Thursday, October 14, 2010

Hati Yang Tenang Berkocak Kembali ?!!!

MasyaAllah...
ada apa ini? ada apa dengan hari ini? Jiwa aku langsung tidak tenang. tidak setenang seperti sediakalanya.

terasa kocakannya tiba-tiba berubah menjadi tsunami. Oh...firasat tidak elok itu terus menggasak-gasak jiwa ku yang terdalam.

langkah aku sepi.lesu.menunaikan amanah dan tanggungjawab aku. tidak seperti sediakala. ada apa ini ya Allah?!!!

aku cuma mampu tersenyum. namun akal fikiran ku entah ke mana. bagaimana mahu dikongsi sama teman-teman aku. aku tidak tahu apa puncanya. aku cuma mampu diam. diam dan diam. aku seperti tidak ambil kisah bila mereka berbicara tentang foto foto yang diambil. slalunya aku naik kecoh juga.tapi untuk hari ini aku betul-betul tidak mampu untuk bersuara seperti kebiasaannya. ada apa ini ya Allah. kembalikanlah jiwa ku yang tenang itu...

di depan anak-anak ku yang berusia 8 tahun seramai lebih dari 15 orang tapi kurang daripada 20 orang. aku membincangkan tentang ujian mereka. 2 ke 3 orang failed. sebenarnya aku tahu kenapa boleh fail. mestilah sebab tak serius masa jawab ujian. Alhamdulillah... ada 2 orang yang aku tak target tiba-tiba naik...
dan orang yang aku target boleh drop...aku tau kenapa dia drop sebab dia jawab test sambil lewa. nak ku cepok kepala seorang-seorang dah anak orang lain. kang ada yang saman aku pulak. tahu je lah budi bahasa PAMA zaman sekarang. silap sikit saman ...silap sikit saman!!!

aku melangkah ke surau dengan langkah yang berat. ada apa ini? soal ku kembali... namun tidak ada jawapan. baru saja aku sampai di sesiku L jalan tiba-tiba seorang budak menangis dan berlari ke arah aku. aku terkejut tengok penyengat yang agak banyak mengelilinginya ...aku bawa dia masuk ke depan rumah sambil mengibas-ngibas anasir-anasir yang brterbangan bebas menyerangnya. tangkai jantung aku rasa mahu MATI ketika itu juga. seluruh tubuh ku bergetar bagaikan berdepan dengan MALAIKAT MAUT. dalam hati aku berdoa...

" Ya Allah ... bantulah aku..."

aku letak buku ke bawah ... aku tarik budak itu ke depan itu rumahku. lantas ku bukakan bajunya ... aku jenguk sekejap teman-temanku yang berada di surau ... aku minta bantuan supaya mereka memanggil anak-anak yang lainnya masuk ke dalam surau. dan kedengaran beberapa orang lagi menjerit kesakitan.

"MasyaAllah... ya Allah....jangan sakiti mereka. mereka cuma anak-anak kecil."

budak itu ku buka baju dan seluarnya dan ku bawa masuk ke dalam rumah. baju dan seluar ku tinggalkan sebentar di luar. tidak lama kemudian. aku menjenguk kembali dan setelah aman ... aku cuba memeriksa baju dan seluarnya...supaya tidak adalagi sang penyengat yang masih melekat pada baju dan seluarnya. setelah semuanya selamat. aku tolong dia pakaikan kembali pakaiannya. dia budak lelaki. memang agak nakal juga dalam kelas ni sungguhpun aku pernah menjaganya dalam sekali dua sahaja.

segala minyak tak nampak pula time darurat macam ni. adess... aku call abie. abie datang dan bagi ubat pada dia ni. memang aku dah agak ramai yang akan terkena penyegat ni. bila aku masuk dalam surau. aku terkejut agak lebih sepuluh orang yang terkena.

tapi yang aku bawak tadi itulah yang paling banyak kena sengatan. Alhamdulillah bahagian tubuh badan tidak ada apa-apa. cuma ada satu dua dibahagian muka. di tangan sebelah kiri dan di kakinya ...

namun hati aku masih belum tenang...
ada apalagi ya Allah...
dan malam ini hati aku tergerak mahu melawat blog teman ku ...
aku terkejut membacanya ...

"Kami meminta maaf atas kesulitan yang di alami. Penulis blog kini masih dirawat dalam Unit Rawatan Kecemasan sejak petang semalam kerana disyaki dijangkiti kuman Kencing Tikus. KIDbrush® masih tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Atas dasar hak peribadi, nama hospital tidak akan dinyatakan. Rakan-rakan dan pembaca, mari kita doakan agar Allah rahmati beliau semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala."

sekali lagi tsunami datang menghempas badai hati aku. terasa ruh ku berterbangan seketika. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un..."Ya Allah Lindungi Dan Rahmatilah sahabat aku ini.semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala." -Al-fatihah-

kepada budak-budak kerepek yang mengenali kidbrush ... doakan sama-sama untuk kesembuhan dia...

dan semalam aku dapat tau daripada adik mus yang teman-temannya di yamen ada melihat art yang sama seperti yang ku lihat selepas waktu subuh akhir-akhir ramadhan ini juga.

0 comments: