Thursday, September 11, 2008

Pesantren Cinta ?!!!

ada apa dengan pesantren cinta?!!! memang benar atau nggak ya nama pesantren ada yang gitu sih…hhehhee teringat teman lama skype aku yang bernama andy. lama sudah ya nggak ketemu di ruangan siber ini. apa khabar ya kamu di sana? lama sidah kita nggak bercerita serta bertukar-tukar pendapat tentang hiburan, sinetron², novel², filem², membahaskan isu semasa dan sebagainya.

bila bercerita tentang kisah ini teringat aku seketika dulu di mana aku pernah terfikir utk turut sama belajar di pesantren. hheehee. namun sekarang setelah aku fikir² sesungguhnya ilmu itu ada di mana² tidak mengira di mana kamu berada. asalkan kamu tidak malu bertanya.
eh lupa pulak…hehee. kenapalah aku bertaip macam itu bunyinya. haha penaruh..pengaruh…

bila aku bandingkan cerita luar daripada cerita yang dikeluarkan oleh Negara kita. cukup sedih sgt². bilalah aku dapat menonton drama bersiri tv ataupun apa² cerita keluaran Negara kita yang menggambarkan nilai islam yang sungguh indah. sekarang ni aku tak pernah tengok lagi.

Korang nak tau? cerita pesantren cinta ini mengisahkan tentang seorg remaja siswi tahun akhir. yang hidup serba moden dan mewah. Namun dalam masa yang sama menghadapi masalah keluarga yang agak kronik, di mana kedua-dua ibu bapanya sama-sama berselingkuh.

cerita pasal hidayah. Memang diakui hidayah itu berada di mana-mana. tetapi tidak semua di antara kita yang mampu meilhat bentuk apa hidayah yang Allah beri pada kita. Aku sendiri selalu sahaja tidak perasan. ada-ada sahaja yang aku abaikan sedangkan ia sebenarnya membawa keberuntungan yang besar untuk aku. Itulah masalahnya kita ini. pertamanya, tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. keduanya, tidak tahu menghargai kurniaan Allah s.w.t,. dan ketiganya, tidak punya sikap sabar dan tawakal kepada Allah. semuanya nak mudah dan cepat. ala-ala Maggie mee kot hehhee….

jadi kesimpulannya di sini, usaha, sabar dan tawakal itu sangat perlu dalam kehidupan. tetapi jangan lupa untuk mensyukuri dan menghargai apa yang Allah kurniakan buat kita semua. semoga kita semua mendapat limpahan rahmat kasih sayang daripada Allah s.w.t di dunia hingga akhirat.

salam sayang semua daripada sha83@kaizer!!!

KiSaH aKu DaN …

~KiSaH aKu DaN 3rD GRaCe~

aih….senyum melebar encek 3rd ek? ape daaa…ape khabar ko 3rd ? agak² bila kau nak belanja aku kinder bueno 3rd. teringin pula nak makan free ni hehhee….

aku kenal mamat hensem macam ala² pelakon filiphines ni di blog cekgu kerepek gak. aku kenal sama tahun dengan dorang beldi biru lah. masa tu memang seangkatan semua dorang ni. entah² masa tu beras yang jadi ketua geng dorang hhaaha… aku agak² je.

*perhatian: mula-mula dulu aku ingat dia ni perempuan. bila aku masuk blog dia ya ampun baru aku tau dia ni mamat hensem rupanya. sabar je lah.bukan salah dia gak. salah aku tak pernah nak tanya gender dorang. aku lebih suka chat macam tu sahaja berbanding dengan bertanya yang bagi saya soalan itu adalah soalan yang terlalu standard. hhaha.

meh aku kasi contoh soalan standard:
• apa khabar?
• asal dari mana
• umur berapa? lelaki ke perempuan?
• dah kerja atau masih studi?
• dah kahwin ke belum?

hehee itu dia antara kategori soalan standard hehhee…. aku lebih suka chat terus bersembang kepada point² yang penting. jimat masakan?!!! lagi satu sekiranya terkeluar juga soalan tu daripada jari-jari yang tak berapa pantas nak menaip ni jadi maksudnya ia memang ada kait –mengait benang yang hendak aku tanyakan berkaitan dengan topic yang diperbualkan.

aku cerita pasal 3rd td ek? pernah sekali aku on9 dari ofis umi. aku sembanglah dengan 3rd erk…ade ke patut dia ambil gambar dr fs aku lepas tu dia letak sbg avatar kat blog dia. noti boy betullah dia tu hheehee…
dia ni kalau skype memang noti bebetul dengan aku. tapi aku tau dia good boy sebenarnya. sesaje dia bergurau macam tu. walau apa pun bentuk kenakalan dia ni aku senang sebenarnya bersembang dengan dia. dia jenis yang tak kedekut dengan pendapat. sebab tu aku kata dia ni baik. dia juga tak kedekut dengan nasihat. 3rd sungguhpun ko rasa muda belia remaja dari aku. jangan ragu² untuk bagi nasihat pada aku. insyaAllah yang baik dan untuk manfaat pasti sha akan sematkan dalam hati. sha terima nasihat dan pendapat daripada semua orang kok tak mengira golongan usia nya. apatah lagi nasihat daripada orang yang lebih tua daripada sha…senyum selalu ya 3rd…aku sayang ko jugak macam yang lain²nya...aku harap ko senang dengan apa yang aku taip kat blog aku ni. seikhlas hati semurni rasa !!!

NOTA: oit … nak kenal sapo dia mamat hensem ni boleh klik di senarai link kawan² aku. nama blog dia muaturun-donloadz !!!

~KiSaH aKu DaN RuDz~

Erkkk hari tu encek rudz memberontak ek… alallalalaa janganlah memberontak encik Rudz ye ye sekarang jugak aku cerita pasal kita dua pulak…erk nak yang romentik² ke yang ganaz² ?!!! hhaaahaaa….

aku kenal Rudz pada malam yang sama dengan chinta dan arm. Rudz ni baik macam yang lain² juga. dia ni boleh jadi sekutu yang paling baik ni kat blog cekgu kerepek hhehe tetapi seperti biasa aku tak terlepas daripada mangsa buli dia. hahaa…

di sini aku nak isytiharkan satu hal. bila Rudz buli aku, aku dah putuskan nak cancel je rancangan aku nak belanja dia pizza hut…hahha siap engko Rudz. gigit jarilah ko pahni.

korang nak tau.?!!!hari tu Rudz demam tapi biarlah aku dengan dia je yang tau ape penyebab demamnya ahakz! yo yo o je kan ek rudz?!! sekarang pula aku yang demam adohai…bila aku fikir² kan Rudz aku akui jugak ko punye stetment tu. ada kemungkinannya betul hhahaa…

di sini juga aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada encek Rudz sebab sudi tolong aku tengok cerita pesantren cinta tu. walau aku sampai ke pagi esok nya tunggu cerita daripada ko tapi aku tak kesah. aku paham ko memang pelupa gak kadang² hhaha….nasib baik aku berkesempatan tengok siaran ulangan keesokan harinya. kalau tak dah aku tuntut ko untuk bercerita sebelum engko turun keje pagi hhaha….tak dapat aku nak bayangkan Rudz bercerita. sudahlah dia tatau watak-watak dalam cerita tu apelagi jalan cerita serta tema sebenar cerita tu hhahaaaa….lantak lah kan rudz?!!! hahhaa….

rudz aku ingin sangatlah dengar ko explen kat aku cerita pesantren cinta tu mana tau tafsiran ko salah ke boleh gak aku perbetulkan…hhaha aku tunggu weyh hahha…nak jimat kan kredit ko, takpe ko tayep je kat ruangan yang komen di bawah ni. mana tau cerita ko lagi berjela dari aku hhahaha…
adalagi yang aku lawak tentang dia ni. dia punya habit suka nak menyemak kat fs aku hahhaa…dah le buat semak tak pandai pulak nak potong semak samun tuh! hhaahaa...Rudz ni pun antara teman kesayangan aku...

NOTA: sampai sekarang aku tak abis² melobi dia untuk buat blog sendiri setakat ni dia masih jual mahal lagi dia kata tunggu harga jatuh baru dia buat blog sendiri! hhahaa …apa kes tu? hahahaa…

~KiSaH aKu DaN aNTu ~

aku kenal dia ni pada tarikh keramat bagi aku. masa tu b’day abang taz abang kesayangan aku. pada 21hb april. 2008.

perkenalan aku dengan dia ni agak sempoi lah…korang nak tau macam mana? meh ikuti cerita tentang aku dan dia…

sebelum tu aku tak dapat nak melibatkan diri aku sangat kat blog cekgu kerepek jadi aku masuklah on9 stesen tv dan radio tu..alah yang ada banyak siaran tv dan radio tu…mesti korang taukan? lupa pula aku laman webnya. masa tu aku nak layan ikim.fm. memandangkan tempat aku takde ikim jadi siarannya kejap tenggelam kejap timbul. hhehee…biasalah kan?!!!

korang nak tau di situ sempat jugak aku cube mengechat dan malam itu aku bersembanglah dengan nickname “an2” kat situ?!!! sehinggalah satu hari tu ntah ape sebabnya aku teringin pulak nak menyakat budak² kat blog cekgu kerepek. mood dah datang jadi aku join je…

aku layan semua orang kat blog tapi aku terperasan pula satu nick ni “antu”. jadi aku tak puashati aku mesti pecahkan jugak persoalan yang bermain dalam kepala pikiran aku. tengah dia syok menyakat perempuan² yang ada kat blog tetibe aku menyampuk…aku bitau dia nick dia ni mcm familiar sesgt bagi aku…aku tnyalah penah ke tak dia chat kat tempat lain. dia jawab tak pernah. aku tengok dia aktip semacam je kat ctu aku try skodeng lagi kat stesen tv dan radio on9 tu. aku tgk an2 pun masih aktip di situ. jadi aku malas nak pikir sgt. aku tnyalah dia pnh tak chat kat ctu dia kata tak pnh huhuu…ooooooooooooooo pjg jawab aku.

selepas malam tu kebetulan aku on9 sambil check fs jadi panjanglah masa yang berjalan untuk operasi kali itu. memang takde benang kait-ngait ngan antu ni. rupa-rupanya selepas soalan tu tadi antu pulak ada banyak soalan lanjutan adohai berpeluh gak lah nak menjawab hhaha…bukan ape…tak cukup jari. masa tu memang tak boleh pakai sangat iklan rejoice tu hhaha…aku jawablah jugak satu persatu. disebabkan aku tak berapa nak larat reply msg setiap orang aku pun kasi ym aku kat si antu ni td. in the endnya kitorang dua chat kat ym. malam tu aku bengang dengan seseorang sebenarnya. aku ceritalah satu kisah tu kat dia hhahaa dia gelak lah dengar. ade ke patut dia suh aku kasi no. tepon kat dia nanti dia pun nak buat salah² topup jugak. aku jawablah ape kes nak buat macam tu. cakap je lah kalo dia mmg nak no. tepon aku. aku boleh kasi toksah nak memanjang-manjangkan cerita dengan nak buat salah topup pulak. dia gelak. lepas tu dia mintak fs aku. aku kasi lah. in the end malam tu aku kasi lah fon number aku jugak sbb aku jarang sikit chat masa tu. tapi yang pasti sampai 5 stgh aku layan pe’el dia yg gilos² time tu…

korang nak tau 1st time aku dpt mms dia aku rs familiar sesgt dia ni. aku tatau mana tempat aku penah jumpa sampai aku pernah tanya dia pernah ke tak muncul kat tv ke atau kat mana² newspaper. dia kata mana ada…memandai je aku. aku tau dia masa tu tak percaya. puas aku pikir pikir dan pikir entah macam mana mimpi lama terulang sekali lagi . baru aku ingat aku pernah mimpi muka org ala² macam dia, keje macam dia, nama pun sama muncul di kaca tv. yg pelik nya macam mana mr karam pun interprem jugak kat dalam mimpi aku tu hehee…

untuk pengetahuan korang bila ianya (mimpi) berlaku iaitu pada puasa tahun 2006 yang lalu. tetapi aku buat dek je ngan mimpi² aku. bagi aku mimpi tu tak ada apa-apa. tatau pula betul² aku akan kenal dengan hamba Allah yang sorg ini. ..byk perkara yang berlaku diluar dugaan kita. Allah punya banyak cara untuk menghiburkan hati kita. Cuma terpulang kepada kita untuk merasakan itu semua daripada Allah. tahun 2006 itu jugalah merupakan tahun yang paling sulit bagi aku.

dan sekarang syukur alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik.
antu…ngko mmg seorg sahabat yang baik dan prihatin. suka buat aku gembira. namun itulah kadang² ngko tatau mana silap ngko namun aku tetap tak pernah memikir sgt akan hal tersebut di sudut hati aku yang terdalam aku masih syg ngko kerana bagi aku engko memang special ! ngko mmg best!!! sempena puasa ni aku agak² berapa tahun dah ek aku kenal ko .. sat aku hitung dulu… (2008-2006 = 2 tahun) …. amacam special tak beb?!!! hhaha …

okay roger n out! papai antu sayam....

Wednesday, September 10, 2008

Surat Berblog Buat Sahabatku - DaZZ -

assalamu’alaikumwbt …

Buat Dazz yang ku sayangi dan kasihi (* teringat kat abg Taz ). Dazz apa khabar sekarang? Lama tak sembang dengan Dazz. rindu pula rasanya di hati.<< ayat poyo!>>

dazz apa khabar blog sekarang? Masih gempak macam dulu² lagi ke? harap² masih sperti dulu lagilah. Tapi aku paling tak berkenanlah kalau mereka nak romentik² kat blog. Ingat tak dulu kita pernah kenakan dua orang hamba Allah ni gara-gara romentik kat blog. ish..ishk..ishk…

kalau nak romentik pun janganlah berdua sahaja. ajaklah ramai-ramai. hhahaha!!! sha agak² mesti dazz tak ingat lagi peristiwa itu. Namun kenangan tersebut terpahat kukuh dalam hati sha. Ia adalah antara kenangan manis dalam perkenalan kita.

sha tak berapa nak fahamlah Dazz dunia sekarang ni semakin menakutkan sha. dah rasa tak selamat dah hidup dalam dunia zaman sekarang. namun sha percaya setiap kita ini ada pelindungnya. Dan yang melindungi kita semua adalah Allah s.w.t. Bukankah itu salah satu sifat daripada sifat Allah.
dazz cuba kau tengok sekarang, sana sini orang huru-hara. perang sana perang sini . apa nak jadi dengan dunia sekarang. sana sini berbunuhan. sana sini kes rogol, buang bayi dan berbagai-bagai lagi masalah di atas muka bumi Allah ni. aku rasa semakin takut bila memikirkan segala permasalahan dunia. belum lagi melibatkan masalah politik dan isu perkauman yang sedang bergelegak sekarang. Hanya tunggu masa je nak mencurah-curah macam gunung berapi meletus.

dazz sungguhpun kita bukan sebangsa atau sekaum (aku melanau ko melayukan) tapi sha tetap sayang dengan dazz sepertimana sha sayang dengan kawan-kawan sha yang lain. tak kira sama ada kawan alam reality ke siber bagi sha semuanya sama. tidak pernah ada bezanya. siapa mereka untuk membezakan nilai sebuah persahabatan hanya kerana perbezaan cara pertemuan yang telah menjalinkan satu hubungan yang digelar sebagai rakan maya.

Dazz ada lagi yang sha lebih takut. sekarang ni bermacam-macam hal berlaku di tempat sha dan di sekitar tempat sha skarang. sha tak dapat nak bayangkan apa pula cabaran di tempat Dazz pula. pernah sampai satu tahap sha terpikir kenapa Negara kita jadi begini dan begini? orang-orang yang kita sepatutnya hormati seperti punca kepada kacau –bilaunya Negara kita ini. walaupun masalahnya nampak seperti ada kedamaian sedikit tidak seperti Negara-negara lain tapi tidak terfikirkah mereka bahawa benda yang kecil ini boleh menular menjadi satu wabak yang baru lantas akhirnya memusnahkan suasana kedamaian dan keamanan di Negara kita.

Dazz, sha sayang sangat dengan Negara sha. tempat tumpah darah sha sha tau dazz pun begitu jugakan. sha tak tahu nak meluahkan kepada sesiapa lagi. tapi seprtinya sebilangan penghuni kita tidak merasakan hal yang sama seperti sha.

bila sha tengok berita-berita di tv. sha rasa bengang sangat-sangat. lagi-lagi hal yang sama diutarakan. sha sendiri naik tension. bila sha pikir balik..oh! beginilah rupanya keadaan seorang anak yang hidup dalam keluarga yang berpecah-belah, bermasalah, dan orang tuanya yang sentiasa sibuk dengan hal masing-masing. Namun sha bersyukur, sesibuk manapun keluarga sha mereka tetap masih ada masa untuk sha. jadi tak adalah sha merasa tertekan sangat. tapi sha terpikir bagaimana pula perasaan remaja lain di luar sana dengan isu Negara isu keluarga mereka dan seribu satu macam lagi cabaran di hadapan mereka.?!!!

di sudut hati sha yang terdalam ingin sangat sha berdepan dengan mereka semua dan berbicara tentang segala permasalahan yang melanda diri mereka yang menjadi punca kepada permasalahan di kalangan remaja sekarang sungguh membimbangkan. Namun, siapalah sha?!!! adakah mereka akan mendengar suara hati sha?!!!

Dazz, sha sedih sangat sangat sangat…Dazz, apakah dazz merasakan hal yang sama seperti sha?!!!

Dazz, ada orang kata membazir waktu bila kita berchatting dan surfing internet. tapi sha tidak pernah merasakan hal yang seperti itu. kerana banyak hal yang sha belajar daripada segala kegiatan yang sha lakukan di alam maya ini. banyak benda baru yang sha belajar. syukur alhamdulillah semuanya yang baik-baik sahaja. contoh paling dekat adalah blog ini. Namun sha juga sedih apabila kekadang segelintir di antara rakan-rakan sembang kita berani menyuarakan yang seorang ustazah atau ustaz itu tidak elok berchatting. sebab di sini bukan tempat mereka. tempat mereka adalah di surau-surau, di masjid-masjid atau sekolah-sekolah. sekiranya tidak ada mereka ini jadi di mana lah tempat kita boleh merujuk.

namun, bila membaca isu-isu sekarang sha bertambah sedih bila segelintir golongan yang kita anggap warak rupa-rupanya diam diam ubi tetapi berisi ( erk..betul ke istilah ni dazz!) << cuba rujuk majalah mastika keluaran September.2008. habis tu kepada siapalah kita hendak mengadu. Apabila mendengar aduan mereka tentang pihak berwajib atau mana-mana badan islam jawapan mereka amat menyedihkan malahan mereka di maki hamun?!!! apakah itu benar atau fitnah semata-mata?!!! namun, hati sha percaya dan yakin, mereka sendiri yang salah dalam menilai sesuatu perkara. jangan salahkan orang lain sekiranya mendapat layanan yang tidak sepatutnya. Bukankah itu semua sebahagian daripada lumrah kehidupan. Nabi s.a.w sendiri pernah ditegur oleh Allah atas kesilapan baginda. apalagi kita manusia biasa. sepatutnya kita ikhlaskan sahaja dan berserah kepada Allah. kerana yang pasti Allah punya janji yang lebih baik untuk kita yang bersabar.

dazz cuba kau bagitau sha, apa yang dapat sha lakukan untuk membantu mereka-mereka semua?!!! sha tidak punya pelajaran setinggi mana pelajaran sesetengah daripada rakan-rakan kita. sha seorang yang sangat pemalu untuk menghulurkan sebuah persahabatan kerana sha takut satu hari nanti sahabat sha menuntut untuk bertemu dengan sha. sedangkan sha jauh. sha tidak punya kerjaya yang tetap bagaimana sha mampu melaksanakan semua janji-janji itu nanti?!!! dan yang paling sha takut sha tidak dapat menjamin hayat sha di dunia ini. mana mungkin sha berani jamin nyawa sha akan mampu bertahan untuk esok hari, sebulan, setahun dan berpuluh-puluh tahun akan datang? bukankah ajal kita telah ditentukan Allah?!!!

Dazz masih adakah insan-insan yang diluar sana berfikiran seperti sha? masih adakah di kalangan pemimpin kita yang merasakan hal yang samapa seperti sha? masih adakah di antara remaja-remaja di luar sana yang ingin melakukan hal yang sama seperti sha?!!! sha khuatir sekali jika adapun jumlah =nya kecil sekali. apakah mampu jumlah yang kecil ini membantu meleraikan semua permasalahan yang melanda di Negara kita ini?!!! mampukah mereka?!!!

Dazz yang ku sayangi, sama-samalah kita membuktikan masih ada sekelompok kecil rakan siber masih boleh dipercayai akan setiap kata-katanya. malahan tidak menyimpan harapan yang terlalu besar untuk bertemu rakan-rakannya yang lain melainkan sekiranya diberi keizinan dan kesempatan itu sendiri oleh Allah s.w.t. insyaAllah…

dazz…sha berharap sama-sama kita menjaga hubungan yang sudah terjalin ini. Mana tahu satu hari nanti, kita adalah salah seorang daripada penyelamat generasi² akan datang dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini….salam sayang dan salam rindu buat dazz dan semua teman² yang mengenali sha83@kaizer ( tidak mengira sama ada baru kenal ataupun teman lama)…

"JOM BERSATU SELAMATKAN NEGARA KITA!!!" ...insyaAllah...

KiSaH aKu DaN BLaCKoUt!!!

haaa… mesti korang dah ngate aku … tu dia sha dah start nak merapu lagi…hehee..rileks le geng! baru nak goyang-goyang kaki sikit ni. tak kasi gua can langsung nak goyang kaki!!! (sambil buat muka selamba).
sebenarnya aku bengong pagi tadi. dalam pukul 3 aku bangkit dari lena. Semalam memang tak lena tidurku. entah apa yang merasuk mata aku untuk tidak mau tidur. Mungkin sebab terpikir kot “seseorang” tu nak balik kampong memalam buta. ermmm…aku berdoa supaya bukan setakat dia je yang akan selamat sampai ke destinasi pergi dan balik. tapi ak berharap dia cepat-cepat menyelesaikan masalah yang melanda…

aku duduklah depan pc kan hajat di hati nak belayar-belayar tetapi lain pulak jadinye baru je masuk blog tak panas lagi punggung duduk di kerusi tetibe je pandangan sha berubah menjadi gelap…ah sudah! bukan setakat skrin je yang gelap. alam² sekeliling pun berubah menjadi gulap gulita…
nak merungut pun nasi dah jadi bubur kan. so, tak guna juga. in the endnya dalam kegelapan teraba-raba mencari handphone serbaguna aku. at least dapatlah sikit cahaya kan walau tak seterang manapun. raba punya raba punya raba erkkk yang aku terasa Cuma remote astro dengan mouse ( *erk bukan tikus tu tapi tetikus ) hahaaa…aku dah nak mula bengang sikit dah…tapi aku tahan sabar..tapi dalam hati tu terpikir jugak kalau aku tak angkat dari kerusi ni sampai bila aku nak tunggu lampu ni dinyalakan.?!!! aku berusaha sedaya upaya aku mencari jalan bagaimana aku harus mendapatkan sumber cahaya itu.
dalam kegelapan aku teraba-raba. terlintas jugak dalam hati dan fikiran ketika itu. syukur Alhamdulillah kerana aku masih dikurniakan penglihatan yang tak lah berapa nak baik sangat tapi kira o.k lah. aku tak dapat nak bayangkan sekiranya Allah tarik balik kurniaannya yang satu ini daripada hidup aku. dalam mimpi pun aku tak sanggup nak berdepan!

akhirnya aku dapat mencapai jugak lampu picit yang terletak di depan pintu toilet. erkk bukan apa selepas kejadian blackout bulan lepas lampu toilet tu rosak jadi bergelap lah dalam toilet…nasib baik bulan puasa tak lah takut sangat tapi…masihlah juga ada sedikit takut dengan makhluk² ciptaan Allah yang lain seperti lipan dan ular. manalah taukan?!!! yang penting kita ada usaha jangan serah diri bulat² pada takdir. itu bukan cara yang dikehendaki oleh Allah. betul tak?!!! kalau ustaz² dan usatazah² aku baca part ni mesti dorang pun sokong gak statement aku yang satu ni…

syukur alhamdulillah terang jugalah sedikit rumah ku walau dalam keadaan cahaya yang malap dan samara-samar. cerita tu tak habis di situ. aku pergi nyalakan lilin dan ingatkan nak nyalakan lampu rayo minyak tanah yang kitorang beli di pasar tu. sekali tengok minyak tanah pula takde…adohai..memacam hal lah. tapi itulah seperti yang aku katakan tadi nasi dah jadi bubur! aku nangis sampai airmata darah sekalipun minyak tanah itu tetap tak kan ada. orang kata sediakan paying sebelum hujan?!!! bertul tak?!!!
cewah semua kata bidalan dah masuk ni…..lepas ni entah apa pula yang aku keluarkan…

Cuma satu je lampu minyak tanah yang boleh nyala tu pun nyawa² ikan gak. huhuu …. nasib baik abi ada simpan sekotak lagi lilin. jadi bercahayalah rumah kitorang. disebabkan kegelapan ni tadi sha bitau lah kat umi agak² satu matu-daro sekarang ni sahur pada waktu yang sama gara-gara blackoutkan? umi kata itupun kalau mereka bangun dan sedar tapi jarang orang nak sedarkan diri tetime blackout ni…umi berusaha untuk mengingatkan diri aku sendiri. aku pikir dalam hati ye tak ye jugak. hahhaa…tetau je aku ni kan?!!! macamlah aku p skodeng rumah setiap orang di daerah matu-daro ni. hhahaa…
nampaknya selera aku pagi ni tadi berkurang sama jugak dengan selera aku masa berbuka puasa semalam. mungkin aku masih risau kot pagi ni tadi. o.k lah abaikan!!!

dan akhirnya dalam pukul 4 aku dapat koling dari seseorang yang mengatakan dia baru je sampai di rumah dan telah selamat sampai sebelum pukul 4 tadi. syukur alhamdulillah. tapi aku masih tak tahu lagi sama ada masalah dia dah settle ke tak?!!!

sama-samalah kita mendoakan supaya dia dapat handle setiap permasalahan yang melanda dengan baik dan sempurna serta memuaskan hati semua pihak di mana tidak ada sesiapa yang akan terluka!!! insyaAllah..amiin…

nota: kita doakan sekali semoga rudz cepat-cepat sembuh daripada demam. insyaAllah. amiin. kesian dia. baru sekali tu kene call dan orang tu mengadu belum lagi berjuta-juta kali hhehhee…tu lah aku kata tukar nombor tepon tak nak…hhahaa…aku harap ko dapat pikir balik hal tu rudz …hhaha << weyh aku gurau je lah…hhahaha…

Monday, September 8, 2008

~KiSaH aKu DaN BeLDi BiRu, CRaYoN DaN CHiNta~

kisah ini merupakan sambungan kepada al-kisah yang sebelum ini…
maaflah buat hal pulak internet ni. sori yer Beldi Biru, Crayon & Chinta. hehee allergic betul internet ni dengan nama korang bertiga. Mesti pembawa virus ni hehee...erk..korang ni bawak virus ape weyh hahhaa…
memula aku nak taip pasal Beldi dulu memandangkan dia ni lagi senior…

~ KiSaH aKu DaN BeLDi BiRu ~

Aku kenal beldi biru ni sama dengan kekawan yang lain. Tahun lepas aku kenal dia tapi baru aktif sikit chat ngan dia tahun ni. sikit je taklah selalu kan?!!! Lama aku tak masuk blog rupa-rupanya dah jadi tauke handphone beldi biru ni…anda boleh klik nama blog yang ade tulis tauke beldi yang terdapat pada senarai link kawan² aku. (psst beldi jgn lupa ek handphone nokia 3310 sbgmn yg dijanjikan tu) hehee….mesti dia buat² lupa ni! weyh aku dah tolong promote neyh..lalalaaa

Bel ni memang gempak gak kalau dah ngechat apalagi kalau dah berjumpa dengan sekutu-sekutu dia hehee…* Perhatian: aku penah konpius dgn si beldi biru dan si bear-rice. Aku ingatkan mereka adalah orang yang sama tapi tak lama selepas tu baru aku tau mereka adalah orang yang berbeza. hhaha…sekutu kuat bear-rice dia nieh kowt ekekee… tu pasal sherashi bershama…

tapi dalam banyak² part aku tak nak cerita pasal yang aku kene buli dia n the geng. aku nak cerita part “jom berbueno!!!”…sebab selepas kejadian itu asal aku masuk blog beldi atau tgk nick dia mesti aku ingat bueno asal ingat bueno mesti ingat dia…kesian tak? huhuu…

Beldi owh Beldi sorilah bellll itu hari aku bebenor nak berbueno sebab tu pakat ngan ko nak mintak pos kan bueno. tapi bila pikir² balik kesian pulak dgn ko. aku kan ada anak buah di pahang napelah tak mintak tolong dia je kan? Tapi aku rasa masa tu anak buah aku masih bercuti di kampong hehee…mana ada aku main². tu time iman masih ada sikit tu. Kalau iman dah habis esok hari tu mesti dah masuk dah duit dlm akaun ko utk aku dapatkan kinder bueno tu…hhahaaa

Tapi kan beldi kalau ko nak bagi free kinder bueno pun tak per beldi aku terima dengan hati yang semurni rasa dan seikhlasnya…<
Perhatian: tetiba aku teringat luka di jari kelingking aku dulu. itu ada kene mengena ngan beldi biru di rumah lama. korang nak tau insiden tu berlaku gara-gara lantai licin…aku terjatuh pahtu siap dengan beldi biru pulak pecah bukan takat tu je. Beldi tu tak nak cedera sorg diri tapi dia sengaja lukakan kelingking aku pulak. aduh sakitnya…jari ini … ( sambil nyanyi ala-ala lagu rock ) masa tu memang aku allergic sesgt dgn yg nama beldi. Tapi sekarang tak lagi dah…

Beldi … aku tu senang sih berkawan sama kamu. sebab kamu itu lucu lho. sama jugak dengan teman² yang lain.

~ KiSaH aKU DeNgaN CraYoN ~

aku kenal dia ada unik sikit. Aku kenal dia melalui “antu” (* lama tak jumpa nick ni kat blog…dah bahagia agaknya dia ni). aku dapat tau dia ni satu department dengan antu. secara kebetulan dia dengan antu malam tu satu shift jadi aku agak² dorang ni keje yang ada shift² tu kowt…maaf jangan salah sangka pulak bukan sheep lah hahaa…lama tak tengok crayon ni duet dengan antu.

asal aku tgk nick dia mesti aku ingat kfc…kalau aku lalu depan kfc di sibu mesti aku ingat dia…aku tak lupalah crayon insyaAllah. Ada pertemuan dengan ko aku pasti belanja ko kfc…erk tapi bila pulak ko nak belanja aku?!!!

wah yon aku rasa mesti si rudz dgn si popod memberontak jugak ni kang…hahaa…ko agak² arg patut tak aku tayep awal entry pasal dorang dua tuh hahaa…aku dapat rasa aura chinta, miss dan yang lelain tu menjeling tajam dah…hhaha tertusuk rasa kalbu aku dengan jelingan tajam mereka…

aku pernah gak sembang ngan dia. tapi memula tu aku ingat sabahan bah dia ni. sebab aku dengar dia punya cakap macam orang sabah bah..rupanya bukan. nasib baik dia tak ngaku orang sabah kalau tak..terpedayalah aku hahahaa…

Cuma aku tak pernah imagine yang crayon ni memang comel sesgt. hahhaaa…nak kenal crayon boleh klik kat nama blog crayon yang terdapat pada senarai link kawan² sha. Rindu pulak rasanya tetime aku temankan dia ni keje shift malam dulu²…tu time internet gempak sikit..alah sikit je tak banyak.Tol tak yon?!!! aku inagt lagi aku kata nak out tapi tak gak out²...alih² jam dah nak cecah pukol 5 stgh pagi...hahhaa… erk betul ke ko pernah mintak izin nak chat ngan aku?!!! alah yon selagi aku belum kahwin ko bebas nak chat ngan aku…aku jamin hahhaa…ko jangan risaulah…kemsalam ek kat adik andy aku tu…yg special sesgt...

pssttt yon laen kali kalo aku masuk blog, ko jgn lah letak icon tumbuk² manja tu allalalaaa…tak romantic langsung ko ni…aku dush! dush! deshyummmm!!! ko sama kang baru tau…hahhaha

~KiSaH aKu DaN CHiNta~

maaf dia bukanlah chinta yang kat dalam cerita rangga tu. Chinta yang ini Malaysia punya version hhaaa…owh chintaku mmmuaaah sambil lage² pipi…haaa awal aku warning ni jgn nak main jelir² lidah lak aku potong lidah tu kang…hhaaa bukan senang tau nak dapat kasih sayang dari orang yang kita tak kenal…hhehhee…pandailah aku bertaip ni…huhuu

aku kenal dia pun kat blog cekgu kerepek. dalam tahun ni gak…baru je beberapa bulan. tapi entah kenapa ye aku ni senang sgt jadi sekongkol dia dan sekali merangkap mangsa buli dia…hhahaa mungkin betul kata arpeggio di mana aku ni seorang yang peramah…semuanya aku layan. tapi aku rasa aku tak macam tu.hhahaa…jawablah arpeggio kalau berani?hehhee…

ape chinta?!!! engko curious ke? alololooo…pasal ape? (* buat² tatau…llalaaallaa) sambil pandang syiling rumah hahhaa…ko agak² je lah chinta siapa dia tu. kalau aku bagitau konpem kita kita semua tak kenal dia hhaaa…bukan takat ko je ynag tak kenal..tapi ngan aku² sekali tak kenal ni ape kes weyh?!!! hahhaa

erk..nape ko tanya? ko nak ejas aku utk kekawan ko yang sedang mencari ke?!!! llallalaa….hikhikhik…bior aku dapat keje tetap dulu baru ko ejas utk aku ek? hhahahaa…

Perhatian: chinta ini memang tidak ada kaitannya dengan rangga tapi aku ada sangkut paut dengan itu Nicholas saputra…aku pernah kirim emel kat dia tapi macam ada masalah je huhuu …

*kalau macam ni lama² nanti semua resio aku buleh pecah weyh..udah² lah korang jangan menganiayai aku seperti ini…hhahaa…teraniayakah aku?!!!

kepada sesape kawan² aku yang nak mintak promote sila tinggalkan pesanan anda di ruangan cbox yang telah disediakan hheehe…abeh lah semua resio aku lepas ni hhahaa…

sekian wassalam...salam sayang buat anda semua seikhlas hati semurni rasa daripada sha83@kaizer...ceh ada lagi nama apple ni...

aDa aPa DeNGaN BeLDi BiRu, CRaYoN DaN CHiNta ?!!!

1st of all, assalamualaikumwbt cewah speaking london...hhahaa

tunggu kemunculan cerita ini. Tadi aku dah taip panjang-panjang sekali tak dapat post pulok hhaha....ikuti sambungannya malam nanti kowt...insyaallah.
Nak p sediakan juadah utk sambut besday boy hari ni...

selamat hari ulang tahun ke 13 mohd hishamudin b zinal abidine ...

hari tu dia dah merungut besday dia jatuh pada bulan puasa...hehhee...

Sunday, September 7, 2008

KiSaH aKu DaN …

~ KiSaH aKu DaN BLoGZ~

aku dah bagitau dah, aku ni memang minat membaca. Oleh sebab itu aku suka selongkar blog² orang. mana-mana blog yang aku betoi² minat aku tarok le link kat sini…sesaje nak share ngan geng² yang lain pulak. Mana tau dorang pun leh gelak sampai golek macam aku depan pc, ke laptop, ke desktop, ke atau apa² yang bersaudara dengan PC ni…
baru sat tadi aku masuk blog hilang punca hahha…aku komen lah dia punya entry pasal sahur tu. komen aku…aku rasa toksah le aku siarkan ek..tapi ini dia jawapan daripada encek pp

>>>sha,
hahaha khabar baik. peh berbuka di sarawak, sahur kat kl..apa jadah? duit tambang saja dah boleh buat gua makan daging rusa hari hari..
nak tahu cerita lanjut leh masuk blog dia….korang klik je kat link kawan² dan carik nama blog hilang punca. pahtu korang carik tajuk: Friday, September 05, 2008 >>>Sahur - Hari ke-5

reply utk pp nie>>owh kalo macam tu kan pp ko doa² je aku jadi kaya pp nanti aku blanje tambang wt ko try bukak pose kat tpt aku … erk… yo yo owh je bunyi…

untuk penyu biru terima kasih kerana jadi pelawat blog ni.

#untuk adik nazlie…jgn merajok entry je nampak pjg tapi cerita satu entry ada 4 juta cerita hahha…
#rudz senyum je….
#the four horsemen ,… jgn buat gitu lagi bebulan pose ni tak elok wakkakaa…
wah…wah…wah fisau bukak satu lagik blog semoga berjaya fisau…

~KiSaH aKu DaN SeMaLaM~

erk…Penang banjir kilat ke semalam…adohai aku tatau menahu langsung. semalam aku ngan anak² buah aku layan bebola jadi semua channel Indonesia keluar huhuu…aku dapat tau pun dari berita jam satu stgh yg disiar selepas melodi tv3...

semalam aku tak tolong apa-apa pun. tapi lepas abih je majlis tahlil tu baru aku bekerja keras. Fuyoh!!! aku tau mesti korang tak leh nak bayangkan ekekeke…toksah bayang ,,,, layan je nanti kepala pusing. aku angkat baju aku yang melebar panjang tu pahtu siap selit lagi kat dalam kocek seluar jeans aku dan dengan slumber aku ngate kat umi…

“umi tak sudi ke amik gambo aku dalam keadaan mcm ni…”
umi geleng pale dan jawab: “ malu umi tengok…x nak lah…”

ishk²…aku rasa kalaulah Nabil raja lawak lalu depan aku kompem nabil tak ngaku aku ni peminat dia…sebab semacam je..Cuma takder mekap lebeh² je ..

Perhatian: masa tu aku dok tolong angkut pinggan mangkuk dan segala-gala perkakas yang baru je selesai dimandikan dari luor rumah masuk dalam rumah. yang aku musykilkan…semalam tu kenduri tahlil ke atau majlis kawen aku…fuh! ramainya orang bertandang…sampai tak cukup makanan…

~Kisah aku dan datin norazlina~

haaa ini dia selebriti tv3 yang paling aku minat…akhirnya dia akhiri zaman bujang dia gakz…wah dah jadi datin sekarang…jgn lupe ek kasi duit rayo tahun ni…hekhekhek…alah yang baca berita @tv3 tu…selamat pengantin baru semoga kekal bahagia dari dunia hingga akhirat…insyaAllah amiin…

~Kisah aku dan melodi@tv3~

hahha nabill tersayam jadi artis jemputan pulak dalam melodi hari ni…bestnyew…lama tak tengok pe’el nabil ni…hohooo…
tadi dia buat suara sengau lagi dgn nyanyi sebaris lagu tu cahaya di aidilfitri….erk rasanye berapa suku kata je yg dia sebut tak sampai pun sebaris…

~kisah aku dan kesihatan aku~

sebenarnya aku baru je nak sembuh selsema…dugaan dan cubaan bebulan puasa ni memang dasat…menjadi-jadi…memula semalam aku dah tidur dah masuk bilik terus pang!!! dasat jugak keletihan aku hari semalam tu. tak dapat nak imagine lelebih.

dalam kol doblas lebih aku terbangun aku dapat satu message special hekhekhek message yang ditunggu-tunggu…message punye message, koling punya koling dia suruh aku pi tidoq..dia tau aku tak sehat dan letih. aku kata o.k..tak lama lepas tu datang lagi satu mesej ni daripada bespren aku dia dok johor message berbalas message akhirnya aku surrender gak sebab mata nak tutup. bila try nak tidur tu tetibe je mata tak nak tidur degil pulok dia. aku call lagi seesorang ni tadi..kebetulan super savers masih ada baki…dia pujuk punya pujuk akhirnya aku tidur jugak..pahtu terus tak sedarkan diri dah. tapi yang pasti dia tak bangunkan aku sahur!!! geram le jugak tapi nak buat macam mana dh dia tertidur…

nak dijadikan cerita kebetulan adik andy antar message pagi tadi … terkejut aku tengok jam. ops! alamak terlebih sudah! jadi menu pagi itu Cuma megi sup dan saki baki makanan time tahlil semalam tu…nasi takder…terima kasih adk andy…yg pasti itulah sha sebenarnya…tak perlu dah nak makeover² lagi…aku bangun terus call orang yang janji nak gerak aku tu. serang dia..ah sudah! dia tak angkat kol.

pahtu aku call rudz sebab dia pesan mintak tolng gerak kan dia…yg si rudz ni lagi satu ape kes dia pilih caller rt macam tu..gelabah puyuh gak aku memula..apek mana yang angkat tepon dia ceh…

tak lama lepas tu aku dpt koling dr seseorg…hahha dia ngaku dia tertidur adehhhh tak sempat aku nak serang…

pagi tadi aku bancuh air milo..pahtu aku amik mug avon aku yg besor tu…dah jadi kewajipan bagi aku sahur dgn semug air milo…tapi satu keluarbiasaan bila aku telan megi time sahur..

agak² itu kot yang buat aku rasa terok dan dasat sesgt hari ni…pukul 6 pagi tadi aku tidur balik..tetime kau tak sehat aku paling pantang kalo org ganggu time tidur aku…hendak dijadikan cerita kitorang kene balik awl ke flat adohai…nasib baik aku dh bgn dulu kalo tak kompem tak nak bgn…pukol 11 stgh kitorang balik flat di daro.

dengan pale sakit, badan lesu dan tetibe aku rasa mcm sesak napas je..dan aku tatau le sama ada jantung aku ke yang rasa sakit atau paru-paru aku atau hati aku…dasat gak kan? masuk dlm pukol 2 lebeh tadi aku rasa nak muntah pulak..ah sudah…aku takut dah puasa aku meletup hari ni…aku cuba untuk bertahan..insyaAllah dapat tu…time artikel ni ditaip pukol 3:24 PM lebeh kurang dekat 3 jam lagi nak berbuka.

o.k semua...itu sahaja untuk hari ini!!!

Saturday, September 6, 2008

~BiCaRa BuaT DaZZ, SaIF DaN RiLeKs PiSaNG~

assalamu'alaikumwbt buat ketiga-tiganya....sehat ke?

~uNTuK DaZZ~

amma dazz apa macam? hahhaaa...alah kalo setakat membuli siket² tu sekadar untuk bermesra alam apa salahnya kan? tak meriah hidup ini.cewah ayat. itu namanya "buli ala Qadr".(erk yg ni aku rekayasa sendirinyer istilah)heheee
eh eh...patutlah asal aku tegor ko mesti pipi merah membara Dazz hhahaa pemalu rupenye...
ye ke ko sombong? erk...tatau pulok. Cuba ko buat muka sombong dengan aku dulu. aku nak tengok. hahhaa...
hahhaa no.tepon ek...semua orang cakap macam tu dazz termasuk arpegio hahhaa...apa kata ko try mintak dari Tipah nombor aku yang lagi satu (maxis)...itupun kalo tipah ada save.hhahaa tak pun dari bimbim ke atau cekgu kerepek ada gak...
aih?!!! Ni yang aku kompius ni...tetibe je manggil aku adik..erk ko nak ejas abg aku ke? dialu-alukan..ada seorang lagi single.itu je lah satu-satunya yang tertinggal.hhahaa...
aku promote ek?!!! nama dia zainudin, anak ke-6 (atas aku le tu aku kan ke-7), sekarang dia kerja sebagai alah supervisor biasa je dengan telekom dan satu lagi tolong ayah mertua abang aku no.3 sembelih ayam. hahhaaa...ada berani?..owh umo dia ek?!!!(2008-1980=hitunglah sendiri!).kalau ko nak tau ape² lagi koling² aku ek...

~Bicara Buat Saif~

encek saif?!!! adesss memula tadi aku ingat saif ali khan mana ni tadi..tapi serasa aku macam penah aku tengok je address blognye. Apelagi aku terus klik kat beldi punya blog haaa sah! "adek aku" tu ko rupanya. adek beradek betul ke atau adek beradek angkut atau adek beradek sepupu sepapat?!!! sekali lagi aku konpius nieh hahhaa .. tak pe saif aku tetap menten macam biasa...ko toksah isau & jangan pening²kan kelapa erk...kelapa ape pulak kepala lah...
untuk pengetahuan encek saif aku baru je nak letak link encek tadi kat blog aku, tetapi, alamak internet tak menyebelahilah encek saif...nampaknya kita kene tunggu kesempatan yang paling sesuai untuk meletakkan link encek saif di blog ini. minta maaf dan harap maklum! walaubagaimanapun sebagai seorang kenalan siber, sha tetap menghargai setiap coretan yang terdapat diblog encek saif dengan memberi ruang untuk entry ini...encek saifff tunggu kemunculan address blog encek di blog ini yah...alamak tetiba tukar jadi orang seberang pula ni ya ampun!(neh... ape kes neh!)

~bicara Buat Rileks Pisang~

adohai adek ku sayang...akak nak letak link adek tadi tapi tak dapat gak lah adek. rasa nak cepok, cepok, cepok, dan cepok je pc ni! nasib baik puasa. masih dapat kawal lagi ni. pagi tadi tak sempat. antara penyebab buat tak sempat letak link blog adik kat sini:-

# "seseorang" dah hantar message untuk bagitau dia dah selesai ejas motor dia kowt...
#masa tu akak syok sesangat baca komen kawan² kat friendster...tetiba pulak dapat pagi tadi.
#akak syok sangat baca blog orang sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas meninggalkan akak.

Kesan: aku betul² tak cukup tidur sekarang. sebelum balik kampung tian, daerah matu (perhatian waktu berbuka puasanya 6:38 minit ptg) nanti kang aku berhajat untuk tidur sekejapan. sekadar merehatkan mata yang dah nampak letih dan lesu ni. aku tidur semalam sejam je...sian tak?!!! pahtu pulak aku kene turun keje pukul 6:45 pagi kerana aku perlu masuk kelas sebelum pukul 7.

untuk yang lelain tu kirimsalam rindu dari aku buat anda semua...

salam sayang dariku sha83@kaizer

jumpa lagi!!! InsyaAllah...

Friday, September 5, 2008

KiSaH aKu DaN …

yang ini pulak sengaja aku kasi entry lain² khas untuk daz laling neyh…

~kisah aku dan dazz~

aku lupa tarikh keramat aku kenal dazz cute ni…
aku kenal dari laman blog >>>http://muaturun.blogspot.com/ <<< cekgu kerepek punyer blog.
Memula aku join belah pagi, kali pertama aku in dazz buat tatau je..aku tegur dia elak, aku tegur dia elak…aku paham sesangat kalo tak masuk channel itulah yang akan terjadi hhahaa..aku tak kecik hati…

suatu hari kebooommmm!!! tetibe je dazz nak layan aku mana tak nya aku dah jadi sekutu dia buli orang kat blog…abis chattez² baru kene sakat hohohoo…di situlah permulaannya..,

aku ingat lagi dazz penah mintak fon number aku. aku bagi tapi pahtu dia tak miskol²…korang agak² ape dia buat dengan nombor aku tuh?!!! hahahaa…dazz jawab dazzz…mesti ko dah kehilangan nombor tu kan?

lepas tu aku penah add daz kat friendster aku …tetapi yang sedehnye sampai sekarang aku rasa macam tak pernah kasi komen kat dia…dazzzzzzzzzzz ko tunggu aku kat friendster!!!!!….sekarang ni tak leh bukak fs kat cni dazz…nak bukak kat enpown mahal bebenor…

dan bila aku dapat tau dazz ada blog aku suke ngintai blog dia, blog kiena dan juice…memang kreatip kekadang kawan² aku ni aku tengok…(tapi hakikatnya tak nampak)

best lah geng dorang walau tak penah jumpa…

sayang dazzz, kiena & juice…mmmuaaahhhhhhh sambil lage2 pipi….selamat berpuasa…

* dazz sekarang ko lak hutang aku satu cerita … erk?!!!

*** ada fakta yang tak diketahui lagi…dulu aku pikir ketiga-tiganya masih single lagi…owh dazz ko je yang belum ke? pandai kiena ngan juice sorok identity dari haku hahhaa…kantoi aku part sini ngan kiena ngan juice ekkekee...

KiSaH aKu DaN …

Beginilah kisah aku yang keseterusnya. Baca jangan tak baca!

~Kisah aKu DaN MaKaNaN~

sepanjang 5 hari ramadhan berlalu aku tak pernah jenguk lagi bazaar ramadhan depan kedai sim tu...bukan apa…aku rasa macam tak ada faedahnya aku nak keluar daripada rumah hanya semata-mata nak jenguk juadah yang dijual. Sungguhpun aku tak keluar rumah, juadah dari bazaar ramadhan tetap sampai ke dalam rumah…apalagi kalau bukan abi ngan umi yang beli…hohohooo
ishk..ishk..ishk…tak patut kalau juadah tu nak mai sendiri naa…

~KiSaH aKu DaN BeRBuKa PuAsA~

standard aku makan memang dengan nasi yang berkuantiti sedikit + 3 lauk paling banyak, paling sikit tu dua lauk, jarang lah makan dengan satu lauk.
aku kalau part makan memang slow gilos…jangan lah korang suruh aku join bertanding makan konpem kalah!!! (itu je aku pesan!).
hendak dijadikan cerita semalam aku buka puasa dengan daging kambing masak kicap, ayam goreng, hati lembu masak kicap gak kowt tak perasan…huhuuu…plus ngan sayur pedawang=(peria+daun bawang) ngan nasi…ermmm korang perasan tak aku terlebih menu untuk hari semalam …ape kes lah agaknya sampai terlebih?!!!
seperti biasa akulah orang yang terakhir habis makan…syukur alhamdulillah licin gak pinggan aku biorpun sengsaro bebenor rasanya nak menghabiskan kesemua menu yang terletak dalam pinggan aku…(maaflah tak terpikir nak amik gambar sebab aku dah ready dah nak mam start dari jam 6:15 petang) ermm ape cerita?

~KiSaH aKu DaN CeLoTeH UmI~

Umi aku ni memang gemar berceloteh dengan aku. aku pun gemar sesangat berceloteh ngan umi. sampai umi naik bengang. celoteh je memanjang..memanjang je celoteh…lebih kurang gitulah…
di al-kisahkan hari semalam..entah ape ape² entah aku terceloteh ngate…umi nape tak beli je semua lauk dari bazaar Ramadhan…boleh aku rileks siket!!! ceh! logik tak? Umi yang duduk keje dari kol 8 pg – 4 stgh ptg lagi tak demand macam tu…dah lah sampai di rumah umi pun kene tolong aku masak juga…ape cerita? hekhekhek…kayak boss pulak aku..sudah diberi betis nak paha ibarat macam tu lah...tapi..aku tengok umi rilex je…tak bengang pun hhahahaa….

`KiSaH aKu DaN MuSiCs~

haaa ni lagi satu…time pepuasa nieh..aku tatau angin mana yang datang aku tak ada mood nak layan lagu peberet aku..alih² aku layan lagu penawar jiwa kaizer…
cewah…(utk pengetahuan am: semuanya lagu² nasyid)…
bukan takat hari puasa je, tapi setiap hari jumaat secara otometik ia akan berubah channel…haaa macammaner tu?

~KiSaH aKu DaN Deddy Corbuzier~

aku punya satu hobi…apalagi kalau tak tidur mesti aku baca buku…
itulah hobi aku tetime puasa ni…tapi paling aku tak suka lepas baca mesti kepala aku pusing. Banyak sangat maklumat kot…tak pun otak jem dah…(perhatian bukan jem blueberry atau papaya dan seangkatan dengannya)…
sekarang ni aku sedang berusaha menghayati setiap bait-bait dan baris² ayat yang tersusun dengan teratur dan terperinci di dalam sebuah buku yang penulisnya bernama deddy corbuzier berjudul mantra…
ha’ah jangan salah sangka buku ini bukan sulap-sulapan (magik²) semata-mata tetapi ia mengisahkan tentang cara kita berkomunikasi secara bijak…
sekarang aku tertanya-tanya ni bolehkah aku praktikkan apa yang aku baca ini untuk sesi temuduga akan datang?!!!

KiSaH aKu DaN …

KiSaH aKu DaN HaRi iNi

aih?!!! apa macam?!!! hahhaa…
hari ini aku tidur tak lena…maksud aku semalamlah tu…ade ke patut aku mimpi yang tak elok…
heyppp…jangan pikir yang lain dulu ek…
aku mimpi aku berada di sekolah menengah lama aku. Kebetulan di situ ada satu event entah apa² entah! aku lalu depan kelas…dari satu kelas ke satu kelas…korang nak tau…masa tu aku sebenarnya nak on the way balik rumah…
memula tu berada tepi sungai lepas tu tetiba pulak berada di kawasan sekolah menengah..siap bagitau lagi dengan kekawan ngan cousin aku …o.k kita jumpa hari sabtu…bye…
dalam masa itu aku dengar sekolah ada buat sukan sekolah…
bila aku nak guna laluan depan makmal tetibe ada orang kata jgn guna laluan sana. bahaya! serammm…hohohoo…alih² aku berubah haluan guna haluan yang dulunya pernah jadi kelas aku. iaitu form 2B…di sini lah aku tengok berbagai-bagai ragam dan pakaian dan style senior² aku dulu…
tetapi yang aku hairan macammana pulak orang Malaya terlampau ramai pada hari itu..malahan aku tak kenal pun mereka…aku tatau lah event apa sebenarnya tu…tak lama lepas tu tetiba seorang kakak mintaj tolong aku..aku tolong lah…lepas tu entah macam mana aku terpandang kasut kat luar kelas dan seingat aku kasut itu milik tauke cina yang berjual berdekatan dengan sekolah tu…masalahnya mana ada cina duduk di kawasan itu..adohai…
pelik..pelik..mimpi aku kan?
aku ambil kasut tu atas niat nak hantar ke rumah cina tu .. entah macammana pulak aku diarahkan untuk menjaga kedai tu sepanjang malam…adohai…punyalah penat aku rasa..tetapi masa aku nak tidur aku memang rasa tak lena…korang nak tau kenapa? aku asyik nampak ada seorang nenek cina yang selalu ulang alik di dalam hingga keluar pintu kedai tersebut…entah macammana aku teringat satu kisah di mana kedai itu sebenarnya ada orang jaga..iaitu roh tuan punya kedai itu sendiri. dan sebenarnya kasut yang aku jumpa itu adalah kasut milik si mati…
masa tu memang bulu roma semua menaik..seram sejuk dingin semuanya bercampur….hati-hati aku melangkah keluar dari situ…akhirnya aku berjaya dan sampai di rumah nenek yang lama….di situ aku ingin sekali buang hajat kecil. tapi tatau kenapa aku rasa seram semacam. In the endnya aku beranikan diri jua…sampai je kat depan pintu toilet aku terkejut tengok seorang budak perempuan yang rambutnya mengurai panjang dan siap dia kejor aku pulak tu…
kerana teramat terkejut akhirnya aku terbangun dari tidur…dengan badan yang panas, nafas yang pendek dan tercungap-cungap macam orang baru lepas marathon, rasa nak pengsan dan peluh yang melampau-lampau….
apalagi aku terus istighfar banyak²! Namun, sehingga sekarang aku masih terbayang wajah budak tu…aku harap aku tak kan jumpa dia di alam reality cukuplah di alam mimpi…

KiSaH aKu DaN CuTi MeRDeKa

hahhaa aku kan pergi sibu cuti tu tadi. Abg Taz yang suruh pergi sana…sampai di sibu aku tidur rumah cousin aku…sat..sat aku nak cerita dari mula dulu bior entry ni jadi panjang²…
memula aku berangkat dari rumah siap masak nasi semua dah dan lauk pauk untuk orang-orang yang akan ku tinggalkan. masuk je dalam express aku jumpa kakak yang sekampung dengan aku. jadi aku duk sembanglah dengan dia. hari tu aku duk seorang tetapi itu punya sit untuk duorang…bot express tu berangkat pukol 3…tetiba je aku terkejut bila tengok bdk satu staff ngan umi pun ada jugak…apelagi aku ngayat umi antor msg bitau kat umi betapa boring nya aku..kalaulah ditakdirkan aku ni friendly dah lama dah aku bawak dia tu bersembang…belum lagi umi reply tetibe mes8 budak tu berbunyi dan diikuti oleh msg umi yg masuk…umi kata bawak je lah berloyar…mana tau leh dapat tambang free…. aku jawab balik tak nak aku kang tak pasal² kene serang awek dia..baru je dia terima msg tadi..hek4 macam tetau je aku dia tu dh ada awek kan?
dalam perjalanan ada duorang mamat masuk…yg seorang tu memang sah org melaya tapi yang seorang tu aku agak² serawak lah…fuh! naseb baek ada tempat duduk kosong di belakang jadi yg org melaya tu duduk belakang dia duduk di kerusi depan sm dgn bdk yang satu staff ngan umi tu.
sepanjang perjalanan tu aku memang layan abih lagu dalam enpown sampai nyanyi tak sedar diri..adohai…korang agak² yg lelain tu ada dengar tak?
sampai di sibu aku ingatkan abang aku dah tunggu aku kat atas tu rupanya aku pulak yang tunggu dia. dia masih mencari helmet utk aku. di sinilah permulaan musykil di hati aku…bidak yang geng ngan orang melaya tu tadi dia senyum² je pandang aku...aku tak pikir lain…
pertama aku agak² mesti dia perasan sesuatu ke yang tak elok pada pakaian aku tapi dia tak berani untuk bercakap. kedua…entah² dia gelak sebab dia pulak yang dulu balik dari aku adohai…atau ketiga…ini adalah satu kemungkinan yang besor…agak² dia dengar suara sumbang aku tadi kowt .. malunyew…
sampai umah cousin aku dia nak gi kuching pulak naseb baek adek dia tak jadi pergi. aku esok hari tu jejalan ngan adek dia sampai di parkson tak sangka pulak jumpa abang no.4 encik mohd mohaldin dgn rabiatul adawiyah bersama isterinya…siap dia belanja di pizza hut hohohoo…layan pizza tuna, jejari, dan agak² macam spageti jew…baby hari tu bad mood jadi tak nak bergambo dia tu..
tak lama lepas tu abang taz dtg dia belanja beli baju yang sha nak beli bulan lepas hohohoo…nak tau baju ape? alah baju yang ntah apa² entah..tapi yang pasti kalau tak der discount 20% harga dia cecah RM79.90. Amacam?
Kan dah cakap abang taz nak buat amal jeriah. Sebelum aku pergi sibu tu abi pun buat amal jeriah dia tolong bayarkan upah baju raya aku RM45…amacam? belum lagi buat muka kesian tu….hahhahaa…
time balik dari sibu tu yg tak best..tauke express tu marah². apelah nak marah² orang. salah penumpang jugakah kalau xpress tu kecik, kuesyen kat dalam tak berganti, lepas tu ekon pulak macam takder fungsi…bawak bersabarlah. kalaupun orang takder tempat duduk jgn lah sampai marah macam tu. Ingat kitorang tak dapat bayar ka utk dua sit!
sabor sha sabor…hohohoo….

Thursday, September 4, 2008

SeLaMaT MeNYaMbUt RaMaDHaN aL-MuBaraK!!!


assalamualaikumwbt semua...pertama kali ialah selamat menjalani ibadah puasa...bila tiba time puasa ni teringat zaman kecik² dulu...banyak jugak lah ceritanya...tapi selalunya aku jarang terlibat dengan insiden² yang mengerikan... nak tau kisah selanjutnya..jojom menyelam!!!

kisah zaman kecik² dulu...kebetulan rumah aku tak jauh dari surau. Buka je tingkap atau pintu rumah, konpem nampak dah surau tu. Jadi masa kecik² aku selalu ikut mak ayah aku ke surau.kadang² tu time sesuboh pagi pun aku ikot jugak kalo dah orang gerakkan...aku tak sanggup nak tinggal senseorang dalam rumah...

jadi time puasa ni aku join jugalah jemaah tarawih..cerita pasal terawih aku paling lama pun takat 8 rakaat je masa tu..balik rumah mak tnya: napa tak ikut tarawih sampai selesai...dengan mudahnya aku jawab..alah..sakinah rasa letihlah kaki...tak lama lepas tu tnya kat mak...mak bila saya dapat join tadarus pulak?!!!

masa kecik dulu niat tadarus tu memang tak betul sikit...nama pun budak²...dapat RM10 tu dah kira hebat dah...tu pasal beria-ia nak pergi tadarus...

tahun pertama aku tadarus seingat aku dalam darjah dua...aku tak habis lagi baca quran tapi syukur Alhamdulillah..aku dapat baca quran dengan lancar meskipun tajwidnya masih lagi terumbang ambing...yer...nampaknya tahun tersebut berjaya juga aku dapat rm10...tahun berikutnya aku dapat rm5 ngan buku je..selepas tu aku tak dapat dah duit-duit ni...

yang tu satu hal...dijadikan cerita...time tadarus aku ingat lagi semua orang berebut-rebut dan mengharapkan dapat giliran yang terkena bacaan surah yassin...macam tu juga aku...aku cuma berpeluang sekali je..itupun kebetulan kakak² ramai yang cuti. dan masa tu tak ramai dah orang pergi tadarus ... sebab tak ada hadiah yang gempak...dan yang paling bestnya bila time cuti minggu mesti kitorang akan pakat nak mengaji sampai pukul duabelas lebih...yang tragis nya time nak balik rumah adohaiiii...punyalah serammmm hhahaaa...udah lah jalan² sunyi-sunyian...memang bolah dapat serangan jantung itu macam...

selalu juga kena marah bila selalu buat hal masa tadarus sampai ayah warning sha dgn abg kalau dia dengar kitorang main² lagi time tadarus dia tak nak lepaskan kitorang pegi suaru lagi..tadarus je kat rumah...alah setakat kena sound seminggu je okaynya...hhahahaaa...

itu kesah tadarus dan tarawih...

masa dekat-dekat nak raya...
aku jarang keluar rumah...sebabnya mak dah bagi warning awal dia nak buat kuih ngan biskut raya,,,,kalu betul-betul nak tolong jangan keluar rumah! (ah! padan muka kena warning) aku ni memang tak pernah nak dok diam di umah...aku mesti main keluar jugak...tetibe datang idea...mak bila kita nak buat kuih kalau tak lagi..ingat nak pergi jumpa kawan sat...kejap je...jangan tatau dapat je greenlight aku teros cau pahtu sampai petang tak nampak batang hidung...hahhaaa...

itu kesah aku nak buat kuih rayo ngan beskut...

teringat kisah anak buah aku dulu nama dia mohd. saharudin paha dia hampir melecur terbakar sebab mercun atau bunga api tak ingat lah...masa tu baru je lepas abih makan tahlil arwah mak tak ingatlah..yg pasti masa tu masih lagi puasa...kebetulan masa tu abang no.2 aku ada di rumah...yang lainnya dah pergi surau dah..apelagi kitorang yang dalam rumah ni kelam-kabut bila tengok si adek ni kebakaran in the endanya abang yang no.2 tadi tangkap dia bawak lari pergi bilik air tapi sampai di bilik air ada ke patut dia campak budak tu je kat tepi besen..adehhh!!! samapi sekarang kitorang dok gelak kalo bukak lagi cerita tu...si adek ni tadi senyum je bile dgr kitorang bukak kenangan silam yang tak berapa nak pahit dan manis...tak jugak berapa nak lecur...wakakkakaa...

kisah aku pulak ni tahun lepas punyer versi...
masa tu on the way dari sibu ke daro dengan umi dan adik umi...kami singgah lah di satu kedai makan ni. nak order nasi beriani untuk buka puasa petang tu...sampai je di kedai tu aku tak tahan dah nak buang hajat kecik...sampai je depan toilet tu aku keliru tatau nak masuk pintu mana satu...alih² aku pilih yang hujung sekali dari kiri...hendak dijadikan ceritakan...time aku nak kuar tetibe je aku rasa pintu tu bagaikan digam...aku ketuk² supaya orang kat luar dengar tak jugak dengan..aku jerit² mintak tolong tak jugak dengar...masa tu aku betul² serah diri pada Allah...aku tarik pintu tu dengan saki baki kekuatan yang tinggal...sikit demi sikit lama-lama jadi bukit gak dan akhrinye pintu itu pun terbuka syukur Alhamdulillah...lebih kurang setengah jam jugak aku terbabas...samapi je kat tempat umi aku tak buleh dah nak bercerita..yang aku dapat buat hanya tergelak je...adohai...bila keadaan dah tenang aku cerita kat umi..umi cakap moral valuenya mana-mana aku oergi lepas ni aku mesti angkut sekali hendphone aku masuk toilet sesama...takut hal seperti itu berulang sekali lagi...fuh! naseb baek tak patah tulang jari jemarri aku...

sekian itu sahaja...Al-FaTiHaH buat arwah mak dan ayah...hari sabtu ni kenduri tahlil akan diadakan di kampung tian...papai semua selamat berpuasa...

KiSaH aKu DaN …


ikutilah kisah selanjutnya dengan meneruskan bacaan anda untuk setiap entry yang telah aku susah payah naip ni…inilah sebahagian daripada cerita aku semasa mendiamkan diri secara sengaja mahupun tidak sengaja…walau bagaimanapun..ia tetap tdak ada berkaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia…

KiSaH AkU DaN KaTaLoG!

fuyoh…kalau aku cerita satu hal mesti korang semua tak percaya….bak kata siti percayalah…
dulu aku memang tak minat benda² order ni…( berkatalog)...tapi sekarang aku pula yang lebih². Walau bagaimanapun aku tetap cuba berusaha supaya tak berlaku “over budget”. Nak kata aku ni kedekut pun tak apa…aku tak marah…sambil nyanyi lagu arrow ni…Beethoven ler tue…
aku beli blouse, beg tempat simpan duit…ehik ehik ehik…dan scarf…scarf ni yang aku tak berapa nak paham. Ape kes aku nak beli ek? Erk…sekarang ni aku beharap muga² bulan doblas ni turun salji sehari time krismas…tak lah sesia aku beli scarf tu ekkekee….
sekian…itu sahaja kisah aku dan katalog!

KiSaH AkU DaN SuPeR SaVeRs!

ini pula kisah aku dan “SS” muekekeke…sesori sgt buat sesape yang kontek aku tu tp asik² waiting call jew…hahhahaaa…RM1 = sejam setengah sampaikan habis idea dah nak sembang hohohooo…
dulu kan aku ingat aku ni lagi bijak dari super savers…sekarang super savers dah lebih bijak dari aku hhahaa…bukan ape…time super savers tu sampai kol 9 je kot kalau tak silap aku tapi korang bayangkan aku beli dalam pukul tiga macam tu tapi sampai malam kekadang aku guna…hhahaa..lepas tu tak leh lagi dah..sbb super savers dah jadi lebih bijak….hohohooo…
sekarang aku nak melanggan yang 365 hari tue…kalau ada untuk celcom memang aku nak buat juga…
itulah kisah aku dan super savers…

KiSaH AkU, uLsEr DaN FaSHa SaNdHa

aih .. apa pula kaitan dengan Fasha Sandha?!!! macam²lah engkau ni sha…aku rasa aku dah dapat aura dah mereka² yang tertentu tersentuh hati dengan pembicaraan aku di sini..tapi nak buat macam mana…
jadi sempena dah dekat² nak masuk Ramadhan al-Mubarak ni (hye bear comel…lama tak dengar khabar dpd budak comel ni) aku nak mintak maaf banyak² pada Fasha Sandha…
ceritanya macam ni…tahun lepas aku pergi window shoppinglah tertengok ler pada area kosmetik…(aku jarang lepak dpn area ni)…punyalah banyak muka Fasha sandha sampai aku dah naik konpius entah produk mana satu yang Fasha guna..siap aku komplen kat umi lagi tu…sampai sekaranglah aku dok asik komplen pasal Fasha sampai umi tnya nape aku tak bagitau sendiri pada Fasha…aku jawablah Fasha tu jauh sangat..macammana nak bagitau…

sehinggalah satu hari aku terkena ulser kan…mula-mula tu aku memang tak terpikir tau yg pasal Fasha tu…aku kene ulser tak berhenti-henti sampai sekarang…
Abi katalah kat umi tu lah dia .. akibat orang banyak bercakap dan bercerita..last² Allah bagi ulser supaya dia kurang bercakap…bila aku pikir² balik sekarang ni agak²nya ada kaitan ngan Fasha le tu…hhahhaha….

sebenornya bukan takat tu je yang aku hairan dgn Fasha ni…tapi yang lain² tu abaikan je lah…kang jari aku pulak yg kene timpa nahas...cukuplah mulut aku je yang kene…dah le takde insurans ni…

aku rasa aku perlu sangat penjelasan daripada fasha sebab aku betul² konfius ni…mana satu yang betul garnier ke maybeline?
itulah al-kisahnya…

KiSaH aKu DaN eNPoN BuTTerFlY …

hohohoo oh my enpown…engko memang selalu buat hal…sabar sajalah…aku paham perasaan engko tapi kena juga lah bagi kerjasama ngan aku..nanti² aku tolong gantikan bateri baru yer enpown huhuu ….syyyhhh jangan gitau kat dia..dia tengah mogok sekarang ni ekekkee…yg ni aku gune utk 019…

KiSaH aKu DaN N73…

ni lagi satu..yang ni aku gune utk maxis sebab coverage maxis di kawasan flat tempat aku tinggal lagi elok dari 019…aku layan je lah hohoho…

masalahnya sekarang…dia asik kata memory low…aku mesti buang yang lain gak daripada memory tersebut sehinggakan pernah sampai satu tahap aku terpaksa membuang message² kesayangan aku dan lagu² kesayangan aku…termasuk FRING yang aku dengan umi buatkan huhuu…sampai hati betul dia tuh…

sampai sekarang masalh tu tak selesai² dan sekarang ni aku berharap semoga dapat duit rayo nanti bolehlah aku simpan duit untuk beli card memory yang baru ekkekee…kalau macam ni lah ceritanya sah dan konpem! tak dapat duit rayo tahun ni…
aku rasa nak tambah enpon satu lagilah..untuk bakal 016 aku nanti…

KiSaH aKu DaN TeLeVISYeN…

sekarang ni aku jarang layan tv lah…aku layan satu dua buah drama je…sob sob sob…sian tak aku?!!! Nak tau aku layan cerita apa?
*Kisah Kaisara²
* Al-Kautsar channel 121 Aruna astro
*** intan asmara? hohoho aku layan episode satu jew dan yg lain² episode tatau mana ilang sebab tak dapat dikesan ekkekeke…

KiSaH aKu DaN “SeSeORaNG”!

part yg ni sebelum aku cerita, aku nak korang semua buang senyum tu dulu dan aku warning awal-awal korang jangan gelak dowh!…kang aku dush dush deyhummm korang seorg² lak jangan nak salahkan aku pula!!!!!…

aku call dia ikut masa biasalah kan…selepas pukol doblas tghmlm …biasalah sejak dua menjak ni jadi sindarela nieh ekkeeke…..hari tu dia balik kampong ada kenduri nyambut menantu di rumah kakak dia…itu kira pendahuluan lah kan?!!!

yg jadi pointnya di sini tengah dok sembang ngan dia tetibe dia pangil mak dia dan bitau ada orang nak sembang ngan mak dia…fuyohhhhhhhhh…apelagi aku gelabah puyoh lah jawabnya…dah lah mulut aku tengah sakit betul time tu…alamakkkkk!!!<<tetibe aku dengar suara manusia di hujung talian dah bertukar…gilos!
…bebetul le mak dia tu…antara dialog yg haku ingat:

makcik: alooo…
sha: aloo…erk ni makcik lah ni? mak *****?
makcik: iye ni makciklah..(jwp dgn pnuh lemah lembut dan keibuan sesgtz) ***cair dowh jiwa seorg anak macam aku ni mendengarnyew…
sha: (smbil berpikir ape aku nak tnye ni…tetibe terpacul keluar soalan standard)…makcik ape khabar?
makcik: sihat..alhamdulillah…
sha: sibuk sangat ke tadi makcik? << ni lagi satu soalan poyo…
makcik: iye…tengah kemas². baru je lepas abis kenduri…

eh sekejapan tak abis lagi ayat makcik tu…

makcik: eh… si ( dia sebut nama anak dia) tak jemput ke nak datang sini?

ah sudah! melopong aku nak jawab soalan makcik…haa padan muka…terkedu bebenor aku…betul…aku tak tipu…nasib baiklah otak aku berfungsi sedikit walau hebat benor rasa sakitnya ketika itu…

sha: (dengan spontannya aku jawab….aihhh..jauhnyeeeeeeee…..ada dia bagitau…
makcik: owh jauh…..jauh tu dok mana?
sha: ni dari serawak ni….
makcik: ha’ah jauh sangat2 le tuh…

tak abih lagi ayat makcik tu…

makcik: bila nak datang sini?
sha: ( sekali lagi mental aku tetibe kosong tatau nak jawab apa….samar² (blur) je yang aku rasa…tapi masih ade sikiiiit cahaya lampu tuh….aku jawab dengan penuh kesopanan tetapi aku sendiri dpt rasa dan dengar suara aku yg dlm ketidakpastian sebenarnya…) InsyaAllah makcik memang ada rancang nak pergi sana…tunggu cuti hujung tahun bleh lama sikit kat sana sbb cuti panjang. (sambil tu doa dalam hati tu harap-harap dia tak ajak² ayam nak suruh aku datang sana ujung tahun ni gak…amiin…)

makcik: baguslah kalau macam tu…datanglah sini nanti…
sha: insyaallah makcik…erk..maaflah makcik sebab mengganggu..kacau makcik buat keje je…tu haa…(sebut nama anak makcik tu) memandai je dia kata yg kita ni nak sembang dgn makcik…
makcik: (gelak)….tak apa...makcik pgglkn si ***** yer…sembang² dgn dia dulu…laen kali kita sembang² lagi…
sha: (dlm hati kata syukur alhamdulillah) ha’ah iye lah makcik maaf ye…ganggu je…

pastu dgr dia pggl anak dia…adoiiii lepas tu pulak dia nak pass pulak enpon tu kat makcik ngan pakcik dia…wohhhh aku dah mula bising dah…

erk..inilah dia dinamakan skrip spontan daripada haku…sampai sekarang aku tak leh lupew dialog ni…pertama kali aku sembang ngn mak org ni adoi….tak pernah²…fuhhhh…lain kali cik abang…bagi aku siapkan skripnya dulu…ni tak rasa macam jadi bidan terjun yg disuruh untuk berlakon pulok…bayangkan aku yg memula tu kemain lagi baring atas katil terus terduduk bila dengar suara mak dia…macam mana tu?

sesegan betol pulak aku rasa sekarang ni…ishk ishk ishk…teraniaya kah aku?!!!
cewah soalan … poyo tol

sekarang aku tak leh nak imagine macam mana pulak budi bicara aku bile jumpa ngan mak dia….hohohooo siapa nak jawab tu? masalahnya aku ni suka sgt dengar cerita-cerita orang tuaa-tuaa…aku takut satu hal je..aku mudah cair ngan orang tua ni…kadang-kadang tu aku tak kenal pun boleh buat orang yang tak kenal aku jadi macam dah kenal aku lama sesangat pulak…aku ada masalah sikiit dengan orang tua aku memang mudah dan cepat manja..erk…cemaner tuh?!!!…

macam petanda nak kene sekeh je nieh…lallalallalalaaa…..
itulah kisahnya…nasib baik dia tak suruh datang hujung tahun ni jugak kan? sebenarnya aku tunggu promosi utk tahun depan tambang murah hahhaa….