memula aku layan tv al-hijrah ...kitab cinta .... tak dapat tinggal sebab tak ada siaran ulangan. jadi kene layan tu dulu ... habis je ceta terus tukar arena. apelagi tak sampai 5 minit layan dah masuk gol kedua ... aiseh...
Friday, June 24, 2011
Tahniah Buat Hero Hero Malaysia
Tuesday, June 21, 2011
Haramkah
*Haram-haramkah aku
Reff:Aku hanya ingin cinta yang halal
Sunday, June 19, 2011
Al-Kisah Pengembaraan Si Kaizer
sekarang saya kembali dengan kisah pengembaraan seterusnya ...
al-kisah aku berkunjung ke suatu tempat yang aku sendiri pun tak tahu namanya. tiba-tiba saja aku berada di lokasi tersebut. makanya, setiba di situ tiba-tiba seorang kanak-kanak kecil berusia aku kira-kira setahun dua gitu meluru ke arah aku.
aku main kejap dengan baby boy tu...
tiba-tiba muncul seseorang yang amat aku kenali .... dia menyapa aku ala-ala dato' siti ... mak aiii .. hhahaha ... yah itulah dia sahabat aku yang nama Moore.
"hai not," dia menyapa aku dengan senyuman ala-ala sitinya ...
"hai..." jawab ku.
" kitak baruk sampei ka?" (awak baru sampai ke?)
"aok eh...baruk jak," (yelah...baru je)
"kelak...barang kitak engkah di bilit depan ya. sidak ya kelak stay ditingkat atas. kebetulan sigek gak bilit kosong gik dibah tuk. mun kitak maok tingkat atas sama dengan sidak boleh juak."
(nanti..barang awak letak kat bilik depan tu, meraka tu nanti boleh stay kat tingkat atas. kebetulan satu je bilik kosong kat tingkat bawah ni. kalau awak nak duduk tingkat sama ngan dorang pun boleh jugak.)
" sikpa lah wei... kamek tido atas jak sama ngan sidak," (tak apalah wei...saya tido kat atas je sama ngan dorang)
" o.k lah mun macam ya ... oh not! malam tuk kitak ngan kamek jadi guard k,"
(o.k lah kalau macam tu... Oh Not! malam ni awak ngan saya jadi guard k)
"aik... kenak ka? ada kes pecah rumah ka?" (aik...kenapa? ada kes pecah rumah ke?)
"ha'ah...dalam seminggu tuk dah" (ha'ah dalam seminggu tuk dah)
"o.k Boss !!!"
Moore pun berlalu meninggalkan aku....
aku naik ke tingkat atas menempatkan bilik untuk tetamu. aku nekad untuk mandi terlebih dahulu. aku kan lebih suka travel malam-malam ... bila sampai tempat dituju kompen hari dah siang dah .. tu yang kene mandi dulu. selepas mandi barulah aku mula berkemas.
belum sempat aku berkemas tetiba aku tercampak kat satu lorong. gelap. rasa berangin. tapi panas. pandangan nampak gelap dan menjijikkan. badan aku rasa lesu sesangat. kepala aku sakit terhantuk kat lantai dengan kuat.
akhirnya aku dapat keluar dari lorong tersebut. aku masuk balik dalam rumah yang besar tu. siyes ... tak tahu rumah sapa punye...
terkejut tengok si ayu Gojes melayan anak-anaknya ... si Moore tengah berkemas - kemas di dapur. aku pun turut main sama ngan anak-anak si ayu gojes ni tadi.
"eh... bila ko ngan Moore maok berjaga tuk?" (bila awak ngan moore nak berjaga ni)
"Malam kelak padah Moore tadik..." ( malam karang baru le ...moore cakap tadi )
sedang otak masih berkira-kira ...
scene suasana berubah ... aku ngan Moore menjadi jaga betul-betul malam tu...
tiba-tiba aku melihat beberapa lembaga menuju ke arah pintu dapur dalam malam gelap pekat dan hujan lebat...
aku capai periuk ... panggggg!!!!!!!!!!!!!!
3 3 rebah!!!
sementara keadaan masih kecoh ... perlahan-lahan cahaya lampu mula menyinari seisi rumah...
dan tiba-tiba.... situasi sekeliling aku berubah menjadi bilik kecil ... tiada makhluk yang rebah ... cuma barang-barang yang berselerakan...berdecit-decit bunyi burung menyanyi di pagi hari.
aku tersenyum dalam keadaan yang pening ...
Moore...moore ... entah sapa lah yang kene periuk tu tadi ek ... hehee...
Sunday, June 12, 2011
Kisah Sebelum Subuh
assalamu'alaikum dan apa khabar semua ....
Monday, June 6, 2011
Aku Dan Misteri Juon
ini cerita tak pasti mana hujung mana pangkalnya ...
di suatu petang yang hening .. aku menghadap PC ( yang entah milik siapa di dalam sebuah bangunan batu-bata). aku sendiri tak pasti bangunan apakah itu. apakah ianya sebuah sekolah, sebuah rumah ataupun sebuah hospital tak pun sebuah penjara. terlalu banyak persoalan dalam cerita kali ini. yelah.. bila kita tengok cerita juon pun ada jugak persoalannya kan kan kan...
di skrin PC tersebut terpasangnya paparan tentang juon. aku pun layanlah sampai habis ....
layan punya layan tetiba aku rasa lapar. hajat dihati nak pergi jalan-jalan cari makan. sampai di pintu depan terserempak pulak dengan adik deejah...dengan muka yang berseri-seri saya pun bercerita dengan bangganya kejap tadi baru lepas layan juon.
dengan muka yang penuh serius adik deejah mula bersuara dengan muka suspen.
"apa?!! su layan juon tadi ke?!!bahaya le tengok ceta tu...dalam ceta tu ada mentera panggil juon. tak boleh layan ceta tu dalam bangunan yang ada hantu. nanti hantu keluar!!!"
muka dia pucat sesangat. ambik pisau nak toreh muka dia pon konpem tak berdarah dah...
jantung aku mula berdegup dengan pantas... lebih pantas daripada bunyi tembakan machine gun. tapi aku tetap buat muka selamba dengan bersuara.
" ha'ah bukan hari tu kau ada bagitau hal yang sama ke? tapi rasanya tak ada masalah je tadi."
deejah mula menunjukkan ekspresi muka yang mulai seram sehingga rasa seram itu mulai menjalar dalam darah gemuruh aku sedikit demi sedikit... dia bersuara sekali lagi.
" inikan bangunan berhantu mana boleh layan ceta tu kat sini, "
sekali lagi tangkai jantung aku bagaikan direntap. aku terdiam... aku pusing belakang untuk melangkah masuk semula ke dalam bangunan tersebut. tiba-tiba...beberapa langkah ku atur terhenti kerana terkejut bila terpandang satu lembaga tergantung di pintu masuk dengan rambutnya yang panjang berjurai. sepantas kilat juga lembaga tersebut menarik tubuh aku.. terasa kaki aku mula tak jejak tanah. aku baca ayat-ayat dari surah al-baqarah (korang agak ayat apa tu?)...akhirnya aku terlepas dari tahanan lembaga itu. lalu aku terjatuh atas lantai.
terasa getaran jiwa masa tu menghadapi detik-detik yang mencemas. jantung aku tak henti-henti berdetak detik... luarbiasa lajunya... terasa roh masok semula ke dalam jasad setelah terpisah sedetik yang mencemaskan. dan... dan... aku pun tersentak dari lena yang tak berapa lena...
sekali lagi aku terkejut melihat bayangan budak dalam cerita juon di sebelah aku... aku terkejut...terkeluar lafaz istighfar, lafaz "la hau la wala qu wata illah billah.." dari mulut aku .... lantas bayangan itu hilang bagaikan angin lalu... aku melihat ke hujung kaki ku ... sekali lagi jantung aku bagai disentap ... kelihatan bayangan yang lain pulak dihujung kaki aku... spontan aku terbaca "la hau la wala qu wata illah billah.." .... bayangan itu pun turut hilang....
aku ubah posisi tidur ku namun... dalam kotak fikiran aku tak henti-henti berfikir aku rasa macam pernah dengar je ayat-ayat deejah pasal mentera panggil hantu. tak boleh layan dalam bangunan yang ada hantu. jadi..aku nekad nak tanya soalan tersebut keesokan harinya...
aku tarik selimut sehingga kepala dan yang pasti keesokan harinya aku terus demam. nasib baik demam suam suam kuku. jadi tak perlu makan ubat. sekarang yang jadi pertanyaan apakah aku demam sebab mimpi tu ke? atau bayangan budak dua ekor tadi? ataupun sebab sebenarnya aku tak cukup tidur?
Nota: ye..aku ngaku semalam aku lupe amik wuduk sebelum.. aku tertidur balik lepas aku tunggu mesin basuh buang air. nama pun dah tertidur konpem dengan doa doa skali tak baca. tak sangka pulak penangan penatnya macam tu. moral value... jangan lupa baca doa dan amik wuduk sebelum tidur =) .... apa? korang nak tahu pasal respon deejah ke? ...eee tak payah lah nak tahu hahhaha ....
Sunday, June 5, 2011
Salam Tahniah duhai Teman
Al-maklumlah musim orang bernikoh ... tetibe terpublish gambor neh ekekeke... sungguhpun sengaja korang wat wat nampak tak sengaja la ye.. alah tolong coverline sikit hehe...
Tahniah buat Norhayati raji'e akhirnya tamat jugak zaman bujang ye... lepas ni korang 4 orang kene dapatkan baby pulak.. korum dah cukup tu hehe... tak sabor2 ni nak jadi makcik hahaha....gurau je ahakz....
di kesempatan ini nak doa-doa juga supaya pasangan pengantin di atas ni dan semua sahabat-sahabat aku di atas termasuk yang tak ada dalam gambar ni .... korang semua berbahagia di dunia hingga akhirat ... kebahagiaan korang...kebahagiaan aku jugak...kalau dibuat reunion ni ..tetibe je aku yang tak bawak couple ... ishkkk ishk ishk... aku mintak korang cari ..korang wat dekkk je ye (gurau je) huhuu...tak pe tak pe... tapi kalau nak ada baby tu jangan le tunggu turn aku ... tak jumpe lagi tarikh yang dicari ni sob sob sob...
korang agak agak "soulmate" aku tu tercicir kat mana ye?
apa-apa pun Puan Norhayati ... anda betul betul cantik hari ni .... (errr jangan lupa ye belanja sup daging kat kedai Nuar) keh keh keh ...
ade jemputan lagi tu jemput-jemput le aku hihii ... yang sedia berkhidmat untuk memeriahkan majlis ... ikhlas sahabat mu ....