kring !!! kring !!! kring !!!
- hello -
-hello assalamu'alaikum .. sakinah petang ni saya tak dapat datang. kesian tengok emak tak sihat.
- oh .. ok ... tak pa .. jagalah mak akak
bla .. bla .. bla ...
Setiba Jam 2.00 petang... 2 IN 1 STORY pun bermula ....
sreekkkkkkkkk !!!!
aku paling pantang bila dengar bunyi orang heret kerusi atau main tolak. secara spontan ... diulang secara spontan aku mula bersuara
bila nak bawa kerusi tu sila angkat. jangan tarik dan sorong !!!
untuk seketika keadaan kembali senyap sediakala.
selesai pemerhatian kelas bersih ke tidak... Bacaan doa pun dimulakan...
kemudian sebelum belajar seperti biasa mereka akan baca surah Al-Fatihah.
memandangkan pada hari tu jiran kami pun ada di dalam rumah yang sama ketika itu. Jadi, mereka kurang arif bagaimana cara pembelajaran di dalam rumah kami. Jadi, aku pun bagitaulah ...
anda semua cuma perlu dengar sahaja dulu, nanti bila saya suruh ikut baca baru kamu ikut. Yang peliknya ... adik aku yang seorang ni tak ada pula buat silap hari ni ya ... pandai dia sesuaikan diri. selalunya dialah yang paling teruja dan bersemangat!! mungkin juga dia menjadi seorang yang agak pemalu pada petang ini :)
Bagus mereka ni. tak buat hal sangat. semasa sesi perbincangan pun bagus juga. sungguh cekap... mungkin kerana daya saing antara 2 buah rumah rasanya yang menjadikan ianya sebegitu unik, pantas dan cekap. Tiba masa untuk salin latihan ...
-kelas kamu mana buku latihannya?-
-ustazah simpan, tak apa ..kelas kami ada kertas putih kami boleh pergi ambil di sana-
-ya ?!! tak perasan pula saya buku latihan kamu tadi. Tak apa...yang lain buat kerja ... yang belum ada buku tunggu sekejap saya nak pergi ambil buku kamu dalam bilik atas... Fateh ...ikut saya... Nanti kamu minta kunci dari ustazah Siti Minah kelas 4B.
sampai depan bilik ruangan kami simpan barang-barang. Baca Bismillah ...
-Adehhh ... apa kes pula ni tak boleh nak buka kunci ni T___T... Habislah kita ni Fateh ... saya tak reti nak bukak kunci bilik stor ni. saya tak pernah pegang kunci bilik ni -
berkat kesabaran dan mungkin juga doa si Fateh (manalah tahukan dia berdoa dalam hati ke) akhirnya kunci pintu stor pun terbuka.
selesai bahagi buku ... tiba-tiba ...adik jiran sebelah sound
-ustazah ... dahlan sakit kepala !!!
- Tak pa lah kalau macam tu. Dahlan boleh rehat. yang lain-lain ni kena buat latihan yang telah disediakan.
-tulis semua ke ustazah-
- ya... tulis semua siapa cepat siap ...dia dapat rehat awal :) -
5 minit selepas masa berlalu
- ustazah ... dahlan tadikan ... tadikan ... dia 'eksiden' ... -
-uicksss ... kamu ni biar betul -
- Betul ustazah ... sini merah ( dia tunjuk sisi perut dia sendiri sebab jarak antara dia dengan Dahlan tu agak jauh) -
Meluru ke arah Dahlan untuk buat kepastian. angkat sikit baju dia ... Opsss !!! Ya ... dia tercedera ... mungkin tergesel sikit. jadi, ada luka sikit dan kemerah-merahan. Dengan kadar secepat yang mungkin...aku pun mengatur langkah balik ke flat. Aku tak ada benda lain yang disimpan. Tisu, Plaster (ala ...apa namanya ni eh ...pandai-pandai la korang imejin), minyak gamat dan kapas.
lepas cuci sikit tempat luka tu... aku letak la minyak gamat, kemudian tampal dengan plaster. Aku tanya :
-masih sakit lagi tak? -
- (dia cuma gelengkan kepala dan esakan tangis dia pun mulai reda. Masa tu aku memang tak terfikir pun sama ada aku ni dah layak jadi ibu ke tidak. sebab suspen juga bila tengok dia nangis tak berhenti-henti mula-mula masuk kelas....Oh .. Adik !!!) -
selepas itu bermacam-macamlah versi si Dahlan ni eksiden . Ada yang kata bawak kucinglah...langgar kucinglah .langgar tayar motorsikal lah ... Yang pasti bila aku tanya Dahlan ... dia jawab dia terlanggar tayar motorsikal :)
cukup sekadar tu dia cerita aku dah faham had lajunya bagaimana. Motorsikal dok parking elok yang hang pi langgar apesal !!! Oh .. Adik !!! :)
Nak marah pun tak guna ... nasi dah jadi bubur dek .... yang penting lepas ni beringat. jangan kayuh laju-laju sangat. Tak ke mananya bangunan yang kamu duduk ni. dengan rumah-rumah kamu sekalipun tak akan lari ke mana-mana. Syukur Alhamdulillah tak ada apa-apa.
NOTA: Teringat zaman-zaman sekolah rendah ... dengan hati gembira dan semangat nak belajar pergi madrasah. bukan main awal lagi...Al-maklumlah baru ada basikal ... Masa tu trend budak-budak main basikal sambil kayuh lepas tangan. tak mainlah setakat lepas satu tangan je ... ini dua - dua tangan lepas tau... Entah macam mana kesilapan teknikal berlaku ... macam tak percaya je bila hilang keseimbangan dan akhirnya ngan basikal-basikal tercampak di tengah-tengah jalan besar. Nasib baik tak ada kereta dengan motorsikal yang lalu. Seingat aku masa tu aku baru tahun 2 ataupun tahun 3. Alhamdulillah muka aku selamat. tapi ... rusuk aku terkena 'handle' (aku tak pasti ejaan ni) basikal ... Aduh ... rasa berlubang paru-paru aku masa tu jugak... dalam masa lebih daripada 5 minit juga aku tak dapat bernafas dengan sempurna. rasa sempit ruang pernafasan. Satu je aku fikir...aku tak nak mati dulu !!! Bila rasa dah o.k sikit aku kayuh perlahan pergi sekolah Madrasah. Bermula dari situlah bermula episod baru dalam hidup aku. Setiap kali aku terjatuh terdampar ke ala-ala superman ke atas lantai ...mesti aku rasa ruang nafas aku tetiba menyempit. Dan aku rasa memang dah tiba ajal aku. lebih kurang macam tu lah perumpamaan yang dapat aku kaitkan. Sampai sekarang kesannya masih terasa. Sadiskan?!!!
0 comments:
Post a Comment