Tuesday, April 28, 2009

~ penderitaan yang lebih sakit daripada mati ~

hebat sungguh kan tajuk untuk kali ini. sha sendiri tak tahu kenapa tergerak hati untuk berbicara tentang "penderitaan yang lebih sakit daripada mati"..

ada wujud ke penderitaan yang seperti ini? bagi sha...jikalau adapun sudah tentu penderitaan ini merupakan suatu gambaran yang terdapat sepanjang di azab di dalam neraka. sebab...di sanalah tempat seksaan yang sangat azab. dimana seksaan yang akan menimpa tanpa henti sehingga tibanya hari perhitungan. belum lagi termasuk apa yang menunggu di padang mahsyar...tentu lagi hebat dan lagi derita.

ya..
sha akui sha belum pernah merasakan penderitaan yang lebih sakit daripada mati...
sebab selagi nyawa sha masih di badan sudah tentu sha belum faham macam mana hakikatnya seksa ketika nyawa terpisah daripada jasad. sebelum ini, sha hanya mendengar daripada ceramah-ceramah dan membaca daripada buku-buku yang berkaitan dengan alam ghaib.

namun, yang sha tidak faham bagaimana manusia yang masih hidup dalam keadaan sihat dan bertenaga bisa meluahkan kenyataan yang sedemikian? apakah mereka pernah merasa azabnya ketika dicabut nyawa daripada jasad? sehingga sekarang sha masih belum menemui sebarang jawapan kepada persoalan tersebut.

dengan hanya isu permasalah yang tanpa diundang datang menimpa-nimpa tanpa henti..itu bukanlah satu alasan yang kukuh untuk dikategorikan sebagai penderitaan yang lebih sakit daripada mati. berusahalah membuka mata hati anda sekalian dengan memandang kepada sekitar anda. pandanglah dengan dada yang lapang, hati yang terbuka. anda akan merasakan bahawa hidup anda jauh lebih baik daripada mereka yang ada di sekeliling anda. cuma anda tidak sedar akan hakikat itu kerana hati anda dihijab dengan berbagai masalah dunia yang telah menimpa anda tanpa mengira waktu.

kita diajar dan dididik untuk memandang masalah dunia itu hanya sekadarnya sahaja. kerana apabila ia telah melebihi had perhatian yang diberi. sesungguhnya ia akan merosakkan jiwa yang tenteram. dari jiwa yang tenteram maka..akan berlaku pergelutan hebat yang dahsyat menyerang jiwa lantas akhirnya, pergelutan inilah yang akan menciptakan aura negatif dalam diri kita dan melahirkan sikap kebencian serta tindak tanduk yang keluar daripada nilai-nilai hidup yang sebenar.

kesilapan lalu janganlah dijadikan sebagai alasan untuk kita meneruskan langkah kita yang jauh dari landasan hidup yang sebenarnya. jangan pula kerana kesilapan yang orang lain lakukan ke atas kita, terus membuat kita hanyut terus dalam dunia ini. sesungguhnya manusia itu sentiasa berhak untuk memilih jalan hidup mereka sendiri. dan tiada siapa yang boleh mengubah jalan hidup yang mereka pilih kecuali diri mereka sendiri.

apakah kita sudah bersedia sekiranya sekarang ditakdirkan kita berhadapan dengan Allah. apakah kita bersedia dan cukup kuat untuk menerima pertanggungjawaban atas semua perkara yang kita lakukan, baik dari segi ucapan lidah dan perlakuan kita. bukan hanya perlakuan terhadap diri kita sendiri. tetapi juga perlakuan terhadap setiap apa yang berlaku di sekitar kita?

percayalah..
tidak ada penderitaan yang lebih sakit daripada mati di dunia ini. kita masih belum menempuh alam kematian. derita yang kita rasakan sekarang tidaklah sehebatnya derita para pejuang-pejuang Islam ketika mempertahankan keislaman yang bertapak dalam diri mereka. ia hanya sebahagian masalah kecil sahaja yang diperbesar-besarkan oleh nafsu amarah.

hayatilah message ini daripada salah seorang sahabat sha:

terlalu banyak nikmat Allah kepada kita, terlalu sedikit pengorbanan kita di jalanNya. tetapi jika Allah tarik semua nikmat itu, barulah kita merasa, matipun kita sanggup untuk mendapatkannya balik. semoga kita termasuk golongan orang-orang yang bersyukur... amiin...insyaAllah...

2 comments:

anaz said...

BETUL SHA...segala kenikmatan yg diberikan sepatutnya disyukuri..sedangkan riwayat ada menyatakan..bertapa sakitnya apabila roh ingin meninggalkan jasad....subhanallah..

sha83@kaizer said...

anaz thnk u sgt2..
sha hargai komen anaz ini...
harap begitu juga dengan yg di luar sana...