Tuesday, October 4, 2011

Hanya Kerana "Air" (T_T)

Mengimbaskan cerita beberapa minggu yang sudah memang boleh membuat hati aku ni geli~geleman. Ceritanya begini ...


duduk dengan sopan sambil mendengar cerita prihatin dari teman-teman. Topik hari tu tak menentu . Entah macam mana terselit kisah tentang air pula. duduk bercerita tentang air ini adalah suatu perkara luarbiasa bagi kitorang. tapi..seperti biasa aku setia melayan dan sesekali menyelit dengan satu dua ayat.


jejari yang tak berapa nak runcing menari-nari di atas buku kehadiran. sambil mulut kumat-kamit menyelit dengan satu dua ayat. (jenis tak reti nak buat satu kerja dalam dua masa). siap tandatangan buku tercampak ke dalam tangan orang lain pula. tengah syok bercerita tiba-tiba satu suara terselit mematikan lidah aku untuk berkata-kata. semuaya fokus ke arah suara yang menyelit itu. memang kedengaran lebih menarik dari topik air kitorang.


hot omak: aih ... kita ni ada kawan baru ke? tak perasan pula ada orang baru kerja sama dengan kita sekarang ni. cuba korang tengok dalam buku ni. mana tahu saya ke yang salah tengok atau baca ni. al-maklumlah di usia begini ...


Si cute: erk?!!! hahaha..... (terburai gelak dia tengok buku tu sambil memandang ke arah aku)


seperti biasa aku buat muka maintain. buat-buat rasa tak bersalah. aku kan "cool". namun dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. Dag Dig Dug juga rasanya. entah apa dosa aku hari tu.


buku berpindah tangan ke Si cantik. Respon?!!!

Erkk?!!! haha... geng - geng ... aih ... sejak bila tukar nama ni . _dia mula memandang aku sambil melamparkan gelak tawa yang sungguh cantik ...


dengan pantas tangan aku mencapai buku itu . mata terus memaku ke satu line dalam borang yang ada nama aku .. tapi... bukan nama aku ...


hati berdegup kencang ....


Gulp!!! (illustrasi bunyi tertelan air liur sendiri)


otak memainkan peranan. hati mula beku. jiwa mula kacau.


Caittttt .... macam mana aku boleh tulis "Sakinah Binti Air" ?!!!!


giler punyer lawak ....kantoi...kantoi!!! alahai ....


obses sangat nak menyampuk hahha ...


Hari: Isnin

Tarikh: 26 September 2011

Jam: 1.50 Petang


NOTA: sejak kejadian itu ... setiap kali sedang menulis dalam buku kehadiran salah seorang daripada mereka akan mengingatkan...untuk tidak berkata-kata barang sekejap sehingga aku habis tulis. Aku pun satu. setiap kali aku buat puasa mesti ada yang tak betulnya (t_t).


Semoga terhibur (^_^) !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0 comments: