Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
syukur Alhamdulillah. Nampaknya air keluar awal malam ini. agaknya dah dibaikpulih. jam 3 semua kerja saya sudah siap. hari-hari lain siap saja kerja menakung air ni. sesaat dua aku tak kan lepaskan untuk melandingkan sebentar serta menghanyutkan diri di alam mimpi. Malam ini saja agak lain :-)
Bukan apa...
malam semalam aku tidur sekitar jam 6. bangun-bangun jam dah dekat 11 setengah. walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah penantian aku berbaloi untuk kali ini. tak seperti 4 malam sebelum ini. sungguhpun tak penuh semua tong. sekurang-kurangnya untuk bilik mandi dan tandas sudah lepas :-). kawasan dapur pula, aku tak sempat nak simpan air :-). tiba - tiba air hilang. tak tahu mana pergi :-). sikit-sikit boleh juga buat cuci barang-barang jemuran secara manual (cara tradisional).
Big Thanks untuk umie sebab tolong jemurkan barang-barang aku pagi semalam. dan tolong angkat jemuran. sesungguhnya Allah Maha Tahu. jadi seharian dari pagi sampai petang panas terik. bila bangun...selepas mandi perkara pertama aku buat, pindahkan barang-barang jemuran ke ampaian belakang rumah. sebelah petang pula pindah balik ke tempat asal. tak mungkin tak kering pulakan? :-)
rasanya seharian tak jumpa umie hari jumaat tadi. umie pergi kerja, aku melepaskan penat dan berehat tanpa sebarang mimpi. memang lena betullah. Alhamdulillah. Bila Umie balik dari kerja, aku berehat sekali lagi. keluar keluar dari bilik ....umie tegur ..
hai su ...
hai ... (sambil menahan sakit akibat ulser) :-)
Bila kenang balik zaman dulu dengan zaman sekarang. lebih bermanfaat lagi malam - malam sekarang berbanding malam-malam dulukala. berkhidmat untuk keluarga !!! Cewah ~~~~ sesungguhnya aku pasti akan merindui saat-saat ini suatu hari nanti :') ...
kedengaran bunyi guruh berdentum dilangit. tak pasti pula adakah hujan akan turun? atau ia hanya sekadar latarbelakang irama di malam yang sepi.
Esok saya travel dengan umie ke sibu...
selamat tinggal blog , selamat tinggal Fesbuk, selamat tinggal semuanya...
ada pertemuan kita pasti akan bersua kembali :-)
sama ada di fesbuk, YM, ataupun blog :-)
Nota: kembali jatuh cinta dengan sendirinya !!! ( mohon rujuk sebahagian lirik dari satu cinta nyanyian Star Five ...). Oh baru saya ingat ... tengahari tadi adalah jumpa umie hehehe ... asyik lupa sajakan?!!!