Wednesday, September 21, 2011

sha83@kaizer VS Koleksi Buku

Habis baca: isabella, cinta sufi, surah yasin, doa & zikir pada waktu tertentu, mukjizat asmaul husna, blackmetal, tentang & kentang, keajaiban doa pembuka rezeki ...

Dalam proses pembacaan: dan bidadari pun mencintainya. fahami bacaan dalam solatmu (proses menghafaz), rokes


jawapan: sebab tahun ini aku agak slow dalam pembacaan. nak kata tak teruja... aku teruja ... cuma masa aku banyak depan Television menghayati cerita-cerita dalam astro satu persatu.


kisah yang menjadi dalam proses pembacaan:


dan bidadari pun mencintainya : aku baca setiap kali sebelum aku pergi kelas komputer puasa yang lalu. memandangkan aku selepas tu aku tak ada kelas lagi. secara tak langsung buku tu aku tak sentuh sehinggalah aku terfikir nak ambil gambar untuk koleksi terbaru aku.


fahami bacaan dalam solatmu: yang ini aku dah habis baca ... cuma tak habis hafaz maksud-maksudnya ... (berterus-terang ni) ... aku teruja nak buat latihan-latihan dalam tu. tu pasal aku nak hafaz. bestlah buku ni memang tiptop!!!


Rokes: ni kira macam kawan bila aku keluar rumah. kalau nak lepak luar kejap jalan-jalan.. sambil tunggu ummie ambik aku. ni lah teman aku. bila orang asyik lalu lalang je depan aku .. macam mana aku nak habis baca T_T !!!!


kisah 3 buku belian secara pos:


Tentang , Kentang , Rokes.


tarikh ngepos sama .... tapi timing sampai tak sama. Tentang dan Kentang sampai sebelum raya. aku dapat Rokes time raya ... bila aku fikir-fikir balik... memang sah betul tempat aku ni pedalaman bagai nak rak... jauh nak mari tu ... ;)


yang aku tau abang aku sampai tergolek golek gelak baca isi Tentang dan Kentang dan aku cuma mampu memerhati dari jauh sambil membalas komen-komen FB... masuk je raya ketiga masa itulah ngabiskan bacaan-bacaan aku.. sekian ... untuk tentang dan kentang. hehe


beberapa hari kemudian, raya ke 6 kalau tak silap aku...

bangun-bangun je pagi ahad ... aku tengok terselit dari pintu masuk bilik aku satu pos ekspress. pantas je tangan aku sambar... dan buka sampul ... oh ... Rokes pula yang mari ... hebatkan posmen sekarang... dia main selit je tu kat pintu bilik ... aihhh... ke Rokes ni yang hebat yang sangat. aku dah mula konpius !!! onmode: tunggu ..... persoalan: adalagi tak keluaran baru ...


Terima kasih buat sedara Pipiyapong & brader Sinaga-naga kerana berusaha menunaikan cita-cita saya untuk dapatkan kedua-dua buku ini. Terima kasih sekali lagi. oh... note RM5 tu aku dah jadikan sebagai duit raya untuk anak buah aku kihkihkih ... memang bukan rezeki aku jugak ...


itu antara kisah-kisah yang berlaku disebalik koleksi-koleksi aku.


Sekian ... Terima Kasih kerana mendengar luahan hati saya tentang koleksi-koleksi buku ini dan inilah kali pertama saya membeli buku-buku koleksi secara pos dengan ngepos duit sebab:


1) saya tak ada akaun maybank .

2) kat sini cuma ada agrobank .

3) aku jarang pergi sibu . bajet besar woh ...naik bot express je ulang-alik RM 36 belum lagi campur bajet makan ... minimum pun RM 50 juga habis T_T


Nota: teringin nak beli 3 buku Nurul Ashikin, jerat dan kitab terfaktab. tapi bajet aku cukup untuk beli satu sahaja novel bulan ini . dan aku masih hilang akal macam mana nak dapatkan salah satu daripada buku tersebut T_T


Sekian... daripada saya,

0 comments: