Friday, September 23, 2011

Apakah Itu Angkara Cicak?!!!

permainan cicak ni bukan sebarang. mana-mana pergi mesti jumpa punya. hati rasa tak tenang bila dengar bunyi cicak mahupun lintasan cicak atau getar suara si cicak. bukan takut... cuma geli je. tapi + + + trauma ...

trauma?!!!

begini al-kisahnya.
pertama kali dibiarkan tidur keseorangan di dalam bilik sungguh mengerikan. ditambah dengan kegelapan pekat malam yang mengundang bermacam-macam bayangan yang menyeramkan malahan mengerikan. namun hati mesti dikuatkan dan ditabahkan angkara menyahut cabaran seorang ayah yang dicintai dan dikasihi. betul juga kata ayah... sampai bila nak tidur sebelah mak.

merenung atap zink yang telah lama berkhidmat memayung kami sekeluarga. membangkitkan rasa syukur ..sekurang-kurangnya masih berada di dalam kondisi yang sebaiknya . tidak perlu tidur di dalam khemah pelarian mahupun tidur di kaki lima. berkat rezeki yang halal. usaha yang tak kenal siang malam seorang ayah dalam menyediakan keperluan isteri dan anak-anaknya. termasuk ibunya juga =)

ketika otak ligat memikirkan nasib apa yang akan berlaku nanti .. apakah sekali lagi insiden melarikan akan berlaku?!!! tiba-tiba hati aku berdebar-debar. tak tahu kenapa. aku dengar bunyi menyusup . aku shoo shoo kan ... sedangkan hakikatnya aku tak nampak apa benda yang menyusup tu sebenarnya.

disebabkan penangan mata yang mengantuk sangat... akhirnya mata aku terlelap... tapi... tak sempat tabir mimpi terbuka... tiba-tiba... aku terkejut.. terbangun!!! aku terjerit kesakitan!! tapi menangis dalam hati .... sebab tengahmalam...

ibu jari kaki kanan aku mula terasa kebasnya. aku tak tahu apa yang berlaku. ada sesuatu yang menodai ibu jari aku ketika aku. yang pasti bukan nyamuk yang cium. tapi aku tak pasti apa bendanya. selang beberapa saat selepas terkena serangan hendap itu aku terdengar bunyi cicak menyeru... seolah olah ... meraih kegemilangan atas kejayaan serangan hendapnya . OH TIDAK!!!! ... apakah itu angkara cicak?!!!

keesokan paginya...

"Awl bangun hari ni puteri ayah yang satu-satunya ni ya," sambil mengusap lembut kepala aku dengan rambut yang agak lebat ketika itu.

aku senyum hambar. seluruh kaki sebelah kanan aku masih terasa kebasnya. cuma tidaklah seketara selepas serangan hendap semalamnya.

ayah jadi hairan sebab aku tak macam selalu. aku diam sambil mencuka.

ayah tanya.. dh mandi belum ? aku jawab dengan geleng kepala. memang tak ada mood aku nak bercakap pada hari tersebut. sehingga ke satu saat .. aku tak tahan lagi. aku perlu suarakan pertanyaan aku yang menyerang dalam segala saraf otak aku diketika itu. aku mulakan dengan bismillah ....

errr.. agak-agak kalau cicak gigit kita bahaya tak?

ada ke cicak gigit? tak pernah pula ayah dengar. selalu orang kene gigit lipan atau labah-labah. semut ke. tak ada dalam sejarah dengar orang datang nak berubat semata-mata kene gigit cicak. kenapa tanya macam tu?

tak jawab apa-apa sambil angkat kaki sebelah kanan hulur mintak ayah tengok .

masyaAllah ... darah kering?!! kuku terkopak ke apa ni?

diam...

ayah perhati baik-baik ... aku dah nak nangis... ayah tengok betul-betul ... dan berkata. ada benda gigit ni .. nampak bekasnya.. apa yang gigit semalam ? nampak tak?

aku geleng kepala ... mata dah menakung air. tunggu masa nak terjun ...

sakit lagi tak? ...

aku jawab .. rasa macam ada semut berjalan je ... tak ada rasa apa-apa bila bawak berjalan.

ayah ambil satu minyak ... minyak tu dibuat untuk merawat serangan yang daripada bintanag berbisa. setelah membaca beberapa potong ayat dpd surah-surah Al-quran serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ... tempat kene gigit tu disapu minyak tersebut.

ayah suruh rehat beberapa jam dulu ...
dia takut kene gigit labah-labah .. sebab dia tahu anak perempuan dia yang satu ini amat alahan dengan gigitan serangga.

sebelum melelapkan mata ... ayah tanya sekali lagi ...
betul ke cicak yang gigit ni?

dengan muka sedih bercerita ...
masa sedar tu lepas tarik kaki sebab sakit sangat .. tiba-tiba dengar bunyi cicak dari arah yang sama.

tiba-tiba ibu mencelah ...
orang lain berduyun duyun berubat ngan ayah sakinah gara-gara kene serang labah-labah, serangan ulat bulu, tapi tiba-tiba sakinah sendiri berubat sebab kene serang cicak. hehe ... lucu anak ibu ni ... tak pernah dengar orang kene gigit cicak ... anak ibu si puteri satu ni lah satu-satunya yang kene serang cicak.

aku dah tak kuasa nak dengar apa-apa dah .. tapi sesekali telinga menangkap dialog ayah dan ibu ...

ibu: betul ke? kene gigit cicak?
ayah: entahlah .. tapi memang nampak kesan gigitan...
ibu; entah-entah kene benda lain kot... jap .. nak pergi cek bilik dia.
ayah: nampak apa-apa tak?
ibu; lho... tak buang lagi ke paku kat bawah tingkap bilik tu? kan dah cakap hari tu tolong buang...
ayah: masyaAllah ... lupa pula... entah-entah kaki dia tertendang paku tu ...

akhirnya aku terlelap tanpa tahu apa kesudahannya lagi ...

0 comments: