Friday, July 16, 2010

Aku Dan Hari Jumaat

kisahnya begini. semalam gara-gara syok melayan fb aku terlupa masa tidur aku. lebih kurang jam setengah 3 pagi aku masuk tidur. (mentang-mentang tak kerja esok hari tu) hahhaa...

aku bangun pagi pukul 6 dah celik. mata aku tak nak tidur lagi. aku pusing kanan, pusing kiri sambil menggosok mata aku yang terasa kelatnya. (fuyoh ayat!). last-last aku mandi sekitar jam 7. itupun mandi cepat-cepat sebab nak temankan umie pergi klinik.

sampai di opis seperti biasa tak sah kalau tak dengar gosip artis. hehehe... sampai je kak hawa ke opis baru kitorang gerak pergi klinik. sampai klinik putus segala harapan aku bila tengok ramainya yang datang berziarah ke klinik. hehehee... terutamanya kanak-kanak dan baby le...

banyak jugak la karenah manusia yang aku dapat tengok.yang bestnya satu part seorang budak ni nangis. aku sebenarnya konpius. tapi mungkin jugak firasat aku tepat dan jelas untuk kali ini...budak ni nangis meronta-ronta tak nak dibuat medical check up entah macam mana masa dia nangis aku bolh dengar ibarat seorang penterjemah bahasa. hohooo... mana ada budak lain macam tu. tu keistimewaan budak ni...

budak: PULANG GIK !!!! PULANG GIKKKKKKK!!!!

reda sebentar kemudian tetiba sambung balik

budak: MULIKKKKKK!!!!!!! MULIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!

aku: erk?!!! (sambil tengok ke arah budak tu. terkejut tiba-tiba beralih bahasa. hahaha)

itu kisah seorang kanak-kanak.

ada satu lagi kisah yang sadis sedikit. umie dengan kak hawa kan serentak sampai. tapi entah macam mana kak hawa boleh kene panggil dulu. huhuuu.. aku boleh cakap kat umie kalau tak puashati samanlah. umie senyum je....

bila umie tanya balik kenapa nama dia tak dipanggil entah macam mana keluar idea au mengatakan

" ala... kad umie tu tebal sangat. jadi silibus dorang tak habis lagi le tu agaknya. "

senyum je umie dengar jawapan aku.

bila tiba giliran umie. dan dah ambil darah semua... umie tetiba mengeluarkan ayat keramatnya.

"su, kalau kita buat file mende-mende macam ni boleh tak? nanti senang dorang nak rujuk. kita cakap lah sila rujuk lampiran berkaitan."

dengan selamba aku jawab.

"o.k gak tu umie... lepas tu nanti bukan setakat nak mempermudahkan kerja dorang tapi jugak siap umie dapat award. antara pesakit-pesakit yang memberikan kerjasama yang terbaik dengan pihak jabatan kesihatan."

huhuuu....

balik je dari klinik terus kitorang singgah kedai makan. huhuuuu aku dah lapar giler time tu. di situlah aku pekena soto makassar buat pertama kalinya. punyalah pedas huhuuu...

sedap soto ni...try arg...

sampai di rumah aku terus masak sayur iaitu sayur peria dan sawi pahit serta nasi. kemudian selepas habis kemas dapur baru aku goreng ayam. umie balik dari kerja... aku tengah goreng ayam masa tu. selesai kerja aku apalagi.......

SESI MAKAN LAH !!!!!!!

Nota: perfect lunch <<< hehehee >>>>