Sunday, October 16, 2011

Yang Aneh Itu Aku (^_^)

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera ke atas anda semua. cewah!!!! jangan pulak anda kata ini blog penampakan ke apa ke... dan yang sewaktu dengannya. yang ini tak kan ada ghost image o.k... hehe

Sepetang yang memenatkan ...
aku balik kampung dengan famili. hajat aku cuma satu .... nak ambil bunga raya untuk buat bahan sikit. bukan bahan apa pun...cuma nak tanam bunga raya. bunga raya hari sudah kembali kepada Allah selepas mengeluarkan bunganya yang sekuntum. aku tak tahulah macam mana nak elak daripada kene serangan semut ni. nak aku geram... dah rezeki semut tu kat situ. jadi, aku PASRAH...bak kata Erra Fazira!!!

Yang aku petik eh silap .. yang aku cantas semalam ada beberapa jenis. ada bunga raya warna merah ... yang ini ada dua jenis. satu yang jenis biasa je... kedua yang jenis macam bunga ros. jangan pula anda semua berfikir yang aku ni tak tahu nak beza bunga raya dengan bunga ros o.k hehe ... haa.. satu lagi yang warna krim ..ataupun pecah telur. senang cerita kekuningan sedikitlah. cuma yang tinggal sekarang nak ambil bunga raya warna Pink dengan bunga raya warna putih suci dan bersih. hehe ...

cerita pasal pokok di atas ni?
aku kagum lah dengan bentuk dahannya yang bercabang-cabang ni. unik bagi aku rupanya. kalau buat bonzai ..... aduhai... alangkah bahagianya. (gila apa...dahan bukan main dah besar dan keras nak lentur jadi bonzai). keh keh keh.

masa dalam perjalanan setengah dari kampung ke Daro pula. aku suka tengok lukisan alam yang indah di kaki langit. aku dengan penuh rasa yakin terus KLIK !!! KLIK!!! KLIK!!! beberapa kali. bila aku perhati gambar yang tak berapa nak ngam aku terus padam. kemudian terdengar satu suara berkata:

"beli kamera je Nah!!!"

Lidah aku jadi kelu dan membisu buat seketika sambil memasang telinga mendengar perbualan tentang kamera pula.

NOTA: Bila lah nak tercapai hajat dihati beli Camera ni. selalu kalau ada function apa-apa kat sini ada satu tapak tu aku tengok tertulis kelab fotografi. cun cun eh gambar mereka-mereka ni tangkap. tapi tak tahu pula aku kewujudan kelab ni di sini. Nampak sangatkan keluar rumah secara berkala. maksudnya untuk tujuan yang tertentu sahaja!!! :-)

0 comments: