assalamu’alaikumwbt …
Buat Dazz yang ku sayangi dan kasihi (* teringat kat abg Taz ). Dazz apa khabar sekarang? Lama tak sembang dengan Dazz. rindu pula rasanya di hati.<< ayat poyo!>>
dazz apa khabar blog sekarang? Masih gempak macam dulu² lagi ke? harap² masih sperti dulu lagilah. Tapi aku paling tak berkenanlah kalau mereka nak romentik² kat blog. Ingat tak dulu kita pernah kenakan dua orang hamba Allah ni gara-gara romentik kat blog. ish..ishk..ishk…
kalau nak romentik pun janganlah berdua sahaja. ajaklah ramai-ramai. hhahaha!!! sha agak² mesti dazz tak ingat lagi peristiwa itu. Namun kenangan tersebut terpahat kukuh dalam hati sha. Ia adalah antara kenangan manis dalam perkenalan kita.
sha tak berapa nak fahamlah Dazz dunia sekarang ni semakin menakutkan sha. dah rasa tak selamat dah hidup dalam dunia zaman sekarang. namun sha percaya setiap kita ini ada pelindungnya. Dan yang melindungi kita semua adalah Allah s.w.t. Bukankah itu salah satu sifat daripada sifat Allah.
dazz cuba kau tengok sekarang, sana sini orang huru-hara. perang sana perang sini . apa nak jadi dengan dunia sekarang. sana sini berbunuhan. sana sini kes rogol, buang bayi dan berbagai-bagai lagi masalah di atas muka bumi Allah ni. aku rasa semakin takut bila memikirkan segala permasalahan dunia. belum lagi melibatkan masalah politik dan isu perkauman yang sedang bergelegak sekarang. Hanya tunggu masa je nak mencurah-curah macam gunung berapi meletus.
dazz sungguhpun kita bukan sebangsa atau sekaum (aku melanau ko melayukan) tapi sha tetap sayang dengan dazz sepertimana sha sayang dengan kawan-kawan sha yang lain. tak kira sama ada kawan alam reality ke siber bagi sha semuanya sama. tidak pernah ada bezanya. siapa mereka untuk membezakan nilai sebuah persahabatan hanya kerana perbezaan cara pertemuan yang telah menjalinkan satu hubungan yang digelar sebagai rakan maya.
Dazz ada lagi yang sha lebih takut. sekarang ni bermacam-macam hal berlaku di tempat sha dan di sekitar tempat sha skarang. sha tak dapat nak bayangkan apa pula cabaran di tempat Dazz pula. pernah sampai satu tahap sha terpikir kenapa Negara kita jadi begini dan begini? orang-orang yang kita sepatutnya hormati seperti punca kepada kacau –bilaunya Negara kita ini. walaupun masalahnya nampak seperti ada kedamaian sedikit tidak seperti Negara-negara lain tapi tidak terfikirkah mereka bahawa benda yang kecil ini boleh menular menjadi satu wabak yang baru lantas akhirnya memusnahkan suasana kedamaian dan keamanan di Negara kita.
Dazz, sha sayang sangat dengan Negara sha. tempat tumpah darah sha sha tau dazz pun begitu jugakan. sha tak tahu nak meluahkan kepada sesiapa lagi. tapi seprtinya sebilangan penghuni kita tidak merasakan hal yang sama seperti sha.
bila sha tengok berita-berita di tv. sha rasa bengang sangat-sangat. lagi-lagi hal yang sama diutarakan. sha sendiri naik tension. bila sha pikir balik..oh! beginilah rupanya keadaan seorang anak yang hidup dalam keluarga yang berpecah-belah, bermasalah, dan orang tuanya yang sentiasa sibuk dengan hal masing-masing. Namun sha bersyukur, sesibuk manapun keluarga sha mereka tetap masih ada masa untuk sha. jadi tak adalah sha merasa tertekan sangat. tapi sha terpikir bagaimana pula perasaan remaja lain di luar sana dengan isu Negara isu keluarga mereka dan seribu satu macam lagi cabaran di hadapan mereka.?!!!
di sudut hati sha yang terdalam ingin sangat sha berdepan dengan mereka semua dan berbicara tentang segala permasalahan yang melanda diri mereka yang menjadi punca kepada permasalahan di kalangan remaja sekarang sungguh membimbangkan. Namun, siapalah sha?!!! adakah mereka akan mendengar suara hati sha?!!!
Dazz, sha sedih sangat sangat sangat…Dazz, apakah dazz merasakan hal yang sama seperti sha?!!!
Dazz, ada orang kata membazir waktu bila kita berchatting dan surfing internet. tapi sha tidak pernah merasakan hal yang seperti itu. kerana banyak hal yang sha belajar daripada segala kegiatan yang sha lakukan di alam maya ini. banyak benda baru yang sha belajar. syukur alhamdulillah semuanya yang baik-baik sahaja. contoh paling dekat adalah blog ini. Namun sha juga sedih apabila kekadang segelintir di antara rakan-rakan sembang kita berani menyuarakan yang seorang ustazah atau ustaz itu tidak elok berchatting. sebab di sini bukan tempat mereka. tempat mereka adalah di surau-surau, di masjid-masjid atau sekolah-sekolah. sekiranya tidak ada mereka ini jadi di mana lah tempat kita boleh merujuk.
namun, bila membaca isu-isu sekarang sha bertambah sedih bila segelintir golongan yang kita anggap warak rupa-rupanya diam diam ubi tetapi berisi ( erk..betul ke istilah ni dazz!) << cuba rujuk majalah mastika keluaran September.2008. habis tu kepada siapalah kita hendak mengadu. Apabila mendengar aduan mereka tentang pihak berwajib atau mana-mana badan islam jawapan mereka amat menyedihkan malahan mereka di maki hamun?!!! apakah itu benar atau fitnah semata-mata?!!! namun, hati sha percaya dan yakin, mereka sendiri yang salah dalam menilai sesuatu perkara. jangan salahkan orang lain sekiranya mendapat layanan yang tidak sepatutnya. Bukankah itu semua sebahagian daripada lumrah kehidupan. Nabi s.a.w sendiri pernah ditegur oleh Allah atas kesilapan baginda. apalagi kita manusia biasa. sepatutnya kita ikhlaskan sahaja dan berserah kepada Allah. kerana yang pasti Allah punya janji yang lebih baik untuk kita yang bersabar.
dazz cuba kau bagitau sha, apa yang dapat sha lakukan untuk membantu mereka-mereka semua?!!! sha tidak punya pelajaran setinggi mana pelajaran sesetengah daripada rakan-rakan kita. sha seorang yang sangat pemalu untuk menghulurkan sebuah persahabatan kerana sha takut satu hari nanti sahabat sha menuntut untuk bertemu dengan sha. sedangkan sha jauh. sha tidak punya kerjaya yang tetap bagaimana sha mampu melaksanakan semua janji-janji itu nanti?!!! dan yang paling sha takut sha tidak dapat menjamin hayat sha di dunia ini. mana mungkin sha berani jamin nyawa sha akan mampu bertahan untuk esok hari, sebulan, setahun dan berpuluh-puluh tahun akan datang? bukankah ajal kita telah ditentukan Allah?!!!
Dazz masih adakah insan-insan yang diluar sana berfikiran seperti sha? masih adakah di kalangan pemimpin kita yang merasakan hal yang samapa seperti sha? masih adakah di antara remaja-remaja di luar sana yang ingin melakukan hal yang sama seperti sha?!!! sha khuatir sekali jika adapun jumlah =nya kecil sekali. apakah mampu jumlah yang kecil ini membantu meleraikan semua permasalahan yang melanda di Negara kita ini?!!! mampukah mereka?!!!
Dazz yang ku sayangi, sama-samalah kita membuktikan masih ada sekelompok kecil rakan siber masih boleh dipercayai akan setiap kata-katanya. malahan tidak menyimpan harapan yang terlalu besar untuk bertemu rakan-rakannya yang lain melainkan sekiranya diberi keizinan dan kesempatan itu sendiri oleh Allah s.w.t. insyaAllah…
dazz…sha berharap sama-sama kita menjaga hubungan yang sudah terjalin ini. Mana tahu satu hari nanti, kita adalah salah seorang daripada penyelamat generasi² akan datang dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini….salam sayang dan salam rindu buat dazz dan semua teman² yang mengenali sha83@kaizer ( tidak mengira sama ada baru kenal ataupun teman lama)…
"JOM BERSATU SELAMATKAN NEGARA KITA!!!" ...insyaAllah...
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment