Friday, September 5, 2008

KiSaH aKu DaN …

KiSaH aKu DaN HaRi iNi

aih?!!! apa macam?!!! hahhaa…
hari ini aku tidur tak lena…maksud aku semalamlah tu…ade ke patut aku mimpi yang tak elok…
heyppp…jangan pikir yang lain dulu ek…
aku mimpi aku berada di sekolah menengah lama aku. Kebetulan di situ ada satu event entah apa² entah! aku lalu depan kelas…dari satu kelas ke satu kelas…korang nak tau…masa tu aku sebenarnya nak on the way balik rumah…
memula tu berada tepi sungai lepas tu tetiba pulak berada di kawasan sekolah menengah..siap bagitau lagi dengan kekawan ngan cousin aku …o.k kita jumpa hari sabtu…bye…
dalam masa itu aku dengar sekolah ada buat sukan sekolah…
bila aku nak guna laluan depan makmal tetibe ada orang kata jgn guna laluan sana. bahaya! serammm…hohohoo…alih² aku berubah haluan guna haluan yang dulunya pernah jadi kelas aku. iaitu form 2B…di sini lah aku tengok berbagai-bagai ragam dan pakaian dan style senior² aku dulu…
tetapi yang aku hairan macammana pulak orang Malaya terlampau ramai pada hari itu..malahan aku tak kenal pun mereka…aku tatau lah event apa sebenarnya tu…tak lama lepas tu tetiba seorang kakak mintaj tolong aku..aku tolong lah…lepas tu entah macam mana aku terpandang kasut kat luar kelas dan seingat aku kasut itu milik tauke cina yang berjual berdekatan dengan sekolah tu…masalahnya mana ada cina duduk di kawasan itu..adohai…
pelik..pelik..mimpi aku kan?
aku ambil kasut tu atas niat nak hantar ke rumah cina tu .. entah macammana pulak aku diarahkan untuk menjaga kedai tu sepanjang malam…adohai…punyalah penat aku rasa..tetapi masa aku nak tidur aku memang rasa tak lena…korang nak tau kenapa? aku asyik nampak ada seorang nenek cina yang selalu ulang alik di dalam hingga keluar pintu kedai tersebut…entah macammana aku teringat satu kisah di mana kedai itu sebenarnya ada orang jaga..iaitu roh tuan punya kedai itu sendiri. dan sebenarnya kasut yang aku jumpa itu adalah kasut milik si mati…
masa tu memang bulu roma semua menaik..seram sejuk dingin semuanya bercampur….hati-hati aku melangkah keluar dari situ…akhirnya aku berjaya dan sampai di rumah nenek yang lama….di situ aku ingin sekali buang hajat kecil. tapi tatau kenapa aku rasa seram semacam. In the endnya aku beranikan diri jua…sampai je kat depan pintu toilet aku terkejut tengok seorang budak perempuan yang rambutnya mengurai panjang dan siap dia kejor aku pulak tu…
kerana teramat terkejut akhirnya aku terbangun dari tidur…dengan badan yang panas, nafas yang pendek dan tercungap-cungap macam orang baru lepas marathon, rasa nak pengsan dan peluh yang melampau-lampau….
apalagi aku terus istighfar banyak²! Namun, sehingga sekarang aku masih terbayang wajah budak tu…aku harap aku tak kan jumpa dia di alam reality cukuplah di alam mimpi…

KiSaH aKu DaN CuTi MeRDeKa

hahhaa aku kan pergi sibu cuti tu tadi. Abg Taz yang suruh pergi sana…sampai di sibu aku tidur rumah cousin aku…sat..sat aku nak cerita dari mula dulu bior entry ni jadi panjang²…
memula aku berangkat dari rumah siap masak nasi semua dah dan lauk pauk untuk orang-orang yang akan ku tinggalkan. masuk je dalam express aku jumpa kakak yang sekampung dengan aku. jadi aku duk sembanglah dengan dia. hari tu aku duk seorang tetapi itu punya sit untuk duorang…bot express tu berangkat pukol 3…tetiba je aku terkejut bila tengok bdk satu staff ngan umi pun ada jugak…apelagi aku ngayat umi antor msg bitau kat umi betapa boring nya aku..kalaulah ditakdirkan aku ni friendly dah lama dah aku bawak dia tu bersembang…belum lagi umi reply tetibe mes8 budak tu berbunyi dan diikuti oleh msg umi yg masuk…umi kata bawak je lah berloyar…mana tau leh dapat tambang free…. aku jawab balik tak nak aku kang tak pasal² kene serang awek dia..baru je dia terima msg tadi..hek4 macam tetau je aku dia tu dh ada awek kan?
dalam perjalanan ada duorang mamat masuk…yg seorang tu memang sah org melaya tapi yang seorang tu aku agak² serawak lah…fuh! naseb baek ada tempat duduk kosong di belakang jadi yg org melaya tu duduk belakang dia duduk di kerusi depan sm dgn bdk yang satu staff ngan umi tu.
sepanjang perjalanan tu aku memang layan abih lagu dalam enpown sampai nyanyi tak sedar diri..adohai…korang agak² yg lelain tu ada dengar tak?
sampai di sibu aku ingatkan abang aku dah tunggu aku kat atas tu rupanya aku pulak yang tunggu dia. dia masih mencari helmet utk aku. di sinilah permulaan musykil di hati aku…bidak yang geng ngan orang melaya tu tadi dia senyum² je pandang aku...aku tak pikir lain…
pertama aku agak² mesti dia perasan sesuatu ke yang tak elok pada pakaian aku tapi dia tak berani untuk bercakap. kedua…entah² dia gelak sebab dia pulak yang dulu balik dari aku adohai…atau ketiga…ini adalah satu kemungkinan yang besor…agak² dia dengar suara sumbang aku tadi kowt .. malunyew…
sampai umah cousin aku dia nak gi kuching pulak naseb baek adek dia tak jadi pergi. aku esok hari tu jejalan ngan adek dia sampai di parkson tak sangka pulak jumpa abang no.4 encik mohd mohaldin dgn rabiatul adawiyah bersama isterinya…siap dia belanja di pizza hut hohohoo…layan pizza tuna, jejari, dan agak² macam spageti jew…baby hari tu bad mood jadi tak nak bergambo dia tu..
tak lama lepas tu abang taz dtg dia belanja beli baju yang sha nak beli bulan lepas hohohoo…nak tau baju ape? alah baju yang ntah apa² entah..tapi yang pasti kalau tak der discount 20% harga dia cecah RM79.90. Amacam?
Kan dah cakap abang taz nak buat amal jeriah. Sebelum aku pergi sibu tu abi pun buat amal jeriah dia tolong bayarkan upah baju raya aku RM45…amacam? belum lagi buat muka kesian tu….hahhahaa…
time balik dari sibu tu yg tak best..tauke express tu marah². apelah nak marah² orang. salah penumpang jugakah kalau xpress tu kecik, kuesyen kat dalam tak berganti, lepas tu ekon pulak macam takder fungsi…bawak bersabarlah. kalaupun orang takder tempat duduk jgn lah sampai marah macam tu. Ingat kitorang tak dapat bayar ka utk dua sit!
sabor sha sabor…hohohoo….

0 comments: