ku hilang meninggalkanmu
Kamu tlah berbeda tergila gila
Hidupku terasa terasa hampa

Aku terjatuh
Aku terjatuh lagi di pelukanmu
Aku terjatuh
Aku terjatuh lagi di pelukanmu

Sudah ku bilang hapus airmata
Cinta ku hilang meninggalkanmu
Kamu tlah berbeda tergila gila
Hidupku terasa terasa hampa

NOTA: aku cari lirik lagu ni tapi cam tak serupa je... jadi aku re-type balik...
masalahnya satu perkataan tu aku tak berapa jelas lah... boleh tak tolong cari kan untuk aku...cube tengok yang ada bintang bintang kat atas tuh =p

Hari Ini Dalam Sejarah

kenapa?!!!

kerana ...
aku tak online pun heheee... best nya... siapa kata kita tak dapat buang habit gemar chatting kan kan kan? Malaysia Boleh!!! heheee...

tadi aku buang-buang masa cari ilmu di segenap penjuru Facebook. pelik sangat ke bunyi nye ni? harap-harap bukan lah...

akhirnya aku terjumpa artikel pasal sanggul tinggi...
sanggul tinggi tu ape?
alahai... sanggul tinggi tu sama macam korang tengok budaya orang sekarang. pakai tudung tapi sanggul tu nampak tinggi...walaupun pada hakikatnya memang tak nampak rambut...

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


see ...

semoga ia menjadi peringatan buat kita aduhai muslimah sekalian... diriku dan dirimu adalah lebih berharga dari segala-gala yang ada di dunia ...

mota: agak-agak bila lah boleh jadi a.k.a wanita solehah kan kan kan ...

Tuesday, May 18, 2010

Pagi Yang Sadis Berakhir Dengan Senyuman Yang Manis

Sesadis sadis pagi aku akhirnya...aku boleh tersenyum. macam pelik je kan dua hari berturut-turut di kunjungi oleh rasa sadis?!!!

Pertamanya aku tak sehat?
tapi alih-alih abang aku duk berleter pasal aku selalu sakit perut...
bukan ke aku dah cakap...aku salah makan...
hadoyai....

lepas tu pula...
terbaca sesuatu yang menarik perhatian aku sehinggakan mata & telinga berasap otak mendidih bila membaca setiap bait yang tertera di blog seorang manusia ni
siap tarok gambar lagi ko ek...

manusia manusia manusia...
bila lah korang ni nak berubah...
korang ada pikir ke akibat yang korang buat tu...
sungguh pun jari jemari yang menaip...
rasa ada buat insurans untuk jari jemari le tu...

kalau dia ada depan mata aku memang aku suruh dia buat kenyataan terbuka tentang permohonan maaf buat penduduk-penduduk di sini...
ingat jahil sangat ke orang-orang di sini...

ni yang aku tak suke ni...
aku dah panas tahap gunung berapi ni...
tunggu masa je lagi nak muntahkan lahar...

belajarlah dari kesilapan masa lalu...
jangan biarkan peristiwa 13 may mengganggu gugat lagi ketenteraman penduduk bumi kita...

jangan hanya kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga...
lu pe hal ... nak taip-taip macam tu...
akal ada ka?

untuk rakyat jelata bumi aku yang tercinta a.k.a bumi kenyalang...
sabar je lah bila berdepan dengan orang-orang yang macam ni.
kita patut syukur jugak kenal dengan manusia macam tu...
bukan apa...
sekurang-kurangnya ia mengajar kita untuk melindungi suku suku kaum yang ada atas nama bumi kenyalang ni.
ia mengajar kita untuk lebih menghormati dan mengambil sikap untuk terus belajar tentang budaya masing-masing...
dan apa yang telah berlaku ini diharap boleh memupuk lagi semangat jati diri dalam diri kita...
boleh memupuk semangat bersatu hati.
jangan mudah termakan atau terbakar dengan omongan-omongan angin kosong seperti itu.

yang paling penting sekali...
kita sebagai penduduk bumi kenyalang harus berbangga dengan setiap kaum yang ada di sini...
itulah keunikan yang ada pada kita semua...
jangan goyah
jangan takut...
kita mesti tunjukkan di mata dunia...
keunikan inilah yang menyebabkan kita saling bersatu antara satu sama lain.
keunikan ini buat kita saling memerlukan antara satu sama lain.
keunikan ini yang membawa kepada keamanan dalam negeri kita.
keunikan ini yang membawa kita ke persada kejayaan
keunikan inilah lambang masyarakat kita.
keunikan inilah merupakan kebanggaan kita semua...

P/S: bersatu hati kita teguh...bercerai kita roboh...amalkan sikap prihatin dan ingin belajar dalam masyarakat kita supaya kita tidak dilabelkan sebagai orang yang jahil buat kali keduanya. ayoh kawan kawan... BERSATU!!! (inilah yang dinamakan satu malaysia) lu jeles pehal hah!!!

Sunday, May 16, 2010

Hanya Kerana Aku Seorang wanita


2 hari lepas kan aku pergi sibu...
hendak dijadikan cerita sampai sahaja di sibu tempat pertama aku tuju adalah BSN disebabkan kelewatan aku tiba di sibu makany aku tak jadi untuk menguruskan pertukaran kad bank aku.

selesai urusan pengeluaran kewangan aku ...
aku jalan-jalan sekitar premiere survey itu surevey ini survey kedai ada bukak ke tutup ke dah lingkup ke...

@ the end nya aku singgah juga di primere...

al-kisah dengan penjaga barang...
dia senyum aku senyum...

dia: adik...dlm ni tak ada apa-apa barang ke? laptop ke?
aku:dun wori langsung tak ada yang berharga...nasib malang le kalau ada orang yg nak rembat jugak...
dia: hihii.. takut je dek...
aku: tak pa... saya faham... (sambil tersenyum dan terus berlalu)

aku pergi ke bahagian sukan...
mestilah pilih cheetah ... woh ho ho... ada dua je size tracksuit yang tinggal... size s dan xs ...so aku call kawan aku

aku:akak nak size yang mana?
dia: beli yg size s je... tak nak besar sangat...
aku: o.k ... tade hal punyer lah kak....

jadi aku amik yg xs untuk aku s untuk kak izan...

habis bayar ...aku blah dari situ...dan tunggu abang aku depan mcD
lepas abang aku sampai kitorang pergi ambik kakak ipar aku dan serbu ke farley...
hehee...

ape daaa....

sampai situ tak sempat pulak nak balut hadiah...
jadi main sapu je lah...hadiah yng dibeli tu abang yang pilih hahhaha kalau siapa-siapa yang dapat nanti dan tak dapat guna buang je lah ye hahhah...

teringat insiden dalam express...
aku terserempak dengan junior aku dulu.. nama dia (ops tak boleh cakap nanti orang-orang lain dapat tau pulak)...

malu pulak bila kenang balik zaman nakal-nakal dulu...kira dia ni antara mangsa-mngsa kenakalan kitorang...
hahhaha...

dia tak adalah hensem mana pun... cuma suka tengok mata dia yang bulat hikhikk...
tu yang suka kacau. alah biasalah nama pun senior ... hahhaaa....
sembang punya sembang ngan dia...

dia: kenapa nampak makin kurus sekarang ni?
aku: bukan kurus lah ... tulang kecik...
dia: dulu masa sekolah kemain lagi bulat rupa
aku: banyak pikir kot...
dia: haaa...ni mesti pikir pasal boyfriend
aku: boyfriend?!!! hahhaha... ada-ada je ko ni ek?
dia: ishk tak kan tak ada boyfriend kot... yang dulu tu siapa nama dia?
aku: oh no!!! dulu is dulu lah... sekarang yg pasti saya belum bertunang, saya belum berkahwin... itulah status saya....
dia: hahaaa....

lepas tu tukar-tukar nombor telefon dan aku rasa dia tak kan call punyalah... hahhaa

bila express datang ....seorang mamat yang ngaku dari pangtray duduk sebelah aku secara tiba-tiba...

dia: hai boleh kenalan tak
aku: (apa bau ni...cam air setan je bau biar betul ) hai (senyum kelat)
dia: boleh kenalan tak?
aku: (ddengan selamba) tak payah nak kenal lah...
dia: kenapa?
aku: kan duduk satu tempat .. lama-lama boleh kenal dengan sendirinya..
dia: mana boleh macam tu .. kalau kita jumpa boleh gak saya bersapa
aku: tak perlu .. buat-buat tak nampak je
dia: saya memang betul-betul nak kenal ni...
aku: ermm... tahun depan saya bagi jawapan ye
dia: lamanya nak tunggu jawapan
aku: nak atau tak terpulang pada awk... yang pasti saya akan bg jawapan tahun depan je
dia: entah jumpa entah tidak lepas ni...
aku: (angkat bahu sambil peluk beg aku kuat-kuat )
dia: o.k lah ... awak dah ada boyfriend?
aku: kalau ya kenapa kalau belum kenapa?
dia: yelah takut jugak kalau-kalau nanti boyfriend awak cakap apa
aku: woh macam tu ek.. jadi kalau saya tak ada boyfriend pun boleh lah saya mengaku yang saya ada boyfriend ek?
dia: eh eh.. boleh pulak macam tu
aku: (pandang wajah dia dengan pandangan kosong)
dia: dia senyum... o.k lah... kali ni kali terakhir saya tanya ... boleh tak nak kawan dengan awak ... kalau awak jawab tak boleh saya akan pergi dan tak kan ganggu awak lagi
aku: tak boleh
dia: o.k terima kasih ... saya janji tak kan ganggu awak lagi. terima kasih sebab sudi sembang ngan saya walaupun sekejap

dia hulur tangan nak salam sambil cakap

"awak saya minta maaf sebab dah ganggu awak mungkin buat awak tak selesa ke"

aku jawab dengan ringkas: "it's okay"
tangan dia yang dihulur aku hanya pandang dan geleng kepala je... dia paham dan terus blah dari situ...

nota: peristiwa yang macam ni lah buat aku rasa sering tak selamat bila pergi atau keluar rumah seorang-seorang. dulu aku maintain je.. tapi sejak dua menjak aku suka berkurung dalam rumah.. hal-hal sebegini buat aku terasa sangat kecil diri ini berada di hadapan khalayak ramai. nampak je macam berani, peramah...tapi hakikatnya dalam hati tak putus-putus berdoa mohon keselamatan diri dari segla anasir-anasir yang tidak elok. sebab itu aku lebih suka pergi mana-mana sama dengan famili aku... lebih selamat dan terjamin...insyaAllah...ada jugaklah mata-mata liar yang memandang...tapi aku buat-buat tak nampak...bila timbul keadaan macam ni haa masa tu baru teringat tak ke best kalau dah kawen ;p

Cerita Umur

Cerita umur
Adalah cerita kesementaraan hidup
Kisah perjalanan usia menghampiri hujungnya
Kisah api kehidupan yang semakin hilang nyalanya

Cerita umur
Adalah cerita kekerdilan insan
Kisah kelalaian bersama seribu keinsafan
Juga kisah syukur bersama sejuta keberkatan

Cerita umur
Adalah cerita umbang ambing kehidupan
Kisah peritnya perjalanan
Juga kisah indahnya kesabaran

Cerita umur
Adalah cerita perjalanan insan
Kisah datang dan pulang
Kisah hidup setelah kematian
Kisah kepulangan kepada Pemilik kehidupan

Cerita umur
Adalah cerita sedih dan penyesalan
di sebalik tabir kematian
Untuk kehidupan yang diabaikan

Cerita umur
Adalah cerita Iman
Untuk insan kembali sedar
Dari mana ia datang
Untuk apa dunia dipinjamkan
Dan kemanakah akhirnya kehidupan.

Friday, May 14, 2010

Virus-Virus Dakwah

1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

4. Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah yang dapati daripada buku tersebut (saya hanya senaraikan sebahagian);

* Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)

* Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."

* Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara "Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

* Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka. Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...

* Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!) Imam Syafi'i pernah bersyair, Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu

* Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."

* Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)

* Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."

Thursday, May 13, 2010

Yang Terindah - DAKMIE

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

10 ciri Bakal Suami

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...


1-Kuat agamanya.


Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.


Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak- ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.


Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah


Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros


Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya



Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai
buat kamu.

7-Terbatas pergaulan


Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.


Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab


Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah


Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Sunday, May 9, 2010

SUSAHNYER SOLAT MAGHRIB!!!!

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg
cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la
seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup
sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari
berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib
berkumandang.. pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman
gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.

lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.

"yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni"
"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik
perlahan....
seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir..
seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
"bismillahirrahmanirrahim..."
seman pun turut membaca bismillah dengan lantang...
"bismillahirrahmanirrahim..."
aisyh! pelik menantu aku ni... mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je
yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus
membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn
kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim
pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman.

seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.
"ish! gila ke menantu aku ni??"
pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut
berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.
pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke
sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke
tepi sawah.
tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun
turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku
sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.
sampai kena berlari.."

Saturday, May 8, 2010

Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

back to reff

PROPHET MOHAMMAD SAID 1400 YEARS AGO

* Camels will no longer be used as a means of transport;
* People will ride on saddles that aren't saddles (cars?)
* The distance on earth will become short;
* Horses will not be used in wars;
* Muslims will defeat the Byzantines which will end with the conquest of Constantinople Istanbul);
* The Jews will gather again to live in Bilad Canaan;
* Very tall buildings will be built;
* The disappearance of knowledge and the appearance of ignorance, with much killing;
* Adultery will become widespread, and the drinking of wine will become common;
* The number of men will decrease and the number of women will increase until there are 50 women to be looked after by one man. * Islam will become worn out like clothes are, until no one will know what fasting, prayer, charity and rituals are;
* Allah will send a disease to fornicators that will have no cure (Aids?);
* People will begin to believe in the stars and reject AL QADAR (THE DIVINE DECREE OF DESTINY);
* Men will pass by people's graves and say: 'Would that I were in his place'; (large amount of sucidal deaths?)
* The Euphrates will uncover a mountain of gold for which people will fight over (the river of Alfurat that lies near Syria );
* Two large groups of people will fight one another, and there will be many casualties; they will both be following the same religion World War II?);
* Approximately 30 DAJJALS will appear, each one claiming to be the messenger of ALLAH;
* Earthquakes will increase; * Time will pass quickly;
* Afflictions will appear;
* Killing will increase;
* Wealth will increase;
* Women will be wearing clothes but not wearing clothes
* THE PROPHET (saw) SAID: 'IF MY UMMAH BEARS 15 TRAITS (QUALITIES), TRIBULATION WILL FOLLOW IT.' (DAY OF JUDGEMENT) SOMEONE ASKED,'WHAT ARE THEY O MESSENGER OF ALLAH?' HE (saw) SAID:

* When any gain is shared out only among the rich, with no benefit to the poor;
* When a trust becomes a means of making profit;
* When paying ZAKKAT becomes a burden;
* When voices are raised in the mosque;
* When the leader of a people is the worst of them; when people treat a man with respect because what he may do;
* When much wine is drunk; red wind or the earth swallow them, or to be transformed into animals.'
* 'IMRAN IBN HUSAYN SAID: 'THE PROPHET (AS) SAID, 'SOME PEOPLE OF THIS UMMAH WILL BE SWALLOWED BY THE EARTH, TRANSFORMED INTO ANIMALS, AND SOME WILL BE BOMBARDED WITH STONES'. ONE OF THE MUSLIMS ASKED, WHEN WILL THAT BE O MESSENGER Of ALLAH?' HE SAID, 'WHEN SINGERS AND MUSICAL INSTRUMENTS WILL BECOME POPULAR, AND MUCH
WINE IS DRUNK.'' THE GREATER SIGNS OF THE HOUR The Quran will disappear in one night, even from the people's hearts, and no Ayah will be left on earth. (Some groups of old people will be left who will say: 'We heard of fathers' saying 'LAILLAHA ILLA ALLAH' so we repeat it);

* The appearance of the MAHDI;
* The appearance of the DAJJAL (Anti Christ); * The appearance of Ya'juj and Ma'juj (biblical Gog and Magog);
* Isa (Jesus) will come during the time of Dajjal;
* The rising of the sun from the west;
* The destruction of the Ka'ba and the recovery of its treasures;
* The smoke.

Just remember- Allah is watching you. Prayer Wheel, Let's see the devil stop this one! Here's what the wheel is all about. When you receive this, say a prayer for the person that sent it to you.... There are no costs, but wonderful rewards.... Let's continue praying for one another.
As we look at this article we realize how true the Messenger (P.B.U.H) was these signs were prophesized 1400 years ago!!!

Now you have two options here :
1- Leave this message & sit here. No curse or whatever may happen to you (Insha-Allah)
2- Forward this message to a number of people you know and by the grace of Allah you will be blessed for each person you forward this e-mail to.

PLEASE FORWARD THIS, THIS IS A REWARD.

Friday, May 7, 2010

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu
tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita
tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih
mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya
bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah
pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI DAM AS
(ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi
maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar
sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur.
Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail
mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat
manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi
kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu
bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris ,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan
tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman,
keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
berdoakan kepada Tuhan.


PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan
dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu
sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam,
ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi
patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail
untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk
dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi
warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah
liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.


Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa
halus, kasar dan
sebagainya.


Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil
masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk
memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan
tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah
matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik
kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan
kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu
jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang
mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu
bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah
susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.
Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan
tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian
lama kian cantik dan halus.


Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat
Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat
selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari
langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga
tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad
Isa Selamat)


RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian
alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana
pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam

Thursday, May 6, 2010

keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a.. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain..
…Wallahu a’lam

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah ka wan ku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.


"Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tak sempurna
Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur"

Happy birthday To You

selamat ulang tahun ke 27 untuk Dewa....
semoga dimurahkan rezeki...
diperlancarkan perjalanan hidupmu
diterima amal ibadahmu
beroleh kebahagiaan dan kejayan
yang hakiki
dia dunia
dan di akhirat...
amiin...


tarikh...6hb mei 2010...

itu sahaja...