Tuesday, May 18, 2010

Pagi Yang Sadis Berakhir Dengan Senyuman Yang Manis

Sesadis sadis pagi aku akhirnya...aku boleh tersenyum. macam pelik je kan dua hari berturut-turut di kunjungi oleh rasa sadis?!!!

Pertamanya aku tak sehat?
tapi alih-alih abang aku duk berleter pasal aku selalu sakit perut...
bukan ke aku dah cakap...aku salah makan...
hadoyai....

lepas tu pula...
terbaca sesuatu yang menarik perhatian aku sehinggakan mata & telinga berasap otak mendidih bila membaca setiap bait yang tertera di blog seorang manusia ni
siap tarok gambar lagi ko ek...

manusia manusia manusia...
bila lah korang ni nak berubah...
korang ada pikir ke akibat yang korang buat tu...
sungguh pun jari jemari yang menaip...
rasa ada buat insurans untuk jari jemari le tu...

kalau dia ada depan mata aku memang aku suruh dia buat kenyataan terbuka tentang permohonan maaf buat penduduk-penduduk di sini...
ingat jahil sangat ke orang-orang di sini...

ni yang aku tak suke ni...
aku dah panas tahap gunung berapi ni...
tunggu masa je lagi nak muntahkan lahar...

belajarlah dari kesilapan masa lalu...
jangan biarkan peristiwa 13 may mengganggu gugat lagi ketenteraman penduduk bumi kita...

jangan hanya kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga...
lu pe hal ... nak taip-taip macam tu...
akal ada ka?

untuk rakyat jelata bumi aku yang tercinta a.k.a bumi kenyalang...
sabar je lah bila berdepan dengan orang-orang yang macam ni.
kita patut syukur jugak kenal dengan manusia macam tu...
bukan apa...
sekurang-kurangnya ia mengajar kita untuk melindungi suku suku kaum yang ada atas nama bumi kenyalang ni.
ia mengajar kita untuk lebih menghormati dan mengambil sikap untuk terus belajar tentang budaya masing-masing...
dan apa yang telah berlaku ini diharap boleh memupuk lagi semangat jati diri dalam diri kita...
boleh memupuk semangat bersatu hati.
jangan mudah termakan atau terbakar dengan omongan-omongan angin kosong seperti itu.

yang paling penting sekali...
kita sebagai penduduk bumi kenyalang harus berbangga dengan setiap kaum yang ada di sini...
itulah keunikan yang ada pada kita semua...
jangan goyah
jangan takut...
kita mesti tunjukkan di mata dunia...
keunikan inilah yang menyebabkan kita saling bersatu antara satu sama lain.
keunikan ini buat kita saling memerlukan antara satu sama lain.
keunikan ini yang membawa kepada keamanan dalam negeri kita.
keunikan ini yang membawa kita ke persada kejayaan
keunikan inilah lambang masyarakat kita.
keunikan inilah merupakan kebanggaan kita semua...

P/S: bersatu hati kita teguh...bercerai kita roboh...amalkan sikap prihatin dan ingin belajar dalam masyarakat kita supaya kita tidak dilabelkan sebagai orang yang jahil buat kali keduanya. ayoh kawan kawan... BERSATU!!! (inilah yang dinamakan satu malaysia) lu jeles pehal hah!!!

0 comments: