Sunday, May 9, 2010

SUSAHNYER SOLAT MAGHRIB!!!!

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg
cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la
seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup
sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari
berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib
berkumandang.. pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman
gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.

lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.

"yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni"
"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik
perlahan....
seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir..
seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
"bismillahirrahmanirrahim..."
seman pun turut membaca bismillah dengan lantang...
"bismillahirrahmanirrahim..."
aisyh! pelik menantu aku ni... mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je
yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus
membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn
kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim
pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman.

seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.
"ish! gila ke menantu aku ni??"
pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut
berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.
pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke
sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke
tepi sawah.
tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun
turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku
sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.
sampai kena berlari.."

0 comments: