Monday, June 6, 2011

Aku Dan Misteri Juon

ini cerita tak pasti mana hujung mana pangkalnya ...

di suatu petang yang hening .. aku menghadap PC ( yang entah milik siapa di dalam sebuah bangunan batu-bata). aku sendiri tak pasti bangunan apakah itu. apakah ianya sebuah sekolah, sebuah rumah ataupun sebuah hospital tak pun sebuah penjara. terlalu banyak persoalan dalam cerita kali ini. yelah.. bila kita tengok cerita juon pun ada jugak persoalannya kan kan kan...
di skrin PC tersebut terpasangnya paparan tentang juon. aku pun layanlah sampai habis ....
layan punya layan tetiba aku rasa lapar. hajat dihati nak pergi jalan-jalan cari makan. sampai di pintu depan terserempak pulak dengan adik deejah...dengan muka yang berseri-seri saya pun bercerita dengan bangganya kejap tadi baru lepas layan juon.

dengan muka yang penuh serius adik deejah mula bersuara dengan muka suspen.

"apa?!! su layan juon tadi ke?!!bahaya le tengok ceta tu...dalam ceta tu ada mentera panggil juon. tak boleh layan ceta tu dalam bangunan yang ada hantu. nanti hantu keluar!!!"

muka dia pucat sesangat. ambik pisau nak toreh muka dia pon konpem tak berdarah dah...

jantung aku mula berdegup dengan pantas... lebih pantas daripada bunyi tembakan machine gun. tapi aku tetap buat muka selamba dengan bersuara.

" ha'ah bukan hari tu kau ada bagitau hal yang sama ke? tapi rasanya tak ada masalah je tadi."

deejah mula menunjukkan ekspresi muka yang mulai seram sehingga rasa seram itu mulai menjalar dalam darah gemuruh aku sedikit demi sedikit... dia bersuara sekali lagi.

" inikan bangunan berhantu mana boleh layan ceta tu kat sini, "

sekali lagi tangkai jantung aku bagaikan direntap. aku terdiam... aku pusing belakang untuk melangkah masuk semula ke dalam bangunan tersebut. tiba-tiba...beberapa langkah ku atur terhenti kerana terkejut bila terpandang satu lembaga tergantung di pintu masuk dengan rambutnya yang panjang berjurai. sepantas kilat juga lembaga tersebut menarik tubuh aku.. terasa kaki aku mula tak jejak tanah. aku baca ayat-ayat dari surah al-baqarah (korang agak ayat apa tu?)...akhirnya aku terlepas dari tahanan lembaga itu. lalu aku terjatuh atas lantai.

terasa getaran jiwa masa tu menghadapi detik-detik yang mencemas. jantung aku tak henti-henti berdetak detik... luarbiasa lajunya... terasa roh masok semula ke dalam jasad setelah terpisah sedetik yang mencemaskan. dan... dan... aku pun tersentak dari lena yang tak berapa lena...

sekali lagi aku terkejut melihat bayangan budak dalam cerita juon di sebelah aku... aku terkejut...terkeluar lafaz istighfar, lafaz "la hau la wala qu wata illah billah.." dari mulut aku .... lantas bayangan itu hilang bagaikan angin lalu... aku melihat ke hujung kaki ku ... sekali lagi jantung aku bagai disentap ... kelihatan bayangan yang lain pulak dihujung kaki aku... spontan aku terbaca "la hau la wala qu wata illah billah.." .... bayangan itu pun turut hilang....

aku ubah posisi tidur ku namun... dalam kotak fikiran aku tak henti-henti berfikir aku rasa macam pernah dengar je ayat-ayat deejah pasal mentera panggil hantu. tak boleh layan dalam bangunan yang ada hantu. jadi..aku nekad nak tanya soalan tersebut keesokan harinya...

aku tarik selimut sehingga kepala dan yang pasti keesokan harinya aku terus demam. nasib baik demam suam suam kuku. jadi tak perlu makan ubat. sekarang yang jadi pertanyaan apakah aku demam sebab mimpi tu ke? atau bayangan budak dua ekor tadi? ataupun sebab sebenarnya aku tak cukup tidur?

Nota: ye..aku ngaku semalam aku lupe amik wuduk sebelum.. aku tertidur balik lepas aku tunggu mesin basuh buang air. nama pun dah tertidur konpem dengan doa doa skali tak baca. tak sangka pulak penangan penatnya macam tu. moral value... jangan lupa baca doa dan amik wuduk sebelum tidur =) .... apa? korang nak tahu pasal respon deejah ke? ...eee tak payah lah nak tahu hahhaha ....