Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semuanya. sekarang ini saya sedang fokus program oasis - Al-khulafaur-rasyidin ....nasib baik ada terjemahan kalau tak melopong mulut saya nak faham setiap pengisian dalam rancangan ni.
Hari isnin ni tak macam hari biasalah... Penat sangat !!! tak tahu kenapa?!!!
sambil tengok saluran bella yang terbaru di astro ... sampai tertidur-tidur kat kerusi ...
Entah apalah yang memenatkan sangat hari ini ....
Yang saya perasan ... bila mood tak o.k ..mesti budak-budak banyak karenah. bila mood o.k ...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lebih baik. sesuai dengan apa yang dirancang. maksudnya ... jiwa yang positif ... mampu mempengaruhi apa jua keadaan dalam sesulit manapun. keyakinan harus ada!!!
Bangun saja dari tidur ...saya makan burger... kemudian saya makan mee segera. kemudian saya makan roti ... dan perut saya masih juga rasa kosong macam tak diisi . agaknya mogok kot. sebab tengahari tadi tak sempat nak jamah makan tengahari . nasib baik jam 10 makan nasi goreng.
betul jugalah teori yang mengatakan bila jadual makan teratur, makan pun makanan seimbang memang akan mempengaruhi emosi. 2 hari dah tak makan sayur ni. saya rasa agak lesu sangat-sangat. sungguhpun tak makan sayur hari ni sekurang-kurangnya saya ada makan ulam-ulaman.
sekali fikir macam tak relevan saja isi kandungan entri dengan title entri untuk kali ini. Percayalah .... betapa pentingnya makan secara teratur dan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang boleh membantu menaikkan tarafkan iman kita. yang penting sumber rezeki hendaklah terpelihara. semestinya yang halal itulah yang terbaik !!!
0 comments:
Post a Comment