Tuesday, April 28, 2009

~ penderitaan yang lebih sakit daripada mati ~

hebat sungguh kan tajuk untuk kali ini. sha sendiri tak tahu kenapa tergerak hati untuk berbicara tentang "penderitaan yang lebih sakit daripada mati"..

ada wujud ke penderitaan yang seperti ini? bagi sha...jikalau adapun sudah tentu penderitaan ini merupakan suatu gambaran yang terdapat sepanjang di azab di dalam neraka. sebab...di sanalah tempat seksaan yang sangat azab. dimana seksaan yang akan menimpa tanpa henti sehingga tibanya hari perhitungan. belum lagi termasuk apa yang menunggu di padang mahsyar...tentu lagi hebat dan lagi derita.

ya..
sha akui sha belum pernah merasakan penderitaan yang lebih sakit daripada mati...
sebab selagi nyawa sha masih di badan sudah tentu sha belum faham macam mana hakikatnya seksa ketika nyawa terpisah daripada jasad. sebelum ini, sha hanya mendengar daripada ceramah-ceramah dan membaca daripada buku-buku yang berkaitan dengan alam ghaib.

namun, yang sha tidak faham bagaimana manusia yang masih hidup dalam keadaan sihat dan bertenaga bisa meluahkan kenyataan yang sedemikian? apakah mereka pernah merasa azabnya ketika dicabut nyawa daripada jasad? sehingga sekarang sha masih belum menemui sebarang jawapan kepada persoalan tersebut.

dengan hanya isu permasalah yang tanpa diundang datang menimpa-nimpa tanpa henti..itu bukanlah satu alasan yang kukuh untuk dikategorikan sebagai penderitaan yang lebih sakit daripada mati. berusahalah membuka mata hati anda sekalian dengan memandang kepada sekitar anda. pandanglah dengan dada yang lapang, hati yang terbuka. anda akan merasakan bahawa hidup anda jauh lebih baik daripada mereka yang ada di sekeliling anda. cuma anda tidak sedar akan hakikat itu kerana hati anda dihijab dengan berbagai masalah dunia yang telah menimpa anda tanpa mengira waktu.

kita diajar dan dididik untuk memandang masalah dunia itu hanya sekadarnya sahaja. kerana apabila ia telah melebihi had perhatian yang diberi. sesungguhnya ia akan merosakkan jiwa yang tenteram. dari jiwa yang tenteram maka..akan berlaku pergelutan hebat yang dahsyat menyerang jiwa lantas akhirnya, pergelutan inilah yang akan menciptakan aura negatif dalam diri kita dan melahirkan sikap kebencian serta tindak tanduk yang keluar daripada nilai-nilai hidup yang sebenar.

kesilapan lalu janganlah dijadikan sebagai alasan untuk kita meneruskan langkah kita yang jauh dari landasan hidup yang sebenarnya. jangan pula kerana kesilapan yang orang lain lakukan ke atas kita, terus membuat kita hanyut terus dalam dunia ini. sesungguhnya manusia itu sentiasa berhak untuk memilih jalan hidup mereka sendiri. dan tiada siapa yang boleh mengubah jalan hidup yang mereka pilih kecuali diri mereka sendiri.

apakah kita sudah bersedia sekiranya sekarang ditakdirkan kita berhadapan dengan Allah. apakah kita bersedia dan cukup kuat untuk menerima pertanggungjawaban atas semua perkara yang kita lakukan, baik dari segi ucapan lidah dan perlakuan kita. bukan hanya perlakuan terhadap diri kita sendiri. tetapi juga perlakuan terhadap setiap apa yang berlaku di sekitar kita?

percayalah..
tidak ada penderitaan yang lebih sakit daripada mati di dunia ini. kita masih belum menempuh alam kematian. derita yang kita rasakan sekarang tidaklah sehebatnya derita para pejuang-pejuang Islam ketika mempertahankan keislaman yang bertapak dalam diri mereka. ia hanya sebahagian masalah kecil sahaja yang diperbesar-besarkan oleh nafsu amarah.

hayatilah message ini daripada salah seorang sahabat sha:

terlalu banyak nikmat Allah kepada kita, terlalu sedikit pengorbanan kita di jalanNya. tetapi jika Allah tarik semua nikmat itu, barulah kita merasa, matipun kita sanggup untuk mendapatkannya balik. semoga kita termasuk golongan orang-orang yang bersyukur... amiin...insyaAllah...

Saturday, April 25, 2009

Cara mudah mendapat hasanah:

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4.Bantu mendidik seorang anak.

5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.

6.Berkongsi CD Quran atau Doa.

7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10.Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

thank you. neeza a.k.a anne...

Kisah tauladan yang menyayat hati...

semoga kisah ini memberi seribu pengajaran buat kita,,,,, insyaallah....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya...

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa......"

Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan...... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BAAANGGG!!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi..... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya..

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini.. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.........

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Malu beb!!

SekianG

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...

* Wakenabeb.. Lu pun kena beb..

***thank you apple..

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi

Friday, April 24, 2009

~setahun sudah berlalu~

pertama sekali...
sha ingin ucapkan maaf atas keterlewatan untuk post satu entry ini...
21hb april sudah pun berlalu...
teringat..,
setahun sudah berlalu sha kenal adik andy...

hahaaha..
bende paling sha tak lupe...
pasal kes nombor tepon...
ape-ape pun...

terima kasih atas usaha bagi cadangan utk sha kawen bulan 5 ye...
nampaknya kene cari calon cepat-cepatlah ye dalam masa terdekat ni...
yelah...dah suruh kawen bln 5...
hhahaaa..

tak apalah andy...
bila jodoh andy sampai nanti..jangan lupa pula kasi tau sama saya ya...
insyaAllah..ada rezeki sha datang le sana...

buat adik apiz....
wah...
tak sangka pula ye sampai setahun jugak dah kita kenal...
hahaa...
apa-apa pun gambar yg apiz MMS malam tu sha ingat nak letak dalam buku koleksi sha nanti...
syhhhhhhhhhhhhh...
kite dua je tau ye gambar ape tu...
hhahaa....

jap je rasanya kan?!!!

Thursday, April 23, 2009

~ assalamu'alaikumwbt an selamat sejahtera ~

sungguhpun sedikit telewat..tapi sha rasa masih banyak masa untuk mengucapkan selamat ulang tahun sayang buat abang tazudin bin jiren pada 21hb april 2009 yang lalu...

Empat Isteriku

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.

Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

Saturday, April 18, 2009

Elakkan panahan mata !!! AWAS !!!

Assalamualaikum semua,

Sebagai informasi & panduan.

Insyallah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Elakkan panahan mata

Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja tidak kira jantina, bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke perabot yang berasal dari Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau. Namun baru-baru ini saya bertemu sekali lagi dengan beliau kerana tugas.

Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah "MasyaAllah. . semakin sihat badan awak ni,". Saya tersenyum sambil membalas, "Tuan pula semakin kacak dan segak,". Segera beliau menyampuk, "Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu baru cakap perkataan tadi," Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, " MasyaAllah, tuan semakin kacak dan segak sekarang,"

Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu tambah perkataan MasyaAllah tadi?" Jawapannya ringkas," Elakkan panahan mata,"

Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,"Panahan mata apa? Saya tidak merenung pun mata tuan," Jawab beliau," Semua benda sama ada baik rupa atau buruk keadaan datang dari Allah. Kita pinjam je semua itu. Kerana itu kita perlu puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut Subhanallah atau Masya Allah. Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan dipuji orang kerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya atau dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.

Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata,"

Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata ? Sambil tersenyum beliau menjawab, "Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian. Di negara saya yang berpadang pasir panahan mata terjadi dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah kereta dipuji kerana cantik, keesokkan paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan. Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak pokok tumbuh yang memesongkan panahan mata ini menyebabkan tuan punya diri tidak selalu kena malang . Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam saja," jelasnya

Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas. Jika ada kebaikan ambil dan jika ada kekurangan sila perbetulkan saya.

Wassalam.

TQ MR.TAUFIK

Bagaimana Menyayangi Seseorang ?!!!

Assalamualaikum,info utk untuk hari ini.

sbg panduan @ guide line Insyallah.

Bagaimana Menyayangi Seseorang




1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

TQ MR TAUFIK

kaedah baca Yasin ( buat orang nazak )

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum
mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya
kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam
'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah
Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang
tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan
kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid)
untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara
terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii . Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca
untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
(menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.

v . Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah,
berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa ila haillallah' lagi.

vi . Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan
semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal
kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.


Amiin.

Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan
kita bersama (bukan dapat rezeki dlm 12jam tau).

Wassalam.

TQ MR TAUFIQ