tengah syok melayan berita ...
sementara menunggu mentor beraksi...
sementara jejari mengetuk ngetuk papan kekunci ...
tiba-tiba sang rerama bertandang dan bermain dengan riang rianya dalam tangki usus aku...
bila dah melekat depan TV dan lappy ni memang malas bagai nak rak berjalan sana sini ... akhirnya aku terpaksa mengalah ... tak baik untuk kesihatan...
derap hayunan langkah kaki yang kedengaran agak keberatan dan tidak seikhlas rasa agak sumbang bunyinya. mengenang air yang cuma tinggal sedikit sahaja ... memang agak payah nak tunaikan...
tak sampai 10 langkah .....
tiba-tiba suasana yang terang menjadi gelap gelita ... OH TIDAK !!! memang tak sesuai!!!
tak sampai hajat macam ni....
tak sampai seminit dua suasana yang gelap bertukar menjadi bercahaya untuk sekali lagi ...
Nota: kalau dua -dua dah tak ada akan matikah kita?!!! sekian itu sahaja ... mohon secebis kesabaran dari MU ya Allah .... sesungguhnya aku betul-betul rasa dah nak hilang sabar ni :-)
0 comments:
Post a Comment