Tuesday, February 21, 2012

sha83@kaizer vs Snake & Spider !!!

Assalamu'alaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera semuanya..........

Apa khabar semuanya?!!! Nasib baik kerja semua dah siap... Makanya ....
saya duduk menghadap buah hati kesayangan ni hihihiii....

Bulan satu dengan aksi stunt ala-ala supergirl !!!

Bulan dua...apa pula kisahnya ya?!!!
Pagi tu suasana agak cerah daripada biasa dan sangat tenang. Jadi aku pun ambil kesempatan untuk jemur pakaian yang baru dibasuh sebakul besar.... al-maklumlah dua tiga hari sebelum tu memang hujan tak berhenti menyapa ke bumi tanpa rasa malu sungguh tak berjemput.
syok menggantung pakaian ... tiba-tiba mata terpaku ke arah sesuatu yang bergerak !!!

licin .... berdesis ... !!!!

astaghfirullah... masyaAllah ......ular !!!!

aku capai telefon dail nombor abang aku terus stori pasal ular. bila wonderpet dah datang nak membantu masalahnya tadi ular tu tak tahu ke mana perginya....

itu dua minggu yang sudah !!!

sekitar jam 10 malam. sedang syok syok membersih dapur ....

Makkkkk !!!!!

(sambil berlari ke ruangan tamu)

itu pula gara-gara spider tiba-tiba rajin nak membantu kerja-kerja dapur ...

memang pelik dunia sekarang ni ... tak snake ... mesti si spider yang offerkan diri nak membantu. tapi yang paling syok bila kena sergah biawak ^___^

tak puas-puas nak mendera perasaan aku betullah !!!

aku bukan takut ... cuma serik je ... harap-harap jawapan seperti ini boleh diterima umum hikhikhik .... Ngantuk sudah ....

sekian.....

Nota: dan ini merupakan kali kedua aku disapa ular !!! yang pertama hari tu ... masa aku di bilik mandi ... http://sha83kaizer.blogspot.com/2010/06/ada-orang-nak-masuk-meminang-biar-betul.html

Thursday, February 16, 2012

Matu - Daro Banjir Besar atau Tsunami ?!!!

"Astaghfirullahal'adzhim ..."

sehingga sekarang rentak jantung aku menjadi sangat tidak stabil. kadang-kadang sampai satu tahap di mana aku rasa sukar untuk bernafas. seolah - olah lemas di tengah-tengah lautan yang dalam.
O.k gambar di sebelah memang tidak ada kaitan dengan soal aku sedang lemas ... OPSSS !!!!
Begini kisahnya ....
Masa itu, aku dalam perjalanan untuk ke Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Selair Matu. Aku tak tahu kenapa semua orang berteriak suruh lari ...

Lari !!!! Lari !!!!

jadi.. aku pun lari lalu berpatah balik ke belakang. ikut jalan yang aku lalui sebentar tadi. sehinggalah sampai kepada jambatan besar pertama yang aku lalui. walau kaki semakin lemah tak berdaya untuk melangkah sedaya upaya aku berlari memintas apa jua halangan yang ada di depan aku.

di sepanjang jalan aku lihat ramai yang telah berlari masuk ke dalam rumah menutup tingkap dan pintu rumah. tak kurang juga yang cuba memanjat bumbung rumah. aku merasakan sesuatu yang aneh melanda di kampung aku ketika itu. tapi, aku tidak tahu....

kemudian aku masih berada di jalan yang sama seperti mula tadi situasi yang sama dan tidak berubah . Suasana agak kecoh. seolah-olah itu merupakan hari kiamat. hati aku berdebar-debar dengan kencang.

Lari !!! Lari !!!!

jerit mereka... seolah-olah mahu melarikan diri daripada malaikat maut yang sedang mengejar mereka dan ingin mencabut nyawa mereka. walaupun hati aku merasakan sesuatu yang aneh. namun, aku masih boleh berfikir secara waras dan akhirnya turut serta melarikan diri daripada apa yang mengejar mereka. sungguhpun hakikatnya, aku tidaka pasti apa yang mengejar mengejar mereka.... sehinggalah aku sampai di jambatan besar yang dimaksudkan sebentar tadi. aku terkejut melihat air sungai yang tadinya tenang telah berubah menjadi ganas.

Seterusnya ...
Aku berada sekali lagi di tempat bermulanya saat-saat genting.

Lari !!!! Lari !!!! Ada Ombak Besar dari arah depan !!!

sungguhpun dengan perasaan yang aneh aku tetap berpaling ke arah jalan yang aku lalui sebentar tadi. secara tidak langsung aku turut serta menjadi seorang pemecut untuk seketika. Aku lihat sekeliling, ramai yang mengunci rumah dan pintu lalu naik ke bumbung rumah mereka untuk menyelamatkan diri masing-masing. tak kurang juga yang sudah bersedia duduk di dalam perahu persendirian. biarpun kaki penat untuk dan berat untuk meneruskan larian aku gagahkan juga untuk berlari.

tiba-tiba terdetik di hati untuk melihat apa yang berlaku di belakang aku. jadi untuk seketika aku berlari sambil memalingkan mukaku ke belakang ..

MasyaAllah !!!! Besarnya Ombak !!!

Entah dari mana ombak itu muncul. habis semua rumah-rumah di tepi jalan ditelannya satu demi satu. manusia-manusia pula bagai telan masuk ke perut sang raksaksa yang amat dahsyat.
Saat itu juga .. menyesal pun tak guna !!! langkah kaki aku semakin perlahan. terasa lemah segala sendi melihat peristiwa yang paling dahsyat ketika itu. sehinggalah aku sampai di jambatan yang aku maksudkan sebentar tadi. aku melihat ketinggian air semakin melimpah ruah. seolah-olah air yang sudah hampit penuh memenuhi satu tempayan besar dan menunggu masa untuk melimpah ke luar.

di hujung jambatan. aku melihat seorang gadis. aku sangat mengenalinya. dia teman aku semasa kecil dulu. aku tanya kenapa dia berhenati cepatlah .. air dah semakin naik ni. cepatlah lari !!!!

"aku tak larat lagi ... nanti kau sampai depan rumah aku jangan lupa singgah rumah. tolong selamatkan famili aku!!!"

"tak boleh !!! kau mestikan kuatkan semangatkan kau!!! kita akan lari sama-sama!!!" balas aku dengan tegas terhadap permintaannya.

aku pegang tangan dia ... dengan susah payah dia bangun. aku usaha untuk papah dia. sungguhpun tubuh aku ni agak kecil berbanding dia. akhirnya aku berjaya membantu dia bangun.

dia mengarahkan aku berlari terlebih dahulu. aku lari sedikit demi sedikit. ombak besar semakin mendekat. betul-betul berada beberapa meter di belakangnya. aku lajukan sedikit larian aku sambil menjerit jerit memanggil nama dia supaya melajukan sedikit speed lariannya. aku tidak mahu dia tertewas dengan ombak yang semakin mendekat.

aku dan dia sudah pun melewati jambatan tersebut. aku lihat air sungai semakin melimpah keluar. aku tetap berusaha untuk berlari . seolah-olah air mengejar aku dan dia dari arah belakang dan tepi .

di dalam hati aku tidak putus - putus berdoa memohon Allah menyelamatkan kami dari bencana alam yang satu ini. tiba-tiba ... aku dan dia berada di dalam rumahnya. kami terus naik ke rumah. mencari anak tangga kemudian memecah siling rumah dan bumbung rumahnya sedikit. Aku turut membantu dia menempatkan emaknya di kawasan yang tinggi.

kemudian aku berlari ke rumah aku sendiri. di situ ramai orang sudah berkumpul. termasuk teman-teman sekerja aku. disebabkan keanehan yang melanda makanya aku bertanya apa yang telah berlaku;

" air pasang melanda tempat kita. bermula dari arah muara sungai daro dan juga dari arah kuala matu "

cerita mereka terhenti setakat itu sahaja .
aku terkejut lalu terdiam sebentar. akhirnya terpacul dari mulut aku... insyaAllah... Allah selalu bersama kita berdoalah semoga musibah ini berhenti. korang semua jangan risau. berehatlah di sini sebentar.

kelihatan air mula masuk..ke atas jalan di depan rumah. namun... semakin lama, rentak air itu masuk semakin perlahan... perlahan ... perlahan... dan akhirnya terhenti!!!

Air sungai kelihatan kembali tenang ....

Subhanallah !!! Allahu Akbar !!! semua orang yang berada di situ bertakbir dan sujud syukur !!!
kedengaran suara takbir itu semakin perlahan..perlahan..perlahan... lalu menghilang ... berganti dengan takbir azan subuh yang sayup-sayup kedengaran...

NOTA: sebenarnya entri ini ditulis hal yang sama tapi berulang-ulang 3 kali dalam seminggu dalam minggu ini. Jika anda perasan ada ditaip sebanyak 3 kali .... "Lari !!! Lari !!!!"
saat pertama kali dan kedua kalinya ianya berulang (menunjukkan malam yang pertama dan malam yang kedua)...aku masih tidak hiraukan. lagak aku seperti biasa.seperti tiada apa-apa biarpun hakikatnya terasa separuh dari jiwa aku sudah terbang. Sehinggalah semalam (malam yang ketiga) .... ia muncul sekali lagi.. tapi dengan keseluruhan isi ceritanya. apa yang mengejar...apa yang berlaku !!! Ya Allah ...selamatkanlah kami dari bencana musibah MU yang tidak terduga. sesungguhnya kami tergolong dalam hamba MU yang telah menzalimi diri kami sendiri dan tidak pernah bersyukur atas nikmat yang telah KAU berikan kepada kami. Ampunilah kami Ya Allah !!!

Tuesday, February 7, 2012

Misi Yang Tertunda !!!

assalamu'alaikum dan selamat sejahtera


sempena malam yang indah ini (maaf ...bukan merujuk kepada tarikh 14hb.feb.) tapi... di tempat saya sekarang malam ini sungguh indah dan amat menyenangkan ...

beberapa hari kebelakangan ini aku asyik memikirkan antara misi yang tertunda dan belum sempat aku laksanakan sejak 2 tahun lepas. (Fuh..lama juga eh!!).

nampaknya aku kena susun atur balik jadual kehidupan aku. bakal berlaku rombakan besar dalam hidup aku selepas ini .

minggu ni kalau siap semua kerja ingat nak balik kampung lah ... tapi memandangkan agenda tak siap lagi . Makanya ... aku tunda untuk seketika. Agenda ..Oh Agenda !!! Dari mana agaknya aku boleh "cedok" ya ...

Sekian ... itu sahaja ...

p/s: berusaha ke arah menjayakan misi kita ya buah hatiku ...

cc khadijah binti Zinal Abidine & Nurul Bariah Samail