Tuesday, December 16, 2008

I NeeD YoU ToNiGHT ~BSB~

petang semalam sementara menunggu kedatangan umi dan abie balik kerja aku melayan koleksi mtv backstreet boys aku...lama tak layan lah katakan...rindu sangat-sangat nak tatap wajah-wajah zaman bujang dorang...

meh aku cerita sikit je...sikiiiiiit je kay...

mula2 aku minat muzik ni aku suke sangat dengan kumpulan KRU. sehinggakan aku menyusul konsert KRU yang diadakan di padang MDMD ketika itu...orang berjemaah di surau aku pergi lari rumah jiran sebelah. kemudian berjemaah kat depan stage MDMD dngan jiran sebelah rumah aku. sampai di rumah ayah terkejut tengok aku hilang daripada pandangan mata dia. dah le escape tak pergi surau.makan pun tak lagi. apelagi ayah aku pun pergi menyusul aku di sana. ayah aku memang tau mana port baik yang aku dengan jiran aku suka. jadi senang dia mencari aku. aku pandang ayah aku dari jauh di celah celah orang ramai lantas aku angkat tangan melambai ke arah ayah aku. ayah aku buat muka serius tapi aku dengan selamba pergi jumpa ayah minta duit sebab aku lapar tak makan lagi. dalam hati berkata " dapat beli coca-cola pun jadilah"...nah! malam itu perut aku yang kosong telah diisi dengan coca cola yang sememangnya berbahaya untuk aku. habis je konsert aku dengan kawan aku tu pergi menyerbu kat belakang pentas gara-gara nak salam dengan KRU. tadi kan punya lah teruja tengok show dorang. tapi tetap tak puas selagi tak salam. hahhaaa... akhirnya kami berjaya bersalaman dengan dorang serta dengan dancer KRU sekali...hehehe...sampai di rumah. aku rasa perut aku meragam. aku makan lah ubi kayu yang ada kat atas meja dapur. dah tu je makanan yang ada. tak sampai 5 minit makanan itu masuk ke dalam usus perut aku ( aku rasa tak sempat dicerna kot) aku dah muntah balik. walau aku rasa nazak pada malam tersebut, aku tidak berani mengkhabarkan soal kegeringan aku kepada famili aku. ( biasalah pesalah...) esok hari tu aku turun sekolah dalam keadaan yang letih dan lesu. seminggu aku ambil masa nak baik pulih perut aku...bila dah betul-betul sembuh baru aku khabarkan kepada famili aku. korang nak tau. dorang cakap " tu lah lain kali kalau nak escape pun makan lah dulu" , pesanan daripada penaja...

itu zaman aku UPSR

melangkah ke sekolah menengah. aku semakin menggemari muzik. Biasalah KRU tetap menjadi pujaan dihati ketika itu. sehingga seingat aku masa tu aku sudah semakin kurang menghadiri konsert-konsert. tetapi aku lebih suka tengok rancangan2 konsert dalam tv. di sini bermulanya zaman aku mengenal apa itu koleksi. kalau sebelum ini koleksi aku adalah lirik-lirik lagu top.( sering jadi librian lagu jugak aku ketika itu). namun, setelah mengenali kumpulan Backstreet Boys aku bermula dengan serius mengumpul koleksi tentang backstreet boys. sampai aku minta tolong cinta monyet aku hias cantik-cantik koleksi aku. bukan setakat kaset dorang je yang aku beli, aku sanggup tukar2 koleksi dengan kawan-kawan aku. dia minat beckham ( tgh hot bercinta dgn posh spice) jadi aku tukar-tukar ngan dia lah. bukan setakat itu sahaja aku pernah mencuba kuiz BSB dalam majalah hiburan. dan aku berjaya menjawab soalan kuiz tersebut dalam hanya beberapa saat sahaja. siap betol semua pulak tu...begitulah penangan BSB ke atas kehidupan aku.
di zaman ini jugak, aku ingat lagi aku letak poster nick carter di atas meja aku di kelas 3B ketika itu. cakap pasal poster nick. teringat aku kat PK HEM sekolah kitorang merangkap sebagai guru matematik ketika itu. ini adalah antara dialog aku dan PK HEM

PK HEM: hurmmm...sakinah, daripada engkau tampal poster BSB ni lebih baik engkau tampal gambar saya ke atau formula matematik kat sini.

aku: erk cikgu...( terkedu sebentar bukan apa takut PK HEM suruh koyakkan poster kesayangan aku tuh)

PK HEM: yelah...salah ke? aku tngok tak lah hensem sangat nick ni ( sebenarnya poster tu ada semua biodata ahli kumpulan BSB dan gambar dorang cuma eksklusif nye gambar nick tu je yang besar ) hensem lagi aku...

aku: alah cikgu memang lah saya akui hakikat itu. tetapi kan cikgu ini adalah sebahagian daripada semangat aku untuk ingin berjaya dalam pelajaran. aku nak jadi macam dorang. sungguhpun seorang artis tetapi berpendidikan tinggi jugak...

PK HEM: yelah tu...haa sekarang cuba engko tolong jawab soalan 2 ( c) di papan tulis...

aku: erk...( bagai nak putus urat saraf aku mendengar arahan tersebut. terkocoh-kocoh aku meminta jawapan daripada rosnah yang kebetulan best friend aku dan memang hero aku dalam menyelesaikan masalah matematik...)

PK HEM: (tersenyum simpul sambil geleng kepala...dia dah agak dah...)

berkat keyakinan aku tadi...untuk result PMR aku dapat B untuk subjek bahasa inggeris nasib baik pendidikan islam aku A, kalau tak memang bising seisi rumah aku ketika itu...syukur alhamdulillah thankz to Backstreet BOys. kalau bukan kerana sestengah penggunaan lirik BSB dalam esei BI aku. aku dapat agak memang aku lingkup habis untuk BI...itulah penangan BSB dalam hidup aku...

tapi...itu zaman PMR aku...

zaman ini adalah zaman keliru aku, aku mula kurang meminati hiburan. aku tidak tau sapa pula yang aku jadikan inspirasi aku dalam belajar. yang pasti ada-ada saja masalah yang melanda. untuk melupakan masalah aku ini, aku mula berjinak jinak menjadi budak nakal. kisahnya bermula seperti ini...abang aku selalu je sebut dan bercerita pasal geng2 dia. adalah salah satu nama ni unik giler jadi aku rasa curious sangat-sangat. korang nak tau...habis semua kawan-kawan aku yang sekampung dengan budak tu aku tanya. hendak dijadikan cerita satu hari aku balik kampung mama naik van dengan kawan-kawan aku. jadi, terserempak lah dengan mamat ni tadi. kawan sekelas aku berkata...weyh...tu dia yang ko cari-cari selama ni...terus aku cakap kat kawan aku..nanti kemsalam aku kat dia ye...mana tak nya...muka dia sweet sangat. badan dia memang lelaki macho kira full-package le orang cakap denga tingginya lagi
( utk pengetahuan: dia muda setahun daripada aku).

beberapa bulan sebelum SPM aku bersuara meminta pendapat teman baik aku siapa lagi rosnah...aku cakap aku teringinlah nak berkenalan dengan lebih rapat lagi ngan mamat tu...rosnah gelak dengan aku. dia cakap...ko dah angau kat dia ke?...aku jawab...tak lah sampai angau sekadar minat-minat sahaja...eh aku rasa nak kacau dia lah ( jangan tiru aksi ini!!!) pesanan daripada penaja...

hari itu aku memulakan operasi aku dengan menulis surat tanpa pengirim..isi dia aku catat yang penting2 je yer...

aku cakap aku minat tengok dia. bila dapat couple ngan dia. aku cakap lagi aku bagi dia masa satu minggu sahaja. aku bagi lah no. tepon rumah kat dalam surat tu...
(teringat cerita dear yayah) .

apalagi...kawan aku yang jadi posmen memang kene siasat dia habis-habisan. aku cakap jangan bagitau sebelum dia call aku. suruh dia tanya sendiri pada aku. kan aku ada bagi pon nombor kat dalam surat tu. tapi mamat tu tak puashati. last2 tu aku jugak yang mengalah. yelah kakak le katakan...hhahahaaa...jadi kawan aku pun bukak rahsia. korang nak tau petang tu jugak dia call aku dan bitau dia setuju nak jadi couple aku...

erk...aku terkesima sebentar mendengar jawapan daripada mulut dia. kebetulan hari itu merupakan hari terakhir aku menunggu jawapan daripada dia. aku betul-betul tak sangka dia akan terima. satu je ayat aku yang aku ingat." o.k terima kasih nanti kita bincang lagi ye"...terus aku letak tepon rumah.

esok hari tu rosnah tak sempat duduk tapi yang pasti dia terkejut tengok aku sampai lebih awal daripada biasa. dia tanya aku apa mimpi? aku separuh menjerit bitau dia...cemaner ni? dia dah terima aku ... ape aku nak buat? dia jawab layan je lah. dah ko sendiri yang cari penyakit. nak tak nak masa tu aku terima hakikat lah yang dia dah jadi couple aku. kecoh tingkatan 4 & 5 aku bercouple dengan dia. kerana aku jugak nama dia jadi sebutan di kalangan pelajar tingkatan 5 ketika itu. kalau masa petang masa belajar berkumpulan aku selalu ajak dia dan kitorang belajar bersama dalam satu kumpulan. bila dia ada masalah rosnah lah yang jadi penyelamat. aku mana ada terror dalam mana-mana subjek pun tapi tu le...tak sangka pulak aku jadi terrorist untuk spm 2000. dan sehinggalah aku masuk kolej. aku buat keputusan untuk berterus terang. kawan aku kutuk aku habis time tu. aku cakap aku tak dapat nak teruskan kang aku teruskan dia terlepas cinta sejati buat diri dia dan akhirnya kitorang sekadar berteman sahaja. tetapi. aku rasa segan jugak bila berdepan dengan dia walaupun dia tak nampak aku dan aku pandang dia dari jauh...

itu zaman SPM aku...

selepas tu tak ada cerita menarik dah untuk aku ringkaskan di sini...

0 comments: