Aku ...baru sahaja balik dari taklimat untuk perbarisan hari sabtu akan datang ni. Aisehmen ... Kawad pulak dah ... hahaha ...
sebelum berkawad kita check dulu senarai apa-apa yang aku perlukan hari sabtu ini.
baju koprat ( confirm tak ada )
baju putih ( pun tak ada )
baju hitam (pun tak ada)
seluar panjang hitam ( ada )
kasut warna gelap ( satu kasut sukan pun tak ada )
tudung hitam ( ada )
kah !!! Kah !!! Kah !!!
fikir punya fikir nampaknya jumaat ini aku gerak pergi sibu sajalah merantau demi pasukan aku ni .... tak ada hal lah insyaAllah ... sebelum tengahari aku balik dari sibu. bila bergerak dalam satu team ...memang perlukan semangat sepasukan yang sangat cemerlang.
dengan penuh semangat juga keputusan muktamad dibuat.
Latihan kawad bermula petang ini dan petang esok .
Masih samar-samar dalam ingatan macam mana nak berkawad. zaman sekolah menengah dulu memang selalu kene lantik berdiri depan adik-adik kasi arahan. walhal ketua patrol saja dalam pandu puteri. sungguhpun aku ketua patrol ... sesuatu yang harus anda sedia maklum saya tak tahu nak eja ketua patrol ke ataupun ketua petrol ... saya keliru dan selalu keliru untuk itu!!!
zaman sekolah dulu ... kurang lebih ibarat makan kacang saja kawad ni. dah senja - senja macam ni alahai ... tak pernah terdetik nak berkawad lagi...niat tak niat ... nak tak nak kena kawad jugalah ... lagipun bukan selalu ikut - ikutan perbarisan macam ni. rasa rugi juga kalau tak ikut ...
Nota: saya suka tahun ni ... sungguh aktif geng-geng kami !!! Lain kali jemputlah kami untuk memeriahkan suasana yang memang sediakalanya meriah :-) kalau dapat memang macam hari tu kan best ... boleh makan free lagi kot ;-P
0 comments:
Post a Comment