Tuesday, October 20, 2009

E-mail Mampu Serlah Keperibadianmu

ini aku dapat dalam info hero ...

awas ... kiriman emel yang kamu hantar kepada kekasihmu boleh dinilai oleh si dia sekaligus (best perkataan ni) sia dia boleh menilai keperibadian mu ...

isi
jika pendahuluan ayat ayat emel kamu itu selalu kelihatan baru. ia menandakan kamu adalah individu yang dominan dan suka mengatur sgala pekerjaan dengan teliti. selain itu kamu juga memiliki keperibadian yang spontan. individu ini biasanya sanga pantas membalas emel.

salam
jika kami memilih dengan menggunakan kata-kat biasa, ia menandakan kamu menganggap si penerima email itu sebagai rakan biasa.
jika kamu menulis perkataan "halo" ia bermaksud peribadi dan sangat berhati-hati serta menghormati perhubungan yng berlangsung antara kamu dengan si penerima emel tersebut.
manakala, jika kamu mengirim emel kepada seseorang tanpa mendahulukan salam, ini menandakan kamu berasa terlalu dekat dengan si penerima emel tersebut.

panjang
jika kamu mengirimkan emel yang cukup ini beritahu kamu ingin tahu banyak perkara tentang si penerima emel tersebut. tetapi
lazimnya, si egois akan mengirim emel nya itu secara meleret-leret (sukar berterus-terang) .
walaubagaimanapun jika kami terlalu peka dengan kesalahan ejaan atau struktur bahasa dan akan memeriksa beberapa kali sebelum mengirmkannya, ini bererti kamu seorang yang kaku.
jika kamu menulis pendek, ini bermaksud kamu tiada memiliki apa-apa perasaan terhadap si penerima emel kamu itu.

simbol
umumnya, lelaki lebih suka berterus terang jika berhadapan dengan sesuatu keadaan. jadi lelaki lebih suka menyelitkan simbol-simbol lucu di dalam emelnya.
hakikatnya, simbol-simbol itu melambangkan yang kamu ingin si penerima emel itu tahu bahawa kamu memiliki keperibadian yang easy going dan suka berkawan.

Sunday, October 18, 2009

SILENT KILLER !!!


benda ni aku dapat dari dalam buletin yang terdapat dalam tagged aku .. kiriman ardi .. aku pun tak berapa kenal dia nie ... tapi entah dari mana dia dapat 2 jenis virus ni ... dia kaji ke apa.. aku tatau atau dia cilok dari tempat lain ... jojom baca .. aku pun tak habis baca lagi ...

Terdapat 2 jenis virus.

"VIRUS EGOMANIA"

Virus Egomania ialah golongan yang menceritakan dirinya sudah serba-serbi ada, sempurna, selesa & secukupnya. Golongan ini juga tidak berminat/tidak mempercayai untuk mendengar mana-mana peluang lain kerana baginya dirinya sudah cukup hebat. Golongan ini juga gemar memperlekehkan orang lain. Golongan ini juga sanggup berdialog, kondem dan menutup minda untuk menolak apa jua peluang yang sampai pada mereka. Golongan ini suka hidup dalam ego biarpun terseksa kerana malas mencari solution.

Jadilah "cawan kosong" yang sentiasa rajin belajar dan menuntut ilmu kerana hanya dengan ilmu kita mampu pergi lebih laju kerana kejayaan bukan destinasi tetapi hanya satu persinggahan.

"VIRUS PROBLEMANIA"

Virus Problemania ialah golongan yang gemar berkongsi kegagalan dengan orang lain. Kadangkala mereka tidak malu berkongsi kegagalan dan kebodohan yang mereka lakukan. Golongan ini juga sanggup menghasut orang lain supaya mempercayai kata-katanya. Golongan ini bila gagal suka menyalahkan orang lain dan tidak pernah menyalahkan diri sendiri.Golongan ni suka bercerita masalah, masalah, masalah tetapi tak pernah berfikir untuk mencari solution.

Jadilah "cawan kosong", buang yang keruh ambil yang jernih. Beri peluang untuk terus mencipta kejayaan cuma pastikan kali ini kita ikut orang yang berjaya.

Ketahuilah virus-virus ini ada di mana-mana di sekeliling kita. So, jadilah golongan yang positive iaitu golongan yang suka pada solution. Orang bercakap pasal problem, hari ini latihlah diri kita bercakap pasal solution..

Saturday, October 17, 2009

Tuhan Berikan Aku Cinta

Lirik Lagu Ayushita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

nota: best kan lirik ni? andai kata anda terluka ... lagu ini paling sesuai buat muhasabah diri ... jangan salahkan orang lain ... tanya pada Allah ... apa dan kenapa itu semua trjadi .. mohon diberi petunjuk .. jangan suka nyalahin orang lain.
aik ?!!! kenapa tukar loghat ni .... hehehee...

Thursday, October 15, 2009

Jejaka Terhangat Di Pasaran !!!

hohohooo tak elok tau kalau letak nama orang tu kesian dia nanti tak pasal-pasal saham jatuh ...

"kasih ku pantaikan berubah
ku harap awan masih cerah
ku anyam rindu yang mencengkam
ku pintal kasih ke dalam jiwa ..."

lagu ini aku tujukan khas untuk jejaka terhangat ini ...
kesian dia ...

aduih lupe pulak ... hapy besday to sahabat susah senang aku dulu .. besday semalam kan? xde kedit la ... pastuh intenet cut off9 ... nak call? jangan dulu la... moody ni ... kang tak pasal-pasal kene amuk ... coz problem ngan kawan aku tak settle lagi ... nanti nanti je lah ... len kali aku gune nama nama tu hang jangan habaq bleh tak? kang lari lagi kang .. diam diam sudah lah ... huhuuu ...

dewa?!!!
wah bos tanya pasal gaji ek?!!
tadi bos lu ada habaq .. xde maknenye nak bagi gaji lebih kat aok ... hahhahaa...

Saturday, October 10, 2009

Allah Sedang Berkomunikasi

www.iluvislam.com
Editor: RosNiza Abdullah


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13)

Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati.

Apabila berlaku bencana besar pada alam ini, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia?

Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas. Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin, pergerakan awan, getaran bumi, ketinggian ombak dan lain-lain fenomena lagi. Namun, manusia tidak mampu menjadi ahli nujum kenapa angin bergerak pada kelajuan tertentu, kenapa bumi bergetar pada skala tertentu atau kenapa ombak bergelombang pada ketinggian tertentu. Persoalan kenapa ini tidak mungkin dapat dijawab kerana ia adalah urusan Allah Taala.

PERINGATAN BUAT YANG BERAKAL


Allah Taala mengutus al-Quran untuk dibaca, diteliti, diambil pengajaran dan dilaksanakan. Kisah-kisah di dalam al-Quran ada menceritakan tentang beberapa kaum atau umat nabi-nabi yang terdahulu ditimpa bencana yang dahsyat sehingga ada yang terus berkubur bersama-sama tamadun yang mereka bina.

Kesan-kesan peninggalan yang wujud sehingga hari ini menjadi bukti kebenaran kisah di dalam al-Quran itu. Kaum Nuh di sekitar Iraq dan Mesir musnah dalam banjir dan ribut taufan. Kaum Luth di Sadum musnah setelah diterbalikkan bumi dan bertukar menjadi Laut Mati. Kaum Tsamud mati di dalam kota-kota yang dipahat di dalam bukit-bukit batu akibat bayu pembunuh yang dikirim oleh Allah Taala kepada mereka.

Bencana itu pula berlaku di hampir semua negara bermula dari China di utara hingga ke Australia di Selatan, di negara yang didiami umat Islam atau negara yang majoritinya bukan Islam.

Allah Taala tidak menyegerakan balasan ke atas kejahatan yang dilakukan oleh umat Muhammad. Balasan itu ditangguh atau diringankan supaya manusia sedar dan bertaubat. Adakalanya bala itu datang dalam bentuk kekurangan rezeki setelah mengalami kemarau, banjir atau penyakit tanaman, rasa takut dan gelisah, malapetaka seperti kebakaran, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” at-Taghabun (64:11)

AMBIL PENGAJARAN

Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia, dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak, mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan.

Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini, dan bukan untuk berseronok semata-mata. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, iaitu di akhirat.

Muhasabah lebih baik ketika ini, daripada mencari punca kejadian dan meratapi sedih di atas musibah. Moga dipelihara kita dari musibah berpanjangan sebelum sempat kita kembali kepada-Nya.

Sumber: Dipetik daripada blog Tuan Mohd Rezza http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/ingatlah-allah-sedang-berkomunikasi.htm

Hari Bercakap Benar Sedunia !!!

seseorang itu a.k.a perempuan melayu terakhir telah bagi aku mesej ...

from: dia

kalau ari ni "HARI BERCAKAP BENAR SEDUNIA" ape yg akan awak ckpkan pada saya? Antar mesej ini kat sume teman awk... awak akan dapat macam-macam jawapan..BUT reply m first...

memandangkan kedit maxis aku takde ... jadi aku tunggu peluang dapat on9 nak kasi jawan kat perempuan melayu terakhir ni ... hikhikkk... jimat sikit kos ... malaslah nak keluar gi kedai nak topup menopup nie...

sekarang cuma satu je aku terfikir ... bile lah aok tu nak join gadis melayu punyer program tv... teringin jugak nak tengok sekali sekala aok ni betul-betul jadi gadis melayu terakhir... sha agak kan ... mesti ramai peminat punyer .. ngan saya-saya sekali tolong kempen untuk undi aok ... amacam?!!! real tak pandangan mata hati aku...

aok nanti balas mesej aok ek... tungguuuu!!!!!!!!!!!!

Layan al-kuliyah

bebaru ni ... aku kan bekpes sebelum subuh ... so...
sambil-sambil tu ... layan le al-kuliyah .. kebetulan tajuk dia goda suami pikat isteri kot kalau tak silap ...

banyak-banyak perkara yang dibincangkan dalam ni ...
aku ingat jelas tentang satu hal siap dapat imejin lagi ...
ustazah tuh suruh penonton-penonton dan para pendengar sekalian untuk cantumkan tangan kiri dan tangan kanan ... kemudian jarakkan antara setiap jari-jemari anda...

aku pun ikot sekali lah ...
hakhakhakkk...

lepas tu dia suruh lipat ke dalam pulak kedua-dua jari hantu yang ada ...
apelagi aku lipat lah kan ...

then .. dia suruh bukak ibu jari ... tapi jari-jari lain tu tadi jangan bukak...
dia ckp ibu jari kedua-duanya itu ibarat ibu bapa ... satu hari kita akan terpisah daripada kedua-duanya... lepas tu dia suruh bukak jari telunjuk tapi ibu jari tadi cantum balik lah .. dlm keadaan asal .... pun sama jugak penjelasannya ...ia ibarat adik beradik yang satu hari pun akan terpisah jugak (kalau tak silap akulah ...) dan dia suruh bukak jari kelingking kemudiannya... yang dapat jugak dipisahkan (diibaratkan sebagai anakyang akan terpisah jugak daripada kita).. sampai ke jari manis ... dia tanya lah sapa dapat bukak jari manis tu ... dia akan bagi hadiah ... hikhikhikk aku try jugak le .. tak terkecuali... siyes aku cakap ... memang tak boleh bukak punya ... jari itu menandakan kehidupan sepasang suami isteri yang tak akan terpisah sampai bila-bila ... sebab tu lah .. cincin perkahwinan disarung dijari manis...

logik jugak tu ... hakhakhakkk

Yang Tertunda

syukur alhamdulillah ... ujian hujung yang diramal bulan 10 ni bakal dijalankan telah pun ditunda ke bulan november ... bulan oktober bagi aku setiap bulan memang bulan paling bz .. eh silap .. bukan setiap bulan tapi setiap tahun.

mana tak nya...
nak submit markah lagi ...
ada sukan pulak ...
ada MTQ (majlis Tilawah Al-quran ...
dan pokok pangkalnya memang bz lah ...
sampai sukar untuk diterjemahkan dalam kata-kata...
tapi bila fikir-fikir balik ... bukan selalu pun hikhikkk...
orang lain bz memanjang ... aku pulak dalam setahun tu agaknya tak lepas dari 5 jari sebelah tangan ni kot...
jadi kesimpulannya ...

buat keje tu elok-elok ... belajar jangan tak belajar... hakhakhakkk

Tuesday, October 6, 2009

Orang kata !!!


orang kata ... jangan pecaya dengan kawan-kawan maya ni ... ternyata kata-kata mereka itu benar jugak .. namun harus diingat!!! tidak semuanya seperti itu dan sekiranya anda yakin dengan kenyataan anda .. maka diri anda sendirilah orang pertama dalam senarai tersebut.

kadang-kadang orang fikir si perempuan ni menangis kerana dia terlalu percayakan lelaki itu .. tapi di satu sudut lain dia tak pernah terfikir pun bahawa si perempuan ni tadi menangis bukan sebab kerana dia tertipu atau terpedaya atau yang seangakatan dengannya ... tapi dia cuma sedih ... kenapa si lelaki itu terlalu yakin menyatakan apa yng dia rasa terhadap perempuan itu sehingga dia lupa bahawa wanita itu punya perasaan yang sangat halus ... dia tahu .. tapi masih juga cuba berusaha untuk menyatakan hal yang tidak sepatutnya ..jadi pembaca sekalian ... nilai cinta siapa yang murah sebenarnya?!!! dia sedih kerana insan yang dia percaya dan mula sayang sebagai sahabat itu ... sebegitu sifatnya ...

ada lagi satu cerita ...
bila kita bersahabat secara jujur ... dan tiba-tiba terasa ada orang yang menikam kita dari belakang ... apakah yang anda perlu buat?

rasanya itu terlalu kejam sangat ... apa kata kita tukar ayat ... kita cuba buat baik dengan kawan-kawan kita ... tapi alih-alih kita pula yang kene ... tapi perkara tu tak adalah sampai nak membunuh persahabatan...

cuma aku rasa kebelakangan ni ketenteraman aku seolah-olah terganggu .. aku tak tau kenapa ... bila aku masuk blog pun aku rasa makin tak tenteram macam dulu .. seolah-olah ada sesuatu yang berlaku dibelakang aku ... sebelum aku cari sendiri hal tersebut .. harap-harap siapa-siapa yang terbabit silalah tampil ke hadapan dan bersemuka dengan aku... aku tak tau apa masalahnya ...

aku tak paham baru-baru ini aku dapat surat notis dan rayuan aku ditolak .. aku perlu bayar rm3800 dalam masa 3 bulan ... dan sekarang ... aku cuma ada tempoh itu untuk bulan depan sahaja ... sungguh aku rasa terdesak .. tapi tak adalah aku rasa nak pinjam duit siapa-siapa... tapi sebab mara ni le .. aku beria-ia sangat nak belajar menjahit ... tak kiralah dengan siapa-siapa ... janji aku masih dapat bekerja sambil belajar... macam ada kaitan ngan duit le pulak ... tapi aku tatau apa kaitan duit tu dengan segala-galanya ... sebab setakat ni aku tak ada bagi pinjam kat orang pun ... cuma aku risau sikit dengan salah seorang ahli keluarga aku ni ... dia ni baik sangat... sebab dia baik sangat sampai aku pun tak berani nak pinjam duit dia .. cukuplah masa aku beli n73 dulu ... janganlah berulang sekai lagi ... kalau ape-ape hal tu ... tengok aku on ym atau tak on pun hantar le emel .. ceritakanlah kat aku .. aku tak mau mimpi yang bukan-bukan ... kerana setiap perkara yang berlaku dalam famili aku... aku pasti akan dapat dari mimpi .. kemudian dari orang tu ... yang pelik aku mimpi aku didatangi dua lembaga seorang lelaki dan seorang wanita ... dan kali keseterusnya pula muncul entah dari mana satu lembaga lelaki pulak ... mungkin bagi korang itu mimpi-mimpi belaka... tapi aku percaya ada sesuatu yang berlaku kerana aku kerap mengalami mimpi yang sama ...

Nota: cerita je lah ... kalau korang ada ape-ape masalah dgn aku ke atau famili aku .. cerita je .. cuma jangan sampai aku tau daripada mulut orang lain sudahlah ... aku tak suke ... tapi siyeslah aku cakap ... kalau part pakai duit betul-betul ... aku jarang nak pakai duit umie dulu ... kecuali umie sendiri yang offer .. sebab aku faham umie pun selalu tak cukup duit ... macam tu jugak abie ... cukup-cukup pun untuk perbelanjaan sebulan.. banyak yang nak kene bayar... sebab tu aku tak mau susahkan dorang ... kalau aku nak hidup senang ... lama dah aku mintak abie bayar ansuran bulanan untuk aku ... dan bulan lepas jugak aku dah langsaikan notis mara tu ... harap-harap cerita ni boleh kita ambil iktibar bersama ... minta tolong boleh ... mintak lah daripada siapa-siapa tapi kene fikir dulu ... sebelum mintak tolong tu .. mampu ke kita nak bayar balik ... itu satu hal ... tapi ... yang paling takut .. kalau nyawa kita Allah tarik awal sebelum amanah itu kita selesaikan ... siapalah kita nak meramal nyawa kita ni panjang ke pendek ... betul tak?!!! bagi aku cukuplah masa belajar dulu aku buat loan .. selepas ni nak.. buat rumah ke .. nak beli kereta ke .. aku tak sanggup nak buat loan ... aku sanggup puasa berbulan-bulan untuk penuhi keperluan asas itu daripada buat loan ... nanti kalau aku dah mati tak kan aku nak susahkan penjamin aku pulak ... aduh ... kang terawan-awang roh aku .... tak maulah ...

Sunday, October 4, 2009

Tradisi Duit Raya

aku sendiri pun tak lepas dari duit raya ... banyak jugak collection tahun ni tadi .. 200+100+50+10 ... bukan senang tu ..
orang bagi aku ambik je lah ...

bila kita tengok budak-budak zaman sekarang .. sama juga lah macam zaman aku dulu ... yang paling seronok pada hari raya ialah time kutip duit raya lah...hendak dijadikan cerita ...

dah tua-tua ni .. terfikir jugak lah ...
macam mana kita nak pupuk semangat berziarah ni tanpa wujud semangat duit raya...
bila fikir-fikir balik .. dah macam tradisi je kan?

teringat pulak budak-budak zaman sekarang ni .. setakat note biru sekeping tu memang tarik muka lah punye ...

sha nak bagi satu cadangan lah ...
kalau betul-betul ada niat nak bersedekah lepas ni .. apa kata .. korang bagilah duit sedekah tu malam terakhir ramadhan ... bila dah masuk syawal tak payah lah bagi duit-duit raya ni kat budak-budak ...

teringat seorang nenek di kampung dulu dia memang seorang yang kuat bersedekah ... time dia bagi duit rayalah malam terakhir puasa... sungguhpun begitu ... ramai jugak kanak-kanak yang berkunjung ke rumah nenek tu ...

Nota: aku pun termasuk dalam kategori orang yang menerima duit raya tersebut ...

ceritera aidilfitri 11

sha tak pasti anak siapalah yang cerdik sangat ni ...

gini ceritanya ...

suatu petang ke belah pagi .. aku tak berapa nak ingat le ... aku layan tv prima astro 105 ... aiseh men ... budak-budak rajalawak dok ngajar penonton ni cam mana nak pungut duit raya banyak ...

hendak dijadikan cerita ...
aku tak ingat nama group raja lawak ni ... tapi aku ingat dia cakap kat dalam tv tu .. kalau nak beraya rumah orang tak boleh lebih dari dua kali ... nanti tuan rumah tahu asik muka yang sama je berziarah rumah dia ...

terkebetulan pulak aku ni tak dapat nak beraya ...
jadi aku jaga rumahlah ...
raya ke3 kalau tak silap aku peristiwa ni berlaku ...
ada 3 orang sekawan ... aku tak tau nama budak-budak ni .. biar aku panggil dengan nama ali, abu ngan seman ...

kire glamer lah nama tu kan?

si ali ni tadi bawak si abu ngan seman ni beraya rumah. abis-abis makan ... dorang ni pun aku bagi le duit raya ... (siyes abie punyer duit tapi dah ready dalam sampul nak bagi kat budak-budak) .... hendk dijadikan cerita ... dorang ni tadi .. dalam masa setengah jam lepas tu ...

terkejut aku tengok muka yag sama terpacak depan gate ... tapi aku buat-buat tatau j dulu .. nak tengok akal panjang budak-budak ni ... aku tengok dorag macam tak jadi nak naik rumah .. dan patah balik ...

tapi hendak ijadikan cerita satu jam kemudian ...
terkejut aku tengok si ali yang bersongkok tadi dah tak pakai songkok .. tapi alih-alih bawak si mamat ngan si bakar pulak ...

aku bawak-bawak le sembang ...

aku: tinggal kat dalam kapung depan sana ke?
ali: ha'ah ...
aku: skolah kat situ semua ke? (smbil tunjuk sekolah sebelah rumah abie)
ali: ha'ah ...
aku: tahun berapa?
ali: aku tahun 4 , maat tahun 5, bakar pulak tingkatan 1.
aku: woh ...

sampai satu saat ... dorang mintak diri akhirnya ...
yang pasti ... aku tak bagi duit raya pun huahuahuahua...sangat kejam tak?

Nota: terpikir jugak ... ziarah atau duit raya?!!!