Sunday, June 19, 2011

Al-Kisah Pengembaraan Si Kaizer

sekarang saya kembali dengan kisah pengembaraan seterusnya ...

al-kisah aku berkunjung ke suatu tempat yang aku sendiri pun tak tahu namanya. tiba-tiba saja aku berada di lokasi tersebut. makanya, setiba di situ tiba-tiba seorang kanak-kanak kecil berusia aku kira-kira setahun dua gitu meluru ke arah aku.
aku main kejap dengan baby boy tu...

tiba-tiba muncul seseorang yang amat aku kenali .... dia menyapa aku ala-ala dato' siti ... mak aiii .. hhahaha ... yah itulah dia sahabat aku yang nama Moore.

"hai not," dia menyapa aku dengan senyuman ala-ala sitinya ...
"hai..." jawab ku.
" kitak baruk sampei ka?" (awak baru sampai ke?)
"aok eh...baruk jak," (yelah...baru je)
"kelak...barang kitak engkah di bilit depan ya. sidak ya kelak stay ditingkat atas. kebetulan sigek gak bilit kosong gik dibah tuk. mun kitak maok tingkat atas sama dengan sidak boleh juak."
(nanti..barang awak letak kat bilik depan tu, meraka tu nanti boleh stay kat tingkat atas. kebetulan satu je bilik kosong kat tingkat bawah ni. kalau awak nak duduk tingkat sama ngan dorang pun boleh jugak.)
" sikpa lah wei... kamek tido atas jak sama ngan sidak," (tak apalah wei...saya tido kat atas je sama ngan dorang)
" o.k lah mun macam ya ... oh not! malam tuk kitak ngan kamek jadi guard k,"
(o.k lah kalau macam tu... Oh Not! malam ni awak ngan saya jadi guard k)
"aik... kenak ka? ada kes pecah rumah ka?" (aik...kenapa? ada kes pecah rumah ke?)
"ha'ah...dalam seminggu tuk dah" (ha'ah dalam seminggu tuk dah)
"o.k Boss !!!"

Moore pun berlalu meninggalkan aku....
aku naik ke tingkat atas menempatkan bilik untuk tetamu. aku nekad untuk mandi terlebih dahulu. aku kan lebih suka travel malam-malam ... bila sampai tempat dituju kompen hari dah siang dah .. tu yang kene mandi dulu. selepas mandi barulah aku mula berkemas.

belum sempat aku berkemas tetiba aku tercampak kat satu lorong. gelap. rasa berangin. tapi panas. pandangan nampak gelap dan menjijikkan. badan aku rasa lesu sesangat. kepala aku sakit terhantuk kat lantai dengan kuat.

akhirnya aku dapat keluar dari lorong tersebut. aku masuk balik dalam rumah yang besar tu. siyes ... tak tahu rumah sapa punye...

terkejut tengok si ayu Gojes melayan anak-anaknya ... si Moore tengah berkemas - kemas di dapur. aku pun turut main sama ngan anak-anak si ayu gojes ni tadi.

"eh... bila ko ngan Moore maok berjaga tuk?" (bila awak ngan moore nak berjaga ni)
"Malam kelak padah Moore tadik..." ( malam karang baru le ...moore cakap tadi )

sedang otak masih berkira-kira ...
scene suasana berubah ... aku ngan Moore menjadi jaga betul-betul malam tu...
tiba-tiba aku melihat beberapa lembaga menuju ke arah pintu dapur dalam malam gelap pekat dan hujan lebat...

aku capai periuk ... panggggg!!!!!!!!!!!!!!

3 3 rebah!!!

sementara keadaan masih kecoh ... perlahan-lahan cahaya lampu mula menyinari seisi rumah...
dan tiba-tiba.... situasi sekeliling aku berubah menjadi bilik kecil ... tiada makhluk yang rebah ... cuma barang-barang yang berselerakan...berdecit-decit bunyi burung menyanyi di pagi hari.
aku tersenyum dalam keadaan yang pening ...

Moore...moore ... entah sapa lah yang kene periuk tu tadi ek ... hehee...

0 comments: