Wednesday, April 25, 2012

Seorang Tetapi Tak Pernah Kesunyian

 Bulan April tak lama lagi berlalu :-)
Aku masih tetap di sini, sendiri tapi tak pernah merasa keseorangan :-)

Rata - rata teman sebaya aku dah ada teman hidup. Cewah !!!
Saya pula boleh dikatakan terfikir pun tidak apatah lagi untuk berfikir.
Memang syok lah bila hadir majlis dorang. Buat yang terlepas majlis tu ...maaflah ya...

ia cuma ada dua kemungkinan.
1- saya tak tau majlis korang bila nak langsung
2- saya sangat-sangat tak dapat pergi kerana lokasi yang agak jauh :-)

teringat bicara seorang teman lama

" dia ni kalau pergi mana-mana tak pernah seorang-seorang mesti ada yang offer diri nak temankan ...
tak percaya ke?!!! 
try lah pergi skodeng dia kat lobi tempat belajar tu :-) 
tak pun kat library ke :-)" 

tak kurang juga ada yang kata

awak ni memilih sangat kot !!!


Ha Ha Ha !!!

dan sehingga saat ini saya memang tak ada jawapan untuk sebarang pertanyaan tentang penamatan status single aku  ini :-)

Ha Ha Ha penat juga bila berdepan dengan pertanyaan yang sama. namun, kadangkalanya terselit perasaan lucu pun ada juga. Lucu bila orang lain sibuk-sibuk tentang diri kita. tapi kita pula acuh tak acuh saja dengan sendiri :-)

senyum tak perlu kata apa-apa :-)

sibuk di sini bukan maksudnya menyibuk. tapi prihatin dan ambil berat tentang kita kerana amat menyayangi kita. jangan salah sangka dulu tau :-)

Nota: aku selalu memikirkan diri aku sudah dilengkapi tapi pada orang lain hidup aku masih ada yang kurang. hanya kerana aku belum tamatkan status single ini. walau apapun pandangan orang luar aku masih tetap . Semoga Allah kekalkan rasa bahagia ini sehingga aku memasuki alam akhirat amiin Insya'Allah. aku mungkin keseorangan pada pandangan mata kamu. hakikatnya aku bukan keseorangan, kerana aku ada Allah :-)

0 comments: