Sunday, October 18, 2009

SILENT KILLER !!!


benda ni aku dapat dari dalam buletin yang terdapat dalam tagged aku .. kiriman ardi .. aku pun tak berapa kenal dia nie ... tapi entah dari mana dia dapat 2 jenis virus ni ... dia kaji ke apa.. aku tatau atau dia cilok dari tempat lain ... jojom baca .. aku pun tak habis baca lagi ...

Terdapat 2 jenis virus.

"VIRUS EGOMANIA"

Virus Egomania ialah golongan yang menceritakan dirinya sudah serba-serbi ada, sempurna, selesa & secukupnya. Golongan ini juga tidak berminat/tidak mempercayai untuk mendengar mana-mana peluang lain kerana baginya dirinya sudah cukup hebat. Golongan ini juga gemar memperlekehkan orang lain. Golongan ini juga sanggup berdialog, kondem dan menutup minda untuk menolak apa jua peluang yang sampai pada mereka. Golongan ini suka hidup dalam ego biarpun terseksa kerana malas mencari solution.

Jadilah "cawan kosong" yang sentiasa rajin belajar dan menuntut ilmu kerana hanya dengan ilmu kita mampu pergi lebih laju kerana kejayaan bukan destinasi tetapi hanya satu persinggahan.

"VIRUS PROBLEMANIA"

Virus Problemania ialah golongan yang gemar berkongsi kegagalan dengan orang lain. Kadangkala mereka tidak malu berkongsi kegagalan dan kebodohan yang mereka lakukan. Golongan ini juga sanggup menghasut orang lain supaya mempercayai kata-katanya. Golongan ini bila gagal suka menyalahkan orang lain dan tidak pernah menyalahkan diri sendiri.Golongan ni suka bercerita masalah, masalah, masalah tetapi tak pernah berfikir untuk mencari solution.

Jadilah "cawan kosong", buang yang keruh ambil yang jernih. Beri peluang untuk terus mencipta kejayaan cuma pastikan kali ini kita ikut orang yang berjaya.

Ketahuilah virus-virus ini ada di mana-mana di sekeliling kita. So, jadilah golongan yang positive iaitu golongan yang suka pada solution. Orang bercakap pasal problem, hari ini latihlah diri kita bercakap pasal solution..

0 comments: