Saturday, August 6, 2011

Kesinambugan Cerita Minggu Lepas (^_^)

cerita minggu lepas ni ...

Raz: minggu dpn hari sabtu ada rehat tak?
aku: aikkk? kamu tak nak puasa ke?
Raz: eh lupa pulak puasa... ingat tak puasa tadi
aku : (senyum tak perlu kata apa-apa)
Raz: andaikata saya nak bawak bekal hari sabtu nanti boleh tak?
aku: bawak je la kalau tak malu ... sdgkan kamu tau hari tu semua umat islam dalam dunia ni berpuasa tiba-tiba pulak kamu tak puasa dan makan depan orang yang puasa ...
Raz: ishkkk ...malulah saya... hikhikhikk
aku: (sabor je lah aku ngadap yang seorang ni ... Ya Allah ....limpahkanlah kesabaran Mu juga buat diriku ... hamba Mu ini sungguh lemah ... Amiin ....)


Kesinambungan hari ini ...

aku: (senyum tak perlu kata apa-apa)
Raz: (senyum malu-malu)
aku: hai Raz___ ada bawa bekal ke hari ini?
Raz: erkk?!!! saya puasa hari ni . semalam pun saya puasa juga.... full satu hari.
aku: oh ye ek?!!! Alhamdulillah...
Raz: puasa saya dua hari setengah ....
aku: aik?!!! macam mana boleh datang setengah tu .... (saja nak dengar jawapan dia)
raz: saya balik sekolah terus makan ... lapar sangat ...
aku: aikkk ... yang lain-lainnya pula?
raz; tak tahan sebab tak sahur...

okay.... aku skip cerita neh ...

situasi sebelum balik ...
Raz: cepat le kita balik....
aku: saya tak kan bagi kamu keluar selagi barisan tak lurus . berdiri pun tak betul ...
Raz: cepat lah weiiii baris betol .... (walhal dia sendiri pun sama juga)
aku: (senyum tak perlu kata apa-apa ..al-maklumlah puasa..hehe)

aku tengok macam tak ada perubahan je dorang ni ... o.k la .. kalau tak nak dengar saya bercakap ... lantas tangan mencapai rotan sebesar ibu jari tangan .... tapi tak berniat nak memukul le .... sound je kat meja... terus semua diam ....

badan kecik kadang-kadang memerlukan alternatif lain untuk didengar...hehee....

tiba-tiba ada satu suara mencelah .... errrr.....mesti korang semua dah agak kan?!!!

Raz: cepatlah kita baca surah lagi us.......
aku: belum lagi pukul 11...
raz: cepatlah us..... kita keluar ... habislah pecah puasa saya nanti ...
aku: erk?!!! apa pula nak pecah puasa bila tinggal lama dalam kelas ye?
raz: pecah le ... sebab lama sangat duduk dalam kelas ...
aku: (senyum ...tak perlu kata apa-apa)

Wednesday, August 3, 2011

Ragam Seorang Yang jeng....jeng...jeng... (^_*)

Salam Ramadhan buat pengunjung-pengunjung semua... walaupun tak seramai mana...

bila sebelum asal masuk bulan ramadhan tak ada aktiviti sangat aku. Tahun ni alhamdulillah sikit...setiap pagi selasa dan rabu aku ikut kelas komputer ....

secara tak langsung .... banyak juga yang aku belajar terutama dari segi percaturan masa dan kualiti pekerjaan ...errr apa aku taip neh...

sekaligus jadual hidup aku berubah secara drastik ... kira lebih kurang pusing 360 darjah... kih kih kih ...



malam ... jam pukul 10


mata aku dah lelap dah ...




bangun pagi jam 3 setengah ...


halau cicak ...


goreng apa-apa yang patut ...


masak air...




pukul 4 ...


aku dah makan ...


pastu terus mandi ...


tapi pagi tadi tak ... sebab ...


errr....sejuk le ... cuaca mendung kikikikiki


tapi bila tak sejuk


aku mandi je ...


lepas mandi baru aku minum ...


tak pun lepas masak aku mandi dulu


kemudian baru makan dan minum ...




mesti korang pelik kan ... aku ada blog tapi masih jugak nak masuk kelas komputer...


erm...saya pun tak nak komen apa-apa boleh?!!! hihihihii




ada hal yang aku teringin nak belajar sangat ...


haaa dah sampai masanya nanti aku cerita o.k =P

tapi... serius aku bagitau ni... aku rasa terapung di awang-awangan ... =) masih tak cukup lagikah tidur aku?!!! hahaa!!!

Ini bukan masalah mengantuk .... tapi aku penat FIGHT NGN AIRcond ... dan sekarang rasa SELSEMA itu terlebih menguasai aku hihihihiii ... ambik aku kan kan kan.... tak apa kita mesti cool ... walaupun hakikatnya aku dah sampai tahap GIGIL dalam kelas tadi ;P

bertambah pula 2 orang sifu aku ye... terima kasih sifu =)
bertambah jugak kenalan aku ;P

errrr....mungkin betul juga kata Bro Hamka a.k.a Four .... dan Bro Arpegio ....
aku rasa aku patut fikir balik betul ke tidak aku ni seorang yang peramah ataupun pemalu?!!!
ishk tak faham dan naik muskil aku kikikikiki ....

Friday, July 29, 2011

Wahai Wanita (^_^) ?!!! Sekali untuk diri aju sendiri !!!

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising......

Perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semuatapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut betulcepat je sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?

lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan?

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susahbak kata orang,

nak jaga 10 anak lelaki,

x susah macam nak jaga sorang anak perempuan.

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,

ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan,

'lelaki x payah tutup pon'diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hatikesian kan kat diorang?

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah,

diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarangbetul ke Allah x adil dengan perempuan?

Betul syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik,

syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat?

sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,

sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga


tengok hadis ni :"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."(Hadis Riwayat Ahmad)


X adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah betapa sayangnya Allah padamu.

betapa cintanya Allah padamu. tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia. bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah.


terima kasih Awangku Muhammad Ridhwan =)

Sunday, July 24, 2011

Nyut ... Nyut ...Nyut>>> Kepala!!!!

Terbaca suatu ketika dulu satu status yang berbunyi ... "berusahalah untuk keluar dari situasi itu ...."

aku sedang berfikir ...
berfikir jalan keluar daripada yang sebaiknya...
tanpa mengelirukan sesiapa dan menimbulkan syak wasangka sesiapa pun ...

tapi ... akhirnya tewas juga kan?!!!
ya... kita tidak tahu apa yang ada difikirkan orang. dan orang lain lagilah tidak tahu apa yang kita fikirkan. tapi harus ingat ... dan catat ya!!!


aku bukan malaikat ...

aku bukan nabi...

dan aku juga bukan yang teristimewa di sisi NYA...


sengaja berdiam bukan bermakna lari...

sengaja berdiam bukan bermakna menjauh...

sempena bulan sya'aban dan menunggu kedatangannya Ramadhan ...
aku mohon maaf untuk segala-galanya ... buat siapa-siapa saja...
buat teman-teman di dalam malaysia ... mahupun di luar Malaysia ...

hari ini kepala aku makin sakit ...
aku langsung tidak boleh fikir apa-apa ...
kadang-kadang ...
terpancing juga emosi dengan rungutan itu ...
rungutan ini...
Alhamdulillah ....
aku masih boleh mengatasinya ...


Ya Allah ...

ingin ku campakkan saja dunia ini keluar dari hidupku ...

namun...

aku tidak punya pilihan lain ...

kerana di situlah terdapat kunci untuk aku menemui MU

dalam keadaan redha MU ...


Yang benar ...

Yang Tak Berdaya ...

Nota: Selamat menunggu ketibaan Ramadhan yang penuh barakah ... =)

Saturday, July 16, 2011

Siapa sudi nyanyi lagu ni untuk sha83@kaizer

KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH


~ pasha ungu feat rossa~


Tuhan memberikanku cinta


untuk ku persembahkan hanyalah padamu


Dia anugerahkanku kasih


hanya untuk berkasih berbagi denganmu




atas restu Allah ku ingin milikimuku


berharap kau menjadi yang terakhir untuk


kurestu Allah ku mencintai dirimu


ku pinang kau dengan Bismillah



hampa terasa bila ku tanpamu


hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu


hanya dirimu satu yang aku inginkan


ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)



atas restu Allah ku ingin milikimu


ku berharap kau menjadi yang terakhir untuk


kurestu Allah ku mencintai dirimu


ku pinang kau dengan Bismillah



atas restu Allah ku ingin milikimu


ku berharap kau menjadi yang terakhir untuk


kurestu Allah ku mencintai dirimu


ku pinang kau dengan Bismillah




Nota: syahdu sangat lagu ni (maaf kali ini aku tak letak gambar untuk entri ini. nanti tak pasal-pasal tengah shopping sayur ada yang pulak yang nyanyi lagu ni tengah-tengah jalan huahuahua parah tu kikikiki....)

Monday, July 11, 2011

Hanya Kisah Semalam !!!

hehhe comel tak opet kat sini? hairan le...kenapa orang buang anak kucing yang comel macam opet ni .... =P

aku bukan nak cerita pasal opet ni ...
aku nak cerita pasal kisah aku semalam ...
keadaan agak kacau dengan kehilangan seseorang yang terkenal . hakikatnya aku sendiri tak kenal orang tu. dia ni orang putih ... tapi buat business kongsi dengan seorang Dato' terkenal di negara kita ni . kalau aku taip je nama dato' tu mesti korang kenal punya. hendak dijadikan cerita entah macam mana aku boleh terlibat dalam penjejakan minah omputih ni ... cari punyer cari haa... betullah siasatan kitorang ... bukti ada dalam sebuah kedai

erkkk...tak nampak dah rupa parasnya yang cantik ... entah berapa lama terpendam dalam lantai berbatu-bata... muke dia betul-betul dah hancur ... selesai kes tu ... aku terus buat persiapan untuk satu majlis ...

aku tak pasti majlis apa... nampaknya majlis tu serba ringkas je ... yang hadir cuma ahli-ahli keluarga terdekat je ... selesai majlis aku dibawa ke suatu pekan yang aku sendiri tak pasti kat mana lokasinya ... aku berhajat nak berjalan-jalan sekitar pekan tu ...

tiba di satu depan kedai ada seorang lelaki ... dia keluar dari kedai kopi dan mengekori aku dari belakang....makin cepat aku melangkah... makin laju pulak rentak kaki dia berjalan... hati aku dah mula-mula suspen ....

entah macam mana hendak dijadikan cerita .... terlintas di fikiran aku tentang kes cabul melibatkan artis indonesia . tangannya diikat ...

hati aku mula berdebar-debar...
DUP>>>DAPPPP>>>DuPPP Dapppp!!!!
semakin pantas pula rentak kaki aku melangkah ... tapi beberapa minit kemudian ...
entah dari arah mana pula seorang yang datang ... dia dengan yang seorang lagi tadi terus menangkap aku . aku rasa mereka nak angkut aku masuk kenderaan yang ada di seberang jalan...

aku meronta... nasib aku baik .. sebab mereka tak dapat nak tekup mulut aku... jadi aku jeritlah sepenuh hati aku ... sambil berdoa supaya Allah menggagalkan rancangan mereka tu. kerana jeritan itu... beberapa penduduk sekitar keluar dari kedai-kedai berhampiran termasuk dengan tauke-taukenya sekali ... belum sempat mereka membantu ... lelaki-lelaki itu dah cabut lari dah dengan Van cabuk kelabu dorang ...

Alhamdulillah aku terselamat dari kejadian itu...

tapi yang aku pelik ... macammana orang-orang di situ boleh cakap aku ni isteri kepada orang baru.. yang baru berpindah di kawasan berkenaan .... aku muskil ni ... bila masa pulak aku kawin ... tapi ...masa dorang tangkap aku tu... aku panggil nama sapa ya?!!!

tiba-tiba... sayup..sayup je aku dengar azan ...
aku buka mata .... lantas ucap lafaz Alhamdulillah ...

Nota: Ya Allah ... jauhkanlah aku dari malapetaka yang seperti ini .... Amiin .... serius ... sekali lagi aku tak nampak watak lelaki tu ... agak-agak ni kesinambungan cerita yang hari tu tak? heheeee... sila klik link di bawah ini jika tertinggal part stori kisah sebelum subuh http://sha83kaizer.blogspot.com/2011/06/assalamualaikum-dan-apa-khabar-semua.html

Friday, July 8, 2011

ONMODE TRAUMA : TRAGEDI PENUH TRAGIK !!!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua ....
tak senonoh betul kualiti gambar di sebelah tu kan? hihiii ...

haaa tu la dia opet aku ngan anak-anak buah aku ... tapi tak ada lagi dah hihii kena copet hahha.. :moral value ~jangan kasi nama kucing korang opet nanti kena copet hihiii

pernah jugak aku story pasal opet ni di blog gadismelanau83kaizer...

sebenarnya cerita hari ni tak ada kene mengena dengan opet atau mana-mana kucing pun dalam dunia... sedikit pun tak ada kena mengena ...

nak baca kisah opet boleh skodeng sini http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/2010/01/warning-hanya-untuk-18-tahun-ke-bawah.html

ini cerita minggu lepas punya ... masih fresh gitu lho...
ceritanya macam ni ... suatu hari yang indah ... tak panas tak hujan ... aku berkeliaran belek belek tengok tanaman aku ... Alhamdulillah semakin segar bugar nampaknya ... biarpun tak dibaja ...

sedang aku beroperasi memelihara alam sekitar menyahut seruan kerajaan tanam satu pokok aiseh ... yo yo je kan hahhaa... tiba-tiba suasana bertukar menjadi genting sekelip mata .. aku kehairanan ... langkah ku makin laju ... tapi aku tak pasti mana arah aku nak tuju .. aku nak balik ke rumah terasa jauh sangat nak melangkah ... hati aku tak tenteram... takut ... resah dan macam-macam .... jauh disudut hati aku berdoa ...

"ya Allah .. selamatkanlah tanahair aku ini daripada ancaman yang boleh meragut keamanan dan kedamaian... selamatkanlah ... Ya Allah!!!

aku masih bisa merasakan debaran itu sehingga kini. aku tak paham kenapa aku merasa ketakutan yang tersangat melampau ... sehinggalah aku ternampak sekumpulan manusia yang berpakaian serba kuning ... membawa sepanduk ...

hati gusar aku semakin menjadi ... di tengah-tengah keriuhan itu kedengaran jiran seorang Pak tua bersuara dari arah rumahnya yang berdepan dengan rumah aku ...

" oh Nah... tunggu apalagi tu !!! cepat masuk rumah ...tutup pintu ..keadaan bahaya sekarang !!!"

aku tersentak sebentar...

keinginan hati aku menuntut aku untuk melangkah laju meluru masuk ke rumah aku ... tapi ... ketakutan yang telah bersarang ketika itu mematikan langkah aku ...

manusia semakin ramai... dekat ... dan keadaan semakin riuh ... aku takut... aku tidak mampu berbuat apa-apa ... bermacam-macam laungan keras yang kedengaran .. aku semakin takut .. namun masih tidak mampu bergerak ke mana-mana ...

entah bagaimana tiba-tiba seseorang muncul di depan aku ... aku tak kenal ... tapi yang aku ingat cuma ...

jejaka berbaju putih ... berjeans levi's biru ... berkata:
saudari buat apa kat sini lagi ... cepat masuk ke dalam rumah saudari .. keadaan tengah bahaya sekarang ni !!!

belum sempat ditariknya tangan aku untuk selamatkan aku... aku dah terjelepok kepengsanan akibat penangan satu objek keras .... aku rasa ibarat nyawa terpisah dari jasad ... ku ucap lafaz takbir ... kalimah syahadah ... aku istighfar ...

perlahan-lahan ku buka mata .... Oh... Alhamdulillah ... aku masih berada di situasi yang tenang ....damai... debaran ketakutan di hatiku masih terasa sehingga kini.

aku bangun dan berfikir sebentar ... lantas berdoa supaya kehidupan kita di Malaysia ni selalu aman sentosa dan dijauhkan dari segala fitnah yang boleh membawa kita semua kepada kehancuran ...

pesanan buat kita hamba-hamba Allah aku petik dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "bagaimana keadaan kamu dengan amalan-amalan kamu maka begitulah keadaan pemerintah yang akan diletakkan ke atas kamu " ...

rasanya cukup jelas pesanan ini buat kita semua ...
"jika kamu inginkan seorang pemerintah yang baik .. maka berubahlah ... ubah diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu mengubah yang lain-lain ....'

jangan lupa juga pada satu sabda Rasulullah s.a.w yang lain bermaksud: "Allah akan utuskan untuk umat ini di awal setiap seratus tahun seorang yang akan memperbaharui urusan agamanya (mujaddid)."

menurut hadis ini, memang sudah dijadualkan bahawa sebelum datangnya pemimpin yang dijanjikan Allah, jika seorang pemerintah yang zalim dijatuhkan, akan naik satu pemerintah yang jauh lebih zalim. Oleh itu, tidak hairanlah jika berlaku dalam sejarah, penguasa atas nama presiden atau lain-lain lebih kejam daripada pemerintah yang telah mereka jatuhkan sebelum itu ...

NOTA: sama-samalah kita memelihara keamanan negara kita ini ... aku tak pernah berfikir tentang bersih ke apa - apa ke ... tapi entah kenapa tiba-tiba aku boleh dapat mimpi macam ni ...Nau'zubillah ...