Monday, October 4, 2010

Aku And My Pets (2)

masa berlalu begitu pantas. dua ekor daripada anak kucing itu tak dapat bertahan. sumpah aku tak buli. aku tak pasti apa yang berlaku. sama ada anak kucing tu mati ataupun tersesat. yang pasti cuma Re selalu bersama-sama aku. kalau aku makan ia makan. bila aku tidur ia pun ikut tidur. cuma yang ia tak ikut pergi toilet ngan bilik air je.hihiii.tapi yang syoknya Re ni. tahunya nak buang najis ia di mana.cuma Re ni tak pandai nak simbur air lepas buang hajat kecil mahupun besarnya.hahhaha...manalah Re tu larat nak angkat baldi adesss...

sepanjang pembesaran Re, tiba-tiba famili kami bertambah dengan kehadiran si IeeeP ...Ieeeo ni merupakan spesis burung hantu. comel sangat-sangat dan jinak sangat sangat...ieeep ni ayah jumpa di hutan. kesian. separuh mati nak mati dah. 3 ekor jugak. dua ekor tak dapat survive. tapi seekor bertahan jugak sampai ke tuanya.seronok tau bila bagi ieeep ni makan. tak banyak songeh macam aku.

dalam masa yang sama ayah sendiri ada bela burung merpati, dan abang zai aku ada bela tikus belanda dan percayalah tikus belanda tu menghilang selepas satu malam berada dalam tawanan abang aku. tak tahu mana larinya.

berbalik kepada cerita si Re.
satu hari re merajuk. tak pernah tengok re merajuk macam tu sangat. ada si ieeep pun mana ada re merajuk sampai tak nak makan dan lari dari rumah. al-kisahnya tadi rupanya ia merajuk merasa kitorang tak bagi perhatian sangat kat dia bila timbul isu kucing baru di rumah kitaorang. nama kucing pendatang ni mimi. anak si mimi ni pun tak sempat nak membesar. asik mati je. mimi pun comel jugak cuma kalah sikit dengan si re. hehee...re kan macho.

satu hari aku nak tidur. puas aku cari si re ni merata-rata. panggil punya panggil tak jugak nampak batang hidungnya. jadi malam tu aku tidur tanpa re. esok hari tu merata aku tanya orang. bukan setakat aku je. satu famili aku cari. sehinggalah dapat satu berita dari orang kampung yang si re ni duduk dan tinggal sekor-sekor kat rumah kosong. kitorang pergi cari kat sekitar situ. betullah.naif sangat keadaannya. dengan badan kurus kering, tak segar tak bermaya buat hati rasa sedih. kitorang bawak balik rumah. selepas seminggu ia menghilang. sampai rumah terkejut dengar dia buat bunyi ganas bila tengok si mimi. bila mimi dekat dia lari. asal dia lari mimi nak ajak dia main la tu. tapi sikap re berubah sangat-sangat, tak nak dah dia layan mimi. dia macam benci sangat-sangat kat mimi. makan berkongsi pun tak nak lagi.

yang buat kitaorang perasan dia jeles ngan mimi sebab ada satu kes ni. aku tengah main ngan dia.tiba-tiba mimi macam biasa.nak join sekali.bila aku dah nak mula main ngan mimi tetibe je dia blah dari situ macam tu je. dan duduk kat satu sudut tengok aku dengan pandangan kosongnya. aku pergi kat dia. aku angkat dia. mula-mula dia nak.tapi lepas tu dia macam cium cium bau kemudian blah lagi. last-last petang tu lepas je mandi aku pun try nak layan si re ni balik. dia cium bau aku.baru dia nak stay sebelah aku.start dari situ aku perasan sangat tahap jelesnya tu. tapi baru seminggu lepas dia balik rumah dia lari lagi. dan orang cakap dorang ada nampak si re ni makan katak. kitorang carilah kat tempat biasa. memang tak ada. 2 hari lepas tu dapat berita re ada duduk kat tangga rumah kosong. jadi kitorang pergi cari lagi dan jumpalah keadaan re yang sakarat. tak sampai 2 hari di rumah. re pun mati. dengar cerita abang aku yang no.4 tu siap kapankan re lagi. cuma tak ada mandi jenazah ngan solatnya je. abang aku letaklah pokok alamanda kat atas kubur re. subur gila bunga bunga tu.jarang tengok bunga sesubur atas pokok re. lepas tu aku tak nak dah ada pet yang namanya kucing. re memang tak ada gantinya. walaupun si opet datang bertandang dan juga sitam. akhirnya opet dan sitam juga pergi tinggalkan kami sekeluarga setelah kasih sayang tercurah.

kisah Ieeep...tunggu episod akan datang...

0 comments: