Thursday, January 27, 2011

Hari Kedua Minggu Ke3



welcome back atiey dan buat adik has ... selamat mengekalkan diri anda di dalam bidang ini...hihiiii...
sampai-sampai di lokasi kerja.. aku jugak yang blur..haisshhhh...
Oh ye ...
Hari ni tadi ada taklimat khas :
kire orait dan Tip Top le taklimat kali ni...
suke dan happening gitu lho...
jarang orang suka taklimat ni...
aku jugak yang lain daripada yang lain hhaha...

Thanks untuk penyelia kitorang ... yang pastinya segala kemusykilan telah pun terungkai...
Sekarang baru faham First_class gitu...
Atiey... caiyok caiyok caiyok...
tak dapat nak dikhabar dah perasaan bila kita semua masih bersama...

Pasal anak-anak aku? habis taklimat. aku masuk rumah ada yang bilang itu ada yang bilang begini. pusing-pusing!!! sebenarnya kalau tak dibagi laporan pun aku tau dorang bising dan main-main... hahhaha aku tak ada pasang cctv atau radio record ke...tapi aku tau daripada kerja yang tak siap-siap tu :aduhai


sekarang aku tengah pikir macam mana nak selesaikan masalah M.A.L.A.S menulis dikalangan si cilik cilik ni... masalahnya dorang tak makan saman hihiii...Today aku dapat seorang lagi anak... dia aku langsung tak kenal...sebab baru je hari ni datang. hihiii... anak istimewa tau... sebelum balik tadi sempat jugak aku pesan kat dia supaya datang lagi untuk hari yang seterusnya. dia senyum dan angguk sambil jawab ya.


P/s: sis fiza sha dah tolong tukar kaler nye neh ...hihiii

FiSaU said...
nak spare ea? spare kene import dari india! sana mali banyak bagus! wakakakakaka!
January 27, 2011 12:28 AM

uikcsss jauh nye nak kene pergi (sambil layan hindustan film) hahaaa
DaKMuO said...
Salam...Waahhh.. bagus!Tahniah! anda baru je menjoinkan diri dlm group PELUPA.. Sayalah Founder group itu.. Opppss.. terlupa.. apa awak tulis td... (jap, baca balik..)Ok.. dh ingat.. isu berbangkit.. pasal xde air je ek? ciannye... mesti dh bau tahap kambeng.. keh keh keh.. meh la pindah JB.. sini terlebey air dah :D Anyway.. selamat... selamat.. selamat ari raye.. ehh.. sambut ke raye cina? :P kekeek..
January 27, 2011 2:35 AM
Terima kasih atas kata-kata aluan tu hhaha... banyak le muo nyer group.... ape pulak bau macam kambing...macam pernah cium kambing je muo ni .. aishhh tak kan penah skandel ngn kambing kot...muskil muskil hahhah... Selamat hari raya gak tok muo... Dan nanti saya tolong sampaikan pada bro Sze Ching pasal raya cina tu hahha... kalo dia tak nak terima aku paksa gak dia terima salam selamat Tahun Baru cina daripada muo hihiii ...
buat semua syukriya.. syukriya... mere piya...

Wednesday, January 26, 2011

Hari Pertama Minggu Ke3

nak bawak diri dulu... hihiii ngada je kan kan kan....
cerita hari ini? errrmmmm....

hari ini aku telah lepaskan seseorang. kesalahannya nak kata besar tak..... tak sampai peringkat jenayah. nak kata kecik tak jugak...sebab boleh mengganggu ketenteraman awam dan sekaligus semua kerja bakal terganggu sedikit.

dah pelik je bunyinya kan?
aku sekarang sedang layan Samsons & Delaila. sambil-sambil tu tunggu air keluar. hihii tak ada topik lain kan? air..air..air... hahha
Buku Kerja Aku? Alhamdulillah... siap semuanya!!!!!!!!!!!! hooray!!! boleh cuti le lepas ni. tak ada nak pikir apa-apa dah. hihiii...satu perkembangan yang baik tu...harap-harap menten sampai hujung tahun ni hik...hik...

Kepala aku? Alhamdulillah...kurang sikit denyutnya... cuma sekarang ni aku cepat lupa je. tak sampai 5 minit dah lupa aishhhh.... kadang-kadang dapat ingat balik.. kadang-kadang langsung tak ingat...kronik..kronik...

sekarang ni sedang layan muzik aktif channel 180... kenapa tak layan frenzyfm?!!! Bukan tak nak layan ... tapi internet tengah blurrrr... saya pun lagilah blur jadinya :nangis (rindu kat frenzy... {mesti hilang balik apa yang aku dah sign up tahun lepas} ... )

semalam blackout jam 12tengahmalam... tepat pulak tu .. agaknya cinderella kluar kot hihikk...pukul 1 baru nak on balik.

sekarang tinggal satu kerja je... aishhh ... bukan satu..tapi dua... saya tak basuh lagi pakaian kotor dan tak iron lagi baju kerja saya. huhuu... tengah mencari soalan kuiz utk esok hari sebenarnya ni. siap je keje kuiz ni. saya nak masuk tidur. HO ho Ho agak kejam jugak saya sempena 2011 ni ye? hihiii... tak apa.. bukan selalu...

oh ye ... Alhamdulillah adik Raz*** dah hafaz 5 ayat power tau ... bukan senang budak macam dia tu nak hafaz...hihiiii sekarang ni saya nak tukar semua denda-denda kepada satu denda yang boleh bawak manfaat buat diri mereka dan mereka tak kan lupa sampai bila-bila...

sebenarnya tahun lepas dah saya buat...dan dah tekankan...sikit-sikit bolehlah jalan. Alhamdulillah...daripada tak tahu kepada tahu sikit-sikit. nanti lama-lama jadi bukit....betul tak?!!!

perkara yang paling seronok?!!!

mereka faham akan setiap apa yang kita cuba dedahkan ataupun sampaikan kepada mereka.

paling tak seronok?!!!

tak sampai satu minit dah lupa apa yang kita pesan :'(

Nota: banyak yang tak terjangka daripada yang dijangka. Jadi AWAS!!!

P/S untuk Fisau : huahuahua... tangki penuh eh?!!! banyak ko isi?!!! tak ada spare lain ka?

Monday, January 24, 2011

Mati Le Macam Ni ... Sobs Sobs Sobs

Opsss!!! Bang!!!
rasa macam kene tembak je kepala ni. kenapalah boleh jadi macam tu ye? jangan sakit tekak, jangan batuk dan semestinya demam sudahlah...


tengah buat apa tu? semoga tugasan harian kita semua berjalan dengan lancar. korea on air sekarang ni. buku kerja aku?!!! Opss!!! tinggal 25% lagi nak siap. ermm skerang yang ganti marry me, mary! tu Dream High ea? best jugak cerita tu hihiii... episod pertama dah ada konflik. main-main first rate ngan 3rd rate pulak... :aduhai

sedang seorang-seorang ni terpikir le jugak ... aishhh jangan le ingat yang bukan-bukan. cuma kepikiran macam mana nak gemukkan badan. bukan masalah tak ada selera nak makan tapi masalahnya malas nak makan. bila On Mode: Malas nak makan. memang tak terasa lapar. tak kiralah makan beramai ke makan seorang.... bila dah time malas tu... malas jugak le jawabnya. bila jarang makan ni aku rasa...lebih berkurang sakit perut. tapi, bila aku banyak makan...ada-ada je yang datang berziarah. maksud aku penyakit yang berziarah. hihiii...

esok aku rasa nak bangun untuk bersarapan. hihiii. sarapan betul-betul ni. bukan isi air je. sekali nak makan... Ermmm... makan apa ye? makan nasi goreng? okay jugak. aishhhh .. kompem tak mampu nak isi perut time lunch dah. bila dah sarapan :haru ....

Nota: pengumuman semua...sesiapa yang ada tangki lebih tu kasi le kat aku jugak :'(

Saturday, January 22, 2011

Al-Kisah Minggu Kedua

kenapa pelik je bunyi entri untuk kali ini? tuan punya blog pun naik bingung jugak nak menaip huhuuu....

Masuk minggu kedua...
kecoh bila seorang adik nak quit kerja. Alahai. macam tu lah life kita ni. tak pergi..datang...tak datang...pergi... tak pergi... pulang... tak pulang...innalillahi... gurau je hihii...

sekarang? sambil-sambil update blog ditemani oleh frenzy.fm. inilah kali pertama dalam tahun 2011 ni aku layan frenzy.fm. bukan apa...line macam tak cun je. aku layan pun dari blog http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/ .

minggu kedua ni saje aku tak kasi banyak kerja. kira warming up untuk dorang aku kasi sikit-sikit je soalan. nampak sangat muka dorang blur. bukan sebab apa pun. masih dalam mood cuti. dalam minggu kedua pun masih ada yang bercerita pasal percutian dorang muahahha... :ambik aku nak melayannya...

ada sikit punya syiok yang aku rasa minggu kedua ni. antaranya ialaha :

-pertama... kerja aku nak potostet dah siap.
-kedua... KUIZ ... mak'aishhh... budak-budak ni hahha :golek

ada apa dengan KUIZ?
aku serulah...nak adakan kuiz setiap hari khamis (aiseh macam mana lak aku boleh lupa jadual bulan dua ni kerja petang isnin dengan petang selasa jerkkk :padan muka aku...seronok sangat nak buat dorang gelabah alih-alih aku yang "terplay'ot" maiahahaa...

dorang ingat kuiz main-main... dengan pinjaman sengih dari kerang..(entah macammana agaknya kerang tu tersengih siap boleh diloan pulak). aku berseru dengan muka yang selamba dek...

" bukan kuiz yang main-main tu. ini kuiz untuk individu. nanti saya akan gubah soalan-soalan dalam bentuk subjektif. tidak ada yang objektif. tidak ada perkongsian maklumat untuk jawapan. cetak rompak tidak diiktiraf sama sekali. jika tertangkap, tak ada markah untuk kamu "

tindakbalas mereka:
"haaaaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!" ada yang tepuk dahi. ada yang dahi berkerut. ada yang buat muka tragik. pendek kata... penuh suspenlah mereka ni. suspen tak tahu kenapa. itu baru pendek yang kata. Aku tambah beberapa ayat sambungan selepas insiden tersebut.

" ada tambahan sikit semua. masa untuk kuiz lebih kurang 20 minit. 5 minit untuk ulangkaji nota-nota dan latihan-latihan yang dah dibuat. jawab soalan kuiz ambil masa 10 ke 15 minit macam tu. siap tak siap.kene hantar. sebelum balik kita akan buat semakan. tapi bukan saya yang semak. kamu sendiri yang akan semak dan mencari dimana kesilapan kamu. saya akan edarkan balik nota-nota tu kemudian. saya akan guna masa kohot. sambil tunggu giliran kamu..sekurang-kurangnya ada juga kerja kamu."

"haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! (lagi panjang pulak bunyi buat-buat terkejut dorang)". aku senyum je. heheee. nasib baik tak ada yang pengsan hahaaa...

sengaja aku buat macam tu.biar dorang serius sikit. asik nak have fun memanjang je. have fun tak salah. tapi kalau dah sampai tahap macam tak sedar diri tu :aduhai hahha pening...pening nak control. dorang ni bukannya dibekalkan remote control.kalau ada remote elok gak. boleh "mute" sekejap.hihiii...

setakat ni so far so good dorang. mungkin sebab saya tak benarkan dorang pergi berjalan sana sini kot.hihihiii...

nota: hahaaa gertak je lebih... bukan apa-apa pun...kadang-kadang terfikir...bila suara kita tinggi. tak senyum dikatanya garang mendera...belum lagi sampai rotan tu. baru suruh berdiri tegak je. bila kita senyum sikit je... :aduhai gelagat dorang. tak hairan le kalau dengar ada budak-budak kena sebat, kene tumbuk, kene penyepak. nak mintak tips kasi budak-budak ni genius ada tak?!!! hihiii...

Monday, January 17, 2011

Rindu Yang Terlepas Dari Sangkar Emas

bukan main lagi title entri sha kali ini. hehee... perlukah aku bercerita dengan panjang lebar? rasanya tak perlu kan? kan? kan? hhahaa...

ermmm...minggu pertama aku? cukup best...
kawalan?!!! first kelas!!!
semangat?!!! Tip Top!!! (harap-harap bertahan sampai hujung tahun amin)
maintain selamanya kan kan kan...

adalah 2 3 orang yang agak bengong sikit. tapi tak pe... kali ni sha nak guna mode: silent je...biar mata berbicara... buat sakit tekak je praktis vokal haishhh...

kerja aku? everything is done!!! WELL DONE!!! Chaiyok!!!

tapi rasa macam ada yang kurang ... bila agaknya dapat main sama-sama dengan adik arnayanti...

kerja aku seminggu dua ni tiada dua atau tiga... asyik duduk depan mesin potostet je...hehehe.. biasalah minggu pertama banyak nak kena cover. tak adalah kelam kabut nanti. hehhe... aku ni kan selalunya jenis yang kalut sikit dalam buat buat kerja neh miahhaha... bila dah sedia awal-awal... baru okay sikit... itupun masih ada gak saki-baki nervous yang tertinggal... hhahaa...

habis memotostet... aku layan pulak balut membalut ni. dah terlampau rajin sangat... akhirnya ngan koleksi novel novel aku sekali aku balutkan...

ummie: rajinnnya balut novel...
aku : hehhe
ummie: aik .. kenapa yang satu ni tak balut.. alang-alang betul buat kerja...
aku : tu kan novel ummie punya..
ummie: tu lah balutkan lah skali...
aku : (terdiam sejenak dan yang pasti sampi saat ni pun aku belum balut dan baca novel tu. alih-alih novel lain pulak yang kuhabiskan baca dulu... titlenya sepupuku suamiku ... gelak golek golek ah baca novel ni...hari tu nak beli tapi bajet tak cukup... jadi pinjam jerk... start dari pukul 1 setengah aku baca... sampai pukul 8 deka dekat nak cerita awan dania... akhirnya satu novel habis... aishhh... hantu novel gak aku ni ... baru perasan... dan semakin berperasaan perut aku semakin lapar... errr boleh saya makan dulu?!!! hehhee...)

Nota: aku bertemu lagi dengan si cilik si cilik yang sama dari tahun lepas cuma ada dua orang yang terkurang...mana Aqasha ngan ameliya pergi ye... dgr cerita Aqasha pindah skolah.. ameliya?...

Wednesday, January 12, 2011

Welcome 2011 !!!

assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera semuanya. masih belum terlambat untuk sha ucapkan welcome 2011!!! Happy new year semua ... xinnian quai le...Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita sempena 2011.

baru siapkan borang-borang untuk sambung kontrak baru.

terkebil-kebil je mata aku dari tadi. tak dapat nak lelap. tak dapat nak bayangkan muka budak-budak tu semua esok hari. tahun lepas kene kanak-kanak riang. tahun ni tak tahu lagi.

masih ada lagikah si "polis" itu?
masih ada lagikah "assistant" aku?
masih ada lagikah "anak teruna" aku?<- sebab dia kuat merajuk.
masih ada lagikah " si pelat" aku?
masih ada lagikah " anak-anak renjer" aku?
masih ada lagikah " anak istimewa" itu?

hehee....
jam 2 nanti baru tahu keputusannya... hari ini: 12.1.2011 bersamaan hari rabu.

malam lusa aku sambung entri ini sekali lagi... jeng jeng jeng....

Nota: masih lagi dalam mode batuk!!! uhuk uhuk!!!