Thursday, April 5, 2012

Rebah Tanpa Belas !!!

mengalahkan bunyi bom ..bom mahupun periuk api di tengah-tengah start jam pagi rabu perut aku rasa tak o.k ..saat bertukar ke minit, minit bertukar ke jam... semakin kronik akhirnya. menyebabkan aku terpaksa berperang semalaman.


situasi semakin gawat dan genting...
bila aku terpaksa berjaga di malam khamis yang indah . bukan kerana menunggu sang pili mengeluarkan air. tetapi bahana cecair cecair yang tidak diperlukan untuk dikeluarkan dari tubuh aku sendiri. sampai jam 4 pagi aku ulang alik ke bilik kecil. seluruh tubuh aku semakin menggigil. kaki tangan mula rasa beku dan sejuk. lama-kelamaan aku betul-betul rebah.

ingat nak pergi klinik pagi khamis.memandangkan aku tak sedarkan diri...maka, kunjungan ke klinik aku untuk ke klinik ku tunda jam 2. ingatkan paling kurang 30 minit saja menunggu. rupanya sampai sejam juga berada di klinik.

hasil daripada usaha kesabaran aku...dapatlah tiga jenis ubat ni
yang satu ubat gastrik dalam bentuk tablet(magnesium trisilicate) yang jenis kunyahan, satu lagi ubat hyoscine ke nyoscine eh ... tak faham saya tulisan cantik sangat ni ... untuk redakan rasa kejang dalam perut (dia bagitaulah) dan satu lagi paracetamol 500 mg.

al-kisah di ruang pemeriksaan.
saya bercerita dari A to Z ...
2 3 hari lepas saya rasa asyik lapar je perut. setiap kali makan tak pernah rasa kenyang... bila saya makan banyak kali dalam masa 2 hari ... tak sangka pula semalam (merujuk kepada hari rabu) keadaan makin teruk.

berapa kali keluar masuk tandas ?

banyak kali jugalah pagi tu dah rasa lain perut... start petang tu sampai lebih kurang jam 4 pagi tadi. ulang alik. nasib baik banyak minum air kosong. serius lah tak terkira berapa banyak kali check in kan... yang pasti setiap kali lepas makan atau minum mesti masuk tandas.

bila gastrik ...dalam keadaan macam ni, tak boleh makan benda-benda pejal, elok makan nasi bubur, semua makanan kalau boleh yang lembut dan mudah nak hadam. kemudian, paling elak makanan yang masam-masam sebab benda masam ni akan keluarkan asid. asid berlebihan ni lah yang bahaya. air bergas pun tak elok juga.

tiba-tiba sastu soalan terpacul dari mulut ini.

errr... perkasam tu boleh makan tak?

eh sapa kata perkasam tu tak boleh makan. boleh makan juga... tapi mesti isi perut tu dulu dengan makanan yang lain sebelum nak makan perkasam. ingat tu ... sebab perkasam ni masam ...berasid lebih....

oOooo.. mungkin pasal tu la saya ni kena gastrik. beria ia hari selasa tu makan pekasam.

pekasam apa?

pekasam pucuk ubi.

tak ada campur ikan ke apa lagi dalam tu?

tak ada ...

kalau campur ikan (dia sebut macam-macam jenis bunyi ikan) mesti sedap.

buat masa sekarang ni. minum air susu saja dulu, makan bubur, makan roti krakers... jangan biarkan perut kosong, kena makan sekerap yang mungkin... sekeping dua roti pun dah mencukupi. asalkan perut jangan kosong o.k !!!

Nota: sebelum ini bila aku pergi medical check up dia kasi ubat gastrik tu tadi dalam bentuk cecair, memandangkan aku dah banyak ulang alik masuk bilik kecik dia tak bagi aku makan ubat dalam bentuk cecair, tak nak memudaratkan aku. sebab ia akan buat aku kehilangan banyak cecair pula nanti. jadi dia tukar ke dalam bentuk tablet. nama ubat masih sama. magnesium trisilicate . patutlah sebelum ni aku pernah diberi ubat tu dalam bentuk cecair ni...payah benar rasanya berpisah dengan bilik kecik. buat pesakit gastrik semua... usaha melawan sakit anda. yang penting ... makan .... jangan tak makan !!!

1 comments:

hafiz said...

salam...simptom tu ade lg ke