Hohoho~~~
entah kenapa malam ni terimbas balik kenangan aku ke zaman silam aku. entah kenapa suasana bilik yang gelap gelita bertukar suasana menjadi sebuah kelas untuk budak-budak berusia 10 tahun.
ada seorang budak comot semasa sesi perkenalan entah macam mana boleh terpikir nak tukar dia punya cita-cita...
sesi monolog dalam hati pun bermula...
aku setiap tahun asal cikgu tanya mesti aku jawab nak jadi guru... ermmm bosanlah.. rasa macam nak tukar cita-cita pulak. tapi nak jadi apa ya? tak kan nak jawab Mighty Mopen Power Ranger adeh?!!!
sementara menunggu gilirannya ditanya budak comet itu masih berfikir berfikir dan terus berfikir. sambil itu dia menanti gilirannya sambil berdoa supaya giliran itu tidak sampai dahulu sebelum dia beroleh cita-cita baru.
apa agaknya yang difikir oleh budak comot itukan?
mesti korang tertanya-tanya....
angan-angan pertama...
baik aku jadi doktor... erk.. tapi .. aku tak berani bedah orang ni ....tak jadilah cancel...
angan-angan kedua...
haaaa.... apa kata aku jadi jururawat...ishk main ngan jarum pulak ... lagi tak nak...
habis tu aku nak jadi apa ya? aku tak tau lah... macam tak ada keje yang best je.
budak itu berfikir dan terus berfikir... akhirnya terlintaslah satu perkataan dalam kepala otak dia...
haaaa.. SURIRUMAH!!! macam best je bunyi kerja ( dia pikir bunyi kerja tu bukan kerjanya)
akhirnya dia telah bersiap sedia dengan jawapn tersebut...sehingga tiba kkepada gilirannya...
dia berdiri dan menjawab DENGAN KONFIDEN ...
"cita-cita saya ingin menjadi seorang SURIRUMAH."
cikgu terkejut.. lantas untuk memastikan sekali lagi cikgu itu pun mengulangi pertanyaannya. dan jawapan itu tetap sama. akhirnya cikgu itupun tersenyum sambil garu keningnya.
seramai 3 orang guru baru yang ditugaskan masuk ke dalam kelas tersebut pasti akan mendapat reaksi yang sama daripada budak comot itu berkaitan tentang cita-cita, ada yang angkat kening dan ada yang garu kepala ...begitulah antara reaksi-reaksi cikgu yang mendengar jawapan daripada gadis comot itu...
Nota: untuk pengetahuan anda semua. aku memang tak tau ape ke bendanya surirumah tu masa tu... aku dengar macam best je .. ingatkan ala-ala tuan puteri gitu ... rupa-rupanya terlebih pakej dari tuan puteri hehhee.... jadi bila dah tau tu aku tukar balik jadi cikgu ... hahhahaa...tahun ni adalah seorang budak yang aku jaga nak jadi surirumah...surirumah yang solehah gak nye ... okay ape tu?
Thursday, July 22, 2010
aku, cita-cita dan impian aku !!!
Wednesday, July 21, 2010
Tentang Aku Dan Mereka
aku ...
tersadai jauh di pulau ini
bagi mereka aku jauh...
begitu juga bagi diri ku...
dulu...
aku dan mereka selalu bertemu
biar tanpa suara,
tanpa rupa,
tanpa gaya
namun selalu rasa dekat...
yang nyata hakikatnya
jauh nun di sana...
kini...
aku berdiam diri
aku tersadai di penghujung ruang
namun hati aku masih kekal di situ...
di situ...
di ruang itu...
ruang tanpa sempadan
untuk waktu
untuk jarak
selamanya...
akan abadi dalam ingatan aku...
bersama mereka...
mengenali mereka...
adalah suatu yang kurniaan
anugerah terindah dalam hidup aku...
Ya Allah...
aku rindu akan mereka...
namun siapalah aku
untuk memperakui sebuah kerinduan itu
cuma mampu ku pendam
di sudut dasar hati aku
yang paling dalam
agar tidak terselam
oleh mereka yang ku rindui
kerana disebalik kerinduan itu
tercipta satu kesakitan yang maha hebatnya
daripada Mu rasa ini datang kepada Mu jua ia akan kembali...
aku percaya janji Mu ya rabbi...
jangan kamu persoalkan keikhlasan ku mengenali mu teman...
aku telah berusaha sekeras mungkin
untuk menerima dirimu seadanya
bermula dari setiap kekurangan
kelemahan juga kelebihan yang ada pada mu
tapi sayang...
ia tak pernah kamu rasakan...
aku jadi bingung
aku jadi resah
teman jenis apakah aku ini?
dan sehingga kini
aku sedari
apa yang aku rasa cuma bagian rasa dari
Yang Maha Pencinta dan Maha Penyayang
itu semua bukan milik ku...
berbahagialah kamu..
andai kamu turut rasakan hal yang sama
percayalah ia bukan dari ku untuk kamu
tapi dari Nya untuk kamu...
teman...
kita jauh kerana wujud ruang dan waktu...
namun bagiku...
kita selalu dekat kerana Ilmu Allah itu sendiri.
aku tidak pernah khuatir andai aku bakal kehilangan kalian
namun aku khuatir...
rasa ini kalian tidak dapat rasakan...
bagiku ia bukan hak aku...
ia adalah hak kalian.
dan aku tidak layak untuk berada di sini terus
aku sungguh tidak kuat
aku takut ramai yang bakal kecewa
aku takut untuk menyakiti
aku takut untuk menggores
aku takut...
dan semakin takut...
andai semakin ramai yang tersakiti
semakin ramai yang tergores...
semakin ramai yang terkecewa...
masih perlukah aku untuk terus tetap di situ
atau sudah tiba masanya aku untuk melangkah pergi?!!!
Tuesday, July 20, 2010
Orang Kata
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;
“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.
Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;
“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;
“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;
“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.
Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;
“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”
Sunday, July 18, 2010
Saat Lafaz Sakinah
assalamu'alaikumwbt dan selamat sejahtera semuanya ... tadi kejap (erk kejap ke?) aku layan FB aku masuk profile aku (ek eleh!!!) mestila profile sendiri kan kan kan ... terkejut baca stori yang kawan aku taip kat stori aku... aku copy jap ...
Noor Emi Fazilla Muhammad>>> knot, i found dis song and it remind me of you....huhuhu...touching jak lagu tok...duusshhh...<<<<<<<
nak tau lagu ape? jom kita hayati bersama lirik lagu di bawah ni...
Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
NOTA: aku suka part yang higlightz tebal siket tuh ... ada kisah disebalik lagu ni ... tapi nanti aku cerita ya kat blog gadis melanau huhuu ....
Friday, July 16, 2010
Aku Dan Hari Jumaat
kisahnya begini. semalam gara-gara syok melayan fb aku terlupa masa tidur aku. lebih kurang jam setengah 3 pagi aku masuk tidur. (mentang-mentang tak kerja esok hari tu) hahhaa...
aku bangun pagi pukul 6 dah celik. mata aku tak nak tidur lagi. aku pusing kanan, pusing kiri sambil menggosok mata aku yang terasa kelatnya. (fuyoh ayat!). last-last aku mandi sekitar jam 7. itupun mandi cepat-cepat sebab nak temankan umie pergi klinik.
sampai di opis seperti biasa tak sah kalau tak dengar gosip artis. hehehe... sampai je kak hawa ke opis baru kitorang gerak pergi klinik. sampai klinik putus segala harapan aku bila tengok ramainya yang datang berziarah ke klinik. hehehee... terutamanya kanak-kanak dan baby le...
banyak jugak la karenah manusia yang aku dapat tengok.yang bestnya satu part seorang budak ni nangis. aku sebenarnya konpius. tapi mungkin jugak firasat aku tepat dan jelas untuk kali ini...budak ni nangis meronta-ronta tak nak dibuat medical check up entah macam mana masa dia nangis aku bolh dengar ibarat seorang penterjemah bahasa. hohooo... mana ada budak lain macam tu. tu keistimewaan budak ni...
budak: PULANG GIK !!!! PULANG GIKKKKKKK!!!!
reda sebentar kemudian tetiba sambung balik
budak: MULIKKKKKK!!!!!!! MULIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!
aku: erk?!!! (sambil tengok ke arah budak tu. terkejut tiba-tiba beralih bahasa. hahaha)
itu kisah seorang kanak-kanak.
ada satu lagi kisah yang sadis sedikit. umie dengan kak hawa kan serentak sampai. tapi entah macam mana kak hawa boleh kene panggil dulu. huhuuu.. aku boleh cakap kat umie kalau tak puashati samanlah. umie senyum je....
bila umie tanya balik kenapa nama dia tak dipanggil entah macam mana keluar idea au mengatakan
" ala... kad umie tu tebal sangat. jadi silibus dorang tak habis lagi le tu agaknya. "
senyum je umie dengar jawapan aku.
bila tiba giliran umie. dan dah ambil darah semua... umie tetiba mengeluarkan ayat keramatnya.
"su, kalau kita buat file mende-mende macam ni boleh tak? nanti senang dorang nak rujuk. kita cakap lah sila rujuk lampiran berkaitan."
dengan selamba aku jawab.
"o.k gak tu umie... lepas tu nanti bukan setakat nak mempermudahkan kerja dorang tapi jugak siap umie dapat award. antara pesakit-pesakit yang memberikan kerjasama yang terbaik dengan pihak jabatan kesihatan."
huhuuu....
balik je dari klinik terus kitorang singgah kedai makan. huhuuuu aku dah lapar giler time tu. di situlah aku pekena soto makassar buat pertama kalinya. punyalah pedas huhuuu...
sedap soto ni...try arg...
sampai di rumah aku terus masak sayur iaitu sayur peria dan sawi pahit serta nasi. kemudian selepas habis kemas dapur baru aku goreng ayam. umie balik dari kerja... aku tengah goreng ayam masa tu. selesai kerja aku apalagi.......
SESI MAKAN LAH !!!!!!!
Nota: perfect lunch <<< hehehee >>>>
Antara Rabu Dan Khamis
assalamu'alaikum dan salam sejahtera (teringat lagu kumpulan samudera)... apa khabar semua? aku baru sihat sepenuhnya hari ini...
hari ahad yang lalu ... pagi tu aku bertolak ke Matu, buat apa? adalah kerja sikit. kerja makan-makan. seperti yang anda semua tahu ... hari tu genap 100 hari pemergian adik siti nurhidayah... (Al-fatihah) ...
antara aktiviti yang aku buat tak lain tak bukan... mestilah bahagian pinggan mangkuk ni... tapi untuk kali ni memang bukan tukang cuci.. erkkkk (selalunya memang bukan dalam bahagian tu)... aku tukang lap je :hehe plepas tu tolong angkat pergi dapur :hehe
antara aktiviti lainnya, mestilah makan-makan yummyyy.cerita pasal makan ni ada kisahnya yang tertentu. aku ni bukan kategori suka makan. tapi bila aku rasa nak makan. makan je keje nya tak ada lain. bila aku tak nak makan. dua tiga hari memang aku tak layan. tak kuasa I!!! malam tu kan final world cup. aku bukan main bedal kek yang ada atas lemari dapur :hehe ... makan punya makan ... tak sedor masuk 3 potong udah. lepas tu ambik lagi sampai potongan ke4 ... (time ni lah yang innesta isi gol tu) terus aku tak makan lagi lepas tu... (kedapatan sangat tensen tengok spain tak gol gol) hehehe...
esoknya pula... ah sudah... dorang promote pulak buah diki a.k.a tembikai. punyalah merah.isinya ... tapi mama cakap tak sodap. hehe. jadi aku tak layanlah. aku buat buat tak nampak je. anak buah aku si khadz suka sangat aku balik kampung. dia cakap sebab bila aku balik nafsu makan dia menjadi jadi.. bila nafsu makan dia jadi menjadi tu aku balik lah masa tu... dan begitulah seterusnya. pokok pangkalnya itu je lah kerja aku.
selain daripada itu, aku jadi pelayan jugak. masa dorang sibuk ntah apa ntah...aku jadi pelayan dalam kedai depan umah dorang. setiap kali aku layan mestilah kene situasi yang selamat. tak pernah yang datangnya bujang teruna atau si ude... selalunya kene ibu ibu... adik-adik... itu je lah hehehee...
aku jugak jadi babysitter... haaa jangan tak tahu... hehehe.. tapi aku tak mandikan baby, tak bagi makan, tak bagi minum susu. aku cuma main je ngan baby tu . kalau aku dah penat aku duduk diam dan layan tv. apalagi baby tu nangis melalaklah tak ada orang dengan nak main. hehehe.. nak tak nak kena angkat gak kalo volume nye dah besor... namanya nur amar arifudin...
selain daripada itu...hari selasa tu sempat lagi aku packing asamboi... (kecur air liur) hehehe...nak jual tu... hehheee... bertuah punya anak sedara dia boleh cakap dengan mama dia ... cepatlah packing asamboi tu sementara usu masih ada kat sini... baik benor bunyi dia ... agaknya muka aku ni dia dah cop memang arif dalam pack mengepack nieh hehhehe...
malam selasa tu arg yang aku duk bedal buah diki a.k.a tembikai... sodap woh ... alhamdulillah. (yang akhirnya tergoda sehingga melupai akan segala pantang larangnya). dia tak tunggu banyak masa dah. malam tu jugak badan rasa panas. aku rasa tak selesa. paginya aku bangun makin tambah tak selesa. ku gagahkan jua untuk pack asamboi ... settle semua kerja aku. aku main dengan adik arif. lepas tu bagi dia minum susu dalam botol... masa tu lah umie dan abie datang. and kitorang balik selesai semua tugas aku.
malam tu aku masih bertenaga sikit. tapi keesokan harinya hari rabu ... badan aku rasa lesu lesu lesu. mood aku hilang. bom meletus!!! akhirnya balik dari kelas aku tersadai depan tv. INI SERIUS!!! percaya atau tidak jam 20 suku aku dah masuk tidur. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz hampir setiap jam aku terbangun tapi aku terlelap balik kemudiannya...
Pagi khamis semalam sekitar jam 8 suku jugak... dewa col
dia: napa semalam tak dapat kontek?
aku: (blur) erk...ye ke?
dia: wah... ye ke?
aku: lor... manalah tahu... semalam orang tidur awal jam tak cecah 2100, orang dah masuk tidur...selalunya dia hilang network kalau macam tu.
dia: oh ye ek?
aku; yelah (tapi otak masih berfikir kenapa tak dapat dikontek pulak)
akhirnya aku yakin dengan jawapan aku. memang tak dapat dikontek pun sebab sekitar jam 12 ke atas network hp aku memandai je melarikan diri. tak boleh tak dijenguk selalu. hehehe ... tak hairanlah kalo terkadang tu memang tak dapat dikontek kecuali kalau waiting col tu lain cerita lah :siul
kemudia aku keluar dari bilik operasi ... terkezut seh... takdop air. macamner nak masak? aku cari air mineral pun takdop. aduh... sempat lagi aku skodeng FB aku sementara menunggu kehadiran air. alih-alih pukul 12 macam tu baru ada air. apalagi.. aku pun bekerja bersungguh-sungguh menggoreng ayam dengan tepung kentucky, serta masak dua jenis sayur, satu tu sayur cangkuk manis dan satu lagi sayur peria.
balik dari kerja aku tengok makanan tengahari tadi licin, aku masak lagi. masak nasi, kemudian masak ayam masak kicap sambil sambil tu masak sayur dan buat sambal huhuu ...
dan sekarang aku rasa penat tahap maximum... okay semua... nak tidur dulu.... hehehe
sekian, terima kasih.
Nota: sebenarnya kek yang aku makan time final WC tu dah ado kulat ... jadi secara tak langsung sebelum terkena penanngan si diki op cos le aku kene keracunan dulu. tak habis lagi keracunan aku dah bedal diki. sebab tu aku rasa teruk teruk teruk (innalillah...) hari rabu. =p
Friday, July 2, 2010
Hanya Satu Kisah
sebelum aku mulakan kisah ni...aku nak ucapkan hepi besday to mama and ummie... bestnye sambut hepi besday ek?!!!
aku ada cerita nak habaq tapi malu...jom baca!!!
spain vs Portugal
ini kisah aku masa spain vs portugal. ini serius. malam tu aku curi-curi tengok. aku tak berapa nak sihat. tapi nak tengok jugak. last-last aku layan game pertama sambil tidur-tidur ayam. masa game kedua baru aku layan baik punyer. tak sampai 5 minit mata aku terpaku depan tv alih-alih si jersi 7 jaringkan GOL!!!
aku tengok jam. dalam hati cakap anything can be happen walaupun hanya dalam satu minit... tapi betul lah... malam tu spain menang sebab nasib... aku tengok pun macam tak best je corak perlawanannya...
Bila Abie ku Bersuara
aku tak pasti sama ada aku nak cerita ke tidak... tapi takut jugak ....baik aku simpan buat kenang-kenangan...
tapi adalah ayat-ayat lawak abie petang tadi..
ishk.. dengar dulu cerita aku tak habis lagi...
itu ayat pertama bila aku tanya siapa orang yang dia cerita tu...
ayat keduanya... aku bukan tolak ular tu.. tapi aku tolak akuarium....
belum lagi abie pasang ceta ujak nya tu... ujakkk... oh ujakkkkk!!!!!!