Sunday, October 28, 2012

Kisah Dalam Satu Karya !!!

sebelum ni aku tak berapa nak ambik port sangat yang orang posted atau share kat fesbuk. Tapi .. hari jumaat itu ... ya hari jumaat minggu lepas ...

ada kisah disebalik satu karya ini. Tapi masa aku tak banyak malam ni.
sebelum tu korang layan dulu entri yang satu ni

Dengan Hanya Satu Lafaz !!!

Malam esok ... tak ada aral melintang patah .. aku akan update ya sekali lagi untuk kisah dalam satu karya ni ... InsyaAllah !!!

Nota: Kadang-kadang kita tak nampak dengan pancaindera seperti pandangan mata. Kadang-kadang kita tak dapat mendengar dengan pancaindera telinga. Tapi ... hati yang bersih selalu memimpin dan membisikkan kita ke arah kebaikan selalu....

Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha Dari Kami !!!




Daripada sha83@kaizer 
( Hanikas Nerij )
& Keluarga 



Kembara Di Aidil Adha

Tahun ini sekali lagi aku pergi mengembara ke Sibu. Aku harap, tahun ni aku tak demam seperti tahun lepas. Besok pagi jam 6 aku dah kena gerak ke sibu. dengan bawak 2 biji kek cheese.

o.k ..o.k !!! ku akui ..bukan aku yang buat kek. tapi beli saja. he he he ...

aku bukan tak ada masa. Tapi, aku tak tahu bahan-bahannya. aku dah rasa dah .. tapi tetap tak dapat nak detect dia punya bahan-bahan.

nak tunggu aku jadi masterchef?!!!! Oh ..Mimpi rupanya!!!

teringat perbualan sebelum ni dengan syarafudin... usu .. mak suruh balik, nak masak kari dengan buat kelupis ....

aku pun jawab :
uickssss raya tahun ni usu hantar kek ke sibu.( sambil berfikir ni ... ala... tak apa.... Nurul dengan khadijah kan ada nak tolong dia buatkan .... sambil tu otak fokus pada Mak nurul ... he he he )

Mama..
selalunya memang ada pembantu untuk memasak. itulah yang bestnya !!!

Nota: lepas beraya pula. kena gerak ke saratok . ada kenduri kahwin. he he he .... Rugi juga kalau tak pergi.

senarai keperluan ke sibu :
1- fotostet buku .
2- hantar kek
3- cari tudung ataupun selendang ( amboiii nak menari ulek mayang ke ?)
4- Nak cari kasut.
5- Nak cari buku
6- Nak cari pen warna warni
7- Nak ambik gambar banyak-banyak wawawa ...( macam tipu sangat saja bunyi)


Sunday, October 21, 2012

Sama tapi Tak Serupa !!!

post ini aku namakan sama tapi tak serupa ...

selalu kejadian macam ni berlaku dalam hidup kita....

sama juga hal yang kita post kat fesbuk ...

sama tapi tak serupa ...

sama juga dengan pendapat antara kita semua ... kadang-kadangnya sama .. tapi berbeza dari sudut pandang lainnya :D ...

apa-apa pun perbezaan dan percanggahan yang mendatangi kita... semoga ia lebih mematangkan diri masing-masing ...

Nota : Fairul dengan Hafizi tak tahu pun ni ... he he he tetiba je teringat perkataan "sama tapi tak serupa" . terus buat entri ni he he he .... mohon izin ya ...

Sunday, October 7, 2012

Tiga Malam aku ......? !!!!


Dan Selamat malam semuanya selamat beristirehat ya !!! 

sejak dua tiga malam ni asyik berdentum saja bunyi guruh di langit.
sebenarnya aku tak berapa nak kisah bila setakat guruh dan hujan 
lebat. 

Tapi ... insiden malam hari jumaat malam sabtu ( kira sabtu pagilah) 
memang betul-betul buat aku seram sejuk. Selama ni bukan aku tak 
gerun pun dengan keadaan macam ni kan. Tapi bukan segerun malam 
itu. ataupun pagi itu. 

keluar masuk bilik saja kerja pagi itu. Mata ngantuk sangat-sangat. 
badan penat. tapi tak  boleh nak pejam ... Hanya kerana faktor cuaca. 
aku tak pastilah berapa kelajuan angin masa tu. dengan hujan lebat. 
dengan ribut petir segala, berlatarbelakangkan sound guruh bagai nak 
":ruruh" rasa dunia ketika itu . 

tak henti-henti berdoa supaya tak ada apa-apa yang berlaku kepada kami 
penduduk sekitar sini. 

secara tak langsung teringat balik kejadian di masa kecil . 

tengah sibuk mencari benda-benda terbuang di bawah rumah jiran sebelah. 
tanpa menghiraukan sang petir dan sang angin bersorak menikmati alunan 
sang guruh ... tiba - tiba ... satu cahaya terang menerangi dunia yang agak kelam 
dan kelabu masa tu. 

aku terkejut dan terjatuh ... satu sahaja yang nama yang aku ingat ...

Makkkkkkkkkkkkkkk !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mak berlari ke arah tingkap mendengar suara aku. dia memanggil aku supaya 
aku lari cepat-cepat masuk rumah . lampu neon di langit bagai berpesta dengan 
rancak serancak rancaknya. 

Aku menangis !!! Aku fikir mungkin aku akan mati jika tidak keluar dari situ !!! 
Sang petir bagai mencari mangsa dengan rakus dan ganas !!! 

Akhirnya aku kuatkan semangat ... aku tak lari corner untuk balik ke rumah aku 
ataupun berlari naik ke arah rumah yang ada di atas aku masa tu. Aku tak punya banyak 
masa. dan akhirnya ... 
aku ambil keputusan untuk lari ke rumah belakang, 
sebab rumah tu kebetulan jalan lurus dan nampak lebih dekat lagi sebenarnya 
pada kaca mata anak kecil seperti aku masa tu.

Aku lari keluar ... 
Saat itu jugak ... sang petir semakin rancak melihat si mangsa ...  

Ibu terkejut melihat insiden tersebut. 

Sakinah !!!! Ya Allah .. selamatkan anak aku !!! 

bila aku dah sampai depan tangga entah macam mana aku boleh terjatuh. 
lutut dan betis aku menjadi managsa ketika itu. kelihatan seorang makcik 
keluar dari rumah lalu membantu aku naik ke rumah dengan cepat ... 

sejak hari itulah aku tak berapa nak ngam jika keadaan cuaca yang tersangat 
buruk muncul sekali lagi dalam hidup aku. Mesti aku akan teringat insiden ini. 
Sejak hari itu ... 
Bila cuaca tak elok...aku selalu kena kuarantin. mak tak nak pisang berbuah dua kali.
cukuplah sekali !!! Bagitau mak ... 

Nota: hujan itu memang satu rahmat, begitu juga dengan petir, angin dan segala-gala 
yang Allah ciptakan untuk kita. namun kadang-kadang ia juga didatangkan bersama petaka
bagi menguji kita setiap hamba makhluk ciptaanNYA yang selalu kepadaNYA !!! 

Tuesday, October 2, 2012

Kuiz Untuk Mengenal Perasaan Sendiri !!!

Aku jejalan kat blog orang malam sambil membawa hati yang lara 
tanpa sesiapa pun melukai, dan mencalari... akhirnya aku jumpa ini :D

Jangan tengok jawapan dulu tau ...
buat dulu dah siap baru boleh semak jawapan
KIKIKI



Kuiz utk mengenal perasaan sendirik...

benda ni boleh gak la dipercayai..guna dia untuk menyelamai sendiri perasaan kita 
yang x berapa kita sendiri kenal. percaye la, aku dah try..

(dulu la. sekarang x nak dah sbb aku takut dgn keputusan yg aku dapat nnti..
wakakaka!!!).

Jangan baca jawapan dahulu! Lakukan satu persatu.

Ambil pen kertas dan mulakan kuiz ini.Apabila anda pilih nama,
pastikan anda kenal orang itu dan jangan fikir lama- lama!

*1 - Tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu baris

*2 - Untuk nombor 1 dan 2, tulis dua nombor yang anda suka.

*3 - Untuk nombor 3 dan 7, tulis nama jantina yang berlainan
jantina yang anda kenal.Seorang untuk satu nombor.

*4 - Untuk nombor 4,5 dan 6, tulis nama anggota keluarga atau
kawan - kawan.

*5 - Tulis empat tajuk lagu pada nombor 8,9,10 dan 11.


NOTA: Nak Tahu jawapan sila jawab yang dulu yang atas tu ... 
saya nak tambah sikit ni .. 
jawab dgn pilihan jawapan yang pertama skali terlintas 
ataupun secara spontan berlalu dlm fikiran ataupun hati anda . 
pesanan ni janganlah percaya sangat la ... sekadar suka-suka saja. 
hikhikhik ...Anda boleh semak jawapan di ruangan komen entri ini .... 
Jangat tengok jawapan dulu... sabar ~~~ha ha ha 

Monday, October 1, 2012

2 IN 1 STORY



meh aku stori sikit al-kisah aku bertugas hari ni ...

kring !!! kring !!! kring !!!

- hello -

-hello assalamu'alaikum .. sakinah petang ni saya tak dapat datang. kesian tengok emak tak sihat.

- oh .. ok ... tak pa .. jagalah mak akak 

bla .. bla .. bla ... 

Setiba Jam 2.00 petang... 2 IN 1 STORY pun bermula .... 

sreekkkkkkkkk !!!! 

aku paling pantang bila dengar bunyi orang heret kerusi atau main tolak. secara spontan ... diulang secara spontan aku mula bersuara 

bila nak bawa kerusi tu sila angkat. jangan tarik dan sorong !!! 

untuk seketika keadaan kembali senyap sediakala. 

selesai pemerhatian kelas bersih ke tidak... Bacaan doa pun dimulakan... 

kemudian sebelum belajar seperti biasa mereka akan baca surah Al-Fatihah. 

memandangkan pada hari tu jiran kami pun ada di dalam rumah yang sama ketika itu. Jadi, mereka kurang arif bagaimana cara pembelajaran di dalam rumah kami. Jadi, aku pun bagitaulah ... 

anda semua cuma perlu dengar sahaja dulu, nanti bila saya suruh ikut baca baru kamu ikut. Yang peliknya ... adik aku yang seorang ni tak ada pula buat silap hari ni ya ... pandai dia sesuaikan diri. selalunya dialah yang paling teruja dan bersemangat!! mungkin juga dia menjadi seorang yang agak pemalu pada petang ini :) 

Bagus mereka ni. tak buat hal sangat. semasa sesi perbincangan pun bagus juga. sungguh cekap... mungkin kerana daya saing antara 2 buah rumah rasanya yang menjadikan ianya sebegitu unik, pantas dan cekap. Tiba masa untuk salin latihan ... 

-kelas kamu mana buku latihannya?-

-ustazah simpan, tak apa ..kelas kami ada kertas putih kami boleh pergi ambil di sana-

-ya ?!! tak perasan pula saya buku latihan kamu tadi. Tak apa...yang lain buat kerja ... yang belum ada buku tunggu sekejap saya nak pergi ambil buku kamu dalam bilik atas... Fateh ...ikut saya... Nanti kamu minta kunci dari ustazah Siti Minah kelas 4B. 

sampai depan bilik ruangan kami simpan barang-barang. Baca Bismillah ... 

-Adehhh ... apa kes pula ni tak boleh nak buka kunci ni T___T... Habislah kita ni Fateh ... saya tak reti nak bukak kunci bilik stor ni. saya tak pernah pegang kunci bilik ni - 

berkat kesabaran dan mungkin juga doa si Fateh (manalah tahukan dia berdoa dalam hati ke) akhirnya kunci pintu stor pun terbuka. 

selesai bahagi buku ... tiba-tiba ...adik jiran sebelah sound 

-ustazah ... dahlan sakit kepala !!! 

- Tak pa lah kalau macam tu. Dahlan boleh rehat. yang lain-lain ni kena buat latihan yang telah disediakan. 

-tulis semua ke ustazah-

- ya... tulis semua siapa cepat siap ...dia dapat rehat awal :) - 

5 minit selepas masa berlalu

- ustazah ... dahlan tadikan ... tadikan ... dia 'eksiden' ... -

-uicksss ... kamu ni biar betul - 

- Betul ustazah ... sini merah ( dia tunjuk sisi perut dia sendiri  sebab jarak antara dia dengan Dahlan tu agak jauh) - 

Meluru ke arah Dahlan untuk buat kepastian. angkat sikit baju dia ... Opsss !!! Ya ... dia tercedera ... mungkin tergesel sikit. jadi, ada luka sikit dan kemerah-merahan. Dengan kadar secepat yang mungkin...aku  pun mengatur langkah balik ke flat. Aku tak ada benda lain yang disimpan. Tisu, Plaster (ala ...apa namanya ni eh ...pandai-pandai la korang imejin), minyak gamat dan kapas. 

lepas cuci sikit tempat luka tu... aku letak la minyak gamat, kemudian tampal dengan plaster. Aku tanya :

-masih sakit lagi tak? - 

- (dia cuma gelengkan kepala dan esakan tangis dia pun  mulai reda. Masa tu aku memang tak terfikir pun sama ada aku ni dah layak jadi ibu ke tidak. sebab suspen juga bila tengok dia nangis tak berhenti-henti mula-mula masuk kelas....Oh .. Adik !!!) -

selepas itu bermacam-macamlah versi si Dahlan ni eksiden . Ada yang kata bawak kucinglah...langgar kucinglah .langgar tayar motorsikal lah ... Yang pasti bila aku tanya Dahlan ... dia jawab dia terlanggar tayar motorsikal :) 

cukup sekadar tu dia cerita aku dah faham had lajunya bagaimana. Motorsikal dok parking elok yang hang pi langgar apesal !!! Oh .. Adik !!! :) 

Nak marah pun tak guna ... nasi dah jadi bubur dek .... yang penting lepas ni beringat. jangan kayuh laju-laju sangat. Tak ke mananya  bangunan yang kamu duduk ni. dengan rumah-rumah kamu sekalipun tak akan lari ke mana-mana. Syukur Alhamdulillah tak ada apa-apa. 

NOTA: Teringat zaman-zaman sekolah rendah ... dengan hati gembira dan semangat nak belajar pergi madrasah. bukan main awal lagi...Al-maklumlah baru ada basikal ... Masa tu trend budak-budak main basikal sambil kayuh lepas tangan. tak mainlah setakat lepas satu tangan je ... ini dua - dua tangan lepas tau...  Entah macam mana kesilapan teknikal berlaku ... macam tak percaya je bila hilang keseimbangan  dan akhirnya ngan basikal-basikal tercampak di tengah-tengah jalan besar. Nasib baik tak ada kereta dengan motorsikal yang lalu. Seingat aku masa tu aku baru tahun 2 ataupun tahun 3. Alhamdulillah muka aku selamat. tapi ... rusuk aku terkena 'handle' (aku tak pasti ejaan ni) basikal ... Aduh ... rasa  berlubang paru-paru aku masa tu jugak... dalam masa lebih daripada 5 minit juga aku tak dapat bernafas dengan sempurna. rasa sempit ruang pernafasan. Satu je aku fikir...aku tak nak mati dulu !!! Bila rasa dah o.k sikit aku kayuh perlahan pergi sekolah Madrasah. Bermula dari situlah bermula episod baru dalam hidup aku. Setiap kali aku terjatuh terdampar ke ala-ala superman ke atas lantai ...mesti aku rasa ruang nafas aku tetiba menyempit. Dan aku rasa memang dah tiba ajal aku. lebih kurang macam tu lah perumpamaan yang dapat aku kaitkan. Sampai sekarang kesannya masih terasa. Sadiskan?!!!