Assalamu'alaikum warahmatullah .. kejap tadi dah tidur awal. sebelum jam 10 dah dodoi mata.. tapi dekat jam 12 terbangun balik...
onmode puasa masih ada lagi kot. hahaa... tapi elok juga bila dah set macam ni. bukan senang nak bangun tengah-tengah malam ni... betul tak?!!!
raya tahun ni memang best daripada last year.
insyaAllah ada kesempatan .. tahun depan aku nak susun betul-betul jadual raya aku. raya tahun ni kalut sikitlah . yang aku nak buat tak jadi. tapi yang aku tak rancang itu tetiba muncul. hehe... apa-apa pun alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan yang paling best. aku tak demam, tak terperuk dalam bilik menahan kesakitan seperti selalunya.
buat yang selalu sakit-sakit tu ... jagalah PANTANG kamu. jangan langgar pantang. nanti badan kamu juga yang sakit.
aku jadi rindu pula dengan puasa tahun lepas. lebih tenang dan tak sekalut puasa ni. hehe... tapi tak apa .. Alhamdulillah... aku temui apa yang aku cari. dalam masa setahun aku tercari-cari jawapannya...akhirnya terjawab...biarpun persoalannya belum terjawab sepenuhnya...
kadang-kadang aku tak suka bermimpi... tapi melalui mimpi juga aku belajar tentang sesuatu. macam mana tu?!!! dan sekarang hati aku tertanya-tanya... apakah aku tak berkesempatan untuk melalui ramadhan tahun depan?!!! sila rujuk link:
ya Allah...
jangan kau tanamkan cinta dunia itu di dalam hatiku...
taburlah benih-benih cinta akhirat di hatiku...
siramilah dengan baja kesabaran...
supaya aku bisa menemui dalam keadaan yang berbahagia.
aku tidak pasti apakah amalan ku bakal diterima di sisi Mu
yang pasti aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal
untuk menjadi salah seorang kekasihMU ...
0 comments:
Post a Comment