Monday, July 11, 2011

Hanya Kisah Semalam !!!

hehhe comel tak opet kat sini? hairan le...kenapa orang buang anak kucing yang comel macam opet ni .... =P

aku bukan nak cerita pasal opet ni ...
aku nak cerita pasal kisah aku semalam ...
keadaan agak kacau dengan kehilangan seseorang yang terkenal . hakikatnya aku sendiri tak kenal orang tu. dia ni orang putih ... tapi buat business kongsi dengan seorang Dato' terkenal di negara kita ni . kalau aku taip je nama dato' tu mesti korang kenal punya. hendak dijadikan cerita entah macam mana aku boleh terlibat dalam penjejakan minah omputih ni ... cari punyer cari haa... betullah siasatan kitorang ... bukti ada dalam sebuah kedai

erkkk...tak nampak dah rupa parasnya yang cantik ... entah berapa lama terpendam dalam lantai berbatu-bata... muke dia betul-betul dah hancur ... selesai kes tu ... aku terus buat persiapan untuk satu majlis ...

aku tak pasti majlis apa... nampaknya majlis tu serba ringkas je ... yang hadir cuma ahli-ahli keluarga terdekat je ... selesai majlis aku dibawa ke suatu pekan yang aku sendiri tak pasti kat mana lokasinya ... aku berhajat nak berjalan-jalan sekitar pekan tu ...

tiba di satu depan kedai ada seorang lelaki ... dia keluar dari kedai kopi dan mengekori aku dari belakang....makin cepat aku melangkah... makin laju pulak rentak kaki dia berjalan... hati aku dah mula-mula suspen ....

entah macam mana hendak dijadikan cerita .... terlintas di fikiran aku tentang kes cabul melibatkan artis indonesia . tangannya diikat ...

hati aku mula berdebar-debar...
DUP>>>DAPPPP>>>DuPPP Dapppp!!!!
semakin pantas pula rentak kaki aku melangkah ... tapi beberapa minit kemudian ...
entah dari arah mana pula seorang yang datang ... dia dengan yang seorang lagi tadi terus menangkap aku . aku rasa mereka nak angkut aku masuk kenderaan yang ada di seberang jalan...

aku meronta... nasib aku baik .. sebab mereka tak dapat nak tekup mulut aku... jadi aku jeritlah sepenuh hati aku ... sambil berdoa supaya Allah menggagalkan rancangan mereka tu. kerana jeritan itu... beberapa penduduk sekitar keluar dari kedai-kedai berhampiran termasuk dengan tauke-taukenya sekali ... belum sempat mereka membantu ... lelaki-lelaki itu dah cabut lari dah dengan Van cabuk kelabu dorang ...

Alhamdulillah aku terselamat dari kejadian itu...

tapi yang aku pelik ... macammana orang-orang di situ boleh cakap aku ni isteri kepada orang baru.. yang baru berpindah di kawasan berkenaan .... aku muskil ni ... bila masa pulak aku kawin ... tapi ...masa dorang tangkap aku tu... aku panggil nama sapa ya?!!!

tiba-tiba... sayup..sayup je aku dengar azan ...
aku buka mata .... lantas ucap lafaz Alhamdulillah ...

Nota: Ya Allah ... jauhkanlah aku dari malapetaka yang seperti ini .... Amiin .... serius ... sekali lagi aku tak nampak watak lelaki tu ... agak-agak ni kesinambungan cerita yang hari tu tak? heheeee... sila klik link di bawah ini jika tertinggal part stori kisah sebelum subuh http://sha83kaizer.blogspot.com/2011/06/assalamualaikum-dan-apa-khabar-semua.html

0 comments: