bila tengok gambar ni rasa nak angkut sikit sikit air laut masuk dalam flat sini. baru-baru ini saya sangat berusaha semampu yang terbaik untuk menghargai air.
memandang dua hari dah aku tak jumpa air yang menembusi kepala paip dalam rumah ini ... jadi sekali sekala nak abadikan blog ni pun o.k apa ...
air ... air ... air ...
macam-macam hal bila berada di tempat pekan kecil seperti aku sekarang. kalau tak air ... elektrik tak ada ... kadang-kadang dua dua hilang tak tahu ke mana tuju. nak ku tambat dua benda ni bukanlah spisis yang boleh ku tambat ikut suka saja. agak-agak bilalah tangki baru tu nak siap. astaghfirullah.... la haulawala qu wataillabillah ...
antara rutin yang aku buat setiap hari...kadang-kadang aku skipped jugak tugas ni atas masalah kesihatan.
start jam 10 malam aku dah mula takung air ... sambil-sambil tu cuci semua baju, pinggan mangkuk segala. isi semua bekas-bekas yang boleh takung air. aku akan pastikan seboleh bolehnya aku tak guna dulu air dalam bekas takungan yang berlambak atas sinki. sebab aku tak tahu petang ada air ke tidak. sekurang-kurangnya aku dapat jimat air. setelah habis masak habis makan baru aku basuh pinggan dan segala perkakas yang aku guna untuk masak untuk lunch.
air dalm satu "ketel" bersaiz sederhana memang aku dah stock awal-awal. dan untuk masak air sebelah petang aku dah stock dalam satu jag lain. dan jika "ketel" dah kosong aku akan isi terus dengan air. secara tak langsung air dalam jag boleh guna untuk masak air pagi esoknya.
sejak kebelakangan ni. aku tukar cara cuci baju. aku gosok pakai tangan... dan kemudian bila nak perah barang-barang tu baru aku guna mesin basuh. aku tengok lagi jimat dari isi air masuk dalam mesin basuh. bila aku dah mula praktik style baru ... tiba-tiba air hilang. tak tahu mana pergi. :aduhai
cubaan !!!
sekurang-kurangnya alhamdulillah sangat dah sekarang ni. sebab aku tak perlu nak angkut sebaldi atau dua tiga baldi dari luar. sekali angkut berbelas-belas baldi. macammana aku nak kumpul lemak macam ni kalau dah hari - hari buat aktiviti lasak angkat berat?!!! hahaha
sekarang ni pun isu utama keluar adalah air.
dan air .. dan air... dan air ...
ada juga terfikir nak mohon kolah kat belakang flat ni. kalau nak mandi semua boleh lari ke situ. :-) untuk mandi sahajalah dan apa-apa kecemasan lain seperti masuk toilet :-) ...
Nota: hargailah air ... cintailah sungai kita :-) .. relaks ye kawan-kawan .. anda baru teruji sehari dua. sedangkan saya dah teruji bertahun tahun ni. sekarang mungkin anda telah bersenang lenang cuci baju dan basuh pinggan segala. tetapi saya masih terkial -kial sebelah paip menunggu air keluar ... semalam landing baik punya jam 3. malam ni tak tahu lagi nak landing jam berapa. 9 setengah pun masih tak keluar air. stock air toilet dan bilik mandi memang dah habis. tinggal stock dua tong besar tapi itupun untuk masak esok hari :-) bertahankah dua tong ini untuk malam ini?!!! sesekali merasa krisis air rasanya tak salah jugakan?!!! sebab akan datang satu hari nanti kita pasti akan teruji dengan suasana yang lebih hebat dari sehari dua ini. mungkin juga suasananya lagi sadis. untuk 2 hari pun kita tak bertahan dan bersungut ..apatah lagi bila tiba saat itu nanti. semoga kita semua selalu bertabah...dan bersabar senyum selalu :-)
0 comments:
Post a Comment