Awas ye !!!!!
Hari ini kita berbincang sedikit tentang Rendah Diri VS Rendah Hati.
Syukur Alhamdulillah ....Dalam hidup saya dikelilingi oleh guru-guru agama yang terbaik yang pernah saya temui sepanjang usia saya dari 7 tahun sehingga peringkat kolej. Terima kasih ustaz - ustaz dan ustazah - ustazah .
Masa kecil apalah yang aku faham sangat dengan perkataan rendah diri. Tapi, pandangan mata mereka aku punya sikap yang sebegitu sehingga membawa aku ke arah pasif. sedikit demi sedikit mereka pupuk keyakinan diri dalam hidup aku. sehingga aku jadi seperti sekarang. Tak adalah sehebat seperti teman - teman yang lain. Tapi, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aku boleh atasi rasa rendah diri itu dengan sendirinya berkat izin Allah.
Teringat pertanyaan seorang ustaz.
Apa itu nilai diri yang baik ikut pemahaman kamu apa yang dah kita belajar?
dengan konfiden jawab.
'rendah diri ustaz'
Ustaz mengerutkan dahinya sebentar. Dengan muka tak puashati tanya.
rendah diri ke rendah hati sakinah ?
seperti biasa aku selalu dengan sikap soalan akan dibalas dengan persoalan. Bukan memberi jawapan.
ada beza ke ustaz antara rendah diri dengan rendah hati ?
ustaz tersenyum .....dengan selamba dia bagi itu sebagai kerja rumah untuk aku yang masih keliru dengan persoalan yang dikemukakan secara tiba-tiba.
Seperti biasa ....
"oh ...apak ... dalam kelas tadi ustaz nampak tak puashati dengan jawapan saya."
aku mula mengadu.
"apa yang buat ustaz tak puashati?"
"dia tanya pasal nilai yang baik dalam cerita yang dia sampaikan. jadi, saya jawablah point penting tu rendah diri. Masalahnya ... boleh pulak dia tanya saya balik, rendah diri ke rendah hati. Ah ...pening saya ngan ustaz ni!!!"
Hero merangkap buah hati aku masa tu tergelak dengar.
" Sakinah, dengar ni ye... ingat betul-betul ....
Rendah diri lebih kepada perkara yang tak elok. Contoh .... kita selalu rasa diri kita tak bagus dari orang lain sampai satu tahap kita tak berani nak beri pendapat, tak berani berkongsi dan segala-galanya tak berani sehingga menyebabkan kita gagal berfikir untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Ada manusia yang bila rendah diri sangat-sangat akhirnya alami masalah kejiwaan. lama- lama boleh jadi gila. lama-lama hidup pun jadi sia-sia.
Rendah hati pula lebih cenderung kepada yang elok. sebab dia akan cuba buat yang terbaik untuk dirinya. gagal lah berjuta-juta kali dalam percubaan tapi dia tak pernah putus asa sebab dia tahu semuanya Allah dah aturkan untuk dia. cuma usaha dia untuk berjaya tu belum cukup lagi. walaupun dia rasa seorang yang dipenuhi dengan dosa, selalu ingkar perintah Allah.... tapi, Allah tetap bagi perhatian pada dia dalam bentuk yang lain-lain. Jadi secara tak langsung dia berusaha dan terus menerus belajar untuk mendapat redha Allah bukan setakat untuk dunia sahaja. Tapi juga buat akhiratnya.
"oh ... rendah hati tu point penting banyak ingat Allah."
Itulah yang aku boleh simpulkan seawal usia 13tahun. Sejak hari itu.... walaupun saya dan ayah saya terpisah antara dunia dan akhirat tapi perkataan ini selalu muncul dalam kehidupan aku. Baik dalam perbualan seharian, perbualan dengan teman-teman maya, bahan bacaan dan juga bahan tontonan harian saya.
Bila dah tua-tua macam ni aku buat satu kesimpulan yang sangat mudah .
Rendah diri Hati mati
Rendah hati Hati Hidup
Ok ... Nampaknya pantun dua kerat saya tak menjadi ... dan sangat kantoi saya ni memang bukan pemantun yang terbaik. selalu sahaja gagal!!! tak apa... lain kali saya cuba lagi !!!
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment