haaa… mesti korang dah ngate aku … tu dia sha dah start nak merapu lagi…hehee..rileks le geng! baru nak goyang-goyang kaki sikit ni. tak kasi gua can langsung nak goyang kaki!!! (sambil buat muka selamba).
sebenarnya aku bengong pagi tadi. dalam pukul 3 aku bangkit dari lena. Semalam memang tak lena tidurku. entah apa yang merasuk mata aku untuk tidak mau tidur. Mungkin sebab terpikir kot “seseorang” tu nak balik kampong memalam buta. ermmm…aku berdoa supaya bukan setakat dia je yang akan selamat sampai ke destinasi pergi dan balik. tapi ak berharap dia cepat-cepat menyelesaikan masalah yang melanda…
aku duduklah depan pc kan hajat di hati nak belayar-belayar tetapi lain pulak jadinye baru je masuk blog tak panas lagi punggung duduk di kerusi tetibe je pandangan sha berubah menjadi gelap…ah sudah! bukan setakat skrin je yang gelap. alam² sekeliling pun berubah menjadi gulap gulita…
nak merungut pun nasi dah jadi bubur kan. so, tak guna juga. in the endnya dalam kegelapan teraba-raba mencari handphone serbaguna aku. at least dapatlah sikit cahaya kan walau tak seterang manapun. raba punya raba punya raba erkkk yang aku terasa Cuma remote astro dengan mouse ( *erk bukan tikus tu tapi tetikus ) hahaaa…aku dah nak mula bengang sikit dah…tapi aku tahan sabar..tapi dalam hati tu terpikir jugak kalau aku tak angkat dari kerusi ni sampai bila aku nak tunggu lampu ni dinyalakan.?!!! aku berusaha sedaya upaya aku mencari jalan bagaimana aku harus mendapatkan sumber cahaya itu.
dalam kegelapan aku teraba-raba. terlintas jugak dalam hati dan fikiran ketika itu. syukur Alhamdulillah kerana aku masih dikurniakan penglihatan yang tak lah berapa nak baik sangat tapi kira o.k lah. aku tak dapat nak bayangkan sekiranya Allah tarik balik kurniaannya yang satu ini daripada hidup aku. dalam mimpi pun aku tak sanggup nak berdepan!
akhirnya aku dapat mencapai jugak lampu picit yang terletak di depan pintu toilet. erkk bukan apa selepas kejadian blackout bulan lepas lampu toilet tu rosak jadi bergelap lah dalam toilet…nasib baik bulan puasa tak lah takut sangat tapi…masihlah juga ada sedikit takut dengan makhluk² ciptaan Allah yang lain seperti lipan dan ular. manalah taukan?!!! yang penting kita ada usaha jangan serah diri bulat² pada takdir. itu bukan cara yang dikehendaki oleh Allah. betul tak?!!! kalau ustaz² dan usatazah² aku baca part ni mesti dorang pun sokong gak statement aku yang satu ni…
syukur alhamdulillah terang jugalah sedikit rumah ku walau dalam keadaan cahaya yang malap dan samara-samar. cerita tu tak habis di situ. aku pergi nyalakan lilin dan ingatkan nak nyalakan lampu rayo minyak tanah yang kitorang beli di pasar tu. sekali tengok minyak tanah pula takde…adohai..memacam hal lah. tapi itulah seperti yang aku katakan tadi nasi dah jadi bubur! aku nangis sampai airmata darah sekalipun minyak tanah itu tetap tak kan ada. orang kata sediakan paying sebelum hujan?!!! bertul tak?!!!
cewah semua kata bidalan dah masuk ni…..lepas ni entah apa pula yang aku keluarkan…
Cuma satu je lampu minyak tanah yang boleh nyala tu pun nyawa² ikan gak. huhuu …. nasib baik abi ada simpan sekotak lagi lilin. jadi bercahayalah rumah kitorang. disebabkan kegelapan ni tadi sha bitau lah kat umi agak² satu matu-daro sekarang ni sahur pada waktu yang sama gara-gara blackoutkan? umi kata itupun kalau mereka bangun dan sedar tapi jarang orang nak sedarkan diri tetime blackout ni…umi berusaha untuk mengingatkan diri aku sendiri. aku pikir dalam hati ye tak ye jugak. hahhaa…tetau je aku ni kan?!!! macamlah aku p skodeng rumah setiap orang di daerah matu-daro ni. hhahaa…
nampaknya selera aku pagi ni tadi berkurang sama jugak dengan selera aku masa berbuka puasa semalam. mungkin aku masih risau kot pagi ni tadi. o.k lah abaikan!!!
dan akhirnya dalam pukul 4 aku dapat koling dari seseorang yang mengatakan dia baru je sampai di rumah dan telah selamat sampai sebelum pukul 4 tadi. syukur alhamdulillah. tapi aku masih tak tahu lagi sama ada masalah dia dah settle ke tak?!!!
sama-samalah kita mendoakan supaya dia dapat handle setiap permasalahan yang melanda dengan baik dan sempurna serta memuaskan hati semua pihak di mana tidak ada sesiapa yang akan terluka!!! insyaAllah..amiin…
nota: kita doakan sekali semoga rudz cepat-cepat sembuh daripada demam. insyaAllah. amiin. kesian dia. baru sekali tu kene call dan orang tu mengadu belum lagi berjuta-juta kali hhehhee…tu lah aku kata tukar nombor tepon tak nak…hhahaa…aku harap ko dapat pikir balik hal tu rudz …hhaha << weyh aku gurau je lah…hhahaha…
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment