Sunday, October 31, 2010

Slot Akasia Di Muaturun.blogspot.com

sejenak tadi aku baru perasan rupa-rupanya blog kidbrush masih lagi berupdate. diharap assistant kid akan terus menulis untuk blog kid. untuk masa depan tu. berbalik kepada entri di atas nieh...

dari mana datang slot akasia? mestilah dari lagu berkemundang dalam TV sebelah ni tadi. heheee...muaturun tu? woh ...tu pulak sebab di mana ku kenal kid. lepak bertahun-tahun dalam blog kerepek tu (muaturun.blogspot.com-masa mula-mula aku join situ) dah rasa macam rumah sendiri.

di situlah aku kenal kidbrush yang glamer dengan avatar kucing jilat skrin.

mula-mula tak kamceng gak ngan dia ni. sebab dia kaki sakat. lama-lama macam ngam pulak doh. sebelum aku tau dia dah ada blog. satu hari tu...dia sengaja mempertanyakan perihal blog ni. aku bagilah link. lepas tu dia masuk dan tinggalkan jejak dia kat situ di cbox aku. lepas tu le dia suke menyemak kat cbox tu. sehinggalah satu hari entah macam mana aku terjumpa link dia terpacak kat satu blog orang lain ...

makanya ku tegur tinggalkan jejak di blog di cbox yang sama. nak komen entri dia payah giler aku rasa. sebab semua lambat loading. sampaikan aku tak nampak mana-mana entri yang dia post pun ... (harap-harap faham le tu)... pernah gak aku sound ke dia awat susah nak loading page dia tu...

tak lama lepas tu dia masuk blog aku dan menyemak dengan membawa linknya sekali. akhirnya dari situlah permulaan aku memacak linknya di blog ni. masa tu tak wujud lagi blog gadis melanau tu. serasa aku lah.

start dari situ ...
sehinggalah ke satu hari lama dah blog dia tak berupdate dan aku pun tak berkesempatan nak jenguk blog dia. entah kenapa satu hari tu... aku terkejut bila dia komen entri aku. aku pun masuk blog dia.

"whoaaa.. dah berupdate rupanya... seperti biasa aku tinggalkan jejak di cboxnya." start dari situlah berhubung melalui berblogging."

rasanya memang agak lama jugak dia berhenti berkias diblognya...
tahu tahu je aku masuk sudah ada mrs right rupanya!!! satu perkembangan yang baik.

start dari situ lebih banyak berkontek melalui blog sebab susah nak tengok dia tu lepak kat muaturun dah. aku pula semakin sibuk dan tak berkesempatan nak jenguk muaturun =P (propa jer tu) ...

rajin gak dia komen entri entri merapu aku. sesudah itu. sehinggalah satu hari aku pelik dia langsung tak komen apa-apa. filing aaku tak berapa nak ngam. jadi aku masuk blog dia... innalillahi... sahabat blogger aku sedang bertarung melawan sakitnya.

bila aku cek tarikh ...
aku terkejut terasa sangat-sangat...

http://sha83kaizer.blogspot.com/

KIDbrush® said...
hohh? Huhh? hahh? hehh? (terpegun + heran)
October 9, 2010 12:24 AM

KIDbrush® said...
dh mandi ke belom neh?
October 12, 2010 7:49 PM

http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/

KIDbrush® said...
haaa.... hajat kawen cpt! supaya ko x buta warna kui kui kui
August 25, 2010 4:33 AM

KIDbrush® said...
hohh? Huhh? hahh? hehh? (terpegun + heran) lama jugak haku perati, sampai tercium monitor.

kalu org sberang cakap penampakkan ajaib. kira hang untung la dpt lihat dgn jelas!
October 9, 2010 12:28 AM


***(erkkk... korang cek sendiri entri yang mana satu ye)...

korang bandingkan dengan yg ada kat blog dia...

Fakta kejadian sebelum arwah meninggal:
*9/10/10-KiD mengadu panas badan selepas balik dari Banting Selangor ( kes Dt' Sosilawati)
*13/10/10-KiD Mc selepas balik dari medical checking. Menurut orang gajinya, KiD makan nasi lemak yang dijual seorang penjaja.
*13/10/10 @ 6 pm- KiD dikejarkan ke hospital setelah didapati kejang otot dan tidak sedarkan diri dan dirawat di ICU.
*13/10/10 @ 9 pm- doktor mengesahkan KiD koma.
*17/10/10 @ 10 pm-KiD sedar dari koma dan sempat meminta maaf kepada orang tuanya dan isterinya
*17/10/10@ 1130pm-KiD diserang kejang otot dan menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11.30 malam.

aku tak tahu tapi memang aku post untuk aku share stori ramadhan yang aku lalui tu untuk beberapa orang teman-teman yang aku rasa paling dekat di hati aku termasuk kidbrush. bila aku post aku terus masuk blog dia ajak dia tengok entri aku. dan ... selanjutnya aku rasa korang dapat imejin apa yang terjadi...mula-mula memang aku nak simpan untuk diri aku sendiri. tapi hati aku tiba-tiba tergerak nak post cerita tu jadi aku post le...

p/s: Al-fatihah.
setiap yang hidup pasti akan mati.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
hargailah siapa-siapa yang ada di sekelilingmu.
kerana semua itu adalah pinjaman semata-mata.
satu hari nanti Allah pasti akan ambil balik bila sudah tiba masanya.


Nota: aku tak ada kenangan-kenangan lain melainkan komen-komen terakhir daripada seorang yang pernah bergelar kidbrush. makanya aku abadikan di slot akasia ini.

Masa Itu Bukan Milik Aku

Terasa kejap je masa berlalu. baru je semusim yang lalu skuad negeri sembilan menjulang piala dan sekarang piala beralih ke tangan kelantan. senyum lebar orang-orang kelantan tak sia-sia bagi sokongan sampai ke bukit jalil ye. kalau tak ada cuti umum pun rasanya mungkin lebih semangat jugak nak turun keje. erk?!!!

betul-betul tak ada kene mengena dengan hidup aku ni. antara kelantan dengan Negeri Sembilan.

jika anda sudah baca entri I wish di blog gadis melanau story. ini adalah kesinambungannya. aiseh ... ayat...

masa itu bukan milik aku. hidup kita umpama sesingkat antara azan dengan iqamat je. bayangkan ... berapa perkara yang boleh dibuat andai kita disuruh buat senarai pendek tugas-tugas.

masa itu juga bukan milik aku. jadi kadang-kadang tu aku boleh tersilap pandang akan sesuatu hal. tapi itu bukanlah satu jaminan untuk aku berbuat salah untuk setiap kalinya.

setiap hari berusaha untuk bangun bangun dan bangun.

dan akhirnya...
aku faham satu demi satu disebalik rahsia masa itu sendiri...

aku sudah faham. bagaimana dengan anda?!!! fikir-fikirkanlah ....

it's time to ...
mengatur langkah baru ke arah hidup yang lebih berkualiti. =)

p/s : i wish tu idea yang timbul time aku dengan ummie balik dari klinik jumaat yang lalu...miahahahaaa

Thursday, October 28, 2010

Alternative Treatment ( Tips )

sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif,
beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

"Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda."

pengakuan wanita tersebut....

aku copy mana yang penting je dari emel.

Wednesday, October 27, 2010

I'Ve GoT Warning ...But I Don't Know Why I'm Happy...

Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..

Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a.. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sesi Penghayatan .....

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Saturday, October 16, 2010

Jalan Yang Banyak Simpang Siur

assalamu'alaikum warahmatullah dan selamat sejahtera semua.

macam mimpi je aku rasa hari ni. masuk pagi ni tadi dah 3 orang yan dok ucap tahniah pada aku.

aku tertanya-tanya...
tahniah untuk apa?!!!

tiba-tiba aku dapat mesej dari orang jauh tapi dekat.
mesej tu berbunyi...
"tahniah gaji up ke RM300"

keh keh keh...
ape kisahlah kecoh sangat agaknya...
bukan apa...sebelum ni selalu je puting beliung pasal up tak up ni...
tengok-tengok macam tu jugak...
yang lain lain semua dah up...

tapi kali ini betul-betul mimpi jadi kenyataan.

naik naik jugak... kerja mesti up jugak dia punya ikhlas.
kualiti dan segala-galanya up. elakkan kontroversi!!!

sungguhpun berita elaun tu dah up...
tapi status aku ni agaknya bila nak up tu?
ekekekee...

yang inilah aku cakap tadi...
jalan yang banyak simpang siur
tak sangka dalam perjalanan aku ni...
terserempak dengan harta karun ...
itupun jejak kaki belum sampai jambatan
masih lagi diseberang sungai

aku masih terpaku di situ.
terhenti sekejap melepaskan penat lelah.
hilang penat aku sambung jalan lagi
aku tahu banyak simpang siur kat depan nun
sabar sabar.........sabar......

p/s: sebab tu adanya solat sunat istikarah, solat sunat hajat dalam kehidupan kita...

Thursday, October 14, 2010

Hati Yang Tenang Berkocak Kembali ?!!!

MasyaAllah...
ada apa ini? ada apa dengan hari ini? Jiwa aku langsung tidak tenang. tidak setenang seperti sediakalanya.

terasa kocakannya tiba-tiba berubah menjadi tsunami. Oh...firasat tidak elok itu terus menggasak-gasak jiwa ku yang terdalam.

langkah aku sepi.lesu.menunaikan amanah dan tanggungjawab aku. tidak seperti sediakala. ada apa ini ya Allah?!!!

aku cuma mampu tersenyum. namun akal fikiran ku entah ke mana. bagaimana mahu dikongsi sama teman-teman aku. aku tidak tahu apa puncanya. aku cuma mampu diam. diam dan diam. aku seperti tidak ambil kisah bila mereka berbicara tentang foto foto yang diambil. slalunya aku naik kecoh juga.tapi untuk hari ini aku betul-betul tidak mampu untuk bersuara seperti kebiasaannya. ada apa ini ya Allah. kembalikanlah jiwa ku yang tenang itu...

di depan anak-anak ku yang berusia 8 tahun seramai lebih dari 15 orang tapi kurang daripada 20 orang. aku membincangkan tentang ujian mereka. 2 ke 3 orang failed. sebenarnya aku tahu kenapa boleh fail. mestilah sebab tak serius masa jawab ujian. Alhamdulillah... ada 2 orang yang aku tak target tiba-tiba naik...
dan orang yang aku target boleh drop...aku tau kenapa dia drop sebab dia jawab test sambil lewa. nak ku cepok kepala seorang-seorang dah anak orang lain. kang ada yang saman aku pulak. tahu je lah budi bahasa PAMA zaman sekarang. silap sikit saman ...silap sikit saman!!!

aku melangkah ke surau dengan langkah yang berat. ada apa ini? soal ku kembali... namun tidak ada jawapan. baru saja aku sampai di sesiku L jalan tiba-tiba seorang budak menangis dan berlari ke arah aku. aku terkejut tengok penyengat yang agak banyak mengelilinginya ...aku bawa dia masuk ke depan rumah sambil mengibas-ngibas anasir-anasir yang brterbangan bebas menyerangnya. tangkai jantung aku rasa mahu MATI ketika itu juga. seluruh tubuh ku bergetar bagaikan berdepan dengan MALAIKAT MAUT. dalam hati aku berdoa...

" Ya Allah ... bantulah aku..."

aku letak buku ke bawah ... aku tarik budak itu ke depan itu rumahku. lantas ku bukakan bajunya ... aku jenguk sekejap teman-temanku yang berada di surau ... aku minta bantuan supaya mereka memanggil anak-anak yang lainnya masuk ke dalam surau. dan kedengaran beberapa orang lagi menjerit kesakitan.

"MasyaAllah... ya Allah....jangan sakiti mereka. mereka cuma anak-anak kecil."

budak itu ku buka baju dan seluarnya dan ku bawa masuk ke dalam rumah. baju dan seluar ku tinggalkan sebentar di luar. tidak lama kemudian. aku menjenguk kembali dan setelah aman ... aku cuba memeriksa baju dan seluarnya...supaya tidak adalagi sang penyengat yang masih melekat pada baju dan seluarnya. setelah semuanya selamat. aku tolong dia pakaikan kembali pakaiannya. dia budak lelaki. memang agak nakal juga dalam kelas ni sungguhpun aku pernah menjaganya dalam sekali dua sahaja.

segala minyak tak nampak pula time darurat macam ni. adess... aku call abie. abie datang dan bagi ubat pada dia ni. memang aku dah agak ramai yang akan terkena penyegat ni. bila aku masuk dalam surau. aku terkejut agak lebih sepuluh orang yang terkena.

tapi yang aku bawak tadi itulah yang paling banyak kena sengatan. Alhamdulillah bahagian tubuh badan tidak ada apa-apa. cuma ada satu dua dibahagian muka. di tangan sebelah kiri dan di kakinya ...

namun hati aku masih belum tenang...
ada apalagi ya Allah...
dan malam ini hati aku tergerak mahu melawat blog teman ku ...
aku terkejut membacanya ...

"Kami meminta maaf atas kesulitan yang di alami. Penulis blog kini masih dirawat dalam Unit Rawatan Kecemasan sejak petang semalam kerana disyaki dijangkiti kuman Kencing Tikus. KIDbrush® masih tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Atas dasar hak peribadi, nama hospital tidak akan dinyatakan. Rakan-rakan dan pembaca, mari kita doakan agar Allah rahmati beliau semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala."

sekali lagi tsunami datang menghempas badai hati aku. terasa ruh ku berterbangan seketika. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un..."Ya Allah Lindungi Dan Rahmatilah sahabat aku ini.semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala." -Al-fatihah-

kepada budak-budak kerepek yang mengenali kidbrush ... doakan sama-sama untuk kesembuhan dia...

dan semalam aku dapat tau daripada adik mus yang teman-temannya di yamen ada melihat art yang sama seperti yang ku lihat selepas waktu subuh akhir-akhir ramadhan ini juga.

Wednesday, October 13, 2010

Kira Jangan Tak Kira !!!

assalamu'alaikum warahmatullahi...dan salam sejahtera semuanya.
ape hal ni kan?!!!

Ceritanya gini. sepagi yang indah bertarikh 13/10/2010 aku dengan konfiden melangkah keluar dari rumah jam 6 setengah pagi menuju ke ruang legar depan nun.

tiba-tiba tak diduga...
"assalamu'alaikum us...," tegur sebilangan anak-anak kecil.
"wa'alaikumsalam warahmatullahi...korang buat apa ka situ?"
"nak tengok orang hafazan." jawab mereka dengan sungguh-sungguh.
"woh...jangan masuk dulu. tunggu ustazah lain datang. saya bukan incharge kat sini." senyum. sambil berlalu meninggalkan kanak-kanak riang itu...

sepanjang perjalanan. tak habis-habis ucapan kesejahteraan untuk ku yang aku kumpul. sehinggalah aku duduk di kerusi menunggu. hihiii. tunggu kawan-kawan yang lain. bukan tunggu bas atau tunggu giliran ye...

sesampai di situ...tiba-tiba seorang ustazah mendatangi aku. dia mula membahagi tugas.

ustazah: awak dalam bahagian apa ye?
aku : tilawah ...
ustazah: oh... ni nanti lekat kat meja... pegang yang untuk nasyid ni jugak dan bagi kat kak siti nanti.
aku :okayz...

dengan cepat aku melangkah menjalankan tugas yang telah diberikan. selesai semua kerja aku...aku sembang kejap dengan kawan-kawan aku sambil menunggu kehadiran semua peserta. tiba-tiba...

ustazah: sakinah...nanti tolong daftarkan anak-anak dari sekolah kita ya?
aku : okays....beres bos.

aku melangkah ke tempat duduk si adib dan fatin.

aku: dah ambil wuduk belum dari rumah?

belum...

pergi ambil wuduk dulu lepas ni kita buat pendaftaran.

*****

selesai pendaftaran masing-masing duduk di tempat masing-masing dan aku pula sibuk mencari dan mencatat nama-nama peserta bagi memudahkan kerja aku kelak.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik ... sehinggakan waktu rehat pun aku gunakan untuk kira-kira. alhamdulillah. aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik. sungguhpun pada asalnya aku terkulat-kulat juga. sebab tak tengok borang-borang hakim macam mana pulak edisinya hahhaaa...

semakin lama-semakin ramai yang memenuhi ruang legar. aku rasa semakin malu pulak duduk kat depan-depan tuh. apa bolah buat. hahhaa....sempat lagi aku memanggil kawan-kawan aku.bukan apa...nak mintak tolong ambil gambar. serius ...tak nampak muka aku keh keh keh...

akhirnya peserta terakhir selesai. lega sangat-sangat.

alhamdulillah kerja-kerja pemilihan siapa juara, naib juara dan ketiga senang untuk dipilih ...

nota: bila kerja dengan penuh fokus memang bila tiba dirumah keletihan yang teramat sangat dirasa. aku sampai rumah jam 3 petang sebab tolong orang-orang yang bekerja di dapur kejap. bukak tv tengok cerita cahaya...alih-alih tak sampai beberapa minit aku pun tertidur... adesss.....

Tuesday, October 12, 2010

sakinah oh sakinah!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera semuanya

Alhamdulillah selesai semua masalah negara hari ni. dari satu sidang meeting ke satu sidang meeting aku pergi. akhirnya aku dapat hadir semua meeting-meeting tersebut. hihiii... mengalahkah presiden ni.

seawal jam 10 setengah pagi tadi aku hadir meeting dipersidangan hakim hakim...wah.. rasa terlibat dalam bidang perundangan pulak. sebenarnya hakim hakim pertandingan je. aku bukan hakim sebenarnya... lebih kepada pembantu dalam bahagian pengiraan. kang aku jadi hakim lain pulak yang dapat nanti karang. hihiii terkejut tengok nama aku pulak yang tersenarai hahahha...

tengah syok syok imejin tetibe dengar suara dari depan...

"sakinah... esok jangan lupa bawak kalkulator ye..."

dan aku...

"Erk...?!!! baik ustaz..."
dalam hati cakap...
'ustaz ada soalan...boleh pakai kalkulator henpon tak?'....

yang aku pelik... kenapa jawapan tu langsung aku tak dapat ye...
hahahahaa...

akhirnya meeting tu ditutup sekitar jam selepas jam 12 tengahari. hihiii...

jam 2 setengah berkumpul pula di dewan parameswara. selepas habis meeting ... kitorang pun...buat sikit-sikit kerja sampai kene komplen... group paling banyak mulut... tak berhenti mulut bercakap. keh keh keh...

dari dewan parameswara ...
kami bertolak ke satu persidangan yang lain.
di sini lagi besar permasalahan yang dibincangkan. semuanya terkeluar. dari masalah sekecil-kecilnya ...hinggalah ke permasalahan negara, berpindah pulak ke pembangunan kawasan sekitar daerah...keluar pulak masuk alam bunian... erk...?!!! macam mana boleh sangkut cerita alam bunian ye...seterusnya disambung ke agenda seram senegara...aik?!!! masuk jugak... huhuuu...

jam 6 baru sampai di rumah. penat sungguh rasanya neh...
Air Kacang Soya satuuuu!!!!!!!!!!!!!.....

Layannnnnnnnn!!!!!!!!!!

Nota: teringat insiden aku pagi tadi... tak ada air. alhamdulillah ada air dalam beldi. ada jugak untuk mandi... keh keh keh ... Esok?!!! wohhh i kerja jadi tukang kira ye... habis tu mau pinjam dari mana kalkulator neh uwarghhhh.... aku tak nak kene denda berdiri atas meja...

Monday, October 11, 2010

Nah Ambik Engkau !!!

Assalamu'alaikum warahmatullah

ini kisah pagi tadi. aku keluar je dari gua terus cilok surat dari dalam beg teddy bear aku. aku baca. dalam hati terdetik. 'oh...esok. 1030 pagi. bukan hari ni. Alhamdulillah).' lalu aku terus memberes-bereskan kerja aku yang lain-lainnya. termasuklah... aku telah memenggal 7 ekor ikan hari ini...(erkk..gimik jer tu.ikan memang dah mati), itulah antara perkara paling sadis yang sudah aku buat.

mesti ada yang tanya nak masak apa ikan-ikan tu...
ikan ikan tu masakan untuk 2 hari akan datang.sebab bermula petang ni tadi aku sibuk sikit. ada kerja-kerja luar. sambil-sambil tu pergi cucuk dinding. mana tahu tetiba je duit keluar dari dinding.hehe.

esok pagi dah kene panggil masuk meeting siap ada makan-makan lagi.kuih muih pun rezeki jugak. Alhamdulillah!

aku tak nak cerita pasal aktiviti aku sebenarnya. tapi aku nak stori pasal lain. hahahaaa. mahu tahu?!!! Jom baca lebih lanjut!!!

sambil-sambil buat kerja. aku layan TV.
program bicara kifayah
judulnya ucapan Salam.

sebelah aku memang dah ada kertas siap dengan pensel. aku suka take notes benda-benda macam ni.

Notes:

Tak Wajib Jawab Salam Jika Dalam keadaan:
1- ketika solat jemaah. (kang tak pasal-pasal solat ko tak sah bila ko jawab salam imam kat depan)

2- ketika salam diucap oleh orang yang bukan islam.( ucapan salam itu adalah satu penghormatan daripada seorang saudara islam kepada saudara islamnya yang sebelum memulakan ucapan mahupun kita berjumpa ataupun berpisah)

3- Ketika Salam diucap selepas ucapan kata-kata. ( aku telefon ko. belum ucap salam aku dah cerita yang bukan-bukan. habis cakap baru aku bagi salam. cerita masih deret lagi ni tersusun kat belakang) lebih kurang macam tu le.bukan ini ke budaya kebanyakan orang sekarang. aku pun selalu juga buat. tapi lepas ni tak nak lagi dah. rugi rasanya.

4- ketika ucapan salam itu dipersendakan. (NAH...Ambik Engkau!!!)
aku cerita satu situasi. aku berjalan sama dengan anak buah aku. tiba-tiba ada suara sumbang menyelit...

dia: assalamu'alaikum. nak ke mana tu?

tak ada respon!

dia: tak jawab dosa...(wah semakin mantap usaha.keluar pulak hukum untuk aku).

bila tengok aku tak kasi respon ... anak buah aku pandang aku. aku tengok dia balik then aku angkat kening!

dia bersuara:
kenapa usu tak jawab salam dia tadi. bukankah jawab salam orang itu wajib.

aku: aku nak jawab macam mana dah orang tu tak ikhlas nak bagi salam.

dia: macam mana usu tahu dia tak ikhlas.

aku: yang dia siap cakap aku dosa tak jawab salam dia tu pehal. bila tengok cara bagi salam pun dah tahu tak ikhlas. ayat tu dah lama tak pakai. entah tahun bila dia duduk. ayat dah basi dah tu. berkarat!

dia: tapi macam mana nak tahu dia ikhlas ke tak bagi salam.

aku: bersihkan hati dulu. baru dapat rasa tahap mana ikhlas ke tidaknya apa yang orang tu buat untuk kita.

dia: kene pakai clorox lah macam tu!

aku: apesal?

dia: nak bersihkan hati...

aku: erkkkk....!!! tak payah pakai clorox. jaga solat. rajin baca al-quran dan banyak-banyak zikir. jaga pandangan. jangan banyak ketawa. insyaAllah tak perlu dah clorox-clorox tu.

dia: hehehee...

5) ucapan salam yang sempurna adalah السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tidak ada perkataan "Lillahi Ta'ala" .

6) ada satu situasi prof ni cerita.

a - seorang jemaah masuk masjid ternampak rasulullah S.A.W
Jemaaah: السلام عليكم ورحمة الله Ya Rasulullah
R S.A.W: wa'alaikum Salam warohmatullahiwabarokatuh

b - masuk lagi jemaah kedua: bagi salam juga untuk Rasulullah S.A.W
Jemaah : Assalamu'alaika Ya Rasulullah
R S.A.W: Wa'alaikum salam warohmatullah
c- masuk lagi seorang jemaah bagi salam kepada Rasulullah S. A. W
Jemaah : السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
R S.A.W: Wa'alaikum.

kemudian jemaah tadi hairan. lalu dia mendekati Rasulullah S.A.W dan bertanya:
Jemaah ke-c-: haih...pendek je jawabnya ya Rasulullah.
R S.A.W : Semuanya engkau sudah ambil. tidak ada sedikitpun yang engkau tinggalkan untuk aku.

hihiiii... part sinilah yang aku tergelak golek-golek... bukan apa... aku kan suka berimaginasi. jadi tak heran lah kalau aku gelak sakan dengar cerita Prof tu.

Nota: jam dah menunjukkan 11:36 malam. aku nak tidur dulu. esok nak kene bangun awal. bajet aku pukul 8 setengah dah settle semua kerja aku. InsyaAllah.

check Notez:
1- Sayur
2- Ikan (masak kari)
3- Baju.
4- Kemas rumah
5- siap-siap nak turun meeting (sebelum turun meeting masak nasi dulu)
6- meeting
7- Buzz tempat kerja Arna Aty dengan kawan-kawan( nak makan-makan seafood )
8- Rehat
9- siap-siap nak pergi Dewan Parameswara jam 2 setengah petang.

***Kesimpulannya: Ummie Hintz Ahmad. Sha nak mintak outstation...erkkk?!!!
kes aku dengan anak buah aku tu memang betul. dengan adik siti.
keh keh keh ...

Friday, October 8, 2010

Cuma Sekadar Ilusi atau Sekadar Dalam Mimpi ?!!!

assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya...
aku pasti yang aku bukan bermimpi. ia benar-benar belaka. kalau benar aku bermimpi tidak mungkin aku boleh mengambil gambar-gambar ini... cerita selanjutnya anda boleh ikuti di blog aku yang seterusnya


http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/

jom baca... ada apa dengan gambar-gambar yang ku ambil ini...

ia diambil ...
pada 25 ramadhan 1431H bersamaan dengan 4 september 2010 sekitar jam 6:24 pagi. kejadian ini berlaku cuma sekitar seminit ke dua minit. masa itu aku berada di atas katil dalam bilik di rumah abangku yang di jemoreng Matu.


Wednesday, October 6, 2010

SYARAT WANITA BAGI LELAKI (Kaum Lelaki Sila Ambil Perhatian!!!)

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati,kata mereka

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan..=P

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..=)


by Bundle Qurungku on Wednesday, September 1, 2010 at 9:33pm

Monday, October 4, 2010

Aku And My Pets (2)

masa berlalu begitu pantas. dua ekor daripada anak kucing itu tak dapat bertahan. sumpah aku tak buli. aku tak pasti apa yang berlaku. sama ada anak kucing tu mati ataupun tersesat. yang pasti cuma Re selalu bersama-sama aku. kalau aku makan ia makan. bila aku tidur ia pun ikut tidur. cuma yang ia tak ikut pergi toilet ngan bilik air je.hihiii.tapi yang syoknya Re ni. tahunya nak buang najis ia di mana.cuma Re ni tak pandai nak simbur air lepas buang hajat kecil mahupun besarnya.hahhaha...manalah Re tu larat nak angkat baldi adesss...

sepanjang pembesaran Re, tiba-tiba famili kami bertambah dengan kehadiran si IeeeP ...Ieeeo ni merupakan spesis burung hantu. comel sangat-sangat dan jinak sangat sangat...ieeep ni ayah jumpa di hutan. kesian. separuh mati nak mati dah. 3 ekor jugak. dua ekor tak dapat survive. tapi seekor bertahan jugak sampai ke tuanya.seronok tau bila bagi ieeep ni makan. tak banyak songeh macam aku.

dalam masa yang sama ayah sendiri ada bela burung merpati, dan abang zai aku ada bela tikus belanda dan percayalah tikus belanda tu menghilang selepas satu malam berada dalam tawanan abang aku. tak tahu mana larinya.

berbalik kepada cerita si Re.
satu hari re merajuk. tak pernah tengok re merajuk macam tu sangat. ada si ieeep pun mana ada re merajuk sampai tak nak makan dan lari dari rumah. al-kisahnya tadi rupanya ia merajuk merasa kitorang tak bagi perhatian sangat kat dia bila timbul isu kucing baru di rumah kitaorang. nama kucing pendatang ni mimi. anak si mimi ni pun tak sempat nak membesar. asik mati je. mimi pun comel jugak cuma kalah sikit dengan si re. hehee...re kan macho.

satu hari aku nak tidur. puas aku cari si re ni merata-rata. panggil punya panggil tak jugak nampak batang hidungnya. jadi malam tu aku tidur tanpa re. esok hari tu merata aku tanya orang. bukan setakat aku je. satu famili aku cari. sehinggalah dapat satu berita dari orang kampung yang si re ni duduk dan tinggal sekor-sekor kat rumah kosong. kitorang pergi cari kat sekitar situ. betullah.naif sangat keadaannya. dengan badan kurus kering, tak segar tak bermaya buat hati rasa sedih. kitorang bawak balik rumah. selepas seminggu ia menghilang. sampai rumah terkejut dengar dia buat bunyi ganas bila tengok si mimi. bila mimi dekat dia lari. asal dia lari mimi nak ajak dia main la tu. tapi sikap re berubah sangat-sangat, tak nak dah dia layan mimi. dia macam benci sangat-sangat kat mimi. makan berkongsi pun tak nak lagi.

yang buat kitaorang perasan dia jeles ngan mimi sebab ada satu kes ni. aku tengah main ngan dia.tiba-tiba mimi macam biasa.nak join sekali.bila aku dah nak mula main ngan mimi tetibe je dia blah dari situ macam tu je. dan duduk kat satu sudut tengok aku dengan pandangan kosongnya. aku pergi kat dia. aku angkat dia. mula-mula dia nak.tapi lepas tu dia macam cium cium bau kemudian blah lagi. last-last petang tu lepas je mandi aku pun try nak layan si re ni balik. dia cium bau aku.baru dia nak stay sebelah aku.start dari situ aku perasan sangat tahap jelesnya tu. tapi baru seminggu lepas dia balik rumah dia lari lagi. dan orang cakap dorang ada nampak si re ni makan katak. kitorang carilah kat tempat biasa. memang tak ada. 2 hari lepas tu dapat berita re ada duduk kat tangga rumah kosong. jadi kitorang pergi cari lagi dan jumpalah keadaan re yang sakarat. tak sampai 2 hari di rumah. re pun mati. dengar cerita abang aku yang no.4 tu siap kapankan re lagi. cuma tak ada mandi jenazah ngan solatnya je. abang aku letaklah pokok alamanda kat atas kubur re. subur gila bunga bunga tu.jarang tengok bunga sesubur atas pokok re. lepas tu aku tak nak dah ada pet yang namanya kucing. re memang tak ada gantinya. walaupun si opet datang bertandang dan juga sitam. akhirnya opet dan sitam juga pergi tinggalkan kami sekeluarga setelah kasih sayang tercurah.

kisah Ieeep...tunggu episod akan datang...

Sunday, October 3, 2010

Kisah Teladan

Dapat melalui email sumber tidak dapat disahkan yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan:

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada

malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…