hadiah buat ibu-ibu dan guru-guru...terima kasih semuanya...
seperti yang anda ketahui..bulan mei adalah umpama bulan memperingati jasa seorang ibu dan sorang guru buat kita semua...
apa-apa pun yang kita lakukan sekarang semuanya adalah hasil dari didikan dan warna-warna yang telah dicorakkan kepada kita. baik di sekolah maupun di rumah. pernah kah anda terfikir bahawa mereka adalah yang berperanan penting dalam membentuk peribadi anda semua?
namun sayang, segala pengorbanan jasa yang telah tercurah ke atas kita semua umpama air yang dicurahkan ke atas daun keladi...bak kata pepatah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan..lain kali korang sumbat le sebelah telinga tu supaya tak keluar-keluar lagi dah nasihat yang telah korang dapat.
16 mei...
merupakan hari untuk mengenang jasa-jasa guru kita...
tak kira sama ada mereka mengajar dengan baik atau tidak...
mereka tetap guru-guru anda...
10 mei...
merupakan hari ibu...
ibu yang megandungkan kita,
melahirkan kita,
berjaga siang dan malam sejak kita lahir ke dunia,
tidak pernah bersungut bila jaga kita semasa kita sakit...
namun, pada hari ini...
sedikit pun pernah atau tidak terlintas di fikiran anda akan jasa-jasa atau kata-kata nasihat yang masih berlegar di ruangan otak yang dah beku daripada guru-guru anda?!!!
mungkin anda tidak pernah ditimpa masalah sehingga bisa membuat anda berfikir bahawa ucapan guru-guru anda adalah benar. yang bermasalah sebenarnya bukan guru anda..tetapi diri andalah yang bermasalah...jangan sebab kesulitan yang menyaitkan buat anda rasa guru itu tidak layak untuk dihormati, atau dipercayai...lain cerita dengan kisah guru-guru yang sudah hilang jati dirinya sendiri sehingga sanggup merosakkan pelajar itu sendiri...
ibu...
sejahatnya mana pun seorang ibu...
ikatan kasih sayangnya amat kuat pada anak-anaknya...
seburuk-buruk perangai ibu yang kamu ada...
anda harus belajar untuk menerima dia seadanya...
kerana anda merupakan kurniaan Allah bagi menyelamatkan ibu dan bapa mereka dari terus hanyut dalam ilusi khayalan dunia...
tanpa anda siapalah mereka...
begitu juga mereka...
tanpa mereka siapalah anda...
sepatutnya anda bersyukur sebab Allah celik hati anda untuk menilai apa yang elok dan apa yang tidak elok buat keluarga anda...
bukan dengan memberontak dan menambah masalah yng telah sedia ada...
berusahalah untuk belajar menerima kekurangan orang lain...
bersedia untuk menerima seseorang yang tidak punya keistimewaan seperti yang anda harapkan...
sekiranya anda gagal...
masa tetap terus berlalu...
anda masih boleh belajar..dan terus belajar...
jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh nafsu amarah anda sendiri...
anda tidak pernah terlewat untuk mengubah apa yang jua kesalahan yang anda lakukan menjadi suatu perkara yang betul dan benar dalam hidup anda...
saya percaya di sudut hati anda yang terdalam masih ada sifat baiknya...
malahan anda yang menjadi pencetus segala masalah adalah sebenarnya orang yang punya kasih sayang dan hati yang besar...
cuba cari kelebihan itu dalam diri anda...
kerana saya percaya...
setiap manusia ada kelebihan diri masing-masing...
hanya anda yang dapat rasakan apa remaja-remaja sosial rasakan...
namun, kasih sayang anda jugak yang akan membawa meraka mengikut landasan hidup yang sebenar..
sempena bulan mei ini...
sha ingin mengucapkan selamat hari ibu dan selamat hari guru...
p/s:belajar untuk mencari kesalahan diri sendiri...
jangan hanya menuding jari kepada orang lain...
belajarlah untuk menerima kekurangan orang lain...
kerana setiap manusia memang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing...
buat remaja yang ibu bapanya bermasalah...
berusahalah untuk mempertahankan keharmonian dalam keluarga anda...
kerana andalah satu-satunya harapan ibu dan ayah untuk mempertahankan sebuah ikatan perkahwinan yang semakin goyah...
buat ibu ayah...
tanganilah segala permasalahan secara bijak, adil dan saksama...
kerana penceraian bukan satu-satunya jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah...berfikirlah secara tenang...dan belajar untuk mendengar pendapat anak-anak anda...percayalah...mereka dapat rasa apa yang anda semua rasakan...kerana pertalian darah yang tak akan pernah putus sampai bila-bila...
buat guru-guru...
belajar untuk mendengar masalah pelajar...
marah & rotan bukan cara penyelesaiannya...jangan hanya bertindak sebagai guru kepada pelajar anda tetapi jadilah seorang sahabat yang boleh dia percaya untuk melahirkan dia sebagai seorang yang berguna di atas muka bumi ini...
buat sahabat-sahabat
jadilah seorang sahabat sepertimana sahabat yang anda inginkan...
apakah anda hanya ingin mencari seorang kawan...?
apakah anda hanya ingin mencari seorang sahabat...?
atau apakah anda ingin mencari seorang teman hidup...?
semua keputusan ada di dalam tangan anda...
hitam putihnya apa yang akan berlaku adalah hasil daripada pilihan anda...
bukan pilihan siapa-siapa...
dan bukan pengaruh siapa-siapa...andalah yang harus bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku ke atas diri anda sendiri...
jangan terlalu asyik menuding jari pada orang lain...
kerana andalah pencetus sebenar masalah yang timbul...
apa-apapun...
jangan pernah lari dari segala masalah yang anda hadapi...
kerana lari bukan jalan selesainya...
belajr dan terus berusaha untuk bangun kembali supaya anda bisa berjalan dengan bangga di atas muka bumi ini kerana anda adalah seorang yang berani dan kuat !!!
***erk..ade ape-ape cadangan tak untuk menggantikan perkataan kuat di ayat terakhir perenggan di atas?!!!
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment