Tuesday, December 16, 2008

go TRIP YeaH yeah!!!!!!!!!!

sepertimana yang korang tahu bulan 12 ni aku ikut trip umi. abie dan hiham pun ikut jugak. bestnye pergi sama-sama dengan famili.

kitorang berangkat daripada daro petang 19hb disember 2008 ( permulaan aku ngan dewa83)jam 4 petang. kemudian berhenti di sarikei dan sambung balik perjalanan jam 9 malam ke kuching dengan menaiki bas.

doakan semoga aku selamat pergi dan balik dari vacation aku yer...bukan setakat aku sahaja tapi seisi trip tersebut.

okay semua selamat bercuti dan bagi yang bekerja selamat bekerja!!!

salam sayang salam rindu buat semua daripada sha83@kaizer

" Hari Mencuri Sedunia "

lewat malam semalam aku tidur awal seperti biasanya. belum pukul 9 aku dah lena dalam bilik. tetapi entah cemaner lena aku terganggu. aku dengar lagu mimpi laila berkumandang di udara. aku bukak mata...oh! henpon n73 aku ada message masuk. aku tak terus bangun dari atas katil aku. aku tunggu lagu tu sampai habis baru aku bangun.

lantas aku capai henpon aku dan bukak message tu, ada 3 message masuk:

1- message kaki borak dia tanya aku masih wujud lagi ke kat nombor maxis aku. aku jawab dalam hati ... ha'ah masih lagi...(erk..korang agak-agak kaki borak dengar tak apa aku jawab?)

2- message kedua pesanan daripada hotlink.

3- message ketiga daripada akmal. macam ni bunyi message dia: kalau hari ni "HARI MENCURI SEDUNIA"...apa yang akan awak curi dari saye? = send this message to all ur frenz...kamu akan dapat macam-macam jawapan pelik...its fun!but...reply me first...

( agak2 akmal ni dah kaya sangat kot tu pasal hantar message macam ni )

apalagi aku aku reply message dia...ini dia isi message aku: aih, macam tu pulak, curi hati kot huahuahua nak curi pandang ko jaoh nak curi dengar kredit tak cukup nak curi ngumpat takder geng la nak ngumpat pasal ko hekhekkkk amacam ... best tak karangan puisi aku untuk ko, tajuk dia hari mencuri sedunia...

kalo korang pulak apa ya?!!!

BeRKuBaNG!!!

bila musim tengkujuh tak mustahil berlaku banjir...

malam tu kedengaran alunan muzik pertandingan shuffle di dewan serbaguna yang kebetulan berdekatan dengan rumah abang aku. malam tu aku dah plan nak perg tengok dorang final tapi Allah tak suka aku ni kuat berhibur agaknya, jadi Allah hantar hujan untuk batalkan segala niat dan perancangan aku. korang nak tau?

aku pun baring je kat dalam bilik sambil baca cerita bersiri dear yayah... aku pokus. tak lama kemudian aku dengar hujan semakin lebat lebat dan sungguh lebat. sampai pagi waa cakap sama lu. esok pagi aku bangun terkejut tengok halaman rumah dipenuhi air. dewan pun kelihatan ditenggelami air. oh banjir!

apalagi petang itu hari jugak aku pergi jeling-jeling manja tengok anak-anak buah aku bersenda gurau mandi manda depan rumah aku...aku tak puashati aku rasa teruja nak berenang gak tapi aku sabarkan diri aku...masuk hari ke-2 aku tengok je ...masuk hari ke-3 oh Tidak! kesempatan yang ada tidak pernah diabaikan sama sekali. memandangkan abang aku tak ada dan anak buah aku yang comel bernama syarafudin nak ikut abang-abang dan kakak dia mandi nak tak nak aku turun jugak lah...huhuu...

seronok jugak berenang... tapi itu lah dewa tak suka aku paham kenapa dia tak suka tapi aku nak buat macam mana kalau aku tak turun gak kang jadi apa-apa aku jugak yang nak kene jawab. sebelum tejadi apa-apa jadi aku ambil keputusan untuk ikut serta sekali hohohooo...

masuk kali semalam dah 3 kali aku berkubang kat laman rumah abang aku. nasib baik tempat tu jarang ada orang lalu sebenarnya. tapi time petang-petang memang lah jalan tu laluan bagi penduduk kat situ tapi memandangkan musim banjir aku pun naik heran kenapa jalan tu boleh jadi sunyi sepi. eh eh macam tetau pulak aku nak mandi ye...

kalau korang nak berpicnic depan rumah abang aku boleh lah calling2 aku...huhuu...

DeWa83 vs SHa83

gara-gara aku tension dewa pulak yang jadi mangsa. begini al-kisahnya.

sebelum tragedi 15hb Dis 2008. aku dengan dewa okay je. siap gurau-gurau macam biasa lagi. entah bagaimana satu hari tu terpacul kat skrin henpon aku bila dia taip. aku tak sangka orang paling aku sayangi boleh percaya cakap orang, dia rasa tercabar. yang buat hati dia tersentuh seolah-olah ayat aku tu menggambarkan yang dia tidak ada maknanya lagi dalam hidup aku. aku terkedu sebentar. aku cuba mengarang ayat yang sesuai untuk dia supaya dia tidak tersalah tafsir lagi.

malam tu dia call aku. aku tanya tak pergi main futsal ke dia cakap dia tarik diri kemudian geng2 dia tak cukup player jadi cancel lah. aku rasa bersalah sangat2. aku tau semua tu gara-gara aku. dulu aku jugak yang beria-ia suruh dia luangkan masa jugak buat kawan-kawan sefutsal dia. tapi sekarang apa pula aku dah buat. aku bersalah.

aku pun terus teranglah hakikat yang sebenarnya. tak semudah tu aku nak percaya. macam mana aku nak percaya since aku kenal dia bila masa dia habis je balik kerja kadang-kadang tak sempat rehat pun dia dah call aku. mana ada masa dia nak berpoya-poya. dia balik contohnya macam semalam pukul 3 baru sampai rumah sebab nak pastikan tempat kerja dia tu dah beres dibersihkan tapi dia cakap dia tinggalkan je sebab dah letih sangat. jadi, kawan dia lah yang tunggu cleaner cuci tempat tu...

memang sah dia duduk di rumah dan bersama-sama dengan adik-adik dia dan kawan-kawan dia tengok tv gelak-gelak ... ada jugak kedengaran aksi memasak bancuh air dsbg nya...

ishk ishk sihk dunia sekarang ni...

baru jap tadi aku dah kirimkan simpack 012 kat dia tak sabar nak tunggu kinder bueno daripada dia hhahaa...taip pasal kinder bueno teringat balik perbincangan aku dengan beldi biru suatu ketika dulu hekhekhekkk...bengang jugak lah beldi tu aku buat. aku pun satu dah ada orang yang nak tolong aku jual mahal pulak aisehsehhhh...

I NeeD YoU ToNiGHT ~BSB~

petang semalam sementara menunggu kedatangan umi dan abie balik kerja aku melayan koleksi mtv backstreet boys aku...lama tak layan lah katakan...rindu sangat-sangat nak tatap wajah-wajah zaman bujang dorang...

meh aku cerita sikit je...sikiiiiiit je kay...

mula2 aku minat muzik ni aku suke sangat dengan kumpulan KRU. sehinggakan aku menyusul konsert KRU yang diadakan di padang MDMD ketika itu...orang berjemaah di surau aku pergi lari rumah jiran sebelah. kemudian berjemaah kat depan stage MDMD dngan jiran sebelah rumah aku. sampai di rumah ayah terkejut tengok aku hilang daripada pandangan mata dia. dah le escape tak pergi surau.makan pun tak lagi. apelagi ayah aku pun pergi menyusul aku di sana. ayah aku memang tau mana port baik yang aku dengan jiran aku suka. jadi senang dia mencari aku. aku pandang ayah aku dari jauh di celah celah orang ramai lantas aku angkat tangan melambai ke arah ayah aku. ayah aku buat muka serius tapi aku dengan selamba pergi jumpa ayah minta duit sebab aku lapar tak makan lagi. dalam hati berkata " dapat beli coca-cola pun jadilah"...nah! malam itu perut aku yang kosong telah diisi dengan coca cola yang sememangnya berbahaya untuk aku. habis je konsert aku dengan kawan aku tu pergi menyerbu kat belakang pentas gara-gara nak salam dengan KRU. tadi kan punya lah teruja tengok show dorang. tapi tetap tak puas selagi tak salam. hahhaaa... akhirnya kami berjaya bersalaman dengan dorang serta dengan dancer KRU sekali...hehehe...sampai di rumah. aku rasa perut aku meragam. aku makan lah ubi kayu yang ada kat atas meja dapur. dah tu je makanan yang ada. tak sampai 5 minit makanan itu masuk ke dalam usus perut aku ( aku rasa tak sempat dicerna kot) aku dah muntah balik. walau aku rasa nazak pada malam tersebut, aku tidak berani mengkhabarkan soal kegeringan aku kepada famili aku. ( biasalah pesalah...) esok hari tu aku turun sekolah dalam keadaan yang letih dan lesu. seminggu aku ambil masa nak baik pulih perut aku...bila dah betul-betul sembuh baru aku khabarkan kepada famili aku. korang nak tau. dorang cakap " tu lah lain kali kalau nak escape pun makan lah dulu" , pesanan daripada penaja...

itu zaman aku UPSR

melangkah ke sekolah menengah. aku semakin menggemari muzik. Biasalah KRU tetap menjadi pujaan dihati ketika itu. sehingga seingat aku masa tu aku sudah semakin kurang menghadiri konsert-konsert. tetapi aku lebih suka tengok rancangan2 konsert dalam tv. di sini bermulanya zaman aku mengenal apa itu koleksi. kalau sebelum ini koleksi aku adalah lirik-lirik lagu top.( sering jadi librian lagu jugak aku ketika itu). namun, setelah mengenali kumpulan Backstreet Boys aku bermula dengan serius mengumpul koleksi tentang backstreet boys. sampai aku minta tolong cinta monyet aku hias cantik-cantik koleksi aku. bukan setakat kaset dorang je yang aku beli, aku sanggup tukar2 koleksi dengan kawan-kawan aku. dia minat beckham ( tgh hot bercinta dgn posh spice) jadi aku tukar-tukar ngan dia lah. bukan setakat itu sahaja aku pernah mencuba kuiz BSB dalam majalah hiburan. dan aku berjaya menjawab soalan kuiz tersebut dalam hanya beberapa saat sahaja. siap betol semua pulak tu...begitulah penangan BSB ke atas kehidupan aku.
di zaman ini jugak, aku ingat lagi aku letak poster nick carter di atas meja aku di kelas 3B ketika itu. cakap pasal poster nick. teringat aku kat PK HEM sekolah kitorang merangkap sebagai guru matematik ketika itu. ini adalah antara dialog aku dan PK HEM

PK HEM: hurmmm...sakinah, daripada engkau tampal poster BSB ni lebih baik engkau tampal gambar saya ke atau formula matematik kat sini.

aku: erk cikgu...( terkedu sebentar bukan apa takut PK HEM suruh koyakkan poster kesayangan aku tuh)

PK HEM: yelah...salah ke? aku tngok tak lah hensem sangat nick ni ( sebenarnya poster tu ada semua biodata ahli kumpulan BSB dan gambar dorang cuma eksklusif nye gambar nick tu je yang besar ) hensem lagi aku...

aku: alah cikgu memang lah saya akui hakikat itu. tetapi kan cikgu ini adalah sebahagian daripada semangat aku untuk ingin berjaya dalam pelajaran. aku nak jadi macam dorang. sungguhpun seorang artis tetapi berpendidikan tinggi jugak...

PK HEM: yelah tu...haa sekarang cuba engko tolong jawab soalan 2 ( c) di papan tulis...

aku: erk...( bagai nak putus urat saraf aku mendengar arahan tersebut. terkocoh-kocoh aku meminta jawapan daripada rosnah yang kebetulan best friend aku dan memang hero aku dalam menyelesaikan masalah matematik...)

PK HEM: (tersenyum simpul sambil geleng kepala...dia dah agak dah...)

berkat keyakinan aku tadi...untuk result PMR aku dapat B untuk subjek bahasa inggeris nasib baik pendidikan islam aku A, kalau tak memang bising seisi rumah aku ketika itu...syukur alhamdulillah thankz to Backstreet BOys. kalau bukan kerana sestengah penggunaan lirik BSB dalam esei BI aku. aku dapat agak memang aku lingkup habis untuk BI...itulah penangan BSB dalam hidup aku...

tapi...itu zaman PMR aku...

zaman ini adalah zaman keliru aku, aku mula kurang meminati hiburan. aku tidak tau sapa pula yang aku jadikan inspirasi aku dalam belajar. yang pasti ada-ada saja masalah yang melanda. untuk melupakan masalah aku ini, aku mula berjinak jinak menjadi budak nakal. kisahnya bermula seperti ini...abang aku selalu je sebut dan bercerita pasal geng2 dia. adalah salah satu nama ni unik giler jadi aku rasa curious sangat-sangat. korang nak tau...habis semua kawan-kawan aku yang sekampung dengan budak tu aku tanya. hendak dijadikan cerita satu hari aku balik kampung mama naik van dengan kawan-kawan aku. jadi, terserempak lah dengan mamat ni tadi. kawan sekelas aku berkata...weyh...tu dia yang ko cari-cari selama ni...terus aku cakap kat kawan aku..nanti kemsalam aku kat dia ye...mana tak nya...muka dia sweet sangat. badan dia memang lelaki macho kira full-package le orang cakap denga tingginya lagi
( utk pengetahuan: dia muda setahun daripada aku).

beberapa bulan sebelum SPM aku bersuara meminta pendapat teman baik aku siapa lagi rosnah...aku cakap aku teringinlah nak berkenalan dengan lebih rapat lagi ngan mamat tu...rosnah gelak dengan aku. dia cakap...ko dah angau kat dia ke?...aku jawab...tak lah sampai angau sekadar minat-minat sahaja...eh aku rasa nak kacau dia lah ( jangan tiru aksi ini!!!) pesanan daripada penaja...

hari itu aku memulakan operasi aku dengan menulis surat tanpa pengirim..isi dia aku catat yang penting2 je yer...

aku cakap aku minat tengok dia. bila dapat couple ngan dia. aku cakap lagi aku bagi dia masa satu minggu sahaja. aku bagi lah no. tepon rumah kat dalam surat tu...
(teringat cerita dear yayah) .

apalagi...kawan aku yang jadi posmen memang kene siasat dia habis-habisan. aku cakap jangan bagitau sebelum dia call aku. suruh dia tanya sendiri pada aku. kan aku ada bagi pon nombor kat dalam surat tu. tapi mamat tu tak puashati. last2 tu aku jugak yang mengalah. yelah kakak le katakan...hhahahaaa...jadi kawan aku pun bukak rahsia. korang nak tau petang tu jugak dia call aku dan bitau dia setuju nak jadi couple aku...

erk...aku terkesima sebentar mendengar jawapan daripada mulut dia. kebetulan hari itu merupakan hari terakhir aku menunggu jawapan daripada dia. aku betul-betul tak sangka dia akan terima. satu je ayat aku yang aku ingat." o.k terima kasih nanti kita bincang lagi ye"...terus aku letak tepon rumah.

esok hari tu rosnah tak sempat duduk tapi yang pasti dia terkejut tengok aku sampai lebih awal daripada biasa. dia tanya aku apa mimpi? aku separuh menjerit bitau dia...cemaner ni? dia dah terima aku ... ape aku nak buat? dia jawab layan je lah. dah ko sendiri yang cari penyakit. nak tak nak masa tu aku terima hakikat lah yang dia dah jadi couple aku. kecoh tingkatan 4 & 5 aku bercouple dengan dia. kerana aku jugak nama dia jadi sebutan di kalangan pelajar tingkatan 5 ketika itu. kalau masa petang masa belajar berkumpulan aku selalu ajak dia dan kitorang belajar bersama dalam satu kumpulan. bila dia ada masalah rosnah lah yang jadi penyelamat. aku mana ada terror dalam mana-mana subjek pun tapi tu le...tak sangka pulak aku jadi terrorist untuk spm 2000. dan sehinggalah aku masuk kolej. aku buat keputusan untuk berterus terang. kawan aku kutuk aku habis time tu. aku cakap aku tak dapat nak teruskan kang aku teruskan dia terlepas cinta sejati buat diri dia dan akhirnya kitorang sekadar berteman sahaja. tetapi. aku rasa segan jugak bila berdepan dengan dia walaupun dia tak nampak aku dan aku pandang dia dari jauh...

itu zaman SPM aku...

selepas tu tak ada cerita menarik dah untuk aku ringkaskan di sini...

Mia BaNJiR

kesian mia...

korang nak tau mia ni sentiasa ada di rumah aku sekarang yang aku pelik muka dia asyik muncul time banjir je kat rumah abang aku...ishk ishk...

ada satu lagi habit si mia ni... suka sangat menjerit bila masa lapar. kesian pulak dengar...tapi bila aku bagi makanan dia tak nak makan seorang seorang ... mesti dia nak aku suapkan...manjanya mia ni...

pada suatu hari. mia telah membuat kesalahan. Dia telah melanggar peraturan dalam rumah. mia telah mencemari kebersihan di dalam bilik adik hishamudin...oh tidak! mia...mia !!!!!

korang nak tau apa yang telah terjadi selepas itu?

syukur alhamdulillah...abang tak buang dia negeri...huhuu...

sekarang masih berseorangan di rumah. kesian mia kan...

mia ni memang comel sangat. tapi tu lah tak boleh bagi muka sangat. sekarang hukuman untuk dia...dia tak dibenarkan masuk rumah lagi dah...tapi makanan tetap disediakan...

Friday, December 5, 2008

cau cin cau

o.k semua aku nak sign out aku punyer blog ni lain kali kita sembang lagi ye aku ada banyak mende nak cerita neyh...hhahaaa...

papai semua miss u all...

salam sayang buat semua...

sekian terima kasih....

itu saja....

JoJoM iKuT TRiP...

bulan disember ni umi dan geng2 satu opis nak pergi buat lawatan ke sarikin...bet tu beb .... umi belum ajak aku dah cakap kat umi aku nak ikot...

umi cakap kalau orang lain ajak famili baru aku dapat ikut gak...

alhamdulillah kelulusan dah dapat weyh...kitorang pergi satu famili woh....bukan senang dapat jejalan ngan famili neyh al-maklum le keluarga korporat yang tak menjadi hhahaaa...

walau tak amik masa yang cukup lama tapi aku senang banget kok hahha...

RiNDu BeRaT

aku rindu berat le nak join korang kat blog ... entah bila lah agaknya boleh masuk blog ye...nampaknya kaizer hanya akan terus bersabar... bersabar dan bersabar ... hhaha ...

semalam adik andy tanya kenapa tak masuk blog ... biasalah jawapan aku kan standard ...

kalau tak pc yang rosak internet yang buat hal...

ada ke patut adik andy mintak gambor aku mian futsal...aku tak main lah adik hhaahaa..tapi nanti aku akan post kat blog ye jangan risau ...

eh hari ni adik andy g kursus kawen lah hahha ....

ingat kursus kawen teringat aku sijil kursus kawen aku tak diambil lagi dari jais daro neyh cemaner tuh...hahhaa...ada ke patut dewa83 soh aku pergi ambik...ish ishk ishk....

Sha83KaiZeR DaN FuTSaL ?!!!!

hahha itu hari aku share ngan si akmal pasal mama aku...dia nak main futsal tapi masalahnya tak cukup player untuk team dia...

yang lawaknya aku ni selalu je kene serang semput dia ajak main tapi sekadar nak memenuhkan borang tu je dia cakap...alah dia yang cakap kalau tak cukup player nanti kang tak pasal2 aku kene turun padang gak...

aku cerita kat akmal aku dapat rasa aura akmal tu gelak sampai golek2 atas lantai hahha...

tapi bila aku cerita kat dewa83...dia tak setuju aku terima tawaran tu...dia takut satu je kalau tak cukup player aku kene turun padang gak jawabnya...masalahnya aku dah janji dah dengan mama kan...mana boleh aku cancel saat2 akhir...tapi aku yakin mama pasti akan cari jalan lain sebab aku dah cakap awal aku tak nak main dan tak akan main sebab aku tak nak macam kes aku main bola jaring itu hari masa hari guru lah lawan student esok hari aku terus demam tak dapat nak bangun...

in the endnya dewa83 pun diam je lah hal tu ... aku pun diam gak...tapi tetiba semalam adik siti sms aku dia cakap mama nak berlatih petang ni pukol 3 setengah esok sabtu dorang main...

aku tanya siapa main dek...sape player team mama...

dia jawab semuanya suku sakat mama ... tapi mama dah tarik usu jadi manager utk team dorang...

ape?!!! manager?!!!

hah ambik engkau sha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

surat buat abg gio...

abg gio ape kabar ea? hahha ni dia adik yang tak berapa nak adik menulis surat berblog utk abg gio...hhaha sha tak sehat lah...dan sori tak sempat nak habaq ea sha pergi cc bukan apa kejap je neyh lepas ni nak balik kampung ... petang ni ada hal jap yang tu lain cerita lah ... nanti2 sha cerita ...

dengar cerita tanah semenanjung dibanjiri ea...

kat dpn umah sha air pasang je tapi belom tahap banjir

pagi tadi adalah dengar pesanan dalam radio jangan main berdekatan dengan parit longakang dsb...masalahnya parit tu memang depan rumah abg sha .. cemaner nak ngelak tuh..adoiiii dah lah tatau berenang neh hahhaa....kalau selamatkan diri sendiri boleh lah tu hahha...

abg gio kalau abg masuk blog nanti kemsalam kerinduan berat kat kekawan kita ea... rindu berat kat dorang...

papai abg gio ... sekian terima kasih...

KiSaH aKu DaN SaUFi

jengjengjeng .... saufi tu siapa ye...dia ni dok kat melaka aku sayang dia macam adik aku yang lain gak...tapi dia ni ada nakal sikit lah hhaha nakal dia tak lah macam adik- adik yang lain...tetapi yang pasti dia neh ringan tulang....macam hari tu aku mintak tolong dia cari lagu letto permintaan hati tapi umi kata lagu yang dia sent tu macam kartun je bunyi hahha ... kenapa tu adik saufi anda boleh tolong jawabkan untuk akak tak?...hhahaha

aku kenal dia ni tak berapa nak ingat tapi aktip chat ngan dia tahun ni je ... dia banyak jugak bagi ajar aku nak update blog tapi masalahnya aku ni yang tak masuk diajar sampai satu tahap tu dia putus asa kejap haha ... kesian adik saufi...biasalah dek dah tua ni memang lembap sikit nak belajar hahhaa...

walopepun adik resio kite dua tetap resio ea...semoga adik sehat selalu .... all the beat untuk spm tahun depan...sayang adik saufi...

my happyline...

assalamuaialaikumwbt dan selamat sejahtera hari ni aku nak pergi ambil simkad baru happyline nama nya hahha yang abang aku kata sadline tuh ekekee...aku pun dah beli maxis satu line serawak punyer hahha bukan apa ada orang janji nak belanja kinder bueno hhahaha sapa lah yang nak menolak rezeki kan kan kan ... tambahan lak kinder bueno xde jual kat sini kan bucok kan ... hhaha eh silap dia wangi lah hahhaa...okay sekarang angkat tgn korang sape aku nak col dulu bagi merasmikan happyline aku hhaha wakkakaa...eh mana boleh orang lain aku nak call dewa83 dulu papaiiii

NOTA: sebenarnya masih kat cc ni tak amik lagi pun muehehhe...