Saturday, January 22, 2011

Al-Kisah Minggu Kedua

kenapa pelik je bunyi entri untuk kali ini? tuan punya blog pun naik bingung jugak nak menaip huhuuu....

Masuk minggu kedua...
kecoh bila seorang adik nak quit kerja. Alahai. macam tu lah life kita ni. tak pergi..datang...tak datang...pergi... tak pergi... pulang... tak pulang...innalillahi... gurau je hihii...

sekarang? sambil-sambil update blog ditemani oleh frenzy.fm. inilah kali pertama dalam tahun 2011 ni aku layan frenzy.fm. bukan apa...line macam tak cun je. aku layan pun dari blog http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/ .

minggu kedua ni saje aku tak kasi banyak kerja. kira warming up untuk dorang aku kasi sikit-sikit je soalan. nampak sangat muka dorang blur. bukan sebab apa pun. masih dalam mood cuti. dalam minggu kedua pun masih ada yang bercerita pasal percutian dorang muahahha... :ambik aku nak melayannya...

ada sikit punya syiok yang aku rasa minggu kedua ni. antaranya ialaha :

-pertama... kerja aku nak potostet dah siap.
-kedua... KUIZ ... mak'aishhh... budak-budak ni hahha :golek

ada apa dengan KUIZ?
aku serulah...nak adakan kuiz setiap hari khamis (aiseh macam mana lak aku boleh lupa jadual bulan dua ni kerja petang isnin dengan petang selasa jerkkk :padan muka aku...seronok sangat nak buat dorang gelabah alih-alih aku yang "terplay'ot" maiahahaa...

dorang ingat kuiz main-main... dengan pinjaman sengih dari kerang..(entah macammana agaknya kerang tu tersengih siap boleh diloan pulak). aku berseru dengan muka yang selamba dek...

" bukan kuiz yang main-main tu. ini kuiz untuk individu. nanti saya akan gubah soalan-soalan dalam bentuk subjektif. tidak ada yang objektif. tidak ada perkongsian maklumat untuk jawapan. cetak rompak tidak diiktiraf sama sekali. jika tertangkap, tak ada markah untuk kamu "

tindakbalas mereka:
"haaaaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!" ada yang tepuk dahi. ada yang dahi berkerut. ada yang buat muka tragik. pendek kata... penuh suspenlah mereka ni. suspen tak tahu kenapa. itu baru pendek yang kata. Aku tambah beberapa ayat sambungan selepas insiden tersebut.

" ada tambahan sikit semua. masa untuk kuiz lebih kurang 20 minit. 5 minit untuk ulangkaji nota-nota dan latihan-latihan yang dah dibuat. jawab soalan kuiz ambil masa 10 ke 15 minit macam tu. siap tak siap.kene hantar. sebelum balik kita akan buat semakan. tapi bukan saya yang semak. kamu sendiri yang akan semak dan mencari dimana kesilapan kamu. saya akan edarkan balik nota-nota tu kemudian. saya akan guna masa kohot. sambil tunggu giliran kamu..sekurang-kurangnya ada juga kerja kamu."

"haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! (lagi panjang pulak bunyi buat-buat terkejut dorang)". aku senyum je. heheee. nasib baik tak ada yang pengsan hahaaa...

sengaja aku buat macam tu.biar dorang serius sikit. asik nak have fun memanjang je. have fun tak salah. tapi kalau dah sampai tahap macam tak sedar diri tu :aduhai hahha pening...pening nak control. dorang ni bukannya dibekalkan remote control.kalau ada remote elok gak. boleh "mute" sekejap.hihiii...

setakat ni so far so good dorang. mungkin sebab saya tak benarkan dorang pergi berjalan sana sini kot.hihihiii...

nota: hahaaa gertak je lebih... bukan apa-apa pun...kadang-kadang terfikir...bila suara kita tinggi. tak senyum dikatanya garang mendera...belum lagi sampai rotan tu. baru suruh berdiri tegak je. bila kita senyum sikit je... :aduhai gelagat dorang. tak hairan le kalau dengar ada budak-budak kena sebat, kene tumbuk, kene penyepak. nak mintak tips kasi budak-budak ni genius ada tak?!!! hihiii...

2 comments:

Anonymous said...

Hanya ingin mengatakan apa blog besar Anda tiba di sini aku telah sekitar untuk cukup banyak waktu,! Tapi akhirnya memutuskan untuk menunjukkan apresiasi saya dari pekerjaan Anda! Thumbs up, dan tetap pergi!.

sha83@kaizer said...

=)