Sunday, September 7, 2008

KiSaH aKu DaN …

~ KiSaH aKu DaN BLoGZ~

aku dah bagitau dah, aku ni memang minat membaca. Oleh sebab itu aku suka selongkar blog² orang. mana-mana blog yang aku betoi² minat aku tarok le link kat sini…sesaje nak share ngan geng² yang lain pulak. Mana tau dorang pun leh gelak sampai golek macam aku depan pc, ke laptop, ke desktop, ke atau apa² yang bersaudara dengan PC ni…
baru sat tadi aku masuk blog hilang punca hahha…aku komen lah dia punya entry pasal sahur tu. komen aku…aku rasa toksah le aku siarkan ek..tapi ini dia jawapan daripada encek pp

>>>sha,
hahaha khabar baik. peh berbuka di sarawak, sahur kat kl..apa jadah? duit tambang saja dah boleh buat gua makan daging rusa hari hari..
nak tahu cerita lanjut leh masuk blog dia….korang klik je kat link kawan² dan carik nama blog hilang punca. pahtu korang carik tajuk: Friday, September 05, 2008 >>>Sahur - Hari ke-5

reply utk pp nie>>owh kalo macam tu kan pp ko doa² je aku jadi kaya pp nanti aku blanje tambang wt ko try bukak pose kat tpt aku … erk… yo yo owh je bunyi…

untuk penyu biru terima kasih kerana jadi pelawat blog ni.

#untuk adik nazlie…jgn merajok entry je nampak pjg tapi cerita satu entry ada 4 juta cerita hahha…
#rudz senyum je….
#the four horsemen ,… jgn buat gitu lagi bebulan pose ni tak elok wakkakaa…
wah…wah…wah fisau bukak satu lagik blog semoga berjaya fisau…

~KiSaH aKu DaN SeMaLaM~

erk…Penang banjir kilat ke semalam…adohai aku tatau menahu langsung. semalam aku ngan anak² buah aku layan bebola jadi semua channel Indonesia keluar huhuu…aku dapat tau pun dari berita jam satu stgh yg disiar selepas melodi tv3...

semalam aku tak tolong apa-apa pun. tapi lepas abih je majlis tahlil tu baru aku bekerja keras. Fuyoh!!! aku tau mesti korang tak leh nak bayangkan ekekeke…toksah bayang ,,,, layan je nanti kepala pusing. aku angkat baju aku yang melebar panjang tu pahtu siap selit lagi kat dalam kocek seluar jeans aku dan dengan slumber aku ngate kat umi…

“umi tak sudi ke amik gambo aku dalam keadaan mcm ni…”
umi geleng pale dan jawab: “ malu umi tengok…x nak lah…”

ishk²…aku rasa kalaulah Nabil raja lawak lalu depan aku kompem nabil tak ngaku aku ni peminat dia…sebab semacam je..Cuma takder mekap lebeh² je ..

Perhatian: masa tu aku dok tolong angkut pinggan mangkuk dan segala-gala perkakas yang baru je selesai dimandikan dari luor rumah masuk dalam rumah. yang aku musykilkan…semalam tu kenduri tahlil ke atau majlis kawen aku…fuh! ramainya orang bertandang…sampai tak cukup makanan…

~Kisah aku dan datin norazlina~

haaa ini dia selebriti tv3 yang paling aku minat…akhirnya dia akhiri zaman bujang dia gakz…wah dah jadi datin sekarang…jgn lupe ek kasi duit rayo tahun ni…hekhekhek…alah yang baca berita @tv3 tu…selamat pengantin baru semoga kekal bahagia dari dunia hingga akhirat…insyaAllah amiin…

~Kisah aku dan melodi@tv3~

hahha nabill tersayam jadi artis jemputan pulak dalam melodi hari ni…bestnyew…lama tak tengok pe’el nabil ni…hohooo…
tadi dia buat suara sengau lagi dgn nyanyi sebaris lagu tu cahaya di aidilfitri….erk rasanye berapa suku kata je yg dia sebut tak sampai pun sebaris…

~kisah aku dan kesihatan aku~

sebenarnya aku baru je nak sembuh selsema…dugaan dan cubaan bebulan puasa ni memang dasat…menjadi-jadi…memula semalam aku dah tidur dah masuk bilik terus pang!!! dasat jugak keletihan aku hari semalam tu. tak dapat nak imagine lelebih.

dalam kol doblas lebih aku terbangun aku dapat satu message special hekhekhek message yang ditunggu-tunggu…message punye message, koling punya koling dia suruh aku pi tidoq..dia tau aku tak sehat dan letih. aku kata o.k..tak lama lepas tu datang lagi satu mesej ni daripada bespren aku dia dok johor message berbalas message akhirnya aku surrender gak sebab mata nak tutup. bila try nak tidur tu tetibe je mata tak nak tidur degil pulok dia. aku call lagi seesorang ni tadi..kebetulan super savers masih ada baki…dia pujuk punya pujuk akhirnya aku tidur jugak..pahtu terus tak sedarkan diri dah. tapi yang pasti dia tak bangunkan aku sahur!!! geram le jugak tapi nak buat macam mana dh dia tertidur…

nak dijadikan cerita kebetulan adik andy antar message pagi tadi … terkejut aku tengok jam. ops! alamak terlebih sudah! jadi menu pagi itu Cuma megi sup dan saki baki makanan time tahlil semalam tu…nasi takder…terima kasih adk andy…yg pasti itulah sha sebenarnya…tak perlu dah nak makeover² lagi…aku bangun terus call orang yang janji nak gerak aku tu. serang dia..ah sudah! dia tak angkat kol.

pahtu aku call rudz sebab dia pesan mintak tolng gerak kan dia…yg si rudz ni lagi satu ape kes dia pilih caller rt macam tu..gelabah puyuh gak aku memula..apek mana yang angkat tepon dia ceh…

tak lama lepas tu aku dpt koling dr seseorg…hahha dia ngaku dia tertidur adehhhh tak sempat aku nak serang…

pagi tadi aku bancuh air milo..pahtu aku amik mug avon aku yg besor tu…dah jadi kewajipan bagi aku sahur dgn semug air milo…tapi satu keluarbiasaan bila aku telan megi time sahur..

agak² itu kot yang buat aku rasa terok dan dasat sesgt hari ni…pukul 6 pagi tadi aku tidur balik..tetime kau tak sehat aku paling pantang kalo org ganggu time tidur aku…hendak dijadikan cerita kitorang kene balik awl ke flat adohai…nasib baik aku dh bgn dulu kalo tak kompem tak nak bgn…pukol 11 stgh kitorang balik flat di daro.

dengan pale sakit, badan lesu dan tetibe aku rasa mcm sesak napas je..dan aku tatau le sama ada jantung aku ke yang rasa sakit atau paru-paru aku atau hati aku…dasat gak kan? masuk dlm pukol 2 lebeh tadi aku rasa nak muntah pulak..ah sudah…aku takut dah puasa aku meletup hari ni…aku cuba untuk bertahan..insyaAllah dapat tu…time artikel ni ditaip pukol 3:24 PM lebeh kurang dekat 3 jam lagi nak berbuka.

o.k semua...itu sahaja untuk hari ini!!!

0 comments: