Tuesday, February 21, 2012

sha83@kaizer vs Snake & Spider !!!

Assalamu'alaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera semuanya..........

Apa khabar semuanya?!!! Nasib baik kerja semua dah siap... Makanya ....
saya duduk menghadap buah hati kesayangan ni hihihiii....

Bulan satu dengan aksi stunt ala-ala supergirl !!!

Bulan dua...apa pula kisahnya ya?!!!
Pagi tu suasana agak cerah daripada biasa dan sangat tenang. Jadi aku pun ambil kesempatan untuk jemur pakaian yang baru dibasuh sebakul besar.... al-maklumlah dua tiga hari sebelum tu memang hujan tak berhenti menyapa ke bumi tanpa rasa malu sungguh tak berjemput.
syok menggantung pakaian ... tiba-tiba mata terpaku ke arah sesuatu yang bergerak !!!

licin .... berdesis ... !!!!

astaghfirullah... masyaAllah ......ular !!!!

aku capai telefon dail nombor abang aku terus stori pasal ular. bila wonderpet dah datang nak membantu masalahnya tadi ular tu tak tahu ke mana perginya....

itu dua minggu yang sudah !!!

sekitar jam 10 malam. sedang syok syok membersih dapur ....

Makkkkk !!!!!

(sambil berlari ke ruangan tamu)

itu pula gara-gara spider tiba-tiba rajin nak membantu kerja-kerja dapur ...

memang pelik dunia sekarang ni ... tak snake ... mesti si spider yang offerkan diri nak membantu. tapi yang paling syok bila kena sergah biawak ^___^

tak puas-puas nak mendera perasaan aku betullah !!!

aku bukan takut ... cuma serik je ... harap-harap jawapan seperti ini boleh diterima umum hikhikhik .... Ngantuk sudah ....

sekian.....

Nota: dan ini merupakan kali kedua aku disapa ular !!! yang pertama hari tu ... masa aku di bilik mandi ... http://sha83kaizer.blogspot.com/2010/06/ada-orang-nak-masuk-meminang-biar-betul.html

Thursday, February 16, 2012

Matu - Daro Banjir Besar atau Tsunami ?!!!

"Astaghfirullahal'adzhim ..."

sehingga sekarang rentak jantung aku menjadi sangat tidak stabil. kadang-kadang sampai satu tahap di mana aku rasa sukar untuk bernafas. seolah - olah lemas di tengah-tengah lautan yang dalam.
O.k gambar di sebelah memang tidak ada kaitan dengan soal aku sedang lemas ... OPSSS !!!!
Begini kisahnya ....
Masa itu, aku dalam perjalanan untuk ke Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Selair Matu. Aku tak tahu kenapa semua orang berteriak suruh lari ...

Lari !!!! Lari !!!!

jadi.. aku pun lari lalu berpatah balik ke belakang. ikut jalan yang aku lalui sebentar tadi. sehinggalah sampai kepada jambatan besar pertama yang aku lalui. walau kaki semakin lemah tak berdaya untuk melangkah sedaya upaya aku berlari memintas apa jua halangan yang ada di depan aku.

di sepanjang jalan aku lihat ramai yang telah berlari masuk ke dalam rumah menutup tingkap dan pintu rumah. tak kurang juga yang cuba memanjat bumbung rumah. aku merasakan sesuatu yang aneh melanda di kampung aku ketika itu. tapi, aku tidak tahu....

kemudian aku masih berada di jalan yang sama seperti mula tadi situasi yang sama dan tidak berubah . Suasana agak kecoh. seolah-olah itu merupakan hari kiamat. hati aku berdebar-debar dengan kencang.

Lari !!! Lari !!!!

jerit mereka... seolah-olah mahu melarikan diri daripada malaikat maut yang sedang mengejar mereka dan ingin mencabut nyawa mereka. walaupun hati aku merasakan sesuatu yang aneh. namun, aku masih boleh berfikir secara waras dan akhirnya turut serta melarikan diri daripada apa yang mengejar mereka. sungguhpun hakikatnya, aku tidaka pasti apa yang mengejar mengejar mereka.... sehinggalah aku sampai di jambatan besar yang dimaksudkan sebentar tadi. aku terkejut melihat air sungai yang tadinya tenang telah berubah menjadi ganas.

Seterusnya ...
Aku berada sekali lagi di tempat bermulanya saat-saat genting.

Lari !!!! Lari !!!! Ada Ombak Besar dari arah depan !!!

sungguhpun dengan perasaan yang aneh aku tetap berpaling ke arah jalan yang aku lalui sebentar tadi. secara tidak langsung aku turut serta menjadi seorang pemecut untuk seketika. Aku lihat sekeliling, ramai yang mengunci rumah dan pintu lalu naik ke bumbung rumah mereka untuk menyelamatkan diri masing-masing. tak kurang juga yang sudah bersedia duduk di dalam perahu persendirian. biarpun kaki penat untuk dan berat untuk meneruskan larian aku gagahkan juga untuk berlari.

tiba-tiba terdetik di hati untuk melihat apa yang berlaku di belakang aku. jadi untuk seketika aku berlari sambil memalingkan mukaku ke belakang ..

MasyaAllah !!!! Besarnya Ombak !!!

Entah dari mana ombak itu muncul. habis semua rumah-rumah di tepi jalan ditelannya satu demi satu. manusia-manusia pula bagai telan masuk ke perut sang raksaksa yang amat dahsyat.
Saat itu juga .. menyesal pun tak guna !!! langkah kaki aku semakin perlahan. terasa lemah segala sendi melihat peristiwa yang paling dahsyat ketika itu. sehinggalah aku sampai di jambatan yang aku maksudkan sebentar tadi. aku melihat ketinggian air semakin melimpah ruah. seolah-olah air yang sudah hampit penuh memenuhi satu tempayan besar dan menunggu masa untuk melimpah ke luar.

di hujung jambatan. aku melihat seorang gadis. aku sangat mengenalinya. dia teman aku semasa kecil dulu. aku tanya kenapa dia berhenati cepatlah .. air dah semakin naik ni. cepatlah lari !!!!

"aku tak larat lagi ... nanti kau sampai depan rumah aku jangan lupa singgah rumah. tolong selamatkan famili aku!!!"

"tak boleh !!! kau mestikan kuatkan semangatkan kau!!! kita akan lari sama-sama!!!" balas aku dengan tegas terhadap permintaannya.

aku pegang tangan dia ... dengan susah payah dia bangun. aku usaha untuk papah dia. sungguhpun tubuh aku ni agak kecil berbanding dia. akhirnya aku berjaya membantu dia bangun.

dia mengarahkan aku berlari terlebih dahulu. aku lari sedikit demi sedikit. ombak besar semakin mendekat. betul-betul berada beberapa meter di belakangnya. aku lajukan sedikit larian aku sambil menjerit jerit memanggil nama dia supaya melajukan sedikit speed lariannya. aku tidak mahu dia tertewas dengan ombak yang semakin mendekat.

aku dan dia sudah pun melewati jambatan tersebut. aku lihat air sungai semakin melimpah keluar. aku tetap berusaha untuk berlari . seolah-olah air mengejar aku dan dia dari arah belakang dan tepi .

di dalam hati aku tidak putus - putus berdoa memohon Allah menyelamatkan kami dari bencana alam yang satu ini. tiba-tiba ... aku dan dia berada di dalam rumahnya. kami terus naik ke rumah. mencari anak tangga kemudian memecah siling rumah dan bumbung rumahnya sedikit. Aku turut membantu dia menempatkan emaknya di kawasan yang tinggi.

kemudian aku berlari ke rumah aku sendiri. di situ ramai orang sudah berkumpul. termasuk teman-teman sekerja aku. disebabkan keanehan yang melanda makanya aku bertanya apa yang telah berlaku;

" air pasang melanda tempat kita. bermula dari arah muara sungai daro dan juga dari arah kuala matu "

cerita mereka terhenti setakat itu sahaja .
aku terkejut lalu terdiam sebentar. akhirnya terpacul dari mulut aku... insyaAllah... Allah selalu bersama kita berdoalah semoga musibah ini berhenti. korang semua jangan risau. berehatlah di sini sebentar.

kelihatan air mula masuk..ke atas jalan di depan rumah. namun... semakin lama, rentak air itu masuk semakin perlahan... perlahan ... perlahan... dan akhirnya terhenti!!!

Air sungai kelihatan kembali tenang ....

Subhanallah !!! Allahu Akbar !!! semua orang yang berada di situ bertakbir dan sujud syukur !!!
kedengaran suara takbir itu semakin perlahan..perlahan..perlahan... lalu menghilang ... berganti dengan takbir azan subuh yang sayup-sayup kedengaran...

NOTA: sebenarnya entri ini ditulis hal yang sama tapi berulang-ulang 3 kali dalam seminggu dalam minggu ini. Jika anda perasan ada ditaip sebanyak 3 kali .... "Lari !!! Lari !!!!"
saat pertama kali dan kedua kalinya ianya berulang (menunjukkan malam yang pertama dan malam yang kedua)...aku masih tidak hiraukan. lagak aku seperti biasa.seperti tiada apa-apa biarpun hakikatnya terasa separuh dari jiwa aku sudah terbang. Sehinggalah semalam (malam yang ketiga) .... ia muncul sekali lagi.. tapi dengan keseluruhan isi ceritanya. apa yang mengejar...apa yang berlaku !!! Ya Allah ...selamatkanlah kami dari bencana musibah MU yang tidak terduga. sesungguhnya kami tergolong dalam hamba MU yang telah menzalimi diri kami sendiri dan tidak pernah bersyukur atas nikmat yang telah KAU berikan kepada kami. Ampunilah kami Ya Allah !!!

Tuesday, February 7, 2012

Misi Yang Tertunda !!!

assalamu'alaikum dan selamat sejahtera


sempena malam yang indah ini (maaf ...bukan merujuk kepada tarikh 14hb.feb.) tapi... di tempat saya sekarang malam ini sungguh indah dan amat menyenangkan ...

beberapa hari kebelakangan ini aku asyik memikirkan antara misi yang tertunda dan belum sempat aku laksanakan sejak 2 tahun lepas. (Fuh..lama juga eh!!).

nampaknya aku kena susun atur balik jadual kehidupan aku. bakal berlaku rombakan besar dalam hidup aku selepas ini .

minggu ni kalau siap semua kerja ingat nak balik kampung lah ... tapi memandangkan agenda tak siap lagi . Makanya ... aku tunda untuk seketika. Agenda ..Oh Agenda !!! Dari mana agaknya aku boleh "cedok" ya ...

Sekian ... itu sahaja ...

p/s: berusaha ke arah menjayakan misi kita ya buah hatiku ...

cc khadijah binti Zinal Abidine & Nurul Bariah Samail

Wednesday, January 25, 2012

Memori Daun Pisang Versi Hard Rock !!!

Yang mula -mula ni gambar lepas saya cuci tempat luka tu dan letak minyak gamat supaya pendarahan tak berlarutan.
Ini pula gambar kedua ... pendarahan dah mula berhenti sedikit demi sedikit !!!!


Yang ini pula bahagian yang tercedera dah mula membengkak !!! masa ni terasa kembang sikit dagu ... aishhh !!!

semasa menjalani rawatan semalam di hospital memang ada ambil gambar . tapi tak boleh publishlah ... P&C kata kakitangan hospital ... kejadian ni berlaku sekitar hampir jam 4.

Masa tu aku nak simpan dah habis simpan air untuk tong dalam tandas. takut tong dah penuh. aku pun keluar dari rumah nak tutup air paip dan tarik hos. masa tu hujan renyai renyai lagi ...ala ala macam klipvideo memori daun pisang. nak elak dari kebasahan penangan hujan tu aku lari-lari anak menuju ke ruang jalan masuk flat.

entah macam mana tiba-tiba aku dah serupa superman atas lantai ..tepat-tepat di depan pintu bilik stor !!! astaghfirullah.... nasib baik aku sempat elak bibir aku yang cium lantai. yang pasti aku tetap tak dapat elak kawasan yang ada dalam gambar di atas. mula-mula aku ingat tak ada apa-apa ... jadi aku rileks je. bila dagu dah cium simen. nak tak nak aku kena lap jugak ...tiba- tiba aku terkejut tengok ada darah ...

aku pun pergi depan cermin ... bila tengok je berdarah terus aku cari tisu dan minyak gamat. kemudian aku bersihkan darah yang mengalir dan kemudian letak minyak gamat untuk kurangkan pendarahan. Alhamdulillah darahnya cepat berhenti. tunggu punya tunggu ... sambil cas henset malam tu abie pun datang.

mula-mula berkira-kira juga nak pergi hospital. abie kata takut nanti ada infeksi. kena bawak jugak. jadi aku pun ambil kad sakit. sesampai di hospital seorang pakcik tanya.

- eh kenapa dengan dia ni?!!!

- dia terjatuh depan rumah tadi. jadi dagu dia ada sikit luka.

-tengok dagu tu dek .... (sambil memerhati dengan teliti) . akhirnya pakcik tu bersuara... sikit je ni. tak dalam sangat. tak perlu jahit.

kemudian pakcik tu periksa darah aku. atasnya 103 bawahnya 58 .... aishhhh ...

-aih....kurang darah adek ni...

-macam mana tak kurang ... dah tengok darah sendiri !!! (jawab dengan selamba)

-ye tak ye jugak ..

dia tulis dalam borang tu.

dalam hati aku berkata:

-patutlah aku ada rasa kepala berat semacam je. badan pun rasa tak syok. dah lembik semacam.

datang seorang pembantu perubatan tanya macam mana boleh jadi macam tu. aku pun jawab.

- tergelincir dan tak dapat nak elak. dagu terus terhantuk ke simen.

dia belek belek.... eh dalam sikit ni kena jahit jugak .

-EEee tak nak lah kena jahit ....

-apa pula tak nak memang dah mesti kena jahit jugak ni...

-lorrrr... saya tak nak ....

-kenapa tak nak kena jahit?

- sebab saya tak nak kena jahit nanti susah nak jaga ... (ikut pengalaman masa tu jari aku yang tercedera)

-betul ke tak nak kena jahit ni?

- eh betullah ... saya tak nak kene jahit....

-betul .... tak nak ni?!!

-ye... ye... saya memang tak nak?

-o.k ikut saya ke ruang rawatan.

mula-mula dia suruh baring je atas katil .. rileks-rileks.. sambil-sambil tu dia keluar masuk bilik sediakan peralatan. kemudian dia datang ... mak aiiiii kenapa bawak injeksen sekali ?!!!

- saya bagi antibiotik supaya tak ada infeksi. takut nanti ada infeksi sebab luka tu.

dalam masa injek tu aku dah tutup mata sebelum jarum cecah lengan aku. tengah-tengah injek boleh pula MA tu cakap ... tipulah kalau kita kata tak sakit. dah nama kena injek memanglah sakit!!! Perghhh ayat keramat tu weiiii !!!!

kemudian baru dia cuci tempat luka. diikuti letak ubat kuning . beberapa minit kemudian dicapainya satu botol spray ...

dia ambil kapas... tutup hidung dan mulut aku kemudian dia spray ... sambil-sambil tu dia keluarkan satu ayat power lagi ....

- tadi awak tak nak kena jahitkan?!! kena lah tahan rasa sakit sikit. sambil tu tangan dia tahan tempat luka tu dalam masa beberapa minit.

bila aku jatuhkan penutup botol tanpa sengaja semua orang kat situ hampir terkejut. ingat aku yang jatuh .. kemudian pakcik tu datang tolong bantu. dan keluarkan kata-kata nasihat :

- tak payahlah gopoh sangat. pelan - pelan sikit. nanti jatuh lagi lain pula cerita.

segan pun ado gak eh ...aishhh !!!!

NOTA Kejadian : petang 24hb januari 2012 hari rabu jam 3:35 petang

semalam aku tak rasa sakit-sakit badan .. hari ni barulah terasa sakitnya alahai ... masalahnya saya tak nak berurut ... gelilah ~~~

Friday, January 13, 2012

Dah Mula Dah !!!!










Monday, January 9, 2012

Eh ... Ada Artis La Pula Sempena 2012 !!!

assalamu'alaikum dan selamat sejahtera


o.k saya tahu mereka ini agak comel dan sangatlah aktif !!!
terima kasih sebab bagi bekerjasama selama dua tahun ye anak-anak !!!

ujian penggal akhir tu memang best lah mereka ni...
lepas tahun baru cina ni saya bagi hadiah o.k ?!! insyaAllah ...

Tahun 2012 ....
bertemu pula dengan anak-anak baru...
comel juga hihihiii .... lagi banyak tanya !!!
tak habis cerita lagi dia dah tanya ...

tapi paling seronoknya ...

duduk pun tak sampai setengah jam ... tiba-tiba satu suara berbunyi:

"Pukul berapa kita balik hari ni?"

"Bila saya beritahu balik .. baru kamu boleh balik!!!" _dengan nada sedikit tegas_

selang 2 minit kemudian ... suara yang sama bertanya sekali lagi ...

"Pukul berapa pula balik untuk hari esok ?!!!"

sebelum darah aku naik ke otak ... dengan nada lebih tegas sekali lagi aku menjawab:

" sekali lagi kamu ulang soalan jam berapa nak balik... kamu saya tahan sampai esok hari ...tak balik..balik ... FAHAM!!!"

respon dia :

"Erk ....!!! Bahaya betol la !!!" -dengan suara antara dengar tak dengar ...

dalam hati aku bilang .. sebijik macam abang dia dulu haha !!!

Nota: o.k hari ni Najwa dengan Rosam Noor tak hadir . Hari pertama dah tak datang kelas... tapi budak - budak tu kata tadi ada yang pindah ... Najwa ke?!!! aku rasa buku aku agak jauh tak mampu nak tercapai ... ada juga aku syak sikit-sikit ...si najwa ni sibuk dengan show ... Rosam Noor pula sibuk dengan shooting !!!

Friday, January 6, 2012

Ubat Gastrik Alaf Baru Versi sha83@kaizer

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua ....


jam menunjukkan tepat pukul 07:52 pagi - 6 Januari 2011 . Pantas jejari aku menaip text ke umie

- o.k dh dpn kdai tpt biasa tuk
(maksudnya: ok sudah ada depan kedai tempat biasa ni)

-aduh ... dh nak balit kah?

-hahaaa abis ya?hahaha nk main apa la tk? kekeke ..
(maksudnya: hahaa abis tu? hahaha nk main apa la ni? kekeke)

-kejap

-hahahaaa o.k2

serius ni ... aku tak tahu nak jalan-jalan pergi mana. sebab pagi rabu hari tu aku dah keluar rumah. habis satu pasar daro aku ukur... bila aku fikir balik ala-ala berbalas pantun pun ada jugak aku dengan umie aku ni.

o.k aku imbas kembali beberapa minit sebelum keluar dari flat...

-suuuuuu................... alamakkkkk!!!

- yeerrrr... ada aperrrrr?!!!!!

- bukan hari ni la ..... hari ni berapa haribulan ? bukan 9 januari ke?

- errrrr ... (aku jadi blur sambil cuci muka yang penuh dengan buih sabun betik)

-hari ni 6haribulan kan ... minggu depan isnin baru 9 haribulan ...

-grrrr ........sesaat itu sungguh berharga !!!

- sori ... hahaahaaa... pergi pasar terus je lah Su .. beli sayur ~~~

sabar sajalah hamba ^___^

umie sampai dan tunggu kat seberang jalan ... aku berlari-lari anak. bukak pintu kereta .. tak sempat nak bagi salam terus ditegur ...

- amboi ...anak dara ni...pagi-pagi lagi dah beli sayur ...

aku cuma sempat beri senyuman saja... langsung niat nak bagi salam terus terlupa .. astaghfirullah...

sampai kedai kopi dengan penuh keyakinan order teh tarik suam. tak sampai 2 jam aku dalam rumah lain pulak cerita... perut aku rasa tak best!!!!

aku lapar ...aku makan.. aku lapar.... aku makan... aku lapar.... aku makan ...

yang paling tak best ... rasa lapar tak hilang...hilang .... akhirnya aku faham ... perut aku masuk angin ... tapi asap tak keluar keluar...

dalam pada tak berapa nak sehat sempat juga update fesbuk...keh keh keh
kalau cerita aku ni melompat-lompat ...ampun maaf lah ye ... aku fokus cerita museum sebelah ni ... (jam sekarang 11:18 pm)

sempat juga aku sediakan makan tengahari. menu simple saja. selesai semua kerja baru lah aku nak seterikakan baju. nasib baik tak guna seterika stail lama tu .. parah aku nak hidupkan bara apinya kat arang hahaha !!! sila rujuk entri di bawah :


terasa kaki aku berat nak melangkah kerana penangan sang gastrik. sampai depan ofis... tetiba bersuara orang dari dalam ofis...

- sakinah ... ada kiriman pos untuk kamu ...
- ye pakcik ... barang apa tu?
- entahlah .. tengok sendiri dalam kotak situ. ada dua bungkusan...
- errr .. tak nampak apa-apa pun

( sambil mata teliti baca satu pos ekspress yang terletak atas sekali ...)

- adalah ... cuba tengok betul-betul ...sampul pos express

mata aku dah bersinar ... nama aku depan sampul paling atas sekali !!!

- Alhamdulillah .. yeyeah .... buku aku dah sampai !!!

-amboiii excitednye dia!!! (usik-mengusik orang-orang di situ)
ada satu lagi tu ... sampul paling besar ...

-(pantas tangan mencapai sampul paling besar .. sebab tu je satu-satunya sampul paling besar... hakikatnya hati penuh persoalan dan tanda tanya ... ni kad undangan ke apa ni.. haihhh besar bebenor )

rasa ingin tahu aku sangat tinggi situ situ juga aku buka sampul tersebut .. aihhh ?!!! BURGERMPAK?!!!!

terima kasih untuk brader Fdaus Ahmad - SEMBANG KENCANG 2
dan Aloy Paradoks - BURGERMPAK
semoga Allah merahmati dan selalu melindungi anda berdua ...

perhatian: Alhamdulillah dan sekarang seluruh isi perut aku semakin membaik pulih. kadang-kadang gelak tawa boleh jadi ubat ... bersama teman-teman seperjuangan buat aku lupa ..aku adalah pesakit gastrik dalam situasi sekarang... dan yang pasti ubatnya juga dengan adanya dua buku ini ...hehehe... o.k dengan ini aku isytiharkan malam esok aku mesti dah habis baca kedua-dua buku ni ... errrr... agak-agak sembang kencang 1 ada jual lagi tak ? macam tak complete pula koleksi ni T_T (betul kata seorang brader spesis pelan pelan ... aku tanya .. pelan pelan tu ape? dia jawab ..perlahan perlahan!!!) BANG!!!