Sunday, April 29, 2012

Hidup Adalah Perjuangan !!!

Masa-masa demam macam ni memang terasa sangat nikmat hidup dalam kesihatan yang baik . tapi bila fikir sekali lagi syukur Alhamdulillah sebab Allah bagi demam yang biasa-biasa tak adalah sampai nak melarat masuk hospital.

Rasa semput sudah mari tanpa minum sesuatu yang ais. adalah satu hal yang pelik.  Tapi , menjadi sangat biasa bila Onmode tak cukup rehat. kurang lebih dua minggu lagi adalah persediaan untuk anak-anak yang nak ambil ujian. kertas soalan tak sedia lagi. malam ni harus mencari soalan-soalan. sekurang-kurangnya sebelum hari rabu semua soalan  dah siap :-)

Adalah marked juga sebelum ni beberapa soalan untuk dimuat nanti. harap-harap budak-budak ni tak mengeluh bila baca soalan. He He He ....

Buku?!!! Alhamdulillah settle sudah minggu lepas :-)
Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan :-)
Lagipun minggu ni ulangkaji. Saya tak mampu nak bercakap lama-lama. terbatuk-batuk saja. rasa nak pecah paru-paru bila dibawa batuk selalu ni. penat pula rasa :-)

Nota: Apakah yang akan berlaku esok hari :-)

Friday, April 27, 2012

Amir & Me ^____^ !!!

-usu ...
sedang menurun mencari
idea
nanti tolong tengokkan budak-budak. takut amir naik tingkat atas. bahaya tu.!!!-  

-o.k - menjawab dengan nada nak tak nak berkata-kata. Ngantuk sangat-sangat.

sebelum anak-anak ni bangun terutamanya si Amir, aku pun pergi membereskan apa-apa yang perlu. seperti mandi, basuh baju dan sarapan. beberapa jam kemudian, akhirnya amir pun bangun...

dia bangun dalam keadaan yang happening. tiba-tiba dia bersuara:

usu ... 
tengok !!! haaa...tengok !!! 
-katanya sambil jari kecil itu mengarah ke arah skrin TV- 

tak lama kemudian baru dia nak serang sekali untuk sarapan. itupun cuma dalam kuantiti yang sedikit sahaja. kemudian sambung balik main. tak lama selepas itu dia panggil lagi sekali...

usu ...
usu.... 

ye .... amir berak ke?!!!

bukan berak .... tok ehhhh !!! sambil jari mengarah ke arah TV.

aku tersenyum..

kemudian dia panggil lagi ...

usu.... usu .... 

ya... amir nak minum susu eh?

aok ... maok susu .... 

selang beberapa minit lepas menyusu.... tiba - tiba dia panggil aku lagi ...

dengan muka yang penuh emosi dia berkata ... 

usu ...
ohh usu... 
haaaa ... tok baruk berak !!! 

respon aku : GULPPP!!! 

kadang-kadang dia seakan - akan baby. tapi untuk kali ini tak pula keluar watak babynya hehehe ... 

Wednesday, April 25, 2012

Seorang Tetapi Tak Pernah Kesunyian

 Bulan April tak lama lagi berlalu :-)
Aku masih tetap di sini, sendiri tapi tak pernah merasa keseorangan :-)

Rata - rata teman sebaya aku dah ada teman hidup. Cewah !!!
Saya pula boleh dikatakan terfikir pun tidak apatah lagi untuk berfikir.
Memang syok lah bila hadir majlis dorang. Buat yang terlepas majlis tu ...maaflah ya...

ia cuma ada dua kemungkinan.
1- saya tak tau majlis korang bila nak langsung
2- saya sangat-sangat tak dapat pergi kerana lokasi yang agak jauh :-)

teringat bicara seorang teman lama

" dia ni kalau pergi mana-mana tak pernah seorang-seorang mesti ada yang offer diri nak temankan ...
tak percaya ke?!!! 
try lah pergi skodeng dia kat lobi tempat belajar tu :-) 
tak pun kat library ke :-)" 

tak kurang juga ada yang kata

awak ni memilih sangat kot !!!


Ha Ha Ha !!!

dan sehingga saat ini saya memang tak ada jawapan untuk sebarang pertanyaan tentang penamatan status single aku  ini :-)

Ha Ha Ha penat juga bila berdepan dengan pertanyaan yang sama. namun, kadangkalanya terselit perasaan lucu pun ada juga. Lucu bila orang lain sibuk-sibuk tentang diri kita. tapi kita pula acuh tak acuh saja dengan sendiri :-)

senyum tak perlu kata apa-apa :-)

sibuk di sini bukan maksudnya menyibuk. tapi prihatin dan ambil berat tentang kita kerana amat menyayangi kita. jangan salah sangka dulu tau :-)

Nota: aku selalu memikirkan diri aku sudah dilengkapi tapi pada orang lain hidup aku masih ada yang kurang. hanya kerana aku belum tamatkan status single ini. walau apapun pandangan orang luar aku masih tetap . Semoga Allah kekalkan rasa bahagia ini sehingga aku memasuki alam akhirat amiin Insya'Allah. aku mungkin keseorangan pada pandangan mata kamu. hakikatnya aku bukan keseorangan, kerana aku ada Allah :-)

Thursday, April 19, 2012

Bila Dua Dua Kurang Kasih Sayang


‎-hai .... boleh saya mintak kasih sayang awak sedikit - Katanya

-kasih sayang saya pun dah berkurang ni kalau saya bagi kat awak habislah stock... kasih sayang untuk diri saya sendiri macam mana -
Kata hati saya





bila saya on saja henpon terus dapat mesej macam ni . sadis sangat rasa jiwa saya sekarang ni. sampai hati betul dia tu nak mintak kasih sayang saya dari saya eh . dia kenal saya ke sampai nak mintak - mintak ni. kalau saya kasi stock pula akan habis. mana boleh macam tu kan?!! untuk saya sendiri macammana?!!!

mesti akan ada yang bagitau ...
janganlah bagi semua. Bagi saja secubit rasa.

Masaalahnya, secubit rasa pun tak ada untuk dia. kalau dia nak minta sangat. mohonlah pada Allah jika berkehendakkan kasih sayang. saya tak mampu nak bagi macam tu saja pada awak . Ianya adalah milik Allah. dan hak milik kekal Allah . siapalah saya nak berbagi kasih sayang pada awak . :-)

Nota: semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata...bila tiba masanya Allah akan pasti tarik balik juga.

Wednesday, April 18, 2012

~TELINGA BERSUARA "NGING"~ ( Benarkah?!!!)

‎Sebenarnya aku onmode beristirehat selepas mengemas tempat operasi aku. check kat news feed tiba-tiba terpandang status seorang kenalan. dia ni aku kenal sebelum aku wujud dalm fesbuk. jadi maknanya dia tu bukan teman fesbuk ye...lama dah lost contact ...sejak ada fesbuk ni adalah beberapa kali bertegur sapa. oh ya ... terima kasih pasal jadi sifu tajwid hujung tahun lepas ... agak-agak bila kita nak mula lagi ni ?!!


aku tak pastilah dengan cerita yang ada dalam entri. siapa-siapa yang tahu .... mohon tampilkan diri beri penjelasan dengan lebih lanjut :-)

Adalah Panggilan Sayidina Rasulullah SAW.
Oleh : Ustadzah Zidna Zidan Nafi'a.

Assalamu'alaikum..~* Bismillahirrahmaanirrahiim *~ ...

Banyak orang yang bertanyakan, kenapa kadang2 telinga bersuara dengung "Nging" ?
Apa sebab musababnya, karena musababnya ada org yg mengatakan dgn tidak berpedoman, bertahayul dan sangkaan jelek terhadap hal itu...

Sesungguhnya suara "NGING" dalam telinga itu, adalah Sayidina RasulullAh SAW sedang menyebut2 orang yg ditelinganya bersuara "NGING" (dengung) didalam perkumpulan orang yang tertinggi (malai'ul a'laa) dan hendaklah dia supaya ia ingat pada Sayidina Rasulullah SAW dan membaca selawat untuk baginda.

->Hal ini berdasarkan keterangan dari kitab ( AZIZI 'ALA JAMI'USH SHAGHIR)"
"Jika telinga salah seorang kamu berdengung (nging) maka hendaklah dia mengingati aku (Rasulullah SAW) dengan membaca selawat kepadaku."

Serta mengucapkan "DZAKARALLAHU MAN DZAKARANII BILKHAIR"..
ertinya; "Allah ta'ala akan mengingati orang yang mengingatiku, dengan kebaikan."

Imam Nawawi berkata :
Sesungguhnya telinga itu berdengung hanya ketika datang berita baik kepada Roh.
Bahwa Saidina Rasulullah SAW telah menyebutkan orang ( pemilik telinga yang berdengung"Nging" ) tersebut dengan kebaikan di "Al-mala'ul a'la" (majlis tertinggi) di alam rah.[ Kitab AZIZI 'ALAL JAMIUSH SHAGIR ].

Semoga Bermanfa'at. .
Salam Ukhuwah Fillah.

sumber FB : page Qolbun Salim

Thursday, April 12, 2012

Sesekali Tertipu !!!

Kih !!! Kih !!! Kih !!! gambar di sebelah tiada kaitan dengan title entri ini. cuma sekadar hiasan sahaja.


al-kisah di suatu petang yang indah ... bermain - main dimukabuku. terpandanglah beberapa status berkaitan dengan tertipu oleh sinetron-sinetron yang HITS MELETOPPP!!! beberapa bulan yang lalu. ia lah kan ... pandangan peribadi. masing-masing akan punya pandangan yang tersendiri. sebenarnya saya betul-betul tak kisah dan tidak berkecil hati. part yang best bila dok kata membazir airmata "teriak" nengok tv . haishhh dah nya spesis "EMO" nak buat macam mana?!!! kikiki...

bukan bangkang bukan juga menyokong ...
dulu-dulu memang tak boleh tertinggal sinetron-sinetron ni. dari samarinda ke akasia... semuanya aku layan. cuma baru-baru ni agak liat sikit. dunia sekarang aku tengok kritik bagai nak rak. tapi apa yang kita sendiri buat ya?!!! jadi pengkritik tak diiktiraf sajalah hehehe...

dan sekarang ...
tinggal satu saja lagi episod drama korea yang aku tengok hehehe ...
sambil-sambil tu tengok-tengok juga slot akasia hehehe ...
dan sekarang tengok slot samarinda hahaha ....

Nota: kadang-kadang terfikir juga ... kita tahu cerita itu hanyalah rekayasa dari imaginasi seorang penulis. apakah perkataan "tertipu" itu relevan sangat dengan situasi dan keadaan masa kini. setahu aku lah kan ... tertipu itu sesuai untuk yang tak tau apa-apa dan dia fikir semuanya betul-betul belaka sedangkan hakikatnya cuma mimpi semata-mata. jangan lupa .. ada juga dikalangan penulis yang menulis berdasarkan pengalamannya sendiri mahupun orang sekitarnya ... bukan sesuatu hal yang mudah bila mencari hakikat kebenaran dalam sebuah mimpi.

Tuesday, April 10, 2012

Syukur Alhamdulillah

semalam genap bertambah setahun ke depan usia aku. bermakna semakin singkat jangka hayat aku di dunia ini. kurang dah setahun. bila kau fikir - fikir balik ?!!!


banyak lagi benda yang aku nak buat. tapi setakat ni belum terbuat.
nampaknya banyak lagi yang aku harus belajar dan terus belajar....
tak tahulah esok lusa apa cerita ... untuk sesaat selepas aku menaip ini pun aku tak pasti apa yang akan berlaku.

singkat sangatkan hidup kita di dunia ni. pasal tu ramai yang dok kata...

hidup cuma sekali ... kita enjoy !!! banyaklah kau punya enjoy. enjoy lah sangatkan?!!!

syukur alhamdulillah. terima kasih atas peringatan, atas doa dari kalian semua... dan ucapan HB ... terima kasih sangat-sangat. dan saya sangat menghargainya :-) ....

semoga Allah merahmati dan melindungi kalian semua dunia dan akhirat .. amiin ... insyaAllah ...

Thursday, April 5, 2012

Rebah Tanpa Belas !!!

mengalahkan bunyi bom ..bom mahupun periuk api di tengah-tengah start jam pagi rabu perut aku rasa tak o.k ..saat bertukar ke minit, minit bertukar ke jam... semakin kronik akhirnya. menyebabkan aku terpaksa berperang semalaman.


situasi semakin gawat dan genting...
bila aku terpaksa berjaga di malam khamis yang indah . bukan kerana menunggu sang pili mengeluarkan air. tetapi bahana cecair cecair yang tidak diperlukan untuk dikeluarkan dari tubuh aku sendiri. sampai jam 4 pagi aku ulang alik ke bilik kecil. seluruh tubuh aku semakin menggigil. kaki tangan mula rasa beku dan sejuk. lama-kelamaan aku betul-betul rebah.

ingat nak pergi klinik pagi khamis.memandangkan aku tak sedarkan diri...maka, kunjungan ke klinik aku untuk ke klinik ku tunda jam 2. ingatkan paling kurang 30 minit saja menunggu. rupanya sampai sejam juga berada di klinik.

hasil daripada usaha kesabaran aku...dapatlah tiga jenis ubat ni
yang satu ubat gastrik dalam bentuk tablet(magnesium trisilicate) yang jenis kunyahan, satu lagi ubat hyoscine ke nyoscine eh ... tak faham saya tulisan cantik sangat ni ... untuk redakan rasa kejang dalam perut (dia bagitaulah) dan satu lagi paracetamol 500 mg.

al-kisah di ruang pemeriksaan.
saya bercerita dari A to Z ...
2 3 hari lepas saya rasa asyik lapar je perut. setiap kali makan tak pernah rasa kenyang... bila saya makan banyak kali dalam masa 2 hari ... tak sangka pula semalam (merujuk kepada hari rabu) keadaan makin teruk.

berapa kali keluar masuk tandas ?

banyak kali jugalah pagi tu dah rasa lain perut... start petang tu sampai lebih kurang jam 4 pagi tadi. ulang alik. nasib baik banyak minum air kosong. serius lah tak terkira berapa banyak kali check in kan... yang pasti setiap kali lepas makan atau minum mesti masuk tandas.

bila gastrik ...dalam keadaan macam ni, tak boleh makan benda-benda pejal, elok makan nasi bubur, semua makanan kalau boleh yang lembut dan mudah nak hadam. kemudian, paling elak makanan yang masam-masam sebab benda masam ni akan keluarkan asid. asid berlebihan ni lah yang bahaya. air bergas pun tak elok juga.

tiba-tiba sastu soalan terpacul dari mulut ini.

errr... perkasam tu boleh makan tak?

eh sapa kata perkasam tu tak boleh makan. boleh makan juga... tapi mesti isi perut tu dulu dengan makanan yang lain sebelum nak makan perkasam. ingat tu ... sebab perkasam ni masam ...berasid lebih....

oOooo.. mungkin pasal tu la saya ni kena gastrik. beria ia hari selasa tu makan pekasam.

pekasam apa?

pekasam pucuk ubi.

tak ada campur ikan ke apa lagi dalam tu?

tak ada ...

kalau campur ikan (dia sebut macam-macam jenis bunyi ikan) mesti sedap.

buat masa sekarang ni. minum air susu saja dulu, makan bubur, makan roti krakers... jangan biarkan perut kosong, kena makan sekerap yang mungkin... sekeping dua roti pun dah mencukupi. asalkan perut jangan kosong o.k !!!

Nota: sebelum ini bila aku pergi medical check up dia kasi ubat gastrik tu tadi dalam bentuk cecair, memandangkan aku dah banyak ulang alik masuk bilik kecik dia tak bagi aku makan ubat dalam bentuk cecair, tak nak memudaratkan aku. sebab ia akan buat aku kehilangan banyak cecair pula nanti. jadi dia tukar ke dalam bentuk tablet. nama ubat masih sama. magnesium trisilicate . patutlah sebelum ni aku pernah diberi ubat tu dalam bentuk cecair ni...payah benar rasanya berpisah dengan bilik kecik. buat pesakit gastrik semua... usaha melawan sakit anda. yang penting ... makan .... jangan tak makan !!!

Wednesday, April 4, 2012

Antara Semangat Dan Rebah !!!

aku paling tak suka dengan situasi ini ...semangat dah ada dah. masalahnya tiba-tiba jatuh sakit.. jika aku tanya kenapa? seolah-olah mempersoalkan takdir pula. bukankah elok sekiranya berprasangka baik dan duduk diam-diam sahaja.


memandangkan keadaan yang tahap kronik. nampaknya aku kena bergegas pergi klinik pagi nanti. aku tak nak persoalkan nasib. yang pasti aku dah mula kecewa... aku kawad dah o.k dah... sungguhpun beberapa kali aku hampir terkecundang kejap tadi. gara -gara sakit perut yang teramat sangat. 2 3 kali jugalah terduduk sambil sambil dengar tok guru depan mengajar.

macam mana ni?!!! T____T

Nota: kadang-kadang hidup memang akan sunyi kalau tak pernah sakit. tapi bila dah selalu sangat ramai yang mudah putus asa ... Ya Allah .... limpahkan sedikit kesabaran MU buat hamba-hamba Mu yang sedang berjuang melawan penyakitnya ..... amiin .. insyaAllah ...

sha83kaizer Versi Kawad

Ada apa dengan KAWAD?!!!

Aku ...baru sahaja balik dari taklimat untuk perbarisan hari sabtu akan datang ni. Aisehmen ... Kawad pulak dah ... hahaha ...

sebelum berkawad kita check dulu senarai apa-apa yang aku perlukan hari sabtu ini.

baju koprat ( confirm tak ada )
baju putih ( pun tak ada )
baju hitam (pun tak ada)
seluar panjang hitam ( ada )
kasut warna gelap ( satu kasut sukan pun tak ada )
tudung hitam ( ada )

kah !!! Kah !!! Kah !!!

fikir punya fikir nampaknya jumaat ini aku gerak pergi sibu sajalah merantau demi pasukan aku ni .... tak ada hal lah insyaAllah ... sebelum tengahari aku balik dari sibu. bila bergerak dalam satu team ...memang perlukan semangat sepasukan yang sangat cemerlang.

dengan penuh semangat juga keputusan muktamad dibuat.
Latihan kawad bermula petang ini dan petang esok .
Masih samar-samar dalam ingatan macam mana nak berkawad. zaman sekolah menengah dulu memang selalu kene lantik berdiri depan adik-adik kasi arahan. walhal ketua patrol saja dalam pandu puteri. sungguhpun aku ketua patrol ... sesuatu yang harus anda sedia maklum saya tak tahu nak eja ketua patrol ke ataupun ketua petrol ... saya keliru dan selalu keliru untuk itu!!!

zaman sekolah dulu ... kurang lebih ibarat makan kacang saja kawad ni. dah senja - senja macam ni alahai ... tak pernah terdetik nak berkawad lagi...niat tak niat ... nak tak nak kena kawad jugalah ... lagipun bukan selalu ikut - ikutan perbarisan macam ni. rasa rugi juga kalau tak ikut ...

Nota: saya suka tahun ni ... sungguh aktif geng-geng kami !!! Lain kali jemputlah kami untuk memeriahkan suasana yang memang sediakalanya meriah :-) kalau dapat memang macam hari tu kan best ... boleh makan free lagi kot ;-P

Sunday, April 1, 2012

Langkah Kaki Yang Tak Sampai 10 !!!

tengah syok melayan berita ...

sementara menunggu mentor beraksi...
sementara jejari mengetuk ngetuk papan kekunci ...
tiba-tiba sang rerama bertandang dan bermain dengan riang rianya dalam tangki usus aku...

bila dah melekat depan TV dan lappy ni memang malas bagai nak rak berjalan sana sini ... akhirnya aku terpaksa mengalah ... tak baik untuk kesihatan...

derap hayunan langkah kaki yang kedengaran agak keberatan dan tidak seikhlas rasa agak sumbang bunyinya. mengenang air yang cuma tinggal sedikit sahaja ... memang agak payah nak tunaikan...

tak sampai 10 langkah .....

tiba-tiba suasana yang terang menjadi gelap gelita ... OH TIDAK !!! memang tak sesuai!!!
tak sampai hajat macam ni....
tak sampai seminit dua suasana yang gelap bertukar menjadi bercahaya untuk sekali lagi ...


Nota: kalau dua -dua dah tak ada akan matikah kita?!!! sekian itu sahaja ... mohon secebis kesabaran dari MU ya Allah .... sesungguhnya aku betul-betul rasa dah nak hilang sabar ni :-)