Sunday, May 23, 2010

Bila Hati Mula Berbicara



untuk pastikan dirimu selamat dunia akhirat carilah seorang teman yang bisa menolong mu dalam mendalami nilai-nilai islam tu sendiri. tidak perlu menilai dari tingginya pendidikan agama dalam dirinya... cukup pengalaman dirinya ditambah rasa takwa dan keimanan pada Allah pasti akan bisa memimpin ke jalan yang lebih Allah redhai. itulah yang paling sederhananya. sederhana itu adalah yang terbaik untuk kita. tidak perlulah mencari yang lebih sempurna sedangkan dirimu tidak sesempurna manapun. di dunia ini tiada yang lebih sempurna berbanding Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Sempurna.

jangan gusar sahabat-sahabat ku sayang. anda masih punya harapan untuk memiliki wanita-wanita dan lelaki-lelaki pilihan Allah. cuma...perbaiki sikapmu, perbaiki akhlakmu, perbaiki tutur katamu dan paling penting tingkatkan amalanmu. jangan hanya kerana dosa-dosa lalu menghantui mu membuat kamu bisa patah hati, kecewa dari terus berharap kepadaNYA.

sesungguhnya di saat kejatuhan mu itu... ketika itulah Allah sungguh dekat kepadaMU. dan hanya orang-orang yang beroleh hidayahNYA hanya dapat merasakan kehadiranNYA. Nah... fikirlah temanku ...

apa yang terbaik buat dirimu dan apa yang membawa musibah terhadapmu. BE POSITIVE !!!

Nota: aku ada dapat mesej hampir-hampir bunyi dia macam ni... sekiranya dia melihat bintang di langit nescaya dia akan terkenangkan aku. nauzubillahmindzalik..bukankah elok jika dia katakan yang dia akan terkenangkan kebesaran Allah yang Maha Pencipta. DIA yang mencipta alam dan DIA jugalah yang mencipta aku dan dia. satu lagi aku pikir dia ingat bintang tu cantik ke...cuba dia tengok dengan lebih dekat dan jelas... tak ada cantik mana pun bintang tu... jadi gadis-gadis kat luar sana tu andai ada lelaki yang berbicara kepada mu seperti itu... korang suruh lah dia pergi dekat dengan bintang tu.. lepas tu suruh mereka perhati betul betul...betul ke muka kamu tu macam bintang yang dia maksudkan tu!!! kwang3...

0 comments: