Wednesday, July 25, 2012

Sakinah !!!! Erkkk...Gulp!!!

Nak cerita serba salah. tak cerita pun nanti tak ada pula kenangan silam.

zaman dulukala lagi, saya memang terdedah sangat dengan media elektronik yang satu ini iaitu, TV. Selalu dok temankan ibu tengok TV cerita-cerita melayu lama. Masa tu, TV3 tak glamer sangat. selalu layan TV1 saja. tambahan pula TV3 masa tu rancangannya tak berapa nak jelas sangat berbanding TV1 dan TV2.

Memandangkan aku sangat rapat dengan mak aku...jadi sedikit sebanyak aku mudah cepat perasan bila dengar ada yang panggil sakinah. Mak aku memang panggil nama aku sakinah pun. sikit-sikit hilang dari pandangan mata... mesti nama aku yang menggegarkan penduduk - penduduk di kawasan petempatan situ. aku ingatkan ...kisah ini akan berhenti setakat ini saja.

bila aku masuk sekolah rendah dan menengah. aku jumpa lagi teman sekelas yang bernama sakinah. nama dia sakinah HONG KONG . Aku pula Sakinah Jepun. pandai betul cikgu bagi nama dengan kitaorang berdua ni. nasib baik dia tak panggil sakinah gebu dengan sakinah cekeding :P

Bila masuk kolej.
terjumpa pula dengan seorang budak dari Tanah Malaya ni. nama dia pun Sakinah juga. Eh bukan seorang rasanya, tapi dua orang. yang seorang lagi muka dia hampir sama macam saya. sampai satu hari tu...aku nak pergi ke pasar bersama-sama dengan kawan aku yang bernama Anne.

masuk dalam van. dia tiba-tiba tergelak-gelak depan aku. aku naik heranlah jawabnya. aku buat signal angkat kening. dia gelak lagi. sampai ke destinasi baru dia habaq...

"Budak perempuan yang nama sakinah tu tadi betul - betul serupa macam kamulah,"

teruslah perbicaraan tentang keserupaan wajah itu menjadi topik sepanjang pencarian barang-barang kami untuk hari itu.

Bila dah mula bekerja. Ada juga sekali dua terserempak dengan budak yang bernama Sakinah. Bila aku dengar orang panggil nama Sakinah. Secara automatik aku akan berusaha semaksimal mungkin untuk tidak menoleh. Ha Ha Ha !!!

Dan sekarang...
start puasa tahun lepas kalau tak silap. aku tertengok drama bersiri ni. Masa aku tengah makan nasi ...dalam babak cerita tu ada babak panggil seorang gadis ni (yang dilakonkan oleh tasha shilla).

"Sakinah !!! Oh  ...Sakinah!!!

aku ... Erk ...Gulp !!! Nasib baik masa tu tak terlepas pinggan dari tangan.

cerita malam aidil adha ...
bukan yang cerita korban sakinah tu ...untuk kali ini cerita lain pula. dok syok melayan ceritera Hindi. sebenarnya cerita tu aku rasa khas untuk malam Raya Aidil Fitri. tengah syok makan nasi dengan ayam goreng tiba--tiba ...

Sakinah !!! Sakinah !!!

aku . terjatuh pinggan dari tangan akibat terlompat sekejap. habis berterabur nasi-nasi atas kusyen. udah le aku masa tu tengok Tv seorang-seorang jam 1 pagi pula tu. haishhh !!! sakinah dalam cerita ni tadi, dia menunggu boyfriendnya datang untuk menjemput dia ketika 1 syawal. tetapi boyfriend dia tu terlewat nak menjemputnya atas sebab-sebab tertentu. Aku tak berapa ingat jalan ceritanya. sebab hanya satu kali tu saja aku tengok cerita tu disiarkan di channel B4U ...

Dan kisah yang terbaru:
Aku duduk makan roti lepas makan sepinggan dua nasi. tengah-tengah syok makan tiba-tiba

"sakinah ... kenapalah kau lukakan hati aku."


aku. Erkkk !!! Gulpppp!!! 


Roti aku makan berterabur jatuh atas kusyen !!! 

Nota: Sesungguhnya ...bila aku dengar lagu XPDC tak ada pula macam tu kesannya. mungkin sebab aku tak fikir yang lagu XPDC tu terus merujuk kepada nama orang. ataupun ianya cuma sekadar lagu. Dan yang pasti, semakin kerap nama ini muncul di TV tak pasal-pasal aku dapat sakit jantung pula nanti. Yang betul-betul buat aku terkejut dalam situasi ini adalah part melayan filem Hindi. sampai sekarang aku tak boleh lupa degup jantung aku ketika itu !!! Mengalahkan filem seram pulak!!!

Monday, July 16, 2012

Sahur Oh Sahur !!!

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semuanya :)

Ramai dah onmode nak berpuasa ...
termasuk dengan saya sekalipun bersedia juga ni :) 

InsyaaAllah... 
sekarang ni mata bila dah jam 9 mengantuk sangat....
bila tidur sekitar jam tu ...
onmode bangun sekitar jam 2 ke 3 pagi ... 

Alhamdulillah ... 
bukan susah nak latih mata ni. 

Bila berpuasa ni perkara paling susah nak buat sahur pagi . 

sesetengah orang sanggup berjaga sebelum nak masuk tidur balik. (macam aku dulu lah). sesetengah orang makan tengahmalam sebelum masuk tidur . (macam aku dulu jugak). 

atas alasan:
-nanti bila dah tidur susah nak bangun balik-

Itu cerita zaman tak makan saman !!! 

sekarang ni... baru teringat balik flashback cerita dulu kala zaman sekolah menengah....

ustaz kami ni suka bercerita dan bertanya. ada satu soalan yang tiba-tiba muncul dalam ingatan aku!!!

apa beza orang yang puasa tapi tak sahur dengan orang yang berpuasa dan bersahur? bersahur ni maksud ustaz tadi ... tidur dulu...kemudian bangun dan barulah kita menghadap rezeki. 
memandangkan aku jenis tak sahur ... aku cuma jawab tak dapat pahala sahur je kot.... 

ustaz senyum.

kemudian ustaz mula bercerita keadaan manusia-manusia yang pernah dijumpainya. tak sangka pula... aku termasuk dalam kategori umat - umat itu bila dah jejak kaki zaman kolej. 

dia tak nak sentuh tentang ganjaran mahupun pahala. tapi ustaz banyak sentuh tentang nikmat ... Mula-mula dulu aku tak faham apa-apa. Bila dah mula bekerja ... memandangkan kerja aku banyak duduk di rumah. bertempat pula di kawasan yang jarang ada bekalan air. macam malam ni jam 10:25 malam barulah kedengaran air keluar dari pilinya. kadang-kadang aku berjaga sampai ke jam 6 menunggu air tadahan penuh. dari situlah aku dapat rasa perbezaan. 

aku pernah berjaga sampai ke pagi untuk tunggu air. aku pernah tidur awal dan kemudian mata ni secara tak langsung terbuka pada jam-jam tertentu. bukan sekali dua saja aku mengalaminya. tapi berkali-kali. penat macam mana pun badan, mata ni ibarat dah terpasang jam loceng!!!

bezanya adalah ... 
bila berjaga sampai ke pagi .... dan kemudian tidur, bila bangun lagi mesti badan rasa lesu. 
tapi jika kita tidur dulu kemudian bangun, baru rasa ada lebihan tenaga untuk bekerja keesokan harinya. itu dari segi tenaga untuk bekerja. 

dari segi akal fikiran:
bila tidur dulu ... kita tak kan rasa otak kita penat untuk berfikir. rasa segar... terutamanya sebelah pagi... Bila digunakan untuk waktu studi memang mengancam sangat rasanya saat itu! cubalah !!! 
bila langsung tak tidur malam ... otak secara tak langsung akan penat. bila penat...Jammed!!! Bila Jammed blackout!!! 

dulu aku bukan tak percaya kata ustaz. aku percaya. cuma liat sikit!!! Ha Ha Ha !!! 
sekarang ni syukur Alhamdulillah !!! 

Paling penting sebelum tidur jangan fikir apa-apa. rehatkan betul-betul minda. apa-apa masalah letak tepi dulu. 

NOTA: Jangan lupa tidur dahulu sebelum sahur. Jaga kesihatan kamu elok - elok!!! terutama pesanan ini untuk diri saya sendiri he he he !!! Jangan ikut macam saya pada abad-abad yang terdahulu!!! Berubahlah dari sekarang. Anda pasti boleh !!!

Saturday, July 14, 2012

Apa Dah Jadi ?!!! T____T

Apa nak jadilah dengan dunia sekarang ni !!!

Ini yang aku tak berapa berkenan nak berfesbuk. banyak sangat ceritanya. 

Antara salah satu tanda-tanda nak kiamat. Bila fitnah semakin berleluasa.  dan sekarang. Kita memang berada di era ini. hendak atau tak hendak?!! Kita Kena Terima. 

Terutama yang artis-artis tu ... berhati-hatilah !!! 


Aku terbaca tentang sesuatu kat fesbuk . nak tau ke? jom selongkar ... semoga boleh jadi iktibar buat kita semua. 


kalau korang rasa nak berdakwah ke apa ke?
mohon tutuplah muka hamba Allah yang berkenaan.
Yang paling menyedihkan nampaknya ianya seperti liputan dari satu media Elektronik ....

kesian budak ni ... 
tak pasal-pasal jadi isu... tapi bila difikir balik memang isu pun. 

semoga Allah memberi mu hidayah. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. tak ada apa pun yang nak dibanggakan dengan Justin Bieber tu. Ia tak jamin kita apa-apa pun untuk kita di dunia dan di akhirat dek ...

Nota: aku tak mungkin bisa membantu kamu untuk merubah hidup kamu kerana aku juga tersangat sibuk dalam urusan perubahan dan pemulihan untuk diri aku sendiri. Ingatlah ... Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya. Bila fikir-fikir balik rakyat Malaysia kena bertegaslah ... benda macam ni tak boleh buat main-main. Jika aku diberi kuasa... memang aku akan panggil justin bieber tu nak buat permohonan maaf sebab sukahati saja nak pegang anak-anak kita. tapi apakan daya... kalau yang empunya badannya sendiri merelakan. Bukankah itu lebih sakit rasanya. Keadilan mana yang ingin kutegakkan... sedangkan masyarakat sekeliling memandang ... 

" Alah .... itu biasa-biasa sajalah !!!" 

Wednesday, July 11, 2012

Semangat Nak Beraya Saja Lebih !!!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera !!!
sekarang ni aku duk lepak dengar hukum tajwid yang bersiaran langsung di TV Al-Hijrah (30 minit Ustaz Don)

sesi pembelajaran aku bermula tengahari ni tadi ....

1) belajar cara siaran tv boleh di"pause"kan . sekiranya aku nak tinggalkan untuk pergi memasak.

2) belajar cara nak besarkan gambarkan skrin kat TV. Untuk rancangan TV yang bukan HD.

 *** yang nombor 3) ni aku belum ejas bebetul lagi . pembelajaran ke 3 . nak tengok balik apa yang kita dah recordkan.

hebatkan PVR ni ?!!!

Panjangnya intro aku pasal TV ni ya ...

sejak aku duduk lepak je depan TV aku baru perasan. sebulan nak start puasa mesti dah keluar iklan hari raya. dan untuk tahun ni ...aku rasa aku perlu bersuara melalui ketukan-ketukan jemari yang tak berapa nak runcing ni.

dulu aku mungkin tak faham...
bila dekat puasa budak-budak seronok sangat ... sebab hari raya dah dekat. jadi secara tak langsung... tak terpupuk semangat nak berpuasa sebenarnya ... lebih kepada memupuk semangat nak beraya.

bila tengok iklan kat TV sekarang ni ...
adalah beberapa kerat iklan khas untuk puasa ... contohnya minuman horlick... kalau iklan kurma tu rasanya hari-hari biasa pun ada juga cuma dekat-dekat ramadhan ni lebih kerap muncul berbanding hari-hari biasa.

pasal diskaun harga paling best.
perabotlah...alatan rumah yang lainlah...pakaianlah ... kain-kainlah ... semuanya dikaitkan untuk raya.
cubalah kaitkan dengan puasakan lebih molek. tapi motif sebenar puasa ni nak elakkan kita dari membazir. bila dah muncul-muncul iklan macam ni ... walaupun ada diskaun .... tetap juga penggalakan kepada pembaziran.  


Mohon tukar pulak la style iklan di Malaysia ni. sebelum puasa tu perbanyakkanlah iklan pasal puasa secara tak langsung boleh memupuk semangat nak beribadah dan mempertingkatkan ibadah dalam bulan Ramadhan. 


Nota: Yang bekerja dalam agensi pengiklanan berbuatlah sesuatu untuk itu !!! 

Friday, July 6, 2012

Hanya Kerana Satu Aplikasi !!!

Aku tak fahamlah dengan aplikasi ni ... masa tengah bosan ada jugalah lebih daripada 10 kali aku menghadap benda alah ni. Bila tengok jawapan tergelak juga kadang-kadang. Punyalah kontra dengan hakikat sebenar kih kih kih.... tak memadai betul dengan hasilnya. 

dan tiba-tiba sekali lagi rasa gatal je jari jemari ni. nak tahu apa hasilnya sangat-sangat tak fahamlah hadoihhh ..... ada tak aplikasi lain ye kat fesbuk ni .... rasanya macam semua aku dah cuba .....


Aplikasi Apa Entah !!!


Hakikatnya beza ni sangatlah jauh 

Ha Ha Ha 


yang ini saya
kan dah kata jauh bezanya
ha ha ha 
Nota: hanya satu aplikasi ... bukan apa-apa pun ..... tapi jangan pula pergi jauh ya ... main ramalan-ramalan tu ... bahaya juga sebenarnya :) 



Tuesday, July 3, 2012

Sesungguhnya Allah Selalu Di Sisi MU !!!


 Nak tahu kisah selanjutnya boleh KLIK DI SINI